56
Aku pandang wajah Qisha yang berada di hadapan aku lama. Aku rasa macam nak nangis pula bila ingat hari ni hari apa. Kenapa dia pilih tarikh 17 sedangkan aku benci tarikh ni disebabkan satu peristiwa yang menyakitkan hati.
"Kau termenung apa lagi Azreen." Qisha tepuk bahu aku lembut. Aku tersentak dan terus mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi.
"Pretty, kenapa nangis ni? Cerialah sikit, cuba senyum." Pujuk Qisha sambil tersenyum manis di hadapan aku.
Sekarang aku, Qisha dan beberapa sedara mara berada di dalam bilik tetamu yang luas. Ya, harini ialah hari akad nikah aku dan Nazrul. Majlis akad nikah ini berlangsung di rumah keluarga aku.
Aku masih duduk di dalam bilik. Aku sudah selesai menghias diri. Baju pengantin juga sudah aku pakai dengan kemas. Kedua-dua belah tangan sudah dihiasi dengan inai dan rantai tangan.
"Kenapa suka termenung bila aku tengah bercakap?" Marah Qisha sambil merenung anak mata aku tajam.
Aku tersengih kecil, "Sorry."
"Banyaklah kau punya sorry. Ni aku nak tanya, kau ada jemput Daniel datang majlis ni?" Tanyanya dengan penuh harapan. Aku pun tak faham dengan dia ni. Dah ada suami, tak sedar diri.
"Niat tak nak jemput tapi disebabkan suami tercinta kau paksa, aku jemput dia." Aku membalas dengan tenang walaupun hati tengah panas mengalahkan api dapur gas rumah korang.
"Ouh."
"Pengantin lelaki dah sampai." Celah Datin Azira disebalik pintu. Kesemua sedara mara turun ke bawah dengan lajunya. Tak sedar diri, suami orang pun nak di usya lagi.
"Jom." Ajak Qisha tidak sabar. Senyuman dia tidak henti-henti mekar dibibir.
"Sabarlah." Marahku perlahan sambil bergerak keluar dari bilik. Bunyi suara yang agak kuat sudah dapat didengari dari tingkat atas.
Tiba di tangga, aku pandang kawasan ruang tamu yang penuh dengan manusia berbilang usia. Nazrul yang berbaju melayu putih-ungu di hadapan Tok Kadi sedang perhatikan aku. Aku pimpin tangan Qisha semasa menuruni anak tangga.
Tiba di bawah, pancaran lampu daripada beberapa buah kamera daripada syarikat berita harian mula menusuk ke dalam mataku. Qisha bawa aku ke atas pelamin yang kecil dan simple lalu aku duduk diatasnya.
Suasana menjadi semakin meriah. Peluh yang tiba-tiba mengalir di wajahku, Datin Azira lapkan menggunakan kain kecil. Aku pandang semua tetamu yang hadir dengan perasaan gemuruh.
"Boleh kita mulakan?" Suara Tok Kadi mula kedengaran. Suasana jadi sunyi sepi selepas itu. Camera man dari pelbagai syarikat tidak henti mengambil gambar dan sedikit video.
"Putera Nazrul bin Naim?"Tok Kadi mula bersuara lantang. Dia berjabat tangan bersama Nazrul.
"Ya, saya." Balas Nazrul tenang.
Macam mana dia boleh tenang sedangkan aku gelabah gila ni. Semua perasaan negatif muncul dalam diri.
"Aku nikahkan dikau dengan Puteri Azreen binti Mikail dengan mas kahwin sebanyak lapan ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Puteri Azreen binti Mikail dengan mas kahwin lapan ribu ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi isteri Nazrul.
"Sah?"
"Sah, Sah, Sah."
"Alhamdulilah. Al-fatihah."
Semua orang mula mengaminkan bacaan doa. Mata Nazrul tidak henti melirik ke arah aku. Aku hanya mampu memberikan senyuman yang manis kepadanya.
