28

"Daniel." 

"Duduk diam-diam." Arah Daniel tegas. Aku terus mendiamkan diri. Tiba di khemah pasukan ungu, aku diletakkan di atas kerusi. Daniel ambil sebotol air mineral sejuk di dalam bekas. Air mineral yang dihulur oleh Daniel aku ambil dan minum.

"Mana ada atlet lari sambil tutup mata." Daniel bersuara. Kain yang berisi air batu dia ikat simpul. Kain tersebut diletakkan di atas kedua-dua belah kaki aku.

"Buat sendiri kat tangan." Arah Daniel. Kain yang berbungkus air batu aku ambil.

"Jangan rapat dengan Faris." Arah Daniel tegas. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Kena-"

"Saya kata jangan, janganlah." Suara Daniel meninggi. Aku tersentak. Kain yang berbungkus air batu terjatuh daripada tangan.

"Awak maaf. Saya tak ada niat."

"Tak apa." Aku membalas secara perlahan.

"Kau patut tinggalkan je lelaki macam dia ni." Faris muncul di hadapan aku. Kain yang berisi air batu dia ambil dan letakkan di atas lengan aku secara perlahan.

"Tak apa, aku boleh buat sendiri." Aku ambil kain itu dengan lembut. Faris berdiri di sebelah aku sambil menyilang tangan. Dia tersenyum sinis ke arah Daniel yang sedang mengetap gigi.

"Well good game prince school." Puji Faris dengan sinisnya. Daniel berjalan selangkah demi selangkah ke arah Faris. Dia sudah menggenggam penumbuk.

"Daniel jangan." Aku bersuara lalu Daniel mengeluh perlahan. Daniel menghampiri Faris lalu berbisik, "I'll make sure you die in my hand." Faris tersengih.

"Alright, just do it." Faris membalas. Daniel terus berlalu pergi. Aku terpinga-pinga kerana ditinggalkan oleh Daniel bersama dengan Faris. Aku menelan air liur seketika.

"Maaf." Daniel kembali semula dan menarik tangan aku untuk pergi bersamanya. Aku tersenyum sebaik saja wajah Daniel muncul. Kami berdua menuju ke Kafeteria memandangkan sekarang waktu rehat. Cikgu minta kami berkumpul di padang semula pada pukul 12 tengah hari.

"Kenapa semua tak suka Faris." Aku cuba mencari tahu. Daniel hanya mendiamkan diri.

"Daniel? Awak dengar tak?" Tambah ku lagi.

"Ya dengar. Tak ada apa-apa tapi awak tetap kena jauhkan diri daripada dia." Daniel membalas.

"Dia satu kelas dengan saya. Macam mana saya nak jauhkan diri." Daniel yang berhenti secara mengejut membuatkan aku turut berhenti di tepi padang yang panas terik.

"Panas." Rungutku perlahan.

"Saya sayang awak jadi tolong dengar kata, please?" Daniel memandang ke arah aku sambil tapak tangannya menutup sinaran cahaya matahari daripada terkena wajahku.

"Jangan risau. Saya baik-baik saja." Aku tersenyum lebar di hadapannya. Kemudian, aku mula berlari ke Kafeteria walaupun berkaki ayam. Daniel menggelengkan kepalanya melihat telatahku. Dia berjalan ke Kafeteria bersama kasut sukan milikku di tangan.

***

"Aku rasa pasukan ungu akan menang." Aliff tersengih ke arah mereka semua. Qisha yang baru saja selesai membeli dua minuman terus duduk bersama mereka.

"Kenapa pula?" Hazmi menjeling tanda tak puas hati. Ayyan sekadar memerhati dari tepi.

"Acara lari pasangan tadikan ungu menang. Tak sangka setelah beberapa tahun biru akhirnya dapat dikalahkan." Aliff menjelir lidah ke arah Ayyan.

"Tengokla adik siapa yang lari." Ayyan menyentuh hidungnya menggunakan ibu jari.

"Tak ada kena mengena dengan kau. By the way, Azreen macam mana? Dia okey?" Aliff membalas. Semua mata memandang ke arah Aliff.

