55

Promote time ;

Gadis Idaman Hati hellafro
Mr. Pusat Sumber eriyanamel

***

bushh

Itu sekadar bunyi air yang menyimbah seseorang di atas katil. Orang itu tak lain tak bukan aku yang masih di buai mimpi terpaksa terima simbahan air yang sejuk.

"Ayyan!" Aku menjerit selepas membuka mata. Comferter yang sudah basah aku tolak hingga jatuh ke bawah katil. Baju bercorak hello kity aku sudah basah kuyup. Ini kali kedua dia buat aku macam ni.

"Ha, bangun pun! Ingat nak tidur sampai malam." Perli Ayyan sambil bercekak pinggang di hadapan katil. Aku merenungnya tajam. Geram betul dengan abang hodoh seorang ni.

"Basah-basah pun aku boleh sambung tidur balik." Aku terus pusing menghadap belakang.

"Azreen! Nazrul dah tunggu kat bawah tu." Ayyan pukul punggung aku kuat. Aku terus berdiri.

Ya Allah macam mana boleh lupa harini nak keluar dengan Nazrul.

"30 minit!" Aku terus berlari masuk ke bilik air. Ayyan hanya mampu menggelengkan kepala melihat aku. Selepas 48 minit 21 saat, aku turun ke tingkat bawah dalam keadaan tersipu malu.

"Denda sebab lambat 12 minit 21 saat, pergi hidangkan air untuk kami bertiga." Ayyan bersuara lalu tersengih. Qisha sudah ketawa besar melihat muka berkerut aku. Nazrul hanya mampu tersenyum.

"Bukan aku keluar dengan dia pun, sibuk je nak denda aku." Aku bersuara perlahan. Aku mengatur langkah menuju ke dapur.

"Dia tu kalau tak menyusahkan orang sehari tak boleh." Aku ambil satu jug air dan sekotak jus epal di dalam peti sejuk.

"Bukan susah pun, amik air cuah." Aku mencurah air itu kedalam jug air yang sederhana besar tersebut.

"Kalau nak sejuk letak ais batu." Aku ambil sebekas ais dan masukkan ke dalam jug.

"Lepastu apa susah amik cawan." Aku ambil satu dulang dan empat cawan plastik berlainan warna. Aku terus menuju ke ruang tamu sambil merugut benda tak berfaedah lagi.

"Macam ni baru anak dara." Ayyan memuji sambil menepuk tangan. Qisha mencurah air ke dalam gelas satu per satu.

"Jodoh korang berdua sangat kuat." Qisha bersuara. Kami semua saling berpandangan. Ouh pakaian aku sama dengan Nazrul iaitu kemeja putih dan seluar jeans hitam.

"Kita berdua lagi kuat sayang." Ayyan mencubit pipi kanan Qisha. Aku membulatkan mata tanda menyampah.

"Awak jom pergi." Aku menepuk bahu Nazrul perlahan. Dia terus bangun secara perlahan dan kami berdua keluar dari rumah tanpa pengetahuan mereka berdua.

***

Aku menongkat dagu akibat bosan. Makanan yang kami masih belum sampai dan ia membuatkan masing-masing melanda kebosanan.

"Tak selesa ke keluar dengan saya?" Tanya Nazrul sambil meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Mungkin dia tanya sebab aku hanya mendiamkan diri daripada tiba tadi.

"Mana ada. Saya diam sebab awak diam" Balasku sambil tersengih. Dia turut tersenyum ke arah aku.

Seorang waiter perempuan datang sambil membawa sedulang minuman ke arah meja yang kami duduki. 

"Jemput minum Encik." Satu gelas oren jus yang tinggi diletakkan di hadapan Nazrul. Sempat lagi perempuan tu senyum ke arah Nazrul. Dia mula beralih ke tempat aku.

"Jemput minum ci-"

"Oh No!" Aku menjerit perlahan kerana tidak mahu sesiapa perasan situasi ini.

"Maaf Miss. Saya tak sengaja." Pinta perempuan itu sambil mengelap baju aku yang terkena air akibat kecuaian dia sendiri.

"Saya pergi tandas jap." Kataku lembut kepada Nazrul. Aku sempat menjeling ke arah perempuan itu sebelum beralih pergi.

Aku hempas pintu bilik air sedikit kuat. Aku bersihkan sedikit baju yang kotor itu sebelum keluar semula. Aku pandang tempat duduk aku yang sudah diduduki oleh seseorang iaitu perempuan tadi. Dengan perasaan yang tak puas hati, aku terus pergi ke arahnya dan

"Ops sorry. Tak nampak sebab you pendek sangat." Kataku selamba. Baju perempuan itu sudah kotor akibat aku melanggar air yang berada di atas meja.

"Azreen." Nazrul merenung aku tajam.

"Minta maaf dekat dia sekarang." Arahnya sambil menunding jari ke arah perempuan itu. Aku pandang dia macam tak percaya.

"Ta-"

"Saya cakap minta maaf dekat dia bukan cakap benda lain." Arah Nazrul tegas.

"I'm sorry." Kataku malas tanpa memandang ke arahnya.

"Saya minta diri dulu. Maaf ganggu abang dengan akak ni." Perempuan itu terus masuk ke bahagian belakang. Aku menjamu selera dalam keadaan mendiamkan diri.

