29
Pada petang yang indah, aku keluar bersama Ayyan ke Mid Valley. Pertama sekali kami menuju ke Mcdonal's untuk mengisi perut yang kosong. Pintu mcd aku buka lalu meja yang berada di sudut hujung aku pergi. Kerusi ditarik dahulu sebelum melabuhkan punggung di atasnya.
"Pesanan?" Ujar Ayyan sambil berpeluk tubuh. Aku tersenyum kegembiraan kepadanya. Apabila teringat balik kejadian selepas balik sekolah tadi, muka Ayyan sangat lucu.
"I'm home." Jerit aku kuat. Aku menyimpan kasut sukan ke dalam almari kasut yang berada di tepi. Beg sekolah aku letak di dalam bilik. Aku juga membersihkan diri dan menukar ke pakaian ingin keluar ke satu tempat. Aku pergi ke bilik Ayyan yang berada di sebelah.
"Adikmu yang cantik akan masuk." Aku terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Ayyan yang berada di dalam hanya memakai seluar pendek tercengang.
"Kau tak reti ketuk dulu ke? Bagi salam dulu ke?" Ayyan memberi pandangan menyampah. Aku sekadar tersengih. Aku pergi ke katilnya dan lompat ke atas.
"Siapa suruh tak kunci pintu." Aku membalas. Telefon pintar aku keluarkan dari dalam beg tangan.
"Kau nak buat apa dengan telefon tu?" Tanya Ayyan hairan. Apabila dia baru perasan, dia terus mengambil badan untuk menutup badannya yang tidak berbaju.
"Tak sangka badan abang aku boleh jadi idaman gadis-gadis." Aku mengerdipkan mata untuk membuatkan dia berasa malu.
"Kau keluar sekarang." Ayyan menunding jari ke arah pintu biliknya. Aku menjelirkan lidah ke arahnya.
"Aku nak guna perjanjian kau tu harini." Ayyan menggelengkan kepala.
"Aku malas."
"Nampak gaya seluruh dunia dapat tengok gambar ni." Aku bersuara dengan teragak-agak. Gambar yang berjaya aku tangkap tadi ditunjukkan kepadanya. Aku terus berlari ke arah pintu apabila dia cuba merampas telefon pintarku.
"Okey-okey aku teman." Ayyan mengeluh.
"Teman pergi mana?" Aku memandangnya hairan. Ayyan juga turut memandang aku dengan kepala disengetkan.
"Bukan kau nak suruh aku teman pergi mall ke?" Ayyan cuba meneka.
"Nope, nope, nope. Aku nak card credit kau." Aku bersiul tanpa memandang ke arahnya. Ayyan menggenggam penumbuk sambil memandang ke arah aku.
"Aku tak benarkan." Jelas kelihatan mukanya ketat.
"Congrats." Aku menunjukkan gambarnya yang sudah ditagkan di Instagram ke arahnya. Bunyi notifikasi dari telefon miliknya membuatkan dia berubah cemas.
"Baik-baik aku bagi tapi aku akan ikut kau pergi. Delete gambar tu sekarang." Jerit Ayyan kuat. Dia berlari menuju ke arah telefonnya di atas meja belajar. Aku terus keluar dari bilik.
"Jangan lambat."
"Kau nak makan ke tak?" Ayyan memukul lengan kananku perlahan. Aku terus tersedar dari alam maya.
"Mc chicken satu. Air aku nak kau tukar iced blend latte. Nugget yang 12 ketul pun aku nak. Tambah Mcflurry cadbury yang baru tu satu. Last sekali, ayam spicy dua ketul. Air tukar kepada milo. Ayam tu nak bahagian dada dengan peha. Jangan lambat." Aku tersenyum lebar ke arahnya. Ayyan menelan air liur.
"Kau makan ke melahap?" Ayyan memandang sepi ke arah dompetnya. Dia pergi beratur di kaunter pembelian. Aku mengeluarkan telefon dan menelefon Qisha.
"Lambat lagi ke?" Tanyaku sebaik saja panggilan disambungkan. Setelah mendapat jawapan, aku tamatkan panggilan. Beberapa minit kemudian, Qisha muncul di hadapan aku dengan senyuman lebar.
"Betul ke Ayyan bagi card credit dia dekat kau?" Qisha ternganga sedikit. Aku sekadar mengangguk.
"Aku dah pesan makanan untuk kau sekali."
"Terima kasih." Qisha tersenyum lebar. Kami berdua menunggu makanan sambil bermain Free Fire di dalam telefon pintar. Ada kala kami menjerit kegembiraan apabila dapat membunuh pihak musuh.