"Azreen kenapa?" Qisha, Hazmi dan Ayyan bertanya dengan serentak. Jelas wajah mereka kelihatan risau dan gusar. Aliff membuat muka pasrah ingin menakutkan mereka bertiga.

"Kenapa?" Jerit mereka kuat. Aliff yang terkejut hampir terjatuh daripada kerusi.

"Hati-hati bro." Aku yang baru masuk ke dalam Kafeteria ternampak Aliff yang hampir terjatuh terus menahan belakangnya menggunakan dua tangan.

"Terima kasih." Aliff menghembuskan nafas lega. Daniel memberikan kasut sukan kepada aku. Aku duduk di sebelah Ayyan dan memakai kasut.

"Kenapa tangan kau macam melecet?" Pertanyaan Ayyan membuatkan Hazmi dan Qisha menoleh ke arah aku dengan lajunya. Dia menyentuh bahagian yang melecet itu tanpa teragak-agak.

"Sakit pandai." Aku pukul lengannya dengan kuat.

"Kau pergi mana masa adik kau jatuh tersungkur?" Aku pukul belakang badannya pula.

"Lepas aku habis lari tadi, Cikgu Hadi suruh pergi ambil senarai nama pasukan biru dalam bilik dia. Macam mana boleh jatuh?" Ayyan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aku pandang ke arah Qisha pula.

"Aku buat salinan senarai nama yang menang acara harini dekat Pejabat." Qisha juga mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian, Hazmi.

"Aku sibuk tengok pasukan sorak sekolah sampai tak nampak apa yang berlaku." Aku memandang ke arah Aliff pula.

"Apa pandang-pandang? Aku nampaklah kau jatuh tadi. Tak sangka kau boleh lari laju macam tu saat-saat penting macam tadi kalau tak pasti pasukan abang kau yang tak guna tu menang." Ujarnya.

"Abang aku bergunalah." Aku tersenyum. Qisha menghulur secawan air kepada aku. Aku ambil dan meminumnya.

"Walaupun aku kawan korang, maaf." Daniel bersuara perlahan.

"Ada apa ni?" Semua mata kini memandang ke arahnya yang tengah berdiri dengan pandangan yang serius.

"Korang semua dah lewat 5 minit nak ke padang untuk majlis akhir. Semua nama termasuk headboy school akan dicatat dalam buku ni." Daniel  menayangkan buku berwarna biru miliknya. Setiap kali nama yang dicatat, bilik Pengetua akan bising buat masa satu jam.

"Abang yang hensem lepaskan kami kalini je?" Aku bersuara sambil mengerdipkan mata berulang kali. Bibir juga turut dicebikkan dengan penuh simpati.

"Baik." Daniel tersenyum lebar ke arah kami.

***

Semua pelajar duduk di atas rumput bertemankan matahari di langit. Pengerusi majlis mula memainkan peranan. Semua guru menghidupkan kipas mini yang mereka bawa sendiri dari rumah termasuk aku.

"Tengok ni, Army edition." Aku menayang kips mini elektrik ke arah Qisha sambil tersengih. Qisha hanya memandang sekilas.

"Kau beli copy ori eh?" Qisha bertanya sekilas.

"Jaga sikit mulut tu. Aku dapat dalam BTS Summer Package yang aku beli dulu." Aku membalas.

"Baik-baik." Qisha yang malas layan terus tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Pengerusi majlis. Aku yang kebosanan mula bermain cabut rumput di kawasan sekeliling. Kain tuala yang diletakkan di atas kepala aku kedepankan sikit akibat panas terkena sinaran cahaya matahari.

"Di jemput Puan Airin binti Ahmad selaku Pengetua di sekolah ni untuk menyampaikan sepatah dua kata." Kata Pengerusi majlis dengan beransur turun dari pentas.

"Sepatah dua katalah sangat. Dia punya sepatah dua kata tu boleh sampai 1m of words aku rasa." Qisha hanya mengelengkan kepala.

"Dia tak tahu ke yang sekarang ni dah pukul 12:48 tengah hari? Matahari kat atas tu pun dah tersenyum riang tengok kita panas macam kena panggang." Bebel ku lagi.

