25
Pada waktu rehat, seluruh pelajar Viction berada di dalam dewan. Semua pelajar beratur mengikut kelas tingkatan masing-masing. Suasana di dalam dewan menjadi sunyi apabila Puan Pengetua, Cikgu Hafiz dan Instafamousboy menaiki pentas utama.
"Saya akan serahkan semua maklumat kepada Ayyan." Kata Puan Pengetua. Mikrofon dihulur kepada Ayyan. Puan Pengetua terus keluar dari dewan disebabkan dia ada mesyuarat bersama PIBG.
"Assalamualaikum saya ucapkan terlebih dahulu."
"Waalaikumussalam." Jawab semua pelajar di dalam dewan dengan penuh semangat.
"Saya ingin memberitahu bahawa pada hari esok akan bermulanya latihan rumah sukan. Kepada yang tak terlibat dalam acara sukan, kalian kena masuk kelas belajar manakala yang terlibat akan ada di padang pada waktu lepas rehat sehingga balik. Ada sebarang soalan?"
"Pasukan sorak rumah sukan akan berada di padang sekali atau tidak, you?" Tanya Dina. Semua mata kini memandang ke arahnya.
"Sebelum tanya soalan pastikan angkat tangan dulu ya. Mana adab kamu? Okey, pasukan sorak rumah sukan akan berlatih bersama-sama dengan atlet di padang." Dina mengeluh apabila dengar perkataan padang.
"Ada pembarisan tak?" Tanya seorang pelajar lelaki di barisan hadapan. Kini semua tertumpu kepada dia pula.
"Tak sangka ada soalan bagus. Mesti lah ada!" Ayyan meninggikan suaranya. Semua pelajar mendiamkan diri termasuk aku. Aku yang dah biasa dengar nada suaranya begitu tidak terkejut sangat. Aku dapat dengar suara-suara kecil mengeluh.
"Ada soalan lagi?"
"Tak ada."
"Daniel akan memaklumkan lokasi perjumpaan rumah sukan." Mikrofon dihulur kepada Daniel pula. Ayyan pergi ke barisan belakang bersama Hazmi dan Aliff.
"Saya hanya memaklumkan sekali jadi tolong dengar dengan teliti."
"Baik!" Jawab semua pelajar.
"Delta (ungu) di dalam dewan bahagian depan. Sigma (oren) di hadapan court bola tampar. Beta (biru) di dataran. Gamma (merah) di bahagian belakang dewan. Alfa (kuning) di belakang court bola tampar. Omega (hijau) di kawasan padang. Selepas perjumpaan, kamu semua diberi rehat selama 30 minit." Kata Daniel.
"Kamu boleh gerak sekarang." Sambung Daniel. Semua pelajar mula bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing.
"Atlet tahun lepas sila ke hadapan." Arah Cikgu Hafiz. Kesemua atlet tahun lepas pasukan delta atau lebih di kenali pasukan ungu tampil ke hadapan.
"Azreen, kenapa tak bangun pergi depan?" Tanya Cikgu Hafiz lagi. Semua pelajar memandang ke arah ku. Aku sudah menelan air liur.
"Saya bukan atlet cikgu." Aku cuba menafi.
"Jangan nak tipu cikgu. Kamu juara balapan berturut-turut kan? Ingat cikgu tak tahu kokurikulum kamu?" Cikgu Hafiz tersenyum sinis.
"Mana cikgu tahu?"
"File kamu lah." Jawab Cikgu Hafiz selamba.
"Ala cikgu. Saya baru nak rehat tahun ni." Aku tersengih kecil.
"Tak boleh. Kita kena jadi juara lagi tahun ni." Kata Cikgu Hafiz bersemangat. Semua orang mula bersorak.
"Cikgu nak kamu semua tulis nama atas kertas ni berserta acara tahun lepas yang kamu masuk. Jangan lupa tulis kelas juga." Cikgu Hidayah menghulur satu kertas A4 kepada pelajar yang berada di hadapan.
"Maaf Cikgu sebab lambat. Saya ada hal tadi." Kata seorang lelaki dan aku menoleh ke arahnya. Aku menelan air liur apabila melihat tuan punya badan.
"Tak mengapa Daniel. Mari sini, tulis nama kamu." Balas Cikgu Hafiz.
"Eh! Sayang pun delta ke?" Tanya Daniel apabila nampak kelibat aku tengah beratur untuk menulis nama. Aku menyiku bahunya lalu berkata "Daniel!".
"Korang bercinta ke?" Tanya seorang perempuan yang aku tidak kenal.
"Entah." Jawab aku dan Daniel serentak.
"Longlast." Kata perempuan itu.
"Nampak gayanya satu sekolah akan tahu." Daniel berbisik di telinga kanan ku.
"Why?"
