42

Bunyi ombak kedengaran di telinga membuatkan aku membuka mata perlahan-lahan. Aku terkejut apabila wajah Faris sangat dekat dengan aku. Aku terus berdiri dan keluar dari tempat itu. Aku terfikir, macam mana aku boleh tertidur?

"Ehem ni kalau bagitahu Daniel." Aku terus menoleh ke arah suara itu. Jelas kelihatan wajah Aliff dan Hazmi yang sedang tersengih.

"Bagitahulah. Biar Faris tu kena penumbuk sekali. Sana sikit." Aku membuat tangan supaya Hazmi bergerak ke tepi sedikit. Aku tak tahulah kenapa tamak sangat tempat duduk. Kerusi ada 5 tapi yang duduknya hanya mereka berdua.

"Kau dengan Daniel okey?" Tegur Hazmi riang.

"Okey." Aku tersenyum kelat ke arahnya.

"Kau tak rindu dia ke? Iyelah kau kan jauh dari dia tiga hari." Tambah Aliff pula. Hazmi mencubit lengan Aliff perlahan. Aku tersenyum kelat.

"Dah matang buat apa nak rindu lebih-lebih. Rindu sikit-sikit sudahlah." Aku tertawa kecil. Jauh di sudut hati aku sangat rindukan dia yang semakin lama menghilang daripada pandangan.

"Nak duduk sini sampai hari terakhir kem?" Tegur Cikgu Hadi sambil bersilang tangan. Kami tersengih kecil ke arahnya. Aku turun terlebih dahulu diikuti dengan Aliff. Hazmi yang baik hati itu tolong kejutkan Faris yang masih dibuai mimpi.

"Perhatian semua." Suara Cikgu Hana jelas kedengaran di seluruh tapak perkhemahan. Semua pelajar beratur secara berdua-dua di hadapannya.

"Pertama sekali, kamu semua kena bersyukur kerana khemah sudah dipasang oleh pihak resort ini. Kedua, setiap khemah hanya dibenarkan 3 atau 4 orang bergantung kepada keselesaan kamu. Ketiga, pelajar lelaki dan perempuan tidur secara berasingan. Keempat, berkumpul semula di sini pada pukul 2 petang. Boleh bersurai." Semua pelajar mengikut arahan Cikgu Hana.

Aku hanya ikut sahaja kemana Qisha pergi kerana aku malas ambil tahu hal-hal sebegini. Kami membuat keputusan hanya seorang lagi pelajar dibenarkan tidur di khemah kami duduki sekarang ini.

***

Suara-suara pelajar kelas 6V sehingga ke tingkat bawah boleh dengar. Mereka semua sibuk dengan telefon masing-masing sambil bercakap.

"Kalau nak main phone, baik diorang duduk je rumah." Ayyan bersuara perlahan. Kertas kosong direnung lama untuk melukis. Bunyi jam loceng dari telefonnya membuatkan dia membuka telefon pintarnya.

"Tak guna dia block." Nguman Ayyan perlahan. Skrin telefon yang memaparkan mesej perbualan bersama adiknya dipandang sepi.

"Nanti dia unblocklah." Daniel yang disebelah bersuara. Ayyan memandangnya dengan pandangan keji.

"Kau diam." Ayyan menjeling sekilas.

"Kau masih ragu-ragu ke dengan aku?" Daniel mengeluh perlahan.

"Ya. Yes." Dua bahasa berbeza disebutkan.

"Aku sayang adik kau takkanlah aku nak buat macam tu kat dia." Daniel meletakkan pensil kayunya.

"Sayang tak sayang kalau dah nafsu seorang lelaki, berjalan juga nanti." Balas Ayyan dingin. Dia masih lagi tidak boleh berfikir bagaimana Daniel boleh berbuat sedemikian rupa.

"Kita kawan dah lebih 8 tahun, mestilah kau tahu perangai aku macam mana." Balas Daniel kasar. Dia tak boleh terima hakikat yang kawan baiknya tidak mempercayai dirinya.

"People can change bro!" Ayyan membalas. Mereka saling berpandangan. Tangan Daniel sudah mendarat di kolar baju kemeja Ayyan.

