49

6 Tahun Kemudian,

Hello Malaysia!

Lama aku tak jejak kaki di Malaysia. 6 Tahun sudah pun berlalu, banyak pekara manis yang berlaku semasa berada di sana dengan kawan terchenta iaitu Nazrul. Kawan eh bukan boyfriend. Baca betul-betul, nanti aku sepak.

"Siapa yang ambil awak nanti?" Tanya Nazrul sambil menghirup air coffee latte miliknya. Kami sekarang berada di Starbucks Cafe.

"Ayyan tak hensem tu." Jawabku malas. Aku makan sikit demi sedikit kek coklat yang aku pesan tadi.

"Mesti dia lebih hodoh." bisik hatiku. Ayyan yang dalam perjalanan pun tersedak dek kerana adiknya yang cantik ini memujinya, hoho. Sekian.

"Ouh." Balasnya ringkas.

Ooh look what you made me do,
Look what you made me do,
Look what you just made me do,
Look what you just made me,

Aku angkat panggilan tersebut, ianya panggilan daripada Ayyan si muka tak hensem tu. Mungkin dia dah sampai kat sini. Maka aku akan buli dia dengan menyuruh dia cari aku sendiri.

"Kau kat mana pendek?" Tanya Ayyan menahan geram. Dia panggil aku pendek? Tunggu dia aku bagi makan kasut saiz 7 aku. Tak sangkakan dah 6 tahun tapi saiz kaki aku hanya membesar beberapa inci sahaja, HAHAHA.

"Aku ada kat Starbucks hodoh." Balasku selamba. Nazrul hanya mendiamkan diri tanda menghormati aku.

"Ala, malaslah aku, kaulah datang sini. Dah 10 minit aku tunggu." Bebel Ayyan lagi.

"Like I care?" Aku terus matikan panggilan. Mungkin dia sedang sumpah seranah aku kat sana.

"Tak baik buat perangai macam tu." Tegur Nazrul lembut. Aku sekadar mengeluh perlahan. Kek yang dibeli aku suap ke dalam mulut lagi.

"Iyelah."

Seorang manusia telah duduk di sebelah aku tanpa adab. Aku mengulingkan bebola mata apabila dapat tahu gelaran yang duduk sebelah aku.

"Aku rindu kau pendek." Ayyan peluk aku tanpa menghiraukan orang lain yang berada di Kafe. Sumpah aku cakap dia ni hensem. Kalau dia bukan abang aku, dah lama aku jadikan calon suami.

"Aku pun rindu kau hodoh. Dah lepaslah, orang tengok tahu tak." Kataku rimas.

"Tadi aku dengar orang tu malas." Aku bersuara. Dia tersengih sambil menggosok kepala.

"Your future husband?" Tanya Ayyan terkejut. Aku yang makan kek tercekik manakala Nazrul minum air tersedak.

"Bukan." Kata kami serentak.

"Ouh."

"Aku Putera Nazrul."

"Kenapa perlu sama ada Putera? ee sibuk." Ayyan membalas dengan kasar.

"Apa masalah kau?" Aku menyoal. Sesedap perencah nasi goreng adabi je dia kata macam tu. Kesian Nazrul, ish.

"Ya baiklah. Aku Ayyan."

"Ya aku tahu." Ayyan pandang Nazrul dan aku silih berganti. Dia siap buat muka pening sambil menunding jari.

"Korang ni ada sesomething ke?"

"Berapa kali aku kena bagitahu? Aku cakap tak ada kan!" Aku tampar mukanya kuat. Biar dia terbangun dari alam mimpi dia tu.

"Hakalamak, tanya je." Dia pegang pipi yang sakit sambil berhuhuhu.

"Eh kau ni budak yang aku pernah jumpa kat rumah Tokma Danielkan?" Tanya Ayyan inginkan kepastian.

Aku terkesima kerana mendengar nama Daniel. Agak-agak bagaimana dia sekarang? Dah kahwin ke belum dengan pujaan hati dia tu. Lagi satu aku tabik gila dekat Ayyan sebab benda 6 tahun lepas dia masih ingat.

"Ya, aku lahtu."

Aku yang rasa perbualan mereka berdua tidak akan berhenti terus mencelah,"Aku nak balik." Aku terus bangun. Tangan memegang air minuman dan beg tangan di sangkut ke badan.

Agak-agak apa reaksi Ayyan kalau dia tahu Nazrul tu Azrul. Mesti terkejut gila-gila terkejut kan.

"Fikir dia puteri ke nak suruh aku bawa beg dia." Ayyan menjerit tanpa malu. Dia kan memang macam tu.

"Dia memang puteri pun weh." Nazrul membalas sambil mengambil beg roda miliknya dan milik aku yang kecil.

"Puteri yang gedik dan mengada-ngada." Tambahnya. Dengan perasaan malas, dia bawa beg roda milik aku bersama.

