52

Pada hujung minggu, aku keluar berjoging di taman bunga. Jangan tanya kenapa aku pilih taman bunga untuk pergi berjoging. Kalau tak nanti aku suruh author padam cerita ni.

Aku keluar dari kereta Honda dengan satu beg kecil di bahu. Di dalam beg itu ada kain tuala kecil dan sebotol air mineral, tidak lupa juga dengan telefon pintar kesayangan aku. Mana boleh tinggal benda paling penting tu.

Aku mula berjoging di kawasan tepi tasik yang berada di taman bunga ini. Walaupun baru pukul 8 pagi tetapi cuaca dah mula panas dengan matahari yang baru sahaja ingin naik. Setelah 3 pusingan, aku duduk di salah sebuah kerusi yang berada berhampiran tasik tersebut.

Tiba-tiba, kenangan manis bersama Daniel belayar di minda ku tanpa di pinta,

Aku dan Daniel sedang duduk di sebuah kerusi di tepi tasik pada waktu petang di taman rekreasi. Ramai orang yang sedang bermain permainan dan layang-layang.

"Kenapa kau suka bawa aku pergi taman ni?" Tanyaku sambil memandang ke arah Daniel.

"Sebab kat sinilah aku mula jatuh cinta dengan kau. Ingat tak waktu yang aku gantikan novel untuk kau." Katanya sambil tersenyum.

"Mana boleh lupa. Aku akan ingat sampai bila-bila." Kataku dengan riang. Tiba-tiba bunyi loceng dari arah belakang kedengaran. Aku terus memandang ke arah bunyian itu.

"Daniel nak ais krim." Rengekku manja mengalahkan kucing kat rumah dia. 

"Tunggu sini jap." Katanya. Dia terus pergi ke arah penjual ais krim itu. Kemudian, dia kembali di sebelah aku dengan dua kon ais krim. Satu perisa vanila dan lagi satu perisa chocolate. Dia hulur ais krim perisa vanila ke arah aku. Aku ambil huluran tersebut.

"Apa beza awak dengan ais krim ni?" Tanya Daniel kepadaku. Walaupun aku dah pernah dengar pickupline ni aku tetap pura-pura tak tahu lagi.

"Apa?"

"Ais krim cair bila kena matahari dan saya cair bila dengan awak." Aku dah agak.

"Chia chia chia."

"Awak berhenti bercakap." Arah Daniel dengan muka serius. Aku pula yang takut dan mula fikir ada benda ke kat belakang aku. Daniel pegang bawah bibir aku dan mengesatnya. Kesan comot ais krim itu ditayang di hadapan muka aku. Terus membahang aku dibuatnya. Malunya!

"Comot-comot pun saya tetap sayang. Awak jangan risau okay?"katanya lembut. Aku tersenyum riang selepas itu.

Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir membasahi pipi. Aku seka air mata itu menggunakan kain tuala yang aku bawa dari rumah. Aku duduk di taman bunga itu sehingga pukul 10 pagi dan barulah aku akan pulang ke rumah.

***

Aku membuka TV di dalam bilik. Rancangan Running Man yang aku record semalam aku mainkan. Semalam penat jadi aku tak dapat nak tengok. Aku makan mister potato sambil menonton Running Man. Ice lemon tea juga tidak lupa ada di atas meja kopi bilik aku.

Dua jam sudah berlalu dan Running Man sudah pun habis. Sekarang aku kena bersiap kerana nak pergi rumah Qisha sebab hari ni birthday party adik dia jadi dia cakap aku kena pergi sebab adik dia suka sangat dengan akak cantik macam aku ni.

mohon hilangkan perbuatan riak dan perasan - author

Heroin cerita ni memang macam ni - azreen

Aku memakai seluar skinny jeans berwarna dark blue dan baju kemeja lengan panjang berwarna putih. Rambut aku biarkan lepas di belakang. Telefon pintar aku simpan di dalam beg tangan supaya tak hilang seperti di Perancis dahulu.

Aku terus turun ke bawah bersama beg tangan dan kunci kereta. Kasut di ambil dari rak kasut dan terus memakainya. Aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke rumah Qisha.

25 minit kemudian,

Aku matikan enjin kereta. Aku terdengar bunyi suara kanak-kanak menjerit. Aku terus mengambil hadiah yang baru sahaja aku beli tadi dan masuk ke dalam rumah itu.

"Kak Reen." Adam terus berlari anak ke arah aku.

"Haa, adik kak Reen ni dah besar. Umur pun dah masuk 6 tahun jadi kak Reen ada bawa hadiah untuk Adam. Harap Adam sukalah, kak Reen tak tahu sangat taste lelaki ni." Aku hulur kotak hadiah yang sudah dibalut tadi kepadanya. Adam ambil huluran aku dengan gembira. Dia terus berlari membawa hadiah yang aku bagi ke arah kawan-kawannya. Aku terus pergi ke arah Qisha yang sedang duduk di dapur.

"Ramai gila budak-budak." Kataku senada. Kerusi aku tarik sebelum melabuhkan punggung di situ.

"Mestilah ramai. Birthday Adam kut." Ayyan yang tak tahu datang dari mana membalas.

"Erk! Bila kau sampai?" Tanyaku pelik. Tadi masa aku kat rumah, aku tak nampak langsung batang hidung dia.

"Aku sampai lebih awal daripada kau jadi aku dapat tengok Adam tiup lilin bukan macam kau, datang lambat." Sindir Ayyan sambil duduk di hadapan aku. Huhu, bawa bersabar Reen. Abang kau memang macam ni.