"Maksu kau tu." Qisha memukul lengan tanganku dengan kuat. Aku menggosok tempat yang dipukul sambil mengadu sakit.

"kau pukul tempat melecet aku." Aku membuat muka sedih. Qisha hanya buat tak tahu.

"Dengan ini saya mengakhiri kata-kata saya dengan ucapan terima kasih buat semua pelajar sekolah ini." Aku yang sedih terus berubah gembira. Penyampaian pingat kepada para pemenang acara akhir telah berlangsung 20 minit lepas dan aku salah seorang pelajar yang dapat banyak pingat berwarna emas.

"Sebelum saya umumkan juara tahun ni saya nak sampaikan dua lagi pingat berserta piala dan sijil." Kata-kata Cikgu Hadi  membuatkan semua pelajar tertanya-tanya. Aku hanya diam tak berkata.

"Sekolah kita telah terhutang budi dengan dua orang pelajar lelaki yang telah menaikkan nama sekolah di seluruh Malaysia, dengan ini saya menjemput Puan Pengetua berserta guru kokurikulum untuk menyampaikan anugerah ini."

Hazmi's POV

Aku ke? Bisik hatiku.

"Mesti aku kan orang tu." Kata ku riak. Mereka semua hanya melayan karenah aku kerana mereka tahu yang aku ni kuat perasan.

"Maybe." Jawab Daniel yakin.

"Jangan nak perasan boleh? Nak muntah aku." Kata Aliff dengan gelak tawanya. Aku menjelingnya.

"Dah diam! Dengar." Arah Ayyan laju. Cikgu Hadi berkata semula.

"Dijemput pelajar pertama tampil ke hadapan, Putera Ayyan Bin Datuk Mikail." Kata-kata Cikgu Hadi cukup membuatkan suasana di padang sekolah menjadi bising seperti di stadium yang dipenuhi dengan penyokong harimau malaya.

"Not badla kalau kau yang dapat tapi kalau Aliff yang dapat aku akan bantah sepuluh keturunan." Kata ku sinis. Ayyan memukul kepala ku sebelum pergi ke hadapan.

End POV 

Ayyan berdiri di hadapan Pengetua dan GPK koko. Suara sorakkan daripada  pelajar perempuan tidak henti-henti berbunyi. Cahaya lampu dari kamera juga tidak henti-henti kelihatan.

"Tahniah Ayyan. Saya bangga dengan kamu." Kata Pengetua sambil tersenyum manis. Pingat berwarna emas di sarung. Kemudian, piala dan sijil di hulur. Mr.Haiqal selaku photographer hari ini mengambil beberapa keping gambar.

"Kamu boleh tunggu di tepi dulu. Cikgu nak panggil lagi seorang." Katanya. Ayyan melangkah ke tepi sedikit untuk memberi peluang kepada pelajar itu merasa kebahagiaan yang dia peroleh sekarang ni.

"Saya harap kamu semua tak bising lagi." Kata Cikgu Hadi separuh. Semua pelajar mula mendiamkan diri.

"Daniel." Ujar Ayyan perlahan.

"Pelajar kedua ialah Tengku Daniel bin Tengku Afiq, sila tampil ke hadapan." Selepas itu satu padang jadi bising semula. Daniel bangun dan tampil ke hadapan. Selesai mengambil segalanya termasuk gambar. Daniel, Ayyan dan guru-guru beratur sekali lagi untuk sesi bergambar yang terakhir.

Klik Klik !

"Sekarang kamu berdua boleh pergi duduk." Daniel dan Ayyan pulang semula ke barisan.

"Juara rumah sukan tahun ini jatuh kepada rumah delta." Semua pelajar pasukan ungu menjerit kegembiraan. Pelajar lelaki lompat tinggi ke udara sambil membaling topi yang mereka pakai. Pelajar perempuan sibuk update dekat status WhatsApp, story Instagram, story Facebook dan sebagainya tapi bukan aku. Maaf, aku tak berminat dengan semua itu.

*** 
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top