16

Qisha masuk kelas dengan wajah yang ceria. Dia duduk di tempatnya. Dia pandang kerusi sebelah dimana tempat Azreen berada, dia mengeluh perlahan. Cikgu matapelajaran Sivik masuk dan semua pelajar memberi salam.

"Qisha, Azreen belum masuk sekolah?" Tegur Cikgu Amnah. Qisha sekadar menggeleng. Dia mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta kotak pensil. Cikgu Amnah perasan yang Qisha jarang bercakapa semenjak Azreen tiada.

"Harini kita buat kerja berkumpulan. Satu kumpulan hanya dua orang, jadi sila pilih rakan pilihan anda." Kata-kata Cikgu Amnah membuatkan Qisha memandang kerusi Azreen sekali lagi. Dia mengeluh sekali lagi. Seorang perempuan berambut tocang duduk di tempat Azreen.

"Kita sekumpulan boleh?" Tanya perempuan tersebut. Qisha tersenyum.

"Saya ingatkan tak ada sesiapa nak satu kumpulan dengan saya." Ujar Qisha tersenyum kecil.

"Janganlah macam ni Qisha. Saya yakin nanti kawan baik awak tu akan sedar. Saya sebenarnya tak ada kawan, kawan baik saya si Alia tu tak datang sebab tu saya datang sini nak temankan awak." Balasnya.

"Susah-susah je Qaira ni. Saya boleh je sekumpulan dengan pelajar cina yang dekat belakang tu." Balas Qisha. Dia membuka kotak pensil dan mengeluarkan sebatang pen.

"Awak nak ke? Saya boleh pergi dekat kawan saya yang lain." Qaira pura-pura mahu berdiri tetapi di tahan oleh Qisha.

"Tahu pun tak nak." Qaira tersengih. Kelas Cikgu Amnah berjalan seperti biasa. Masa satu jam seakan tidak cukup untuk membuat pembentangan. Oleh itu, Cikgu Amnah bercadang untuk sambung pada hari lain. Cikgu Amnah keluar dengan beberapa buku latihan yang telah di kutip. Qisha kemas barangnya.

"Aku nak tidurlah kejap." Qisha meletakkan kepalanya di atas meja.

"Hai awak." Qisha mengeluh kerana ada orang ganggu dia tidur. Dia yang malas layan pelajar itu kerana di sangkakan classmate yang sentiasa tak boleh tengok orang bahagia terus berkata kasar, "Kau nak apa?".

"Nak masuk hati awak." Qisha terasa loya apabila mendengar. Dia tidak rasa hairan kerana satu kelas senyap. Hanya bunyi suara pelajar itu saja kedengaran. Dia berfikir dalam pejam mata yang rakan-rakannya cuba bergurau dengannya.

"Hati aku dah ada orang. Tolonglah jangan kacau aku classmate tak guna." Marah Qisha dengan mata terpejam.

"Siapa?"

"Ayyan." Tanpa dia sedar, dia telah terlepas cakap.

"Saya bukan classmate awak." Qisha yang terkejut lantas mengangkat muka. Alangkah terkejutnya apabila wajah Ayyan terpapar di hadapan wajahnya. Dia menelan air liur banyak kali.

"Erm, bila sampai?" Qisha terus menukar topik perbualan. Dia juga baru perasan yang tiada sesiapa dalam kelas.

"Dah lama. Siapa tadi dalam hati?" Tanya Ayyan sekali lagi. Qisha pura-pura kemas beg yang sudah dikemas sebentar tadi. Dia lantas mensadang beg sekolahnya.

"Tiada sesiapa. Maaf, ada kelas pendidikan islam." Qisha terus bangun dan keluar dari kelas. Ayyan hanya perhati sambil ketawa kecil. Dia tersenyum lebar di saat Qisha hilang dari pandangan.

***

Datuk Mikail mendapat satu panggilan daripada pihak hospital. Dia terus batalkan mesyuarat apabila dapat tahu yang Doktor yang rawat Azreen, ingin sampaikan sesuatu perkara yang penting. Datin Azira juga sanggup tinggalkan kerjanya sebentar. Mereka berdua tiba di hospital pada masa yang sama.

"Sayang pun dapat panggilan?" Tanya Datuk Mikail apabila terlihat isterinya, Datin Azira di ruangan kaunter. Datin Azira sekadar mengangguk. Mereka berdua menuju ke bilik Doktor tersebut. Datuk Mikail mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam.

"Silakan duduk." Pelawa Doktor yang bernama Amsyar itu. Datuk Mikail dan Datin Azira mengambil tempat.

