47
Pada suatu petang yang indah, aku bersama lima orang manusia duduk di salah satu meja yang terdapat di dalam Kafe. Suasana jadi sepi apabila ramai orang melihat ke arah kami.
"Boleh korang stop? Sakit mata I kena lampu kamera you." Hazmi bersuara dengan nada yang paling lembut. Orang ramai menjerit.
"Saya tak getback dengan dia, take note." Aku mencelah. Wajah Daniel yang berada di hadapan aku jeling. Balik nanti aku nak bagi Ayyan makan kasut saiz 6 aku sebab pergi bawa dia tu.
"Ya, kami tak getback. Kalau masih rakam kami, saya saman kamu semua." Daniel pula bersuara. Semua mata memandang ke arahnya termasuk pekerja-pekerja Kafe.
"Kau biar betul? Nanti kita kena halau dengan bos Kafe ni macam mana." Hazmi berbisik perlahan. Daniel hanya memberi isyarat ' serahkan pada aku '.
"Reen aku nak minta maaf bagi pihak abang kau." Qisha membuat wajah comel dihadapan aku.
"Dia buat salah, kau yang minta maaf. Daebak!" Aku membalas sambil menjeling dirinya. Air minuman disisip perlahan.
"Apa aku buat?" Ayyan yang tidak puas hati namanya disebut terus bersuara.
"Dia." Mata aku renung tajam ke arah Daniel. Ayyan hanya mengiyakan saja lalu membuka telefon pintar untuk menghubungi orang lain.
"Biar tak hensem, janganlah bodoh. Kalau iya pun, janganla pegang telefon tu terbalik?
"Dahtu nak aku buat apa?"
"Bagitahu dia, boleh tak balik?" Aku berkata kuat. Daniel pandang aku tidak percaya begitu juga dengan yang lain.
"Erm Da-"
"Kau bagitahu dia, aku tak hamak nak keluar dengan dia." Dia turut berkata kuat. Aku membuat muka ketat.
"Kau bagitahu dia, dahtu tak reti nak balik ke kalau dah tahu orang tak sudi tengok muka dia?" Daniel berdiri serta merta.
"Bagitahu dia, goodbye."
***
"Ola bola."
"Cars 3."
"Annabelle 3."
"Point break."
Mereka berempat berkata serentak. Aku hanya mendiamkan diri. Percayalah, nanti perang mulut akan berlaku.
"Boleh tak kau jangan jadi budak kecik Hazmi?" Kata Ayyan bengang. Hazmi yang mendengar terus membalas, "Suka hati akulah."
"Lelaki kena ikut kata perempuan jadi kita tengok Annabelle 3." Kata Qisha pula. Mereka bertiga terus berkata"No!"
"Zaman bila jadi budak noob, baik tengok cerita orang puteh." Aliff bersuara.
"No!"
Aku pandang sekeliling. Rasa malu pula bila ada seorang budak perempuan memandang ke arah kami sambil ketawa. Aku pandang pekerja wayang pula, dia turut rasa annoying seperti aku.
"Akak, bagi ALF2 5 18 tahun." Ujarku perlahan. Pekerja tersebut menjalankan tugas dengan lajunya. Aku terus berdiri di hadapan mereka.
"Satu, dua, tiga, empat." Seorang aku beri satu tiket dengan satu senyuman yang manis dan paling ikhlas.
"Free saja." Aku terus melangkah masuk. Mereka berempat hanya mampu pasrah sahaja.
"Ni semua salah kau, kalau kau mengalah tadi kita boleh tengok cerita lain." Hazmi bersuara perlahan. Dia memukul Aliff dan Ayyan kuat.
"Kenapa pula salah aku? Salah kaulah!" Aliff membalas tidak puas hati. Ayyan dan Qisha sudah mengikut jejak langkah aku.
"Hello, ini semua salah kau." Hazmi yang tidak puas hati turut membalas.
"Tak, salah kau."
"Salah abang berdua." Seorang budak bersuara. Aliff dan Hazmi memandang ke arah budak tersebut. Dia ketawa sambil tersengih.
"Aku pergi dulu Haz." Aliff terus berjalan laju ke arah kami bertiga. Hazmi tersenyum manis ke arah budak tersebut lalu pergi ke arah kami.
