34

Bunyi bising kedengaran dari tingkat bawah. Aku yang baru tersedar terus masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka. Meja solek yang berada di hujung aku tuju. Telefon pintar yang ada di atas meja aku bawa bersama ke atas katil. Satu mesej yang baru saja diterima aku baca di dalam hati.

favboy🐣❤

goodmorning sayang 🌈❤😛

Aku membalas dengan mesej suara. Mesej suara itu terus didengar oleh Daniel. Daniel membalas juga dengan mesej suara. Aku menekannya.

"Awak duduk je dalam bilik. Nanti pukul empat tiga puluh minit pagi baru awak turun sahur."

Aku membalas.

abc defgh

baiklah❤
Lena tak tidur?

Baru saja aku ingin menaip, telefon pintar aku mati secara mengejut akibat kehabisan bateri. Aku merungut sedikit kepada orang yang bawa masuk telefon tu sebab tak reti nak tolong cas kan. Aku buat keputusan untuk mengemas beg pakaian sebelum sambung tidur yang lena tadi.

***

Daniel POV

Tengku Amanda (Mak Long), Tengku Aini (Mak Ngah), Tengku Munirah (Maksu) dan Tengku Aura (Tokma) sedang memasak di ruangan dapur untuk sahur.

"Dengar cerita, Daniel balik bawa girlfriend." Tengku Amanda bersuara apabila nampak kelibat aku masuk ke ruangan dapur.

"Ada-ada je Mak Long ni." Aku membalas sambil tersenyum. Suara bisikkan anak-anak dara di dalam Vila ini membuatkan aku tak selesa. Tak habis-habis nak mengumpat.

"Abang Daniel apa khabar?" Tanya Amira, anak sulung Tengku Amanda. Aku sekadar tersenyum nipis ke arahnya.

"Betul ke abang bawa balik girlfriend?" Tanya Aida pula, anak tunggal Tengku Aini. Aku tak menjawab. Ada je benda nanti mereka nak buat sebab tu tak layan.

"Umi, kenapa bilik depan bilik abang Daniel terkunci?" Tanya Melisa, anak tunggal Tengku Munirah yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur. Aku menoleh ke arahnya diikuti dengan yang lain.

"Umi tak tahu Lisa." Balas Tengku Munirah ringkas. Dia menyambung memotong sayur-sayuran.

"Dah ada orang duduk bilik tu." Tengku Aura menjawab pertanyaan Melisa. Yang lain hanya mengangguk termasuk aku.

"Ala, baru nak pindah bilik tu." Melisa merungut sendirian. Dia mengatur langkah menuju ke arah kawan-kawannya yang lain.

"Siapa Tokma?" Tanya Aida dan Amira serentak. Aku makan keropok yang ada di dalam balang.

"Girlfriend abang Daniel kamu." Balas Tengku Aura kuat. Ketiga-tiga anak dara itu membuat muka tak percaya.

"Ouh girlfriend Daniel, APA! Girlfriend Daniel?" Aku terus berlari ke tingkat dua dimana semua bilik cucu-cucu atau tetamu Tengku Aura menginap.

"Siapa agaknya girlfriend abang Daniel?" Tanya Melisa. Sememangnya mereka bertiga peminat setia Daniel di media sosial ataupun di kampung ini.

"Entah." Jawab Amira dan Aida serentak sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.

End POV

***

Tok Tok Tok !

Pintu bilik aku diketukkan lama. Aku terus bangun dan menuju ke pintu. Aku membuka pintu secara perlahan-lahan. Dengan sepantas kilat, Daniel masuk ke dalam dan menutup semula pintu.

"Kenapa ni?" Tanyaku pelik. Tiba-tiba ceroboh bilik orang macam kena kejar dengan babi hutan. Kami menuju ke sofa.

"Tak ada apa-apa."

"Eh dia ni, suka buat orang terkejut." Rungutku perlahan sambil menahan geram.

"Kenapa tak turun dapur? " Tanya Daniel prihatin. Aku membalas, "Kan dah cakap tadi abcdefg." Daniel mengaru kepalanya.

"Ouh, nak turun atau tak ni? Kitorang nak sahur." Tanya Daniel lagi. Aku sekadar menggeleng. Daniel terus keluar dari bilik aku dan beransur ke dapur. Aku ambil laptop di dalam beg dan membuka aplikasi Wattpad.

***

Ayyan POV

Aku bangun selepas jam loceng berbunyi. Dengan pantas, aku masuk ke dalam bilik air dan memakai pakaian yang sopan untuk turun bersahur bersama keluarga Daniel.

Sebaik sahaja aku membuka pintu. Benda pertama aku nampak ialah Daniel yang baru sahaja lalu di hadapan bilik aku.

"Hello bro!" Aku tepuk bahu kanannya. Dia membalas dengan tumbukkan di dada kiri aku.

"Mana adik aku?" Tanya aku lagi. Kami berdua melangkah turun dari tangga. Malas nak guna lif.

"Dia kat bilik." Jawab Daniel malas. Wah, dia malas nak layan aku la, bisik hatiku.