"Boleh tak sehari kau jangan kacau hidup aku?" Pintaku dingin. Air coffee Qisha pun boleh semakin panas nanti akibat haba kemarahan aku nanti.

"Boleh tapi kena tunggu kau jadi isteri orang. Baru aku tak kacau kau." Kata Ayyan lalu ketawa. Apa yang lawak bro? Kau ingat, muka lawa macam aku ni tak ada orang nak? Hello! Ramailah nak aku dah sampai Korea diorang semua beratur.

Okey, merapu.

"Boleh je nak suruh aku jadi isteri orang tapi kau kenalah kahwin dulu sebab tak baik langkah bendul." Kataku sinis. Ayyan tersedak mendengar kata-kata aku. Padan muka dia. Dia nak suruh kita kahwin cepat sedangkan dia pun belum kahwin.

"Aku nak kahwinlah ni tapi orang tu masih tak nak."

Aku mengerutkan dahi, "Siapa?".

"Tu, budak perempuan yang comel sebelah kau." Katanya. Qisha tersedak dengar ayat Ayyan. Pantas dia mengambil air minuman Ayyan dan meminumnya.

"Aku blah dulu." Qisha meminta diri untuk melayan tetamu atau lebih tepat larikan diri daripada soalan maut aku. Diorang berdua ni ada apa-apa ke? Lain macam je aku tengok.

"Aku pun nak blah. Tak ada masa nak duduk dengan budak tak laku ni." Katanya dan berlalu pergi. Kurang asam jawa punya abang.

Aku buka telefon pintar dan aplikasi WhatsApp aku buka. Mesej Qisha aku tekan dan aku menghantar video Ayyan yang sedang menari sotong di dalam biliknya. Jangan tanya mana aku dapat video ni sebab aku pun tak pasti macam mana boleh ada dalam telefon aku.

Okey, hambar.

***

"Puteri Azreen!" Bergema habis banglo 3 tingkat ini dengar suara tarzan milik Ayyan. Dia sedang marah tahap gila kat aku sebab aku hantar video dia menari tu kat Qisha. Aku hanya mampu gelak tengok muka merah dia tadi.

"Kau buka pintu ni sekarang. Aku cakap buka." Arahnya sambil mengetuk pintu bilik aku kuat. Aku hanya buat tak tahu walaupun aku tahu yang dia ada kunci pendua bilik ni. Dia pun satu bodoh, tak guna kunci tu buat apa.

"Jangan kacau akulah jamban. Aku nak tidur pun tak senang dengar suara sumbang kau." Kataku selamba. Ketukkan mula terhenti. Aku mengucap syukur tetapi keadaan menjadi rumit apabila pintu bilik aku terbuka dari luar dan Ayyan masuk ke dalam.

Itu lah padah bila cakap abang kau bodoh tak guna kunci pendua untuk buka. Kan author dah balas dendam untuk dia - author

Lantak kaulah author - azreen

Eh! Kang aku matikan watak hero kau, baru tahu - author

Hihi, maaf-maaf - azreen

"Mana kau nak pergi!" Ayyan naik atas katil bilik aku sesuka hati. Ini paling aku pantang, dia entah dari mana lepastu naik atas katil aku tanpa basuh kaki dulu. Kalau aku tidur malam gatal-gatal. Tahulah siapa yang perlu di cari sebelum tu aku kena hadap bebelan Ayyan.

"Apa yang tak kena dengan kau ni?" Tanyaku pura-pura tak faham. Comferter aku dia buang ke lantai.

"Orang lain tengok dia akan fikir lain bangang." Pekikku kuat. Sekarang aku dan dia ada atas katil. Jahanam punya abang.

"Hahahahaha, maaflah. Aku turun- aku turun." Ayyan turun dari katil aku dan naikkan semula comferter aku.

"Kau nak apa?" Tanyaku malas.

"Kau hantar video raver sotong aku kat Qishakan?" Tanya Ayyan dengan muka menahan marah. Habis merah muka dia.

"Haah. Biarlah bakal kak ipar aku tahu perangai kau macam mana." Balasku selamba. Ingat aku tak tahu yang diorang berdua ni sedang di lamun cinta.

"Kau setuju tak kalau Qisha jadi kakak ipar kau?" Tanya Ayyan tiba-tiba. Perasaan marah dia terus hilang. Dia duduk di atas sofa sambil menunggu jawapan aku.

"Setuju!" Jeritku kuat.

"Kalau macam tu, nanti aku lamar dia." Balas Ayyan tanpa sedar. Aku ternganga. Jadi betul la selama ni diorang ada apa-apa hubungan.

"Daddy, Mummy! Abang Ayyan nak kahwin." Aku jerit sambil berlari ke tingkat 3. Ayyan yang baru perasan terus mengkejar aku. Tiba saja di bilik tidur mereka,

"Betul ke Ayyan?" Tanya Datin Azira ingin kepastian. Tak rugi aku menjerit macam tarzan supaya Daddy dengan Mummy dapat dengar.

"Tengoklah dulu." Balas Ayyan lambat-lambat.

"Siapa?" Tanya Datuk Mikail pula.

"Qisha kawan Reen tu." Jawabnya.

"Kalau dia setuju, bulan depan kita adakan majlis perkahwinan kamu." Kata Datin Azira teruja.

"Yeah! Azreen dah boleh kahwin nanti lepas Ayyan dah kahwin." kataku gembira di hadapan mereka semua. Alamak, terlepas cakap!

"Apa Azreen?" Tanya Ayyan ingin mengusik.

"Tak ada apa-apa." Aku terus lari masuk bilik.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top