50
Promote Time :
Kau Perempuan by nadxwooshi
___
Harini adalah hari dimana aku akan menjadi CEO di Empire Diamond Holding's. Aku sekarang berada di dalam pejabat Datuk Mikail.
"Julia sila masuk bilik saya." Kata Datuk Mikail menggunakan alat interkom yang bersambung dengan Julia iaitu PAnya.
Tok Tok !
"Masuk."
Julia masuk selepas itu.
"Ada apa Datuk panggil saya?" Julia memulakan perbualan.
"Ni anak saya Puteri Azreen, dia akan menjadi CEO di syarikat kita. Jadi, saya arahkan awak untuk buat semuanya." Katanya. Julia hanya menganggukkan kepala. Kemudian, aku keluar bersamanya. Kami menuju ke lif.
Ting !
Kami masuk ke dalam lif tersebut.
"Nama akak, Julia." Kata Julia sambil menghulur tangan ke arah aku.
Aku sambut huluran itu "Puteri Azreen." .
"Pejabat cik Azreen berada di tingkat 17, dimana semua ahli jawatan tinggi berada di situ. Saya akan cari PA cik Azreen dalam masa yang terdekat." Kata Julia. Aku hanya mendengar. Pintu lif terbuka di tingkat 17. Kami terus keluar dari situ. Ada sebuah kaunter di hadapan. Mesti itu kaunter pertanyaan.
Kami berjalan ke arah kaunter itu.
"Ini CEO kita, Puteri Azreen." Kata Julia kepada 4 orang yang berada di kaunter tersebut. Aku hanya tersenyum ke arahnya.
Aku dan julia masuk ke dalam. Banyak juga bilik yang berada di tingkat ini. Tetapi hanya ada 2 bilik yang besar daripada yang lain.
"Ini bilik Cik Azreen. Apa-apa maklumat, saya akan sampaikan kepada Cik Azreen. Lagi satu, Cik Azreen mahu PA lelaki atau perempuan?" Tanya Julia sambil memegang pen dan buku di tangan.
"Saya tak kesah. Janji dia jalankan tugas dengan baik." Kataku ringkas. Julia berlalu pergi selepas itu. Aku lihat muka pintu bilik ini.
CEO Empire Diamond
Puteri Azreen
Aku masuk ke dalam bilik itu. Besar? Yes! Dan lagi satu yang aku suka dengan bilik ni ialah aku boleh nampak orang yang berada di luar tetapi orang yang berada di luar tidak boleh nampak aku.
***
1:17 PM
Aku duduk di atas kerusi yang di khaskan untuk aku di dalam bilik ini. Sekarang lunch hour tetapi aku tak ada mood nak turun makan kat kedai makan ataupun Kafe bawah.
Tok Tok !
"Masuk." Jawabku malas. Kak Julia masuk bersama dengan seorang lelaki yang tinggi.
"Maaf mengangu Cik Azreen tetapi saya nak kenalkan PA Cik Azreen. Nama dia Arshad. Kalau ada masalah, jumpa akak ya Arshad." Kata Julia manis. Kemudian, Kak Julia keluar meninggalkan aku bersama lelaki itu.
"Kita turun lunch." Kataku sambil mengambil telefon pintar di atas meja. Aku terus keluar dari bilik itu diikuti dengan Arshad. Kami tiba di sebuah Kafe yang berada di tingkat bawah. Setelah memesan makanan, kami duduk berborak.
"Kenapa nak jadi PA?" Tanyaku mendatar sambil memandang ke arahnya.
"Saya nak ambil pengalaman untuk berkerja di sebuah syarikat." Katanya sambil tersenyum.
"Okay. SPM kau lulus tak?" Tanyaku lagi.
"Mestilah saya lulus kalau tak mana Datuk Mikail nak benarkan saya berkerja di syarikat dia." Jawabnya senada.
Arshad seorang budak yang baik nak tahu kenapa? Dia menggunakan Awak-Saya walaupun aku guna Aku-Kau.
"Gaji kau bapa aku yang tanggungkan?"
"Ya."
"Umur kau bera-"
"Jemput makan." Kata seorang pelayan. Makanan yang dipesan oleh kami diletakkan di atas meja. Dia berlalu pergi selepas itu.
"Cik Azreen tanya apa tadi?" Tanya Arshad semula.
