33
"Puteri Azreen binti Mikail, dah siap belum? Daniel dalam perjalanan tu." Suara Ayyan jelas kedengaran walaupun dia berada di luar pintu.
"Sudah." Aku menjawab dalam keadaan separuh sedar. Jujur aku kata, aku sangat ngantuk. Kemudian, aku sambung tidur semula.
"Puteri Azreen binti Mikail." Suara Ayyan jelas kelihatan di tepi telingaku. Aku mengeliat dahulu sebelum membuka mata.
"Nak apa?" Mata dipejam semula.
"Nak apa kau tanya aku?" Suaranya mula meninggi. Aku yang rimas dengar suara dia terus membaling bantal ke arahnya.
"Dasar budak gemuk." Mata aku terus terbuka. Posisi badan daripada tidur bertukar duduk.
"Orang lelaki digelar kanda, tarik balik kata-kata anda." Ujarku dengan senyuman meleret.
"Sudahlah pendek badan berisi, dah gemuk tak sedar diri." Balas Ayyan dengan yakin. Tangannya disilangkan ke dada.
"Jangan malukan kaum Adam, Yan." Aku terus menoleh ke arah suara itu.
"Ayyan!!!" Seluruh kawasan rumah agam dua tingkat ini bergema dengan jeritan merdu milik aku.
***
Aku pandang ke luar tingkap dengan perasaan marah terhadap Ayyan dan juga malu terhadap Daniel. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.
"Azreen?" Panggil Daniel sambil memandang ke arah depan. Dia sangat fokus dengan pemanduannya.
"Apa?"
"Kenapa nampak macam sedih? Tak suka ke balik rumah Tokma saya." Tanya Daniel lembut. Aku lantas menoleh ke arahnya.
"Takut rasa janggal nanti. Iyalah inikan kali pertama saya pergi rumah Tokma awak." Aku bersuara perlahan.
"Tak ada apa yang perlu ditakutkan sayang. Semuanya akan okey." Daniel membalas dengan lembut.
"Saya nak tidur. Kalau dah sampai tolong kejutkan." Pesanku lembut. Aku menurunkan sedikit tempat duduk ke bawah. Bantal mini berwarna pink yang berada di tempat duduk belakang aku ambil untuk dijadikan bantal tidur. Alhamdulilah, aku berjaya tidur dengan cepatnya.
Ayyan POV
Aku singgah di rumah Aliff sebentar. Kebetulan, Hazmi pun berada di situ. Aku masuk ke dalam rumahnya apabila sudah mendapat kebenaran daripada pembantu rumah keluarga Aliff.
Kaki aku langkahkan ke bilik Aliff di tingkat satu. Dari luar aku boleh dengar bunyi kuat dalam biliknya berserta dengan perbalahan lidah daripada mereka berdua. Tanpa sebarang ketukkan mahupun salam, aku terus menerjah masuk ke dalam bilik.
"Apa ni kau main tipu. Mana boleh main macam tu." Rungut Aliff menahan geram. Mereka berdua sibuk bermain video game sampaikan aku yang kat depan pintu ni pun tak nampak.
"Siapa suruh kau lambat serang. Kalau dah kalah tu, buat cara dah kalah okey?" Hazmi membalas. Aliff memuncungkan bibir sambil mengerdipkan mata.
"Tak comel, sekian."
"Tak nak layan aku ke? Kalau tak nak aku balik." Kataku ringkas namun cukup untuk memahamkan mereka berdua.
"Baliklah." Kata Aliff selamba. Aku tersentak. Sampai macam tu sekali dia tak layan aku ?
End POV
***
Aliff POV
"Tak nak layan aku ke? Kalau tak nak aku balik." Kata seorang lelaki di hadapan pintu bilik aku.
"Baliklah." Aku berkata dengan selamba. Tanpa aku sedar yang aku dah lukakan hati dia walaupun dengan ayat macam itu.
Wait!
Kalau Hazmi kat sebelah aku, siapa pula yang kat belakang aku ni? Dengan pantas, aku membuat pusingan 180° memandang ke arah belakang.
Kelihatan Ayyan sedang bersandar di tepi dinding pintu bilik aku sambil merenung aku dan Hazmi tajam. Macam mana boleh tak perasan dia ni?
Aku berlari ke arahnya dengan sederhana laju. Badannya aku peluk sebentar, diikuti dengan Hazmi juga.
