30
Pada pagi yang begitu indah, hampir semua pelajar sekolah Viction mengulang kaji matapelajaran buat kali terakhir sebelum peperiksaan pertengahan tahun di tempat belajar masing-masing. Suasana di perpustakaan sekolah sunyi sepi walaupun ramai.
Satu sticky note dilekatkan di atas buku latihan aku. Aku ambil dan baca apa yang tertulis di atas kertas tersebut.
jangan buat muka comel bila tak tahu jawapan
saya cair macam aiskrim nanti :) ♡
Aku memandang ke arah Daniel yang berada di hadapan. Aku tersenyum lebar ke arahnya. Daniel membuat muka kesakitan sambil memegang jantungnya. Aku sekadar menggelengkan kepala. Pelajar lain yang berada berdekatan dengan kami hanya memerhati.
"Diam." Hazmi bersuara perlahan kerana takut menggangu pelajar lain mengulang kaji. Aku dan Daniel memandang ke arahnya sambil tersengih. Aku meletakkan kembali sticky note itu ke atas bukunya. Daniel baca dengan wajah berkerut dan aku menjerit kesakitan kecil.
"Awak. Awaklah." Aku bersuara kecil. Semua orang di meja kumpulan lima memandang ke arah aku.
"Seronok pijak kaki aku, Daniel?" Tanya Ayyan yang berada di sebelah aku. Aku terus memandang ke arahnya. Dia memandang ke arah aku juga dan berkata, "Sakit tak bila kena cubit?".
"Sama-sama." Aku mencubit peha kanannya dengan kuat manakala Daniel memijak kaki Ayyan menggunakan tumit kakinya. Kami berdua meninggalkan perpustakaan dan menuju ke Kafeteria. Ayyan mengadu kesakitan kepada yang lain tetapi dia tidak dilayan oleh sesiapa.
***
Aku keluar dari kelas dengan muka lega selepas selesai menjawab kertas periksa addmath. Kaki di atur ke Kafeteria bersama Qisha untuk berjumpa dengan Instafamousboy. Kami memesan air terlebih dahulu sebelum menuju ke arah mereka yang sudah tiba.
"Reen boleh jawab?" Tanya Hazmi dengan muka risaunya. Aku mengangguk dan menghirup minuman yang aku pesan.
"Kenapa kau risaukan girlfriend aku?" Daniel memandang Hazmi dengan penuh tanda tanya. Dia siap menggenggam penumbuk.
"Dia bukan risau tentang Reen tapi markah addmath dia." Aliff membalas.
"Kenapa semua orang boleh jawab soalan addmath tadi." Hazmi meletakkan kepalanya ke atas meja. Keluhan dilepaskan.
"Sebab kami belajar." Qisha menjawab. Hazmi memandang ke arah Qisha dengan pandangan tidak percaya.
" Then, you want to say that I not studies before answer add maths exam paper just now?"
"Cis speaking." Qisha menjeling.
"Kenapa, tak faham ke?" Hazmi tersengih. Ayyan memukul kepala Hazmi perlahan.
"Qisha punya english A+ daripada kau A pun tak pernah dapat." Ayyan tersengih ke arah Hazmi. Qisha senyum kegembiraan manakala Hazmi pura-pura melihat telefon pintarnya yang tidak hidup.
"Aku gerak dulu." Hazmi keluar dari Kafeteria bersama telefon di tangan.
***
Dua minggu pun berlalu, harini keputusan peperiksaan pertengah tahun akan keluar. Seluruh pelajar Viction Highschool memakai baju seragam sekolah lengkap.
"Kenapa harini kena bertugas juga?" Hazmi merungut di hadapan Daniel.
"Kau bertugaslah seorang diri." Daniel dan Ayyan yang dari tadi berdiri di hadapan pagar mula melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Mereka tertawa kecil melihat muka bengang Hazmi sebentar tadi.
