31
Aku duduk termenung di Taman belakang rumah. Langit yang luas dipenuhi bintang dipandang lama. Tak sangka cepat betul masa berlalu sampaikan esok dah nak sambut bulan mulia iaitu bulan puasa.
"Kenapa tak masuk dalam?" Tanya kak Munah ramah. Dia duduk di sebelah aku tanpa dipinta. Air mata aku mula bertakung di tubir mata.
"Saja. Nak ambil angin malam." Jawab ku. Air mata di seka menggunakan lengan baju sambil menundukkan kepala.
"Reen rindu Daddy dengan Mummy?" Tanya kak Munah tiba-tiba. Aku sekadar menganguk.
"Bila dia orang nak balik Malaysia? Kata nak balik sebelum puasa, macam tipu je. Lagi pun dah 3 minggu dia orang pergi Australia." Adu ku. Kak Munah memeluk tubuh ku dari arah tepi. Tahu sangat dengan perangai aku yang satu ni, manja.
"Maybe tiket balik sini tak ada atau pun flight delay untuk harini." Balas kak munah lembut. Dia mengusap kepala ku dengan lembut.
"Azreen? Azreen? Reen kat mana Sayang?" Jerit Ayyan dari dalam rumah. Dia sudah mencari Azreen di seluruh rumah tetapi tidak jumpa.
"Reen ada dengan kak Munah Yan, taman belakang." Jerit kak Munah separuh kuat untuk memastikan dia dengar. Ayyan muncul di sebalik pintu. Kak munah masuk ke dalam rumah selepas itu. Ayyan duduk di sebelah aku dengan keluhan yang berat.
"Reen." Panggil Ayyan kedengaran kendur. Sudah penat pujuk adiknya yang tak boleh terima takdir yang dia akan berbuka puasa pada hari pertama tanpa Daddy dan Mummy.
"Apa." Jawab ku malas.
"Abang dah call Mummy. Dia kata flight delay harini."
Aku hanya mendengar tanpa memandang ke arahnya. Aku bangun selepas itu tapi sempat tangan aku diraih oleh Ayyan.
"Apa lagi?" Tanya ku menahan marah.
"Nak ikut pergi solat terawih tak?" Tanya Ayyan lembut. "10 minit." Kata ku lalu aku naik ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Harap dia faham kata-kata aku tadi.
Alhamdulilah, selesai sudah solat terawih pada malam ini. Semua kaum Adam sudah keluar dari masjid dan berbual kosong di luar. Kaum Hawa masih ramai di dalam surau melipat kain telekung.
"Reen, apa kata esok Reen berbuka dekat rumah Mama?" Cadang Tengku Amani. Actually, dia suruh aku panggil dia Mama jadi aku hanya ikutkan sahaja lagi pun tu Mak buah hati aku.
"Hm."
"Ala, janganlah sedih macam ni. Mama kan ada?" Tengku Amani cuba memujuk aku lagi sekali. Aku melipat kain telekung dan tersenyum kelat ke arahnya.
"Boleh atau tidak?" Tanya Tengku Amani lagi. "Tanya abang." Jawab ku. Aku dan Tengku Amani keluar daripada ruang solat wanita dan menuju ke arah mereka semua berada.
"Abang, boleh kan kalau mereka berbuka dengan keluarga kita esok?" Tanya Tengku Amani apabila sampai di hadapan suaminya, Tengku Afiq.
"Boleh." Jawab Tengku Afiq dan Daniel serentak. Kami semua memandang ke arah Daniel dengan renungan yang pelik. Aku hanya menyimpan senyuman. Parents kitorang belum tahu lagi tentang relationship kita orang.
"Excited nampak." Perli Ayyan sambil menyengol bahu Daniel. Daniel hanya mampu menahan malu.
"Macam mana dengan kamu Ayyan?" Tanya Tengku Amani penuh harapan. Ayyan hanya mengangguk. Daniel sudah gembira di dalam hati.
"Reen balik dulu ya Mama, Papa." Kata ku. Mereka berdua mengangguk. Aku masuk ke dalam kereta BMW milik Ayyan selepas menyalam tangan Tengku Amani.
"Ayyan minta diri dulu yaa" Kata Ayyan lembut. Dia menyalam tangan Tengku Afiq dan masuk ke dalam kereta selepas itu. Sepanjang perjalanan pulang, hanya dengar suara DJ di radio sahaja.
***
Aku dan Daniel menuju ke bazar ramadan di Bukit Indah untuk membeli juadah makanan. Ramai orang kata di sana terdapat pelbagai makanan yang lazat dan menarik perhatian ramai.
"Lebarnya senyuman." Tegur Daniel yang sedang memandu. Aku menoleh ke arahnya lalu tersengih. Telefon pintar dikeluarkan untuk menilik muka.