"Umur kau berapa?"
"24 Tahun."
"Panggil aku Azreen atau Reen je." Kataku sambil menghirup air lemon tea.
"Tapi Cik Azreen bos saya. Mana boleh macam tu." Dia membantah. Berani dia bantah cakap aku. Kena ajar ni.
"Suka hati kau lah. Dah, makanlah. Aku belanja."
Aku dan dia mula menjamu selera dengan hidangan tersebut. Masakkan di sini sungguh enak. Tak rugi kalau makan kat sini.
***
Tok Tok !
"Masuk."
"Maaf Cik Azreen, ada orang nak jumpa Cik Azreen tanpa membuat appointment." Kata Arshad di hadapan pintu. Aku meletakkan dokumen syarikat yang aku baca tadi.
"Who?" Ceh speaking pula.
"Putera Ayyan."
"Seriously? Takkan kau tak kenal dia."
"Maaf saya masih baru di sini. Lagi pun saya datang dari kampung halaman."
"Dia Abang saya, bagi dia masuk." Eh tiba-tiba keluar saya. Arshad keluar dan Ayyan masuk selepas itu. Dia terus duduk di hadapan aku.
"Lain kali nak jumpa aku buat appointment." Kataku kepadanya.
"Amboi CEO kita ni." Sakat Ayyan dengan muka selamba. Dia mula mengusik barang yang berada di atas meja aku.
"Kau tak ada kerja lain ke nak buat? Tu pesakit kat hospital kau banyak, pergilah jaga." Bebelku panjang.
"Bukan kerja aku untuk jaga dia. Aku cuma rawat pesakit bukan jaga pesakit sayang." Balas Ayyan selamba. Dia mula bangun dan menuju ke arah sofa dan membuka TV tanpa izin.
What the hell Ayyan !
"Ayyan hodoh, aku banyak kerjalah!" Aku meninggikan suara sedikit. Takut tinggi sangat, Arshad dengar pula. Habis kena halau si Ayyan hodoh tu nanti.
"Aku janji tak kacau kau. Kau sambunglah kerja tu." Kata Ayyan sambil menonton TV. Aku cuba kawal emosi yang tengah tak betul ni. Dia ingat ni bilik dia ke? Bilik dia kat Hospital sana la.
Aku sambung buat kerja yang tergantung tanpa menghiraukan Ayyan yang berada di sudut ruangan bilik. Kalau dia buat bising tahap gila aku akan halau dia dari bilik ni, bukan setakat bilik ni tapi aku akan halau dari syarikat ni juga.
***
8:38 PM
Aku masuk ke dalam perut kereta Honda milikku. Tadi ada meeting sebab tu balik lambat sikit yang tak boleh tahan bila aku yang kena ketuai meeting tu. Sungguh aku takut dan nervous tahap gila.
Aku hidupkan enjin kereta. Kemudian, aku mula memecut laju di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang. Sampai sahaja di pekarangan rumah, aku matikan enjin kereta dan masuk ke dalam rumah.
"Kak Reen!" Arisha berlari ke arah aku dan peluk kakiku. Aku dukung dia walaupun aku tengah penat. Hati adik kesayangan perlulah jaga.
"Sha turun. Kak Reen penat tu." Tegur Datin Azira dari atas sofa. Ayyan dan Datuk Mikail turut ada di situ.
"Reen mari sini sekejap." Arah Datuk Mikail. Aku mengatur langkah ke arah mereka semua dengan Arisha yang berada di tangan. Aku meletakkannya di atas sofa apabila sudah sampai. Aku merebahkan diri di sebelah Ayyan.
"Hujung minggu ni Daddy dengan Mummy cadang nak buat majlis kesyukuran kat rumah. Ayyan dengan Azreen setuju tak?" Tanya Datuk Mikail. Aku pandang muka Ayyan, dan Ayyan pandang muka aku.
"Setuju je." Kami berkata serentak.
"Baguslah kalau macam tu. Jangan lupa ajak kawan-kawan." Pesan Datin Azira pula.
"Okay. Reen masuk bilik dulu ya." Pintaku. Aku naik ke atas dan Arisha hanya ikut aku dari arah belakang. Nak main laptop aku lah tu. Tahu sangat rutin harian dia bila waktu malam. Menyesal pula aku bagi dia layan kpop, tengok dah terjebak dengan aku.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top