Satu jam pun berlalu, cerita ini sangat membosankan. Aku mengeluarkan telefon pintar dan menekan aplikasi Instagram. Post daripada Daniel terpapar di atas sekali.
"Kena halau, takpe aku kan hensem." Aku baca secara perlahan. Aku terfikir apa kena mengena dengan hensem? Tiba-tiba tangan aku tertekan dua kali gambar tersebut membuatkan bentuk hati menjadi merah.
Alamak!
"Rindu tapi tak nak mengaku." Hazmi yang berada di sebelah kanan bersuara. Aku terkaku. Telefon pintar dimatikan.
"Tinggi betul ego." Aliff yang berada di sebelah kiri turut bersuara. Aku dua kali ganda terkaku daripada yang tadi. Rasa nak nangis bila mereka ternampak. Aku buat keputusan untuk pura-pura tidur dengan memejamkan mata.
Tamat saja cerita, kami semua berkumpul di luar bangunan Mall. Memandangkan jam sudah pukul 6 petang, maka kami semua terpaksa balik sebab flight aku ke Perancis pukul 9 malam.
"Selamat tinggal, jumpa dekat airport budak ego." Hazmi menjerit dari jauh. Aku mengetatkan muka sambil mengigit bibir.
"Bye budak ego." Aliff melambai sambil menjerit. Mereka berdua menaiki kereta masing-masing lalu memecut laju. Budak BMW memang macam tu, agas.
Jujur aku kata, aku marah betul dekat diorang. Ada ke patut diorang bagitahu Daniel yang aku stalk instagram dia, what the fish! Post dia yang muncul tiba-tiba. Ini yang nak marah ni.
Aku masuk ke dalam kereta milik Ayyan selepas mengucap selamat tinggal kepada Qisha yang balik menaiki grab. Qisha jenis memilih, dia sanggup tunggu 20 minit sebab nak grab kereta Honda. Itu mustahil berlaku.
"Betul ke stalk dia?" Ayyan terus menyoal. Aku seakan-akan mahu menumbuk muka dia. Wajib ke semua orang perbualkan tentang tu? Ya Allah.
"Aku kata tak, taklah!"
***
Aku dan seluruh keluarga bertolak ke KLIA selepas solat maghrib. Aku yang duduk di sebelah Ayyan, berfikir sejenak. Air mata seakan mahu mengalir apabila memandang wajahnya.
Mesti nanti aku rindu senyuman, ketawa, gurauan kasar, lawak hambar, benda bodoh, suara tak sedap, muka tak hensem dia. Walaupun dia abang tak berguna, dia tetap abang yang baik.
"Kau nak makan aku apa?" Tanya Ayyan kasar. Aku ketawa sambil memukul lengannya. Dia yang sedang bermain game terasa diganggu.
"Yes. Aku nak masak kau jadi asam pedas cili api." Aku senyum meleret ke arahnya. Dia tolak muka aku ke tepi.
"Seram gila."
"Seram tak gila. Gila tak seram." Aku membalas sambil berloyar buruk.
"Seram memang tak gila, gila itu kau." Dia senyum sinis. Ada yang makan kasut saiz 6 aku nanti.
"Kereta kau nanti dijual balik." Katanya. Mata ralit mecari musuh di dalam game.
"Ya sebab Daddy nak beli kereta keluaran terbaru masa aku dah habis belajar nanti. Aku akan pastikan kereta aku lagi canggih dari kau." Aku menyilangkan tangan ke dada.
"Apa kau ingat nanti ada kereta terbang? Kau fikir ni dalam cerita?" Dia menjeling lalu dia kalah dalam game tersebut.
"Takut-takut kau terbang ke kutub utara bila aku tampar." Dia tidak membalas. Aku ternganga. Malas cari gaduh punya hal, aku buat hal sendiri.
Kuala Lumpur International Airport
8:28 PM
Aku duduk di kerusi yang ada. Dua beg roda ditepi aku pandang dengan pandangan sepi.
"Jangan nangis eh." Pesan Ayyan yang berada di sebelah. Datuk Mikail dan Datin Azira ada mesyuarat secara tiba-tibanya maka mereka terpaksa pulang semula.
"Mana ada."
"Memanglah sekarang tak, nanti jangan nangis. Mummy dah pesankan, kalau rindu baliklah Malaysia bila cuti." Ayyan menepuk bahu aku perlahan.