"Awak buat gaya macam mana pun tetap cantik dimata saya." Ujar Daniel lagi. Aku menoleh ke arahnya kembali dengan perasaan yang malu. Telefon pintar disimpan semula di dalam beg.
"Mulut tu suka sangat bagi ayat manis." Aku membalas.
"Okey yang pahit, perempuan ni selalu nak menang je. Bukannya dapat apa-apa pun bila menang. Saya kekadang tak faham dengan perempuan macam awak ni. Lagi satu, nanti kalau di-"
"Stop it stupid." Aku menjelingnya sekilas.
"Gurau aje." Daniel tergelak. Dia meletakkan kereta berhampiran dengan pintu masuk bazar tersebut. Kami berdua keluar daripada kereta dan menuju ke dalam.
"Saya ada empat benda yang nak dibeli. Mula-mula sekali air untuk kita semua berbuka puasa nanti." Kami berdua menuju ke sebuah gerai yang berjaya menarik perhatian aku untuk membelinya.
"Azreen, buat apa kat sini?" Tanya seorang lelaki yang berada di gerai minuman itu. Aku mengangkat muka untuk memandang orang tersebut. Jelas kelihatan wajah Amirul di belakang tong air.
"Eh, Mirul." Ujarku terkejut. Dia melipat lengan baju hingga ke siku lalu air yang memenuhi tong dikacau.
"Aku tengah main masak-masak. Kau nak ikut sekali?" Aku menyambung sambil mengeluarkan beberapa keping duit.
"Sungguh hambar. Tuan Puteri nak air apa?" Tanya Amirul. Tangannya sudah bersedia memegang plastik bungkusan.
"Tembikai susu tiga bungkus." Kata ku sambil tersenyum. Amirul mula menuang air ke dalam plastik bungkusan. Aku memandang ke arah Daniel yang hanya membisu daripada tadi. Muka didekatkan dengan telinganya.
"Kenapa ni?"
"I'm jealous." Gumannya perlahan. Aku menahan tertawa dengan memberi senyuman yang lebar. Amirul yang kejap-kejap memerhati turut ingin ketawa melihat perangai manja Daniel.
"I'm serious." Katanya lagi.
"Ini airnya. Rm6.00." Amirul menyampuk. Air tembikai susu yang sudah dibungkus dihulurkan kepada kami. Baru saja aku ingin mengambilnya, lantas tangan Daniel mengambil plastik minuman tersebut.
"Kenapa dengan dia?" Tanya Amirul bersaja. Aku memberi wang tunai kepadanya. Daniel hanya membuat muka selamba. Dia berpura-pura memandang ke arah langit untuk mengira berapa ekor burung yang lalu.
"Dia cemburu." Balasku sepatah. Aku tersenyum apabila melihat wajahnya yang berkerut.
"Abang famous kita cemburu ke?" Sakat Amirul. Aku hanya mampu tahan gelak daripada terkeluar. Daniel pandang ke arah Amirul dengan pandangan yang tajam.
"Mana ada, tengah happy ni." Balasnya. Dia mula melangkah pergi dari gerai tersebut. Langkahnya begitu besar sehinggakan dia boleh berada selang tiga-empat kedai dalam masa seminit.
"Bye Amirul." Aku mula mengejar Daniel yang sudah jauh di hadapan. Aku meraih tangannya. Dia berhenti dan memandang ke arah aku.
"Tengku Daniel si jejaka pujaan hati saya. Jangan lah cemburu, saya dengan Amirul hanya sekadar classmate. Cemburu awak ni tak bertempat la." Aku mula memujuk Daniel.
"Cemburu kan tanda sayang." Sakat Daniel. Aku tersenyum riang. Senangnya nak pujuk dia ni.
"Saya nak beli murtabak pula. Kemudian, ayam madu. Akhir sekali, kuih seri muka untuk Mama awak." Kami berdua menuju ke gerai murtabak terdekat. Aku pandang sekilas menu yang ada di atas.
"Murtabak keju dua dengan daging satu." Aku membalas senyumannya. Selesai saja membayar, kami bergerak ke gerai yang menjual ayam madu. Seperti biasa, aku akan beli bahagian kepak tiga dan isi ayam lima lidi.
"Terima kasih."
"How dare you." Daniel bersuara perlahan.
"What?" Aku membalas dengan hairan. Aku cuba mengambil plastik makanan yang Daniel bawa kerana takut aku membebankan dia.
"Bukan tentang makanan inilah." Daniel menarik tanggannya ke belakang. Beberapa bungkusan plastik digenggam erat.
"Then?"
"You make my heart hurt. I feel so bad when you smile to another boy. I'm very jealous." Aku memandang ke arahnya dengan perasaan, seriusly?
"Itu pun nak sakit hati. Bulan puasa, kenalah sentiasa senyum. Sudah, pergi beli makanan awak pula." Aku jalan terlebih dahulu. Daniel tercengang kerana aku tidak memujuknya berlebih-lebihan.