"Nama dia Amira. Dia ketua penulis blog sekolah." Kata Daniel.
"Pergi main jauh-jauh sana." Aku menghalaunya apabila sudah sampai giliran aku untuk menulis nama.
"Tuliskan sekali." Bisik Daniel di telinga ku. Pelajar yang di belakang hanya melihat gelagat kami. Aku meletakkan pen setelah selesai menulis nama. Kaki terus melangkah untuk duduk semula.
"Pembarisan tahun lepas sila tampil ke belakang. Saya nak kamu masuk pembarisan lagi tahun ini." Kata cikgu Anisa. Semua pelajar junior yang masuk pembarisan mula bangun dan menuju ke belakang.
***
"TENGKU DANIEL BIN TENGKU AFIQ, INSTAFAMOUSBOY YANG DIGILAI RAMAI OLEH PELAJAR PEREMPUAN VICTION HIGHSCHOOL KINI BERCINTA DENGAN PUTERI AZREEN BINTI DATUK MIKAIL ADIK KEPADA PEWARIS EMPIRE DIAMOND COMPANY."
Ayyan menutup iPadnya. Gosip paling hangat di laman web sekolah menarik perhatian ramai. Tidak sampai satu jam, blog tersebut dapat beribu komen daripada pelajar perempuan.
"Kita ada berita buruk." Kata Ayyan. Instafamousboy yang lain hanya memandang ke arahnya.
"Apa?" Tanya mereka serentak.
"Faris dah tahu tentang ni. Mungkin dia ada rancangan dan sasarannya ialah Azreen." Terang Ayyan. Wajahnya memang menunjukkan bahawa dia tengah serius.
"Kita kena awasi Reen mulai harini dan kau Daniel jaga adik aku baik-baik. Kalau apa-apa jadi dekat Reen, kau orang pertama yang kena dengan aku." Sambung Ayyan lagi. Daniel membuat muka.
"Kenapa aku pula?"
"Kau kan teman lelaki dia." Ayyan tersengih.
"Kau kan abang kandung dia." Daniel membalas.
"Kau nak aku suruh Reen putuskan hubungan dengan kau ke?" Ayyan menjeling.
"Baik-baik. Saya menurut perintah tuanku." Daniel senyum hambar kepada Ayyan. Aliff yang berada di sebelahnya menepuk belakang Daniel perlahan. Telefon pintarnya di hulur kepada Daniel.
"Artikel tu ada kat ig fan club kau beb!" Suaranya sedikit teruja.
"So?"
"Bertambahlah followers kau." Aliff tarik balik telefonnya sambil tersenyum. Ayyan baling bantal kusyen kecik ke arah Aliff.
"Azreen dalam bahaya kau boleh pula senyum sana sini." Ujarnya.
"Daniel, kau tak reti nak bagi kita orang air ke? Habis tekak ni kering." Aliff menukar topik perbualan.
"Kau nak air, ambillah sendiri." Balas Daniel.
"Apa punya tuan rumahlah." Aliff merungut kembali.
"Kita boleh buat macam rumah sendirikan dekat rumah orang?" Hazmi bersuara dari belakang. Mereka bertiga memandang ke arahnya.
"Aiskrim aku." Ujar Daniel tegas.
"Kalau Aliff nak air, dia kena ambil sendiri tapi kalau aku nak aiskrim, aku kena ambil sendirikan?" Hazmi tersengih. Dia duduk di sebelah Aliff untuk elak diri dipukul oleh Daniel. Mereka berdua berkongsi aiskrim milik Daniel dengan penuh gembira.
***
Aku menutup telefon pintar selepas membaca artikel di laman web sekolah. Nampak gayanya, satu sekolah akan tahu hubungan aku dengan Daniel, bisik hatiku.
Ting Ting !
Aku menghidupkan telefon kembali. Mesej daripada Faris di WhatsApp aku baca.
Faris
Betul ke pasal artikel tu?
Ya
Congrats!
Thanks
Dia bagi aku bluetick jadi aku bagi dia last seen. Aku membuka Instagram. Ig fan club Daniel aku buka dan follow. Artikel di laman web sekolah juga ada di sini. Nampak gayanya, followers aku akan meningkat tak lama lagi memandangkan dia tag aku sekali, bisik hatiku. Aku rajinkan diri untuk membaca beberapa komen.
pytss betul ke ni abang @daniel._
amira.umairah wah! Longlast abang @daniel._ dengan kak @azreen._
ililyy kenapa you pilih perempuan ni @daniel._ ? I lagi cantik dari dia
Aku berfikir sejenak untuk balas atau tidak komen daripada orang itu. Setelah lama berfikir, aku buat keputusan untuk balas. Sekali-sekala jadi rajin balas komen orang.
azreen._ ya you lagi cantik tapi rugilah muka cantik perangai buruk.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top