"Weh nanti aku rindu muka tak hensem kau." Aku pandang wajahnya. Dia mengecilkan mata tanda menyampah.
"Aku pun akan rindu muka tak cantik kau." Aku pula mengecilkan mata.
"Reen." Satu suara membuatkan kami berpaling. Qisha yang berada jauh 10m berlari ke arah kami. Dibelakangnya turut ada Aliff, Hazmi dan Daniel.
Wait! Daniel?
Tak kan dia datang juga? Ouh lupa, mungkin dia nak bertepuk tangan + ketawa gembira sebab aku akan pergi. Kejadian di wayang mula bermain di minda, terus muka aku membahang. Habislah.
"Oit." Qisha pukul belakang badan aku perlahan. Nasib perlahan kalau tak aku sepak dia. Aku pelik jugalah macam mana dia dah boleh peluk aku sebab tadi aku nampak dia masih lari.
"Jangan tanya kenapa aku kat sini." Kata Daniel dengan memandang ke arah aku selamba. Aku hanya buat tak tahu dan bertanya juga.
"Kenapa Encik Daniel ada di sini? Kalau Encik Daniel nak bertepuk tampar sebab saya akan pergi dari Malaysia, silakan. Saya tak kesah." Kata ku selamba. Ayyan pandang aku macam nak bunuh. Tahulah aku cantik, tak payahlah pandang macam tu.
"Tolonglah jangan gaduh kat sini." Pinta Ayyan lembut. Akhirnya aku mendengar katanya.
"Perhatian untuk pernebangan ke Perancis, sila laporkan diri anda di balai berlepas dalam masa 15 minit. Terima kasih."
Dan ayat itu diulang dalam bahasa Inggeris. Aku memandang semua orang dengan air mata yang bertakung. Tak sanggup betul tinggalkan orang yang aku sayang.
"Qisha, kau kawan aku yang paling baik. Nanti aku balik sini, jangan lupa aku pula." Kataku sambil tersenyum kelat.
"Kau tu jangan lupa aku. Mana tahu jumpa jodoh lepastu lupa aku." Gurau Qisha. Aku memeluknya sebentar dan beralih kepada Instafamousboy yang tidak hensem tapi bergaya itu.
"Oit pergila cepat." Ayyan bersuara. Cis, jahat.
"Jaga diri Reen. Nanti jangan lupa belikan laptop gold limited edition macam kau." Kata Aliff dengan senyuman. Ayyan terus siku perut Aliff dengan kuat.
Eh, mana dia tahu laptop aku warna gold and limited edition?
"Kau ada guna laptop aku ke?" Tanyaku bengang. Tak guna punya abang.
"Ada kut." Jawabnya perlahan.
"Jaga diri Reen. Selamat tinggal sayangku Azreen." Hazmi terus menukar topik perbualan. Dia berkata dengan penuh drastik. Aku hanya mampu tersengih dengar ucapan Hazmi.
Hanya tinggal Daniel sahaja tapi nak ke dia ucap selamat tinggal? Jangan beranganlah Azreen. Lupa ke? Dia dah buang kau macam sampah.
Daniel hanya mendiamkan diri jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke balai berlepas. Aku melambaikan tangan dahulu kemudian aku berjalan dengan perlahan. Ala 5 minit je lagi, bukan kapal terbang tu boleh tinggal aku pun sebab Author aku baik nak bagi drama sikit.
Aku keluarkan tiket dan pasport untuk diberi kepada pihak pemeriksa. Dia memulangkan semula selepas selesai memeriksa. Aku mula menarik beg roda. Tiba-tiba, tangan aku diraih oleh seseorang.
"Lepaslah." Aku berkata perlahan. Daniel terus melepaskan tangan aku. Air mukanya berubah menjadi sedih.
"Maafkan aku. Aku tak maksudkan semua hinaan yang aku pernah cakap dulu. Aku bertunang dengan Dina bukan atas suka tetapi terdesak. Aku sayang ka-"
Aku terus masuk ke laluan itu. Nak tahu kenapa aku pergi ? sebab aku tak nak dengar ayat terakhir dia. Ia boleh membuatkan aku teringat dekat dia bila kat sana. Aku tak nak serabutkan diri lagi untuk fikir pasal ayat dia dan semua benda berkaitan dia. Aku benci dia.
"Selamat tinggal Malaysia." Gumanku perlahan sambil memandang ke arah luar.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top