"Maaf lambat." Ayyan muncul bersama satu dulang di tangan. Dulang tersebut di letakkan di atas meja. Kami yang masih dalam permainan hanya buat tak dengar dengan suaranya.
"Terima kasih." Ayyan berkata kepada seorang lelaki yang menolongnya membawa dulang lagi satu. Mereka berdua mengambil gambar bersama. Ayyan duduk di sebelah aku.
"Nak main game or makan?" Soalannya tidak dijawab oleh kami.
"Sabar lagi dua pasukan." Aku membalas.
"Yes booyah!" Kami berdua menjerit serentak. Telefon diletakkan di tepi. Makanan yang berada di dalam dulang kami ambil. Dalam sekelip mata, dulang tersebut kosong.
"Kenapa kau tak beli makanan sendiri?" Aku memandang Ayyan yang ternganga sedikit.
"Aku ingatkan kau nak makan sendiri jadi aku tak belilah sebab takut membazir. Lain kali bagitahu awal-awal yang kau bawa Qisha sekali." Ayyan membalas sambil melihat telefon pintarnya.
"Ambillah." Qisha menghulur bekas nugget yang berisi 12 ketul ke arah Ayyan. Ayyan mengambil tanpa segan silu. Aku pandang mereka berdua silih berganti. Perasaan aneh mula mengaburi jiwaku.
"Korang bercinta ke?" Soalan aku membuatkan mereka berdua tersedak. Qisha terus menyedut air milonya manakala Ayyan menyedut iced blend latte milik aku tanpa izin.
"Air aku." Aku merugut kepadanya.
"Duit aku." Aku menjelingnya.
"Aku nak beli baju baru tau. Kasut vans baru dua. Handbag pun aku nak beli baru sebab yang lama dah nampak buruk." Ujarku sambil membuka plastik bungkusan burger.
"Macam ni dikatakan buruk?" Ayyan angkat handbag yang aku bawa.
"Bukan, ni first baby aku. Yang dah buruk tu third baby." Aku ambil kembali beg tangan daripadanya.
"Macam-macam." Ayyan membalas.
***
"Next weak exam!" Jerit Aliff kuat. Daniel dan Hazmi memandang ke arahnya.
"So?" Mereka berdua berkata serentak.
"Let's study." Aliff membuka buku rujukan dan latihan bahasa melayu. Dia keluarkan segala alat tulis.
"Aku nak curi makanan tau." Hazmi berbisik ke telinga Daniel. Daniel mengangguk dan membuat jari angka satu dan menunding jari ke dirinya sendiri. Hazmi bangun secara perlahan dan menuju ke dapur.
"Kenapa aku call Ayyan tak dapat?" Aliff yang sedang menulis menanyakan soalan.
"Fikir positif, bateri dia habis." Daniel membalas. Dia memusingkan kepala ke arah dapur untuk melihat Hazmi. Dia membuat gerak mulut 'cepat' sambil membuat tangan. Hazmi membalas dengan perkataan 'kejap'.
"Penjodoh bilangan bagi payung apa?" Aliff bertanya lagi. Dia meletakkan pensil mekanikalnya dan menongkat dagu untuk berfikir.
"You and I."
"Betul-betullah pandai."
"Sekaki payung pandai." Daniel membalas. Hazmi muncul semula di sebelahnya secara perlahan. Dia memberi semangkuk ais krim kepada Daniel. Mereka berdua makan tanpa pengetahuan Aliff.
"Aliff kenapa kau membontotkan kitorang?" Hazmi bersuara. Daniel terus memukul lengan Hazmi kerana soalan tersebut.
"Eh maaf." Aliff terus pusing ke arah belakang untuk berhadapan dengan mereka berdua. Dia memandang Hazmi dan Daniel silih berganti.
"Ada apa?" Daniel bertanya dengan berani.
"Kau makan ais krim aku ke?" Aliff mengecilkan mata melihat mereka berdua.
"Mana ada. Tengok ni, ada ke aku pegang ais krim kau?" Dia menunjukkan dua belah tangannya yang bersih. Hazmi turut menujukkan tangannya.
"Are you sure?" Aliff bertanya.
"Ya. I'm very sure." Daniel dan Hazmi tersenyum lebar.
"Don't lie to me stupid!" Aliff memukul mulut Daniel kuat menggunakan tapak tangan kanan.
"You too." Dia memukul Hazmi pula.