"Anak jantan kena berani." Ayyan lantas memegang hujung tali leher Daniel lalu ditariknya sehingga ketat.

"Erm Daniel, Ayyan janganlah macam ni." Tegur seorang pelajar lelaki yang memakai cermin mata. Mata mereka berdua terus memandang ke arah pelajar tersebut.

"Kau siapa nak masuk campur?" Daniel melepaskan genggamannya.

"Boleh tak buat hal sendiri?" Kini Ayyan pula melepaskan pautan pada tali leher Daniel.

"Maaf, bukan nak masuk campur tapi janganlah bergaduh macam ni. Korang berdua dahlah pelajar cemerlang sekolah, tak malu ke kalau orang tengok?" Daniel menjeling pelajar tersebut. Dia bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan kelas.

Ayyan menghubungi Aliff.

"Ada apa?" Aliff membalas dengan kasar.

"Adik aku macam mana?" Tanyanya kasar. Pelajar berkaca mata tadi hanya mendiamkan diri sambil mendengar perbualan mereka.

"Tak cukup kau suruh aku pergi kem teman dia, kau nak suruh aku report semua benda pula?" Aliff berdengus dari dalam talian.

"Aku tanya sebab dia block aku pandai." Ayyan cuba bersabar. Dahlah dia tengah marah, boleh pula Aliff menaikan kemarahannya lagi.

"Dia elok je. Okey selamat tinggal Cikgu Hadi nak kutip semua telefon. Kalau risau sangat, hari terakhir aku report semua benda ya." Aliff terus menamatkan panggilan. Ayyan memandang sepi telefon pintarnya yang sudah terputus talian.

"Sayang betul kat adik." Ujar lelaki itu. Ayyan terkejut, hampir saja dia melepaskan telefon pintarnya.

"Penampar nak?" Pelajar itu terus pergi ke arah kawannya dibelakang.

***

"Hai Reen." Faris melambaikan tangannya di hadapan aku. Aku memandang dengan pandangan meluat. Mana aku pergi mesti dia ni ada, rimas tahu tak.

"Jangan nak over sangat boleh? Girlfriend orang tu." Aliff menolak bahu Faris ke belakang.

"Saya harap kamu semua sudah berkumpul dalam kumpulan yang telah saya tetapkan." Suara Cikgu Hadi bergema di seluruh kawasan dewan.

"Kenapa kita satu kumpulan dengan dia?" Aku berbisik kepada Aliff. Aliff turut membalas, "Supaya kita dapat buli dia." Faris berdehem perlahan. Kami berdua menoleh ke arahnya.

"Ingat aku tak dengar ke?" Faris bersilang tangan.

"Memang nak suruh kau dengar pun." Aliff membalas. Dia juga menyilangkan tangan.

"Kau ingat aku nak sangat ke satu kumpulan dengan kau?" Kami berdua menggelengkan kepala lalu berkata "Tak tanya." Faris terus meninggalkan kami.

"Daniel sihat?" Aku menyoal.

"Boyfriend sendiri kut, takkan tak tahu." Aliff membuat muka menjengkelkan.

"Cuba bagitahu aku macam mana nak tahu kalau dia aku chat tak reply, call tak jawab, aku call kredit tau bukan call WhatsApp." Aku mengeluh perlahan.

"Erm Aqil cikgu nak barang apa tadi?" Aliff terus pergi ke arah pelajar junior yang bernama Aqil itu.

"Cikgu tak kata apa-apa lagi." Aqil membalas. Aliff membawanya pergi sambil berkata, "Buat-buat ada."

"Hambar."

***

"Fighting!" Seluruh ahli kumpulan aku bersorak. Kami semua memasuki hutan untuk mencari ranting pokok yang diikat dengan reben berwarna merah.

"Adik-adik junior, jangan pergi terlalu jauh." Jerit Aliff memandangkan dia paling tua jadi dia ketua kumpulan kami.

Faris dan Aqil berada di bahagian depan, aku berserta 2 pelajar perempuan junior berada di tengah manakala Aliff si ketua yang hebat mengawal dari belakang seorang diri.