"Ada lori ada bas, kejap lagi aku balas." Hazmi mengeluarkan telefon pintarnya.
Daniel dan Ayyan menuju ke kelas 6V untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka. Aliff orang pertama yang berada di kelas.
"Bersemangat betul." Daniel bersuara. Kerusi di tarik lalu didudukinya. Ayyan juga membuat demikian.
"Mestilah. Aku dengar cerita nombor satu bukan antara korang berdua sebab tu aku semangat datang awal." Aliff tersenyum. Pelajar yang baru masuk menjadi semangat juga apabila mendengar.
"Ouh." Daniel dan Ayyan hanya balas sepatah. Aliff melihat ke arah jam dinding yang baru menunjukkan pukul 7:50 pagi. Hanya tinggal lagi sepuluh minit, bisik hatinya.
"Aku tak yakin nombor satu milik kau." Ayyan mula mengusik. Aliff mencebikkan bibirnya.
"Susah betul nak dapat kawan yang support kita dari segi semuanya." Aliff mengeluh perlahan. Daniel dan Ayyan saling berpandangan lalu mereka menganggukkan kepala serentak.
"Aku yakin 100% nombor satu milik kau." Ayyan bersuara.
"Betul tu! Kan kau dah belajar sehabis mungkin." Daniel pula bersuara.
"Cara kau belajar lain daripada semua orang, jadi mestilah boleh!" Ayyan tersengih.
"Lain?"
"Yela. Semua orang belajar 5jam tapi kau belajar 10jam. Bravo!" Daniel dan Ayyan menepuk tangan sekuat hati. Aliff membuat muka tepu.
"Dasar kawan kuat perli."
"Daniel! Ayyan! Daniel! Ayyan!" Hazmi menjerit sambil berlari menuju ke kelas. Tiba saja di kelas, semua murid memandang ke arahnya.
"Azreen! Az-" Hazmi duduk disebabkan kehilangan nafas. Daniel dan Ayyan terus menjadi risau apabila dengar. Mereka berdua mendesak Hazmi supaya memberitahu apa yang berlaku secepat mungkin.
"Azreen accident dekat depan pagar tadi."
"Apa?!"
***
"Cikgu akan mulakan sekarang." Cikgu Hidayah berdiri sambil memegang sehelai kertas yang tertulis nama dan markah pelajar kelas 5V. Nama pelajar yang mendapat tempat ke-20 hingga 4 disebutkan. Aku dan Qisha tersenyum riang apabila nama kami tidak tersenarai dalam kategori tersebut.
"Tempat ketiga, Amirul Eiman dengan gred 9A+ 3A-."
"Cikgu umumkan tempat pertama dulu ya. Tempat pertama jatuh kepada Puteri Azreen binti Datuk Mikail dengan gred 10A+ 2A manakala Nur Qisha di tempat kedua dengan gred 10A+ 2A-." Aku dan Qisha saling berpandangan.
"Well, kita kan pandai" kami tersengih.
"Reen!" Suara Daniel dan Ayyan kedengaran kuat di pintu hadapan kelas. Aku yang terkejut terus berdiri sambil memandang ke arah muka pucat mereka. Aku menelan air liur dan memikirkan apa benda yang aku telah lakukan.
"Daniel, Ayyan kenapa ni?" Tanya Cikgu Hidayah runsing.
"Kau accident tadi?" Tanya Ayyan lantang. Aku membuat muka berkerut lalu memandang Qisha.
"Mana ada." Ujarku. Daniel dan Ayyan saling berpandangan. Penumbuk digenggam.
"Mari kerjakan dia." Kata mereka berdua perlahan.
"Maafkan kami Cikgu." Mereka mula beredar. Suasana kelas menjadi baik semula. Semula pelajar melihat keputusan masing-masing sendiri.
"Esok shopping jom?" Tanyaku dengan penuh gembira.
"Jom! Tempat biasa, pukul dua."