"Ambil cincin ni. Sarung kat jari suami kamu." Arah Datin Azira sambil menghulur sekotak cincin. Aku ambil cincin tersebut dan menyarungkan di jari Nazrul lalu mencium tangannya lama.
Kemudian, dia pula menyarungkan cincin di jari manis aku dan mencium dahiku lama. Lampu daripada kamera tidak henti-henti berbunyi. Selepas itu, sesi bergambar bersama keluarga dan terbuka di mulakan.
Akhir sekali, majlis ucapan terima kasih berlangsung dimana semua tetamu akan mendapat saguhati dari pihak pengantin. Majlis persandingan akan berlangsung malam ini pada pukul 8 malam di Dewan besar Hotel Empire Diamond, Kuala Lumpur, Malaysia.
***
Aku dan Nazrul masuk ke dalam kawasan dewan. Suasana di dalam dewan begitu bising selepas kehadiran kami. Kami berdua menuju ke pelamin yang bertemakan Putera&Puteri yang berada di atas pentas dewan. Kek perisa Vanila & Strawberry 3 tingkat juga ada di bahagian tepi pentas. Pengacara majlis ialah Ayyan.
Wait, Siapa bagi kebenaran untuk jadikan dia pengacara? Habis rosak nanti majlis aku.
"Siapa benarkan dia jadi pengacara?" Bisikku perlahan di telinga Nazrul.
"Mummy." Jawabnya. Aku sekadar mengangguk. Nasib baik Datin Azira yang bagi kebenaran kalau tak dah lama Ayyan makan kasut aku.
"Pengantin baru kita sudah sampai. Dipersilakan naik ke atas pentas wahai adikku dan adik iparku." Suara Ayyan mula bergema di seluruh dewan. Aku dan Nazrul naik ke atas pentas.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini, berdirinya saya di sini untuk menjadi pengacara majlis perkahwinan adik saya yang dah tua itu." Kata Ayyan selamba.
Muka aku memerah, "Siap kau Ayyan"
"Isteri aku muda lagi okey. Kau yang tua." Balas Nazrul sambil tersengih. Seluruh dewan mula mengeluarkan macam-macam jenis bunyi. Ada yang bertepuk tangan dan bersorak.
"Yelah. Pengantin lelaki kita dah marah." Balas Ayyan lalu menggulingkan bebola matanya.
"Dahlah, cepat mulakan." Arah Nazrul tegas. Aku tengok pun takut.
"Selamat pengantin baru kepada Nazrul dan juga Azreen."
"Haih. Aku dah cakap dah, hancur." Gumanku perlahan.
"Sebelum acara santapan, mari kita main beberapa aktiviti bersama pengantin baru kita ni. Semua setuju?" Tanya Ayyan sambil memandang ke arah hampir 500 orang tetamu di dewan ini.
"Setuju." Balas semua orang. Tipu je, tak semua yang balas sebab mereka semua sibuk menjamu selera dahulu.
"Permainan dia senang je, dimana salah seorang akan bagi pickup line dan siapa yang terkesima dengan pickup line tu akan kalah dan akan dapat denda daripada saya. Saya tahu, saya jahat." Tawa Ayyan dihujung mikrofon. Aku pandang dia dengan pandang menjengkelkan.
"Siapa nak mula dulu?" Tanya Ayyan dihadapan kami berdua. Mikrofon dihulur selepas itu.
"Nazrul." Balasku sambil tersenyum.
"Eh, kenapa saya pula?" Tanya Nazrul ingin membantah. Aku cubit peha kanannya kuat memandangkan dia berisi.
"Kalau awak sayang saya, awak mula dulu." Arahku lagi. Sebenarnya, aku masih tiada idea untuk memberi pickup line seperti yang dikatakan oleh Ayyan.