"Kawan-kawan awak yang lain memang semangat ke?" Tanyaku kepada pelajar perempuan yang bernama Amirah.

"Ya, Aqilah dengan Rina memang suka aktiviti dalam hutan sebab itulah semangat sampai dah ada kat depan sekali."

"Nampak gaya diorang tak dengar nasihat kau." Aku pusing kebelakang lalu berkata. Aliff membalas,"Jalan tengok depan, nanti jatuh." Aku tersengih, "Takkan jatuh."

"Aduh." Aku terjatuh akibat satu kayu besar yang menghalang laluan. Satu perkataan membuatkan semua ahli kumpulan aku menoleh.

"Reen, aku dah cakap nanti jatuhkan. Degil sangat." Aliff terus berlari ka arah aku. Faris yang berada didepan terus memecut laju menuju ke belakang.

"Reen o-" Faris yang mahu memulakan drama terus dihentikan oleh Aliff.

"Aqil bawa abang kesayangan kamu ni." Aqil terus mendengar arahan Aliff. "Awak berdua pergi ikut kawan awak yang lain tu cari reben." Mereka juga mendengar arahan Aliff.

"Nampak? Kau sorang je tak nak dengar arahan aku." Aku melunjurkan kaki.

"Okey tak?"

"Lepas 2 minit 35 saat aku jatuh, baru kau nak tanya?" Aku menjelingnya. Aku terus bangun sebab aku rasa kaki aku masih boleh berjalan.

"Kau jangan buat masalah boleh? Nanti panjang pula aku nak buat laporan." Aliff menyilangkan tangan ke dada.

"Cakap jelah, Ayyan adikmu sentiasa dalam keadaan baik disana." Aku terus pergi meninggalkan dia. Apa dia ingat aku tak tahu Ayyan suruh dia temankan aku kat sini. Ceh, tahu pun sebab terdengar perbualan tadi kalau tak mana ada aku tahu.

***

"Reen ambilkan air." Jerit Ayyan dari ruang tamu. Seperti biasa, dia sibuk menonton perlawanan bola sepak.

"Budak ni pekak ke buat-buat tak dengar." Ayyan berdengus. Dia terus berjalan ke dapur dengan laju sebab taknak terlepas aksi penting.

"Maaf Ayyan, Kak Munah tak dapat bawakan air sebab tengah masak takut nanti hangus. Azreen pergi kem, Ayyan lupa ke?" Ayyan yang baru tersedar, hanya mengeluarkan bunyi ouh.

"Tak mengapa, Ayyan boleh ambil air sendiri." Cawan dan sebotol air sejuk dibawa keluar ke ruang tamu. Dia terus menjerit kekesalan apabila pasukan kegemarannya sudah menjaringkan satu gol pada minit sebelum 4 minit.

"Menyesal, menyesal, menyesal." Katanya.

"Assalamualaikum." Pintu rumah terbuka luas. Daniel meluru masuk dengan selambanya. Ayyan sedikit ternganga

"Adab tinggal kat rumah ke?" Perlinya kuat. Daniel menutup pintu terlebih dahulu.

"Kau selalu je masuk rumah aku macam tadi." Daniel berjalan menuju ke sofa. Dia duduk di tempat sepatutnya Ayyan duduk. Air minuman Ayyan diminum.

"Kau tengah cari gaduh ke?" Ayyan menyoal. Dia cuba menahan marahnya daripada meletus.

"Tak, aku datang nak buat projek kumpulan." Dia merenung Ayyan tajam. Ayyan tutup televisyen dan mengambil airnya untuk disimpan kembali di dapur.

"Aku dah kata, aku taknak buat dengan kau." Dia terus menaiki tangga.

"Apa? Kau tak pakai seluar dalam?" Daniel menjerit dengan kuatnya. Ayyan yang mendengar terus berlari ke arah Daniel.

"Kau ni memang suka cari masalahkan." Ujar Ayyan lalu mengeluh. Mereka berdua berpelukkan.
"Maafkan aku marah kau tadi kat sekolah." Ayyan menepuk belakang Daniel kuat.

"Aku pun minta maaf." Daniel turut menepuk belakang Ayyan kuat. 

"Mari buat projek."

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top