"Bilik dia kat mana? Kenapa dia tak turun dapur?" Aku ajuk beberapa soalan lagi kepadanya.

"Depan bilik aku, so depan bilik kau belah kiri. Dia tak puasa sebab tu malas nak turun."

"Ouh." Balasku mendatar. Kami berdua pergi ke ruangan dapur Vila ini. Hampir semua orang sudah berkumpul di meja makan untuk bersahur. Jam menunjukkan sudah pukul 4:33 AM.

End POV

***

Daniel dan Ayyan duduk di hadapan Melisa dan Aida. Amira yang berada di sebelah Daniel sudah malu-malu kucing. Mereka berdua merenung lelaki pujaan mereka dengan tekun.

"Mana girlfriend kamu Daniel?" Tanya Tengku Aura lembut. Semua orang memandang ke arah Daniel kecuali Ayyan. Tahu la adik dia.

"Cuti." Jawab Daniel ringkas berserta senyuman di bibir. Dia mengambil pinggan untuk dirinya dan juga Ayyan.

"Siapa nama dia Daniel?" Tanya Tengku Munirah pula sambil meletakkan mangkuk berisi ayam rendang di atas meja makan.

"Puteri Azreen."

"Umur dia berapa?"

"17 Tahun."

"Cantik tak orangnya?"

"Mestilah cantik."

"Sudah-sudahlah tu. Mari kita makan dulu. Nanti dah masuk imsak susah." Tegur Tengku Hariz, suami kepada Tengku Aura. Kami semua makan dengan penuh selera. Selepas makan, semua orang melakukan aktiviti masing-masing.

"Nama abang siapa?" Tanya Melisa dengan nada gediknya. Soalan itu dituju khas untuk Ayyan yang sedang menghirup air milo panas. Tengku Amanda, Tengku Aini dan Tengku Aura mengemas manakala Trngku Munirah naik ke atas untuk menunaikan solat.

"Putera Ayyan."

"Umur abang berapa?" Tanya Aida pula.

"Sama dengan Daniel."

"Takkan korang tak kenal instafamousboy yang lain?" Sindir Daniel di sebelah. Dia memandang skrin telefon dengan tekun dan ada kalanya tersenyum lebar. 

"Mestilah kenal. Siapa yang tak kenal tu bermaksud dia ketinggalan zaman ataupun duduk zaman batu." Jawab Amira selamba.

"Dah tu, kenapa tanya lagi?" Soal Daniel bengang. Dia mendekatkan telefon ke telinga. Melisa yang memandang sakit hati kerana dia tahu Daniel mendengar voicemail daripada girlfriednya.

"Tak nak rasa janggal." Jawab Aida ringkas.  Orang lain tanya lepastu orang lain yang jawab. Hebat budak-budak zaman sekarang ni. Daniel meninggalkan mereka bersama telefon di telinga.

"Siapa girlfriend abang Daniel?" Tanya Amira mendatar. Dia tersenyum manis malahan dalam hatinya sudah memberi sumpah seranah kepada perempuan yang bernama Azreen.

"Puteri Azreen." Jawab Ayyan bengang. Bukan dah kata ke tadi? brr, bisik hatinya.

"Memanglah. Mana orangnya? Kalau cakap je tak guna. Kenalah ada bukti yang kukuh." Jawab Aida sedikit geram.

"Nanti tengah hari ataupun petang korang jumpalah dia. Harinikan semua sibuk buat persiapan raya." Sambung Ayyan dengan satu senyuman manis yang palsu.

"Abang Ayyan ada gambar dia tak?" Tanya Melisa penuh harapan. Ayyan yang sudah bengang meninggalkan mereka semua.

"Dia tinggal kita macam ni je." Rungut Amira perlahan. Aida menggosok belakang Amira dengan perlahan-lahan.

"Jom balas dendam." Ajak Melisa sambil tersenyum jahat. Aida dan Amira pandang Melisa dengan wajah berkerut. Tak faham mungkin.

"Sebab?" Tanya Amira dan Aida serentak.

"Sebab dia dah curi abang Daniel daripada kita bertiga." Jawab Melisa mendatar.

"Tapi nanti Tokma marah kita pula sebab buli dia." Balas Aida.

"Kita tak payahlah sampai buli dia, cuma buat dia sakit hati." Balas Melisa. Amira dan Aida hanya menganggukkan kepala.

"Kamu jangan nak buat kerja yang bukan-bukan ya." Pesan Tengku Aura di hujung dapur. Dia sedang menyusun pinggan mangkuk di dalam kabinet.

"Apa Tokma ni main tuduh-tuduh." Amira mencebik.

"Tokma pesan je, mana tahu kamu nak buat sesuatu kat girl abang Daniel kesayangan kamu tu." Sindir Tengku Aura dengan penuh mendalam. Mereka bertiga tersentak, laju mereka tersenyum kelat ke arah Tengku Aura.

"Baik Tokma!" Jawab mereka bertiga serentak. Akhir kata, mereka bertiga naik ke dalam bilik untuk bersiap pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top