Semasa di akhir perjalanan, baru aku teringat tentang kuih seri muka. Maka, aku terpaksa lari semula ke dalam untuk membelinya. Selepas satu jam, kami berdua selesai membeli. Aku terus memasuki kereta diikuti dengan Daniel. Penghawa dingin kereta aku tinggikan. Daniel terus memandu tanpa berkata apa-apa.
"Kenapa ni muka masam je?" Tegur aku dari arah tepi. Dia langsung tak berpaling apabila aku memanggil.
"Belum habis lagi ke benda tadi?" Aku mengeluh perlahan. Aku membuat muka comel walaupun dia tidak akan pandang.
"Hey boy, listen. Takkanlah saya nak serang penjual murtabak dengan ayam madu tadi macam samseng? Mahu terkejut mereka dapat pembeli samseng. Lagi-lagi, saya ni perempuan. Lagi pun, ini kan bulan puasa, kenalah sentiasa bersikap mesra mana tahu ajal sampai tadi? Sudah, janganlah merajuk sayangku. Hanya awak saja ada dalam hati saya, don't worry okey." Aku melepaskan keluhan. Dia pandang ke arah aku dengan muka yang ketat. Lalu, dia tersenyum lebar sambil ketawa kecil.
"Comellah bila awak membebel." Usik Daniel. Muka aku bertukar merah, lantas aku pukul bahunya kuat. Dia sambung mengusik lagi.
"Daniel!" Jerit ku separuh kuat. Nasib baik dalam kereta kalau tak mesti semua orang pandang ke arah kami dengan telefon di tangan. Lepastu, viral dekat semua account social media.
Tiba saja di hadapan rumah, aku terus keluar daripada kereta bersama plastik makanan di tangan. Salam diberi terlebih dahulu. Aku terus menuju ke dapur untuk memberi makanan kepada Tengku Amani.
"Mama, Reen naik atas dulu ya." Aku memberi senyuman kepadanya. Plastik bungkusan makanan diletakkan di atas meja makan. Kaki di atur menuju ke bilik.
"Macam mana?" Tanya Tengku Amani sebaik saja anak lelakinya memasuki ruangan dapur. Tengku Amani mengeluarkan segala makanan untuk diletakkan di atas pinggan.
"Macam mana apa Mama?" Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tak ada apa-apa." Jawabnya. Daniel terus pergi ke ruangtamu untuk menonton drama kegemarannya.
***
"Mummy." Aku rebahkan badan ke atas katil. Jam dinding aku pandang lama, lagi 30 minit nak berbuka. Tanpa aku sedar, aku tertidur akibat keletihan.
Di dapur, Daniel membantu Mamanya menyediakan air minuman. Plastik bungkusan dibuang sebaik saja semua air selamat memasuki ke dalam jar air.
"Daniel, pergi Azreen turun." Arah Datin Amani laju. Dia naik ke tingkat atas. Pintu bilik diketuk.
"Nak apa?" Jawabku malas. Mata masih terpejam rapat.
"Mama suruh turun makan."
"Apa kau merepek ni Yan? Mummy kat Australia la." Jawab ku ringkas. Aku dengar pintu bilik aku dibuka olehnya.
"Sayang! Bangun la. Nak berbuka dah ni." Rungut Daniel di sudut katil. Dia menarik selimut yang menutupi badan ku. Aku tersentak sedikit.
"Apa? Okey-okey." Balas ku masih dalam keadaan mamai. Aku masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka kemudian turun ke bawah.
"Hello Adik!" Tegur Ayyan di hadapan pintu utama. Pintu utama itu tertutup. Tengku Afiq dan Tengku Amani berdiri di sebelah sofa sambil memandang ke arah aku. Daniel turut sama pergi ke arah ibu dan ayahnya. Aku turun tangga dan berjalan ke arah Ayyan.
"What?" Tanya ku pelik.
Tup !
Lampu rumah ini tiba-tiba terpadam membuat aku rasa panik. Beberapa saat kemudian, lampu terbuka semula dan aku terlihat susuk tubuh Daddy dan Mummy di sebelah Ayyan.
"Mummy!" Aku belari anak ke arahnya. Tubuh Datin Azira dipeluk erat. Kemudian Datuk Mikail pula. Aku leraikan pelukkan.
"Ayyan kata flight delay!" Marah ku. Jari ditunding ke arah dirinya.
"Jangan marah Ayyan, Daddy yang suruh semua rahsiakan pekara ni daripada Reen." Celah Datuk Mikail. Aku pandangnya macam tak percaya.
"Kami pun bersubahat." Kata seluruh keluarga Tengku Afiq serentak. Daniel hanya tersenyum sinis ke arahku.
Bunyi Azan kedengaran membuatkan semua orang di ruangtamu itu bergegas ke dapur untuk berbuka puasa.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top