"Ingat dah lupa aku. Sampai aku kat sini lama pun korang boleh tak perasan." Adu Ayyan sambil menjeling kepada aku dan Hazmi.
"Mimpi apa datang sini?" Aku menukar topik perbualan. Rasa tak selesa pula bila cakap hal itu.
"Nak balik rumah Tokma Daniel. Sebelum itu, aku singgah sini dulu." Jawabnya ringkas. Aku hanya menganggukkan kepala.
"Then?"
"Nak ikut atau tak?" Tanyanya lagi.
End POV
***
Aku dan Daniel berada di sebuah restoran yang terkenal di Pahang untuk berbuka puasa. Makanan sudah dipesan oleh Daniel sebentar tadi. Aku duduk di hadapannya sambil bermain telefon pintar.
"Dalam pukul 9 kita akan sampai rumah Tokma." Kata Daniel mendatar. Aku sekadar mengangguk. Suasana restoran ini sungguh meriah dengan kehadiran orang ramai yang mahu berbuka puasa.
Aku dan Daniel duduk di sebuah meja bawah kipas. Aku toleh ke meja sebelah kanan, ada seorang lelaki tersenyum ke arah aku. Aku membalas senyumannya tanpa ragu-ragu. Beberapa minit kemudian, minuman yang dipesan oleh kami dihidang.
"Maaf, boleh saya tahu sekarang pukul berapa?" Lelaki di sebelah kanan aku tadi bersuara. Aku menoleh ke arahya untuk pastikan dia cakap dengan siapa. Dia memandang aku dengan segaris senyuman. Aku melihat jam tangan dan menoleh ke arahnya semula.
"7:35." Jawabku lemah lembut. Daniel di hadapan sudah menjeling aku dan lelaki itu.
Azan maghrib berkumandang di seluruh restoran ini. Semua orang mula menadah tangan membaca doa berbuka puasa dan mula menjamah sedikit makanan ataupun minuman.
Aku membaca doa dahulu. Kemudian, air jus lemon aku sisip perlahan-lahan. Sama juga dengan Daniel.
"Lamanya makanan nak sampai." Rungutku perlahan tetapi cukup kuat oleh Daniel dan lelaki sebelah aku tadi.
"Sabar sa-" belum sempat Daniel habiskan kata-katanya. Lelaki disebelah aku bersuara.
"Kalau awak sudi, makanlah kuih ni. Saya ada lebih." Kata lelaki itu dengan sopan. Aku tersentak. Tak sangka ada orang lain baik hati dengan aku selain Daniel. Tanpa ragu-ragu aku mengambil huluran kuih dia dan memakannya.
"Saya Nazrul."
"Azreen."
"Dah habis sesi kenal-kenalan?" Daniel menyampuk dengan nada tak puas hati. Aku tersentak diikuti dengan Nazrul juga. Kami berdua menoleh ke arahnya.
"Daniel." Aku merenungnya dengan pandangan yang tajam.
"What?" Tanyanya tak bersalah. Memang dia tak salah pun. Belum sempat aku bersuara. Makanan yang kami pesan pun tiba tepat pada masanya lalu kami menjamah makanan yang dipesan.
***
Kami berdua masuk ke dalam kereta apabila selesai menjamu selera. Perjalanan yang tergantung tadi di mulakan semula. Langit mula bertambah gelap dengan beberapa titisan air hujan.
Aku ambil keputusan untuk tidur. Disebabkan hujan di luar dan aircond di dalam kereta membuatkan badan aku menggigil. Daniel yang perasaan keadaan aku terus pusingkan suhu aircond ke nombor 1 daripada 3.
Daniel POV
Aku melihat Azreen sedang kesejukkan. Laju tangan aku memusingkan suhu aircond ke angka 1. Apabila sudah memastikan di lelap. Aku berhentikan kereta dibahu jalan dan menuju ke tempat duduk belakang untuk mengambil bantal dan selimut.
Aku kembali ke tempat duduk pemandu. Bantal aku letakkan di bahagian kepala dia. Aku selimutkan dia dengan selimut yang aku ambil tadi. Volume radio aku perlahankan dan sambung memandu ke rumah Tokma.
1 jam 26 minit kemudian,
Aku mematikan enjen kereta di halaman Tengku's Vila. Hampir penuh garaj disebabkan beberapa buah kereta. Aku menoleh ke arah Azreen yang lena tidur. Beberapa orang di dalam Vila keluar untuk menjemput kedatangan kami.
End Pov
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top