"Sa-"
"Ni apa?" Aliff menunjukkan dua belah tapak tangannya yang ada kotoran berwarna coklat dan putih lebih tepat lagi ais krim vanila dan coklat.
"Tanya dia." Daniel dan Hazmi berkata serentak.
***
Dua jam lima belas minit sudah berlalu begitu saja. Kami masih lagi membuat pusingan di setiap tingkat yang berada di Mid Valley Megamall ini. Ayyan yang baik hati membawa semua barang pembelian aku dan Qisha.
"Bila nak balik?" Ayyan bersuara perlahan. Soalan yang sama diulang setiap seminit tidak jemu di dengar oleh aku dan Qisha. Jawapan yang kami berikan tetap sama daripada minit pertama iaitu 'nanti'.
"Menyesal pula ikut kau." Ayyan menjeling aku sekilas.
"Siapa suruh ikut. Aku suruh bagi kredit kad je bukan suruh ikut sekali." Aku membalas dengan tenang. Kedai kasut jenama Vans kami masuk. Aku menuju ke salah seorang pekerja yang berada di situ.
"Ada keluaran terbaru tak?" Aku menyoal.
"Ada dan kami sedang membuat promosi potongan harga sebanyak 30% semperna ulangtahun hari jadi bos kami." Dia tersenyum manis kepada kami. Aku memintanya membawa kasut keluaran terbaru.
"Jangan cakap kau nak beli." Ayyan bersuara tegas. Aku menjelirkan lidah.
"Benda ni harga pun dah Rm235 apa lagi kasut Vans tu." Ayyan menayang beg kertas yang dibawanya dari awal tadi.
"Janji tepat janji." Aku tersenyum lebar. Ayyan mengeluh perlahan. Pekerja tadi membawa tiga pasang kasut terbaru kepada aku. Aku membuat pilihan untuk membeli yang paling rare untuk dijadikan hadiah. Selepas membuat pembayaran, kami turun ke aras satu.
"Dah penat belum?" Tanya Ayyan perlahan. Kami memandang ke arahnya secara serentak.
"One more." Ujar kami serentak. Dia membalas, "Apa?".
"Aiskrim." Jari ditunding ke arah kedai menjual aiskrim. Dua kon aiskrim berperisa vanila chocolate dibeli menggunakan duit Ayyan. Kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya.
"Aku nak pergi tandas. Tunggu dekat kereta sana. Ingat, jangan pergi mana-mana selagi aku belum sampai sana." Segela beg kertas di beri kepada aku dan Qisha. Ayyan terus berjalan secara laju. Kami berdua menuju ke tempat letak kenderaan di aras bawah.
Badan disandarkan kepada kereta sambil menunggu kepulangan tuan kereta. Beg kertas di susun rapi di atas kereta. Aiskrim yang masih memenuhi kon dimakan.
"Abang kau pergi tandas mengalahkan perempuan betul." Gigitan kecil diberikan kepada kon aiskrim tersebut. Aku melihat jam tangan yang sudah pukul sembilan dua belas malam.
"Aku terasa bodoh tunggu dekat sini dengan suasana yang sunyi ni." Aku memeluk tubuh. Mata dikerling ke semua kawasan. Tempat letak kenderaan aras bawah hanya ditemani dengan lampu yang terang.
"Seram pula aku." Balas Qisha. Dia berpeluk tubuh ketakutkan.
"Tunggu siapa adik manis?" Tegur seorang lelaki dari arah belakang. Aku dan Qisha laju menoleh ke arah belakang. Lelaki itu tersenyum sinis memandang ke arah kami.
"Aku takut." Bisik Qisha kepada aku. Aku menelan air liur. Lelaki itu menghampiri kami dengan perlahan.
"Kau nak apa? Aku tak kacau kau kan." Kata ku sedikit berani. Dalam hati dah memanggil nama abang kesayangan banyak kali. Mana dia ni? Aku takut.
"Wow! beraninya." Lelaki itu bertepuk tangan di hadapan kami. Selangkah dia ke hadapan, selangkah juga kami mengundur ke belakang. Aku yang ketakutan membaling kon ais krim tersebut ke arahnya.
"Tak guna." Tanggannya yang ingin menyentuh aku dipegang kuat oleh seseorang.
"Jangan berani sentuh adik aku." Ayyan menarik dan menolak lelaki itu. Lelaki itu terjatuh dan terus beredar dari situ. Kami terus masuk ke dalam kereta. Aku dan Qisha yang masih ketakutan tertidur bertemankan suara DJ di radio kereta.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top