Tiba di tempat letak kenderaan, ada sebuah kereta Honda keluaran terbaru berwarna hitam tercantik duduk di dalam kotak letak kereta. Walaupun baru 6 tahun, aku masih ingat kereta lama dia.

"Sejak bila kau minat honda?" Aku menyoal selepas dia memasuki ruangan pemandu. Dia betulkan cermin kereta terlebih dahulu.

"Kereta kau." Maka bermulalah perang.

"Apa masalah kau guna kereta aku?" Aku mencekik dia dari arah belakang. Dia mengadu kesakitan sambil mengapai-ngapaikan tangan ke udara.

"Aku nak rasmikan kereta yang Daddy baru beli 2 bulan lepas untuk kau ini, jadi berterima kasihlah." Dia tersengih seperti kerang busuk.

"Sama-sama." Lengannya aku cubit dengan kuat untuk lepaskan geram. Tak mengapa, tak lebam pun tangan Ayyan kesayangan korang sebab dia kan sado.

***

"Assalamualaikum. Tuan Puteri yang cantik ni dah balik." Jeritku kuat sambil mengetuk pintu utama rumah. Pintu itu terbuka dan seorang budak  perempuan berada di hadapan aku.

Anak siapa pula ni?

"Mummy! Ada akak cantik datang umah." Jerit budak kecil itu riang. Kemudian, seorang wanita muncul di sebalik pintu. Aku terus memeluknya tanpa berkata apa-apa.

"Puteri Mummy dah balik." Kata Datin Azira tersenyum bahagia. Budak kecil tadi pandang aku dengan renungan pelik. Dia macam nak mengalirkan air mata. Aku meleraikan pelukkan.

"Napa Mummy peluk orang lain?" Rengek budak kecil itu sambil memeluk kaki Datin Azira. Ayyan dan Nazrul muncul di belakang aku. Datin Azira mempelawa kami semua masuk ke dalam rumah. Kami semua duduk di ruang tamu.

"Sha ingat tak Mummy pernah cakap yang Sha ada kakak yang cantik macam Princess ?" Tanya Datin Azira sambil mengusap pipi budak kecil itu lembut.
"Ingat." Jawab Budak itu manja.

"Ini akak Sha." Katanya sambil menunding jari ke arah aku. Budak kecil itu terus berlari ke arah aku dan naik ke riba aku tanpa di minta. Ikut perangai siapalah ni.

"Akak cantik nama apa?" Tanya Sha manja. Dia bermain-main dengan rambut panjang aku.

"Nama akak Puteri Azreen." Kataku lembut sambil mengusap pipinya. Comel la budak ni macam aku, HAHAHA .

"Nama adik comel apa?"

"Puteri Arisha."

"Umur berapa?"

"5 Tahun."

"Adik Reen ke ni?" Tanyaku minta kepastian. Pelik jugalah, aku baru pergi 6 tahun tapi muncul orang lain pula yang lebih menawan perhatian semua.

"Iya, adik kamu dan Ayyan dan anak bongsu Daddy dengan Mummy." Balas Datin Azira dengan senyuman di bibir.

"Abang Yan." Sha terus berlari ke arah Ayyan yang berada tidak jauh dari aku. Nazrul yang di sebelah Ayyan hanya mampu tersenyum.

"Sha, kak Reen tak cantikkan?" Tanya Ayyan sambil mengangkat dia untuk duduk di atas ribanya.

"Mana ada abang Yan, kak princess cantiklah macam Sha." Dia ketawa selepas itu. Aku yang mendengar turut ketawa.

"Si jejaka tampan ni Rul ke?" Datin Azira menyoal. Nazrul menoleh ke arahnya manakala Ayyan menoleh ke arah Nazrul dan aku menoleh ke arah mereka.

"Tak sangka mummy ingat saya lagi." Nazrul tersenyum malu.

"Mana boleh lupa. Kamukan putera idaman puteri besar ni." Aku yang mendengar tercekik. Eh, pelik je.

"Sha jom masuk bilik." Aku memimpin tangan Arisha. Kami berdua terus menuju ke tingkat atas.

"Azrul si pendek gemok?" Ayyan terus menyoal. Nazrul mengecilkan mata.

"Kau dari dulu tetap biadap dengan aku en. Aku tak gemok dan pendekla. Itu semua kau bukan aku." Nazrul membalas.

"Betul Yan, kamu yang pendek gemok masa kecil." Datin Azira menambah. Maka semua readers akan mula terbayang bagaimana keadaan Ayyan begitu.
"Mummy." Ayyan merengek tanda tak puas hati dan malu sekali.

"Abaikan dia tu Rul, harini tidurlah sini dulu."

"Okey, terima kasih. Jom, tak sabar nak tengok bilik anak bujang." Nazrul terus menarik tangan Ayyan untuk ke tingkat atas. Wajah Ayyan sudah cuak mungkin kerana biliknya bersepah seperti kandang lembu. Masuk saja,

"Ya Allah, ni bilik ke kapal pecah."

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top