43
Seawal 4:15 pagi, pelajar perempuan dibangunkan dari buaian mimpi. Kami semua diarahkan untuk mandi terlebih dahulu. Kemudian nanti pukul 5:00 baru pelajar lelaki diarahkan mandi. Maklumla, perempuan mandi lambat sikit.
"Tak pernah aku mandi seawal ni." Ujarku sambil memandang jam tangan. Qisha yang baru bangun terus mengeliat sebelum baring semula.
"Ulang suara, kumpulan pertama yang tiba di hadapan surau akan dapat kelebihan untuk aktiviti treasure hunt selepas sarapan nanti." Suara Cikgu Hana membuatkan ramai pelajar berpusu-pusu ke bilik air.
"Aku mandi awal pun, Aliff akan mandi lambat nanti." Ujarku sambil mengambil kain tuala, alatan mandi dan pakaian yang akan dipakai.
"Harini baju rumah sukan ke t-shirt sekolah?" Tanya Qisha dalam keadaan masih mamai. Dia sedaya upaya ingin membuka matanya luas tetapi tidak berjaya.
"Sukan." Jawabku pendek. Aku pandang seorang lagi ahli khemah aku. Isma pelajar junior tingkatan 2 masih lena.
"Patut ke aku kejut dia?" Tanyaku perlahan. Qisha hanya mengangguk tanda patut manakala aku menggeleng untuk memberi jawapan kepada diri sendiri.
"Is bangun, Cikgu suruh mandi." Aku gerakkan badannya perlahan. Tiada sebarang respon lagi dan aku hanya mampu bersabar.
"Is bangun." Kini gerakkan lebih kuat berbanding tadi.
"Bah." Dia terus memusingkan kepalanya. Mask berwarna putih dimukanya membuatkan aku menjerit. Dia tertawa apabila dapat kenakan aku yang lemah ni.
"Tak lawakla Isma." Aku memukulnya kuat. Aku terus keluar dari khemah dan menuju ke bilik air.
Tepat pukul 5:10 pagi, Aliff, Aqil dan 4 lagi junior perempunya berada di hadapan surau. Songkok yang dipakainya dibetulkan berkali-kali.
"Nampak tak akak kesayangan kamu?" Aliff menyoal kepada Amira yang sedang sibuk bermain dengan batu-batu kecil. Dia hanya mampu menggeleng.
"Abang Faris pun belum sampai." Ujar Aqil sambil melirik ke sana sini. Jangan terkejutla baru 10 minit berlalu tapi diorang dah siap mandi. Itulah untungnya ada gelaran, instafamousboy konon.
"Maaf lambat, kau lah taknak umumkan aku mandi awal sekali." Marah Faris. Dia menolak Aliff seperti mereka rapat. Aliff membuat muka menjengkelkan.
"Cikgu kami semua dah sampai." Faris menjerit sambil mengangkat tangan. Pasukan lain yang berada di tepi hanya mampu memandang.
"Our princess belum sampai." Aliff menurunkan tangan Faris. Cikgu Hadi yang mendengar membuat muka loya.
"I'm here." Aliff dan Aqil terus memusingkan kepala ke belakang. Aqil orang pertama yang menjerit kegembiraan apabila aku sudah sampai.
"Lambatnya kau mandi, kalah puteri raja." Perli Aliff sambil bercekak pinggang walaupun sedang duduk. Aku ambil tempat duduk di hadapannya.
"Aku mandi 20 minit je, lagi 20 minit aku keringkan rambut." Aku mengibas rambutku ke arahnya. Tak sangka aku masuk ke bilik air tu semua orang beri laluan kepada aku mandi dulu. Terasa macam betul-betul puteri raja.
"Okey kita dah ada pemenang tiket. Semua diminta masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat subuh bersama-sama." Mereka semua meluru masuk ke dalam surau. Aliff yang sebagai ketua berjumpa dengan Cikgu Hadi untuk mendapatkan tiket ke pusingan separuh akhir.
