41
Tok Tok !
"Maaf Madam, saya nak panggil pelajar yang mengikuti kem." Kata seorang pelajar perempuan tingkatan 6, macam mana aku tahu dia tingkatan 6? Tengok nametag dia.
"Kelas ni ada empat orang." Kata perempuan itu sambil menyemak senarai nama.
Walaupun cikgu kata hanya 50 orang yang boleh ikut mesti ada yang fotostat borang dengan kawan bila tak dapat sebab itulah setiap kali kem, borang yang di pulang lebih daripada yang diberi.
"Amirul, Faris, Qisha and Puteri Azreen."
Aku berhenti menulis apabila nama aku disebut secara spontan dari mulut perempuan itu. Angin marah aku tiba-tiba datang masuk ke dalam badan cuma tinggal keluarkan je. Memang tepat pada masanya, aku tengah badmood sebab Ayyan curi hotspot aku semalam.
"Sorry, but I didn't send a form to join this camp." Kataku menahan marah. Mesti ada yang baik hati untuk isikan borang kem untuk aku. Aku sangat berterima kasih kepada orang itu. Sebagai ganjaran, aku akan bagi dia makan penampar aku sekali.
"I don't know but your name is on this list." Katanya lembut.
"Who dare to enter my name in the camp form?" Tanyaku mendatar. Aku pandang seluruh wajah pelajar yang berada di dalam kelas. Madam Riana pun terdiam.
"Qisha?" Tanyaku sedikit kuat.
"Aku tak tahu Azreen, aku tak ada isi nama kau masatu. Aku ambil aku punya je." Jawab Qisha sedikit gugup. Aku cuba mengawal emosi. Setelah baik, aku terpaksa ikut dia pergi ke dewan dengan hati yang terluka.
Dewan,
"Assalamualaikum semua." Suara cikgu Hana mula bergemar di seluruh dewan bacaan ini. Semua perserta yang mengikuti kem sedang duduk di atas kerusi sambil memegang telefon bimbit.
"Waalaikumussalam." Jawab kami semua serentak.
"Saya nak kamu tulis apa yang saya akan cakap nanti. Tiada ulangan untuk ini." Pesan Cikgu Hana. Pelajar junior mula mengeluarkan buku dan sebatang pen daripada poket baju. Kami yang senior hanya duduk diam.
"Pelajar menengah atas, mana buku catatan kamu?" Tanya cikgu Hana mendatar. Semua pelajar menengah atas memandang ke arahnya kecuali aku.
"Ni ada." Mereka semua mengangkat telefon pintar masing-masing ke udara. Cikgu Hana hanya mampu menggelengkan kepala. Aku mengeluarkan telefon pintar dan membuka aplikasi PUBG.
***
-pakaian t-shirt sekolah [ hari terakhir ]
-seluar sukan 2
-baju sukan sekolah [ hari pertama ]
-baju rumah sukan [ hari kedua ]
-pakaian bebas [ malam hari 1&2 ]
-kasut sukan [ wajib ]
-selipar / sandal [ tumit dilarang ]
-beg hanya dibenarkan 2 sahaja [ beg roda dilarang ]
-peralatan mandi, ubatan, tidur
p/s : telefon pintar akan disimpan oleh guru selepas tiba di tapak perkhemahan. Guru akan memulangkan telefon pintar anda pada hari terakhir kem
Aku pandang telefon Qisha lama. Selepas 2 minit, aku pulangkan semula. Disebabkan malas nak salin semula, aku screenshoot teks tersebut dan hantar ke nombor aku. Sekarang kami berada di Mid Valley untuk membeli barang persiapan. Aku kat sana pun terpaksa.
"Azreen, mana nak cari beg?" Tanya Qisha tercungap-cungap. Dia memanjangkan leher untuk mencari kedai beg dan sebelah tangannya memegang tangan aku erat.
"Pakai beg sekolah sudahlah." Jawabku malas.
"Ish kau ni. Beg sekolah, beg sekolah la. Ni beg nak pergi kem bukan pergi sekolah." Rungut Qisha.
"Sama je. Kau boleh tak jangan tarik tangan aku macam nak bawa aku kahwin lari kat siam?" Tanyaku mendatar. Sempat aku menjeling ke arahnya. Qisha terus melepaskan pegangan erat pada tangan kanan aku. Aku menghembus nafas lega dan mula ikut dia dari arah belakang perlahan-lahan.
Malam ; 10:00 PM
"Kau kata tak nak pergi kem, apa citer semua barang ni?" Tanya Ayyan cuba sembunyikan sesuatu. Aku hanya buat tak tahu dengan soalan dia dan sambung sumbat baju kat dalam beg.
"Aku tengah cakap dengan kau ni." Marah Ayyan di hadapan muka pintu bilik aku. Aku yang di atas katil memandang ke arahnya terus menukar posisi menghadap dinding belakang.
"Ala, kau marah aku ke?" Soalan paling bodoh yang abang aku pernah bagi lepas dia dah buat aku sakit hati.
"Tak."
"Habis tu?"
"Kau reti diam tak? Tahu tak bising? Eh, kau ingat aku nak sangat ke pergi kem ni? Kalau bukan sebab hantu malaun mana yang isi nama aku, aku tak akan pergila." Marahku sekuat hati.Tiba-tiba, Datin Azira muncul dari belakang Ayyan.