***
"Maaf cikgu, ada masalah tadi." Daniel dan Ayyan masuk ke dalam kelas dengan muka bengangnya. Tempat duduk mereka tuju. Hazmi dan Aliff menahan ketawa dengan memberikan senyuman yang lebar.
"Cikgu sambungnya, tempat ke-5 jatuh kepada Hazmi Rykal dengan gred 7A+ 4A 1B." Hazmi ternganga apabila mendengar.
"Cikgu!" Hazmi berdiri tanda tidak puas hati.
"Ya, ada apa Hazmi?"
"Takkanlah 7A+ dapat nombor 5." Hazmi mencebik.
"Ya Hazmi sebab nombor 4 hingga 1 dapat lebih dari 9A+." Puan Latifah tersenyum manis ke arahnya. Hazmi duduk dengan wajah yang kecewa.
"Mari mulakan." Daniel berbisik kepada Ayyan.
"Memang patutla dapat nombor 5, belajar pun malas. Dalam kelas ke luar kelas ke selalu main je tahu. Bukan setakat tak pandai dalam pelajaran malah dalam percintaan pun tak pandai. Ish, apa nak jadilah dengan dia kan." Daniel bersuara secara perlahan. Hazmi memandang ke arahnya dengan wajah yang marah.
"Aku dengar cerita yang dia tidur peluk anak patung." Tambah Ayyan.
"Cikgu, Daniel dengan Ayyan buli saya. Masukkan nama mereka dalam salah laku murid cikgu. Harap je headboy sekolah dengan headprefect sekolah tapi perangai kalah pelajar biasa." Hazmi tersenyum.
"Apa gaduh-gaduh ni. Daniel, Ayyan, jangan nak suka sangatlah sebab nombor yang kamu biasa pegang harini orang lain yang pegang." Puan Latifah mengeluh perlahan.
"Siapa dapat nombor 4 kena belanja makan." Daniel dan Ayyan membuat perjanjian sebelum tempat ke-4 diumumkan.
"Putera Ayyan kamu berada di tempat ke-4 dengan gred 10A+ 2B+. Tengku Daniel pula di tempat ketiga dengan gred 10A+ 1A- 1B+" Puan Latifah tersenyum sinis ke arah mereka berdua.
"Akhirnya aku dapat kalahkan kau." Daniel tertawa kuat di dalam kelas. Impian dia untuk dapat tempat lebih tinggi dari Ayyan tercapai. Mana taknya, setiap kali periksa Ayyan akan dapat nombor satu dan aku akan dapat nombor dua. Kadang-kadang sakit hati juga sebab markah kami tak jauh beza.
"Aliff, jangan mimpi nombor satu milik kau." Suara Damia kedengaran dari arah belakang. Aliff memandang ke arahnya dengan perasaan jengkel.
"Mari buat deal." Sambungnya lagi. Aliff hanya bersetuju kerana dia terlampau yakin nombor satu akan jadi miliknya.
"Siapa dapat nombor dua, balik nanti dia kena berkaki ayam dan tampal kertas ' Aku noob ' dekat belakang." Damia tersengih ke arah Aliff. Puan Latifah yang mendengar tertawa kecil.
"Okey deal!" Jerit Aliff kuat.
"Damia, tak sangka deal yang awak buat awak kena sendiri. Kamu berada di tempat kedua dengan gred 11A+ 1A dan Aliff Izzani di tempat pertama dengan gred 12A+. Beri tepukkan gemuruh kepada Aliff kerana dapat mengalahkan sang juara tempat pertama daripada 2011 iaitu Putera Ayyan." Ujar Puan Latifah. Seluruh kelas memberikan tepukkan gemuruh kepada Aliff.
"Deal jangan lupa." Aliff tersengih ke arah Damia. Damia hanya mampu tundukkan kepalanya.
"Kamu semua boleh bersurai."
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top