***
"Sayang, awalnya you datang." Suara Dina jelas kedengaran di dalam kafeteria. Daniel yang baru ingin membeli air minuman terus berhenti melangkah.
"Perempuan ni memang selalu over ke?" Daniel bersuara perlahan. Dia memusingkan langkah dan berlalu keluar dari situ apabila mendapati semua orang memandangnya.
"Ni kalau Azreen dengar, mahu kena tampar muka aku." Tambahnya lagi. Dia mempercepatkan langkah untuk masuk ke dalam kelas memandangkan harini perhimpunan rasmi dibatalkan.
"Sayang." Dina memaut lengan Daniel erat. Daniel terhenti, terkaku, terkesima, terdiam.
"Lepas." Satu perkataan saja tidak mampu membuatkan Dina melepaskan tangannya. Dia kena lebih dari sepuluh, tak percaya? Baca ni.
"Lebih baik you lepaskan tangan I sebelum I batalkan semua benda hujung bulan ni. Masatu, barulah you tahu perbuatan you ni salah dan tak patut berlaku." Ujar Daniel tegas. Dina perlahan-lahan melepaskan tangan Daniel. Daniel terus pergi meninggalkannya.
Masuk saja di dalam kelas, wajah Ayyan sudah kelihatan. Dia merenung Daniel tajam.
"Kau kenapa?" Ujar Daniel senada. Dia terus duduk di tempat duduknya. Mata pelajar perempuan sudah memandang ke arahnya. Jarang sekali berlaku selama 5 tahun.
"E X P L A I N." Ujar Ayyan satu persatu. Telefon pintarnya memaparkan laman web sekolah yang sudah beribu orang tengok.
"What?" Daniel menumbuk mejanya kuat. Kelas daripada bising terus senyap. Daniel merampas telefon Ayyan dan membawanya ke kelas 5Y iaitu kelas teknologi maklumat.
"Airil selesaikan." Kata Daniel tegas. Airil atau lebih dikenali sebagai AR datang ke hadapan kelas. Telefon pintar milik Ayyan itu dipandang lama sebelum kembali ke tempat duduknya semula untuk mengeluarkan komputer ribanya.
"5 minit." Ujarnya sambil mengangkat 5 jari ke udara.
"2 minit." Balas Daniel. Riak wajahnya tiada sebarang senyuman. Di dalam hati, dia sudah risau kalau-kalau teman wanitanya dapat lihat semasa berada di sana.
"Chill la bro, Reen tak dapat tengok. Telefonkan cikgu Hadi pegang sampai esok." Ayyan bersuara selepas tiba di sebelah Daniel. Dia meletakkan tangganya dibahu Daniel.
"Harini hari jadi aku jadi aku siap padam lagi laman web sekolah kita yang fake itu." Airil menghulurkan telefon pintar itu kepada Daniel. Ayyan terus merampas dari tangan Airil.
"AR, Daniel tak guna Iphone X." Dia menyimpan telefon pintarnya di dalam poket seluar manakala Daniel mengeluarkan telefon pintarnya, Iphone 7+.
"Baru sweet sama-sama 7+ dengan partner." Dia tersengih ke arah Airil. Airil hanya tercengang akibat tidak faham apa-apa. Daniel dan Ayyan kembali semula ke kelas mereka.
"Iphone 7+. Girlfriend dia pun guna telefon tu. Dah jangan buat muka blur, nanti kurang kekacakkan." Sahabat baik Airil menepuk bahunya perlahan.
***
"Aku makin stres bukannya hilangkan stres kem ni." Rungutku kuat.
Seperti yang dikatakan tadi aktiviti selepas sarapan, treasure hunt yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu awal, separuh akhir dan akhir.
Peringkat awal tak semudah yang disangkakan apabila kami semua perlu melepasi kawasan lumpuh yang hanya ada satu batang buluh di atasnya. Peringkat separuh akhir, masuk ke dalam lumpur tanpa memakai kasut dan mencari 10 cincin berwarna putih.