"Baik, jangan menyesal. Nanti awak akan kalah." Pesan Nazrul sambil tersenyum bangga. Dia mula ambil mikrofon di tangan Ayyan.
"Assalamualaikum semua. Saya Putera Nazrul akan mulakan dahulu aktiviti merepek abang ipar saya." Kata Nazrul dan seluruh dewan bising dengan gelak tawa.
"Apa beza awak dengan bunga?" Tanya Nazrul dengan lembut lalu tersenyum. Aduh, kelemahan aku.
"Apa?"
"Bunga akan mekar di taman manakala awak akan tersemat dalam hati saya selamanya."
lemah + malu + nak mati + tak nak main + benci !
"Satu."
"Dua."
Ayyan mulakan kiraan dan aku masih lagi duduk diam. Ayat dia buat hati aku berbunga-bunga. Wah! Bahagianya.
"Tiga."
"Ya Allah. Tak boleh kalah." Bisik hatiku.
"Apa beza awak dengan matahari?" Aku pula bersuara.
"Apa? Awak jangan cakap negatif eh."
"Dua-dua sama je. Buat saya panas."
Amik kau!
"Hahahahaha." Ketawa Ayyan mula meletus diikuti dengan orang ramai.
"Tunggu. Saya balas dendam."
"Cuba awak penjamkan mata." Arah Nazrul. Aku hanya ikut perintahnya.
"Apa awak nampak?" Tanyanya lagi.
"Gelaplah, kan saya tengah tutup mata ni." Balasku selamba.
"Macam tu lah hidup saya tanpa awak."
Aku memang terkelu. Tak tahu nak cakap apa. Hati aku berbunga lagi sekali tetapi kali ini berbunga dia banyak macam kat bunga Taman bunga.
"Satu."
"Dua."
"Tiga."
"Empat."
"Lima."
"Time's up." Jerit Ayyan kuat. Aku tersentak selepas itu. Habislah.
"Kita nak denda apa?" Tanya Ayyan apabila sudah berjaya merampas mikrofon daripada tangan aku.
"Suruh Azreen cium pipi Nazrul." Jerit seseorang. Siapa lagi kalau bukan kawan dunia tersayang, Qisha!
Permintaan dia minta penampar.
"Bagus. So Azreen, Sahut?" Tanya Ayyan dengan senyuman sinis.
"Tak."
"Sahut."
Hati kata lain, mulut kata lain, haih.
"Silakan." Arah Ayyan tidak sabar.
Aku menelan air liur. Sesiapa tolong!
"Mulakan majlis potong kek." Celah Datin Azira di bawah pentas. Aku mengucap syukur dalam hati dan Ayyan menurut arahan.
"Denda tu, abang claim malam ni." Bisik Nazrul perlahan di telinga aku. Aku mengetap gigi.
"Mari kita mulakan acara potong kek. Selepas acara ini, majlis santapan akan berlangsung. Jadi sesiapa yang dah lapar tu kejap lagi boleh makan." Kata Ayyan selamba.
"Dijemput Pengantin baru kita untuk ke ruangan kek." Tambahnya lagi.
Aku dan Nazrul bangun dan menuju ke arah kawasan kek. Pancaran lampu dari kamera tidak pernah henti masuk ke dalam mata. Majlis santapan mula terhidang untuk semua orang.
Jam sudah menganjak ke angka 11 jadi semua orang sudah pulang ke rumah masing-masing. Cuma ada beberapa pekerja hotel sahaja untuk bersihkan seluruh dewan ini. Semua ahli keluarga juga kebanyakkan sudah pulang ke rumah seperti Datuk Mikail, Datin Azira, Encik Naim, Puan Nadirah dan Qisha. Ayyan masih lagi ada di sini kerana Instafamousboy masih duduk melepak di dalam dewan.
Aku keluar dari dewan besar untuk mengambil angin dan ada satu tangan menarik tangan aku. Aku terkaku apabila mengetahui siapakah lelaki itu.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top