***

Star Fun Fair 

Aku pandang papan tanda itu lama disebabkan tengah lampu merah. Sekarang sudah pukul 9 jadi banyak kereta yang lalu lalang. Nazrul memecut laju selepas lampu isyarat berubah ke warna hijau. Aku hanya pandang ke arah luar sepanjang perjalanan.

Kereta BMW miliknya sudah berhenti di tempat letak kenderaan. Aku memberi sumpah seranah sedikit kerana dia bawa aku pergi sana. Nazrul terus keluar dan membuka pintu tempat duduk aku.

"Come on princess." Aku sambut huluran Nazrul lambat. Kami berdua masuk ke dalam selepas memberi tiket masuk kepada penjaga yang berada di hadapan pagar itu.

"Awak tunggu sini. Saya nak beli tiket permainan." Kata Nazrul sambil menyuruh aku duduk di sebuah kerusi kayu yang berada berhampiran dengan kedai menjual makanan dan minuman. Aku hanya mengikut arahannya. Aroma yang mengenakkan menusuk ke hidung.

"Hye honey!" Tegur seseorang lelaki sambil tersenyum nakal. Aku sekadar menjeling ke arahnya. Tak ada ribut, tak ada angin panggil orang sayang.

"Jangan kacau awek aku bro!" Suara Nazrul mula kedengaran. Fuh, nasib baik Nazrul cepat sampai kalau tak dah lama muka lelaki tu lebam kena tumbuk dengan aku.

"Maaf bro." Lelaki itu beredar dari sini. Aku menghembus nafa lega. Aku hanya mengikut dia dengan perlahan dari arah tepi. Tiba di satu tempat, dia berhenti lalu memandang aku.

"Berani?" Tanyanya. Aku jongketkan kening sebelah. Zaman bila takut bila masuk rumah hantu ni. Aku dan Nazrul terus masuk ke dalam  selepas memberikan tiket.

2 jam kemudian,

Kami berdua selesai  mancuba pelbagai permainan disini. Sekarang sudah pukul 11 malam jadi kami berdua ambil keputusan untuk balik ke rumah.

Pintu kereta aku buka dan masuk.

"Lapar tak?" Tanya Nazrul sambil menghidupkan enjin kereta. Aku merungut dalam hati sebab dia pergi sebut tentang lapar. Dia tak tahu ke perut perempuan akan lapar setiap satu jam.

"Tak." Aku letak ego aku setinggi gunung. Tali pinggang kaledar aku tarik dan pakai. Kereta BMW Nazrul sudah pun masuk ke jalan raya.

"Kita singgah kfc boleh?" Tanyanya lagi.

"Suka hatilah."

Nazrul mula memandu ke KFC yang berdekatan. Sampai sahaja di sana, dia matikan enjin kereta dan menyuruh aku keluar sekali.

"Tak nak ikutla." Kataku perlahan. Nazrul masih setia berdiri di sebelah pintu kereta untuk tunggu aku keluar.

"Kalau tak nak ikut. Duduklah dalam kereta dengan aircond tak buka, biar sesak nafas dalam tu." Nazrul mengetatkan muka.

"Biarlah, nanti saya mati." Aku membalas. Peluh yang mula menitik aku lap menggunakan lengan baju.

"Suka hati awaklah." Dia hempas pintu sedikit kuat. Aku ternganga akibat terkejut.

"Apa masalah dia? Takkanlah dia dah suka perempuan tadi tu." Aku berkata sendirian. Aku keluarkan telefon pintar untuk bermain game.

15 minit 27 saat kemudian,

Nazrul kembali semua dengan bungkusan KFC di tangan. Aku hanya mendiamkan diri. Peluh didahi aku lap kerana tidak mahu bagi dia nampak.

"For you." Dia menghulurkan sebungkus KFC ke arah ku. Aku ambil tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia mahu memujuk aku dengan sebungkus makanan itu. Walaupun menyelerakan aku tetap tiada mood seperti tadi.

Nazrul mula memecut laju pulang ke rumah kerana jam hendak menganjak ke angka 12. Sampai sahaja di rumah, aku terus keluar dari kereta diikuti dengan Nazrul.

"Assalamualaikum." Ucapku sedikit kuat. Selepas itu, pintu utama tersebut terus terbuka. Benda pertama aku nampak ialah Ayyan yang sedang bercekak pinggang di hadapan aku. Datuk Mikail,  Datin Azira dan Qisha turut ada di atas sofa ruang tamu itu. Aku menuju ke arah mereka tanpa banyak kata.

"Masuklah Nazrul. Aku rasa baik kau tumpang tidur sini sebab dah lewat malam ni." Kata Ayyan dengan lantang. Nazrul masuk ke dalam rumah dan menyalam tangan Datuk Mikail dan Datin Azira.

"Reen naik atas dulu."

"Tunggu dulu." Halang Nazrul. Aku pandang ke arahnya dengan selamba. Dia meletakkan bungkusan KFC di atas meja dan terus memandang ke arahku sinis. Hek eleh dia tu, dah sakitkan hati aku tak reti minta maaf.

"Puteri Azreen binti Mikail, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya sehingga akhir hayat saya?" Tanyanya di hadapan aku sambil mengeluarkan sekotak kecil berwarna merah yang isinya ialah sebentuk cincin permata berwarna white + gold yang bersinar.

Aku yang terlampau terkejut terus pengsan di situ.

***
TC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top