"Kenapa tu?" Tanya Datin Azira. Aku hanya memasang telinga.
"Ayyan isikan borang untuk dia walaupun dia tak nak pergi, sebab tulah dia marah semacam je." Jawab Ayyan perlahan tapi sungguh malang, telinga aku masih dapat mendengar apa yang dia kata.
Ouh Ayyan rupanya hantu malaun yang baik hati isikan borang untuk aku walaupun aku tak nak pergi.
What?!
"Ayyan!!!" Aku terus bangun dari katil dan menuju ke arahnya secepat mungkin. Ayyan terus berlari masuk ke dalam bilik, siap kunci pintu lagi tak nak bagi aku masuk. Datin Azira terus memeluk tubuh aku.
"Jangan marahkan abang kamu. Dia nak kamu rehatkan minda kat sana sebab tu dia isikan borang untuk Reen." Kata Datin Azira perlahan. Aku sekadar mengangguk walaupun sakit hati. Kemudian, aku terus baring atas katil untuk tidur. Baju tu, lantak dialah.
***
Pagi ; 7 AM
"Semua boleh naik bas masing-masing. Pastikan kamu tidak tertinggal barang di tapak perhimpunan ini." Pesan cikgu Hadi. Semua pelajar mula naik ke dalam bas yang telah ditetapkan oleh cikgu Hadi sebentar tadi. Ada 2 bas jadi satu bas ada 50 pelajar dan 3 guru.
Aku naik bas berwarna biru iaitu bas 1. Tempat duduk di bahagian kedua terakhir aku duduk. Ramai pelajar yang duduk belakang berbanding depan bila aku masuk tadi. Nasib baik tempat paling belakang ni tak ada orang duduk lagi.
Aku keluarkan headphone dan telefon pintar dari dalam beg sandang yang aku bawa sekali naik bas. Dalam beg tu ada barang penting aku so tak boleh letak kat tempat letak barang.
Aku tarik cap hodie untuk tutup kepala aku dan aku sarungkan headphone yang sudah memainkan irama lagu kpop. Aku ambil keputusan untuk tidur.
***
"Aku nak kau kahwin dengan anak aku lepas apa yang kau dah buat kat dia." kata seorang perempuan tua sambil menahan marahnya. Seorang lelaki yang dihadapannya hanya mampu menundukkan kepala.
"Tapi saya tak buat apa-apa kat anak makcik. Makcik cuma salah faham masa tu." Lelaki itu cuba membetulkan keadaan.
"Papa tak kira, kamu kena kahwin juga dengan dia kalau tak papa hantar kamu ke luar negara." Marah seorang lelaki tua yang merupakan ayah si lelaki itu. Semua orang mula mendiamkan diri untuk menunggu jawapan daripada lelaki itu.
"Kita tunang dulu baru kahwin." Putus lelaki itu. Dia mengeluh perlahan memikirkan nasibnya yang malang itu.
***
"Daniel, Jangan tinggalkan saya." Aku mengelap air mata yang membasahi di pipi. Darah yang keluar daripada perut Daniel akibat di tikam aku pandang lama. Air mata aku tidak henti-henti mengalir.
"Awak bawa bersabar. Kejap lagi ambulans akan datang." Kataku dalam esakkan. Aku angkat kepala Daniel ke atas riba. Aku cuba menahan darah yang banyak terkeluar dari perut dia.
"Saya sayang kan awak." Ucap Daniel perlahan sambil memegang pipi kanan aku.
"Awak, jangan tinggalkan saya!" Mata Daniel perlahan-lahan mahu tertutup buat selamanya.
"Azreen."
"Azreen."
"Azreen."
"Azreen."
"Daniel." Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku apabila tersedar. Aku baru perasan yang ada 4 orang sedang berdiri di sekeliling aku.
"Kau okay tak?" Tanya Qisha perlahan. Aku masih diam tak berkutik.
"Kenapa aku kena hadapi mimpi yang buruk itu? Adakah satu perkara yang sama akan berlaku di dunia realiti pada aku dan Daniel?" Bisikku di dalam hati.
"Azreen!" Qisha pukul kepala aku dengan kuat.
"Sakitlah pandai." Marahku sedikit kuat.
"Nasib baik kau kata aku pandai. Okaylah, aku nak balik tempat duduk aku dulu. Have fun with your partner." Katanya selamba. Aku hanya buat tak tahu. Faris duduk di sebelah aku selepas itu manakala Aliff dan Hazmi kembali ke tempat duduk belakang.
Wait!
"Daniel tak ikut?" Aku toleh ke arah Aliff dan Hazmi yang berada di belakang.
"Tak. Dia busy." Jawab Hazmi.
"Ouh."
Aku pusing ke hadapan semula. Faris yang berada di sebelah aku hiraukan. Sudah dilarang tapi dia tetap degil, katanya aku perlu balas budi dia ajar addmath dengan benarkan dia duduk sebelah aku.
"Kenapa sebut nama Daniel tadi?" Tanya Faris ingin tahu. Kerja dia menyibuk je.
"Mimpi buruk pasal dia." Jawabku senada.
"Ouh." Balas Faris. Dia terus diam tak bersuara.
"Aku harap benda buruk akan jadi kat dia nanti." Bisik hati Faris. Aku ambil keputusan untuk main telefon. Aku malas nak sambung tidur sebab takut mimpi benda yang sama lagi.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top