Peringkat Akhir, aktiviti paling mencabar dalam seumur hidup pelajar perempuan menengah. Sama macam separuh akhir, cari cincin tapi disini kena cari 15 cincin berwarna emas dan mata kami akan ditutup dengan kain. Macam tadi juga tanpa kasut dan disini ada tambahan ikan yang tidak dikenali namanya.
"Rileklah Reen, lumpur je." Kata Aliff sambil tersenyum lebar. Dia sudah berjaya mencari 20 cincin tapi kesemuanya berwarna hitam.
"Weh, ada benda gerak-gerak kat kaki aku." Aku membuat muka cuak gila. Rasa nak nangis pun ada.
"Kaki aku sayang." Aliff mengangkat kakinya yang baru saja memijak kaki aku. Aku tersenyum lebar ke arahnya dulu sebelum menolaknya kuat.
"Azreen, rambut aku!" Jerit Aliff kuat. Aku hanya ketawa di hadapannya. Siapa suruh dia kenakan aku dengan letak kaki dia atas kaki aku. Aliff terus bangun dan kibas rambutnya yang sudah terkena lumpur.
"Nasib baik kau adik Ayyan kalau tak dah lama aku tolak kau juga." Dia mencurah air mineral yang dihulur oleh junior pasukan lain untuk membasuh kepalanya.
Aku yang baru ingin keluarkan suara terus mendiamkan diri apabila terasa ada benda bergerak-gerak di kaki aku lagi. Bila aku pandang sekeliling, Aliff saja yang berada berhampiran yang lain ada di sudut kawasan.
"Aliff." Panggilku gugup. Aliff yang terpandang muka cuak aku terus berlari ke arah aku.
"Kenapa?" Tanyanya risau. Aku menunjukkan jari ke bawah sambil mengangkat kaki kanan perlahan-lahan. Keluar saja kaki kanan,
"Arghh!!!!" Aku terus menjerit sekuat hati sambil melambungkan benda yang melekat di kaki aku tadi. Dengan sepantas kilat, aku keluar dari kawasan lumpur itu.
"Cikgu ada pacat." Jerit Aliff kuat. Dengan itu, semua pelajar yang berada di dalam kolam lumpur itu keluar serta merta. Cikgu Hadi yang menjaga kawasan tersebut menyuruh semua orang pergi membersihkan kaki masing-masing.
Aku terduduk. Ibu jari kaki kanan, aku pandang lama. Entah macam mana boleh luka dan meninggalkan darah pekat.
"Lain kali hati-hati." Kata Aliff lembut. Dia duduk disebelah aku. Kaki kanan aku dibawa ke atas kain bersih.
"Bukan salah aku, benda tu yang tiba-tiba muncul." Aku membalas dalam nada sedih dan muram.
"Iyalah Reen, tahan sikit." Pintanya. Air mineral botol kecil itu dicurahkan ke atas kaki aku. Kemudian, Aliff mengelap kaki aku perlahan menggunakan kain bersih. Ubat luka disapukan di ibu jari. Aku menjerit kesakitan.
"Aku cakap tahankan." Selamba saja Aliff membalas. Aku menahan jeritan dengan membuat pelbagai gaya muka. Jangan cakap, dah tahu mesti buruk.
"Jangan bagitahu Ayyan." Pintaku sambil mengerdipkan mata. Dia menggelengkan kepala. Aku menjelingnya.
"Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji." Aliff membalas sambil tersengih. Dia guna peribahasa mesti nak acah yang dia power bm.
"Apa kata kau jadi lembu tu?" Cadangku sambil tersengih. Dia mengetatkan muka. Kemudian, dia terus pergi meninggalkan aku. Cis, biadap!
"Kalaulah Daniel yang rawatkan luka aku tadi." Aku mengeluh perlahan memikirkan nasib hubungan kami yang sudah 7 bulan.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top