"Azreen dah sedarkan diri. Ikut kiraan hari, dia koma selama sebulan 28hari. Disebabkan mahu hampir 2 bulan, kami telah buat pemeriksaan lanjut. Alhamdulilah, tiada sebarang kecederaan yang berlaku kecuali badannya yang masih berbekas." Ujar Doktor itu. Datin Azira mengucap syukur banyak kali. Datuk Mikail tersenyum apabila melihat air mata kegembiraan isterinya.

Di sekolah pula, Ayyan sedang belajar addmath. Addmath merupakan salah satu subjek yang pelajar tidak suka kecuali Ayyan.  Dia sedang memikirkan jalan kira.

"Ayyan." Cikgu Khairul yang mengajar mereka addmath bersuara. Ayyan meletakkan pen dan memandang ke arahnya. Biasanya apabila Cikgu Khairul memanggil namanya, ia bermakna dia perlu menjawab soalan-soalan tersebut di papan putih. 

"Pengetua suruh datang bilik dia sekarang. Katanya ada benda yang ingin diberitahu." Kata Cikgu Khairul. Ayyan mengeluh perlahan. Dia bangun dan keluar dari kelas. Dia menuju ke pejabat dengan perlahan. Tiba saja di pejabat, dia terus masuk ke dalam. 

"Ada apa Maksu nak jumpa? Kalau pasal kes tu Ayyan malas bincang." Kata Ayyan terlebih dahulu. 

"Bukan pasal kes tu tapi pasal Azreen." Balas pengetua. 

"Kenapa dengan Reen, Maksu?" Ayyan mula risau. 

"Dia dah sedar.


*** 

Aku menjamu makanan yang dibawa oleh Datin Azira iaitu mama kesayangan aku. Datuk Mikail terpaksa pulang ke pejabat kerana ada mesyuarat penting bersama syarikat di luar negara. Aku yang faham situasinya yang mahu dapat projek itu tidak terasa hati walaupun sedikit. 

"Macam mana nasi goreng tu? maaflah, mama tak sempat nak masak makanan yang sedap-sedap untuk Reen." Ujar Datin Azira. Aku ketawa kecil. Nasib baik tak tersembur makanan yang berada di dalam mulut. 

"Nanti kalau Reen dah keluar, mama masaklah untuk makan malam." Balasku tersenyum riang. Aku melirik ke arah jam dinding. Aku mengeluh perlahan kerana waktu persekolahan sudah habis tapi Ayyan masih tidak datang melawatku. Aku rindukan abang aku yang tak hensem tu.

"Kenapa tengok jam? Ni mesti rindukan Ayyan." Datin Azira bersuara lembut. Aku sekadar mengangguk. Telefon pintar yang memaparkan gambar kami berdua aku lihat sambil tersenyum manis. Kepala otak sentiasa mengingati lawak hambar Ayyan.

"Mummy, kenapa Ayyan belum sampai? Sekarang dah pukul 2, waktu persekolahankan dah habis." Aku mencebik.

"Abang kamu sibuk mungkin. Sekejap lagi dia sampailah tu. Dah jangan fikir benda yang bukan-bukan." Balas Datin Azira. Dia meminta izin untuk menunaikan solat zuhur di bawah. Aku sekadar mengangguk dan menghantar bayang-bayangnya keluar daripada wad.

"Mana si duda ni!!!" Jeritku separuh kuat. Aku berharap sangat nurse tidak dapat mendengarnya. Bunyi notifikasi dari WhatsApp membuatkan aku tersenyum lebar tetapi apabila melihat si penghantar mesej, senyuman aku terus lenyap. Mahu tak mahu aku kena balas mesej daripada Azmir iaitu pelajar lelaki yang paling annoying di dalam kelas.

Azmirannoyinggg

Woi, aku rindu kau!

Aku tak rindu kau pun

Ouh dah lupa kawan baik sendiri

Eh, sejak bila kita berkawan baik ni

Sejak hari pertama kau masuk sekolahlah!

Eh perasan!
Kau ada nampak abang aku tak kat sekolah tadi?

Sejak bila kau ada abang ni?

Sejak aku lahirlah
Kau ada nampak tak?

Tak

Mana dia
Aku rindu dia duh!

Eh!!!! Dia kau rindu pula, aku tak rindu

Kau tak penting, dia penting

Ouh gini eh kau
Blah ah

"Eh, dia yang sibuk mesej aku lepastu nak suruh aku blah pula." Bebelku sendirian.

Di rumah Hazmi, Ayyan, Aliff dan Daniel sedang duduk di atas sofa ruangtamu. Aliff dan Daniel cuba tenangkan Ayyan yang sedang kepanasan akibat Hazmi yang lambat.

"Kau telefonlah Reen dulu kalau dah rindu." Ujar Hazmi yang baru keluar dari tandas. Ayyan memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Aku nak buat kejutanlah! Mana boleh."

"Kalau macam tu, tunggulah kejap." Hazmi berlari naik ke biliknya yang berada di tingkat dua.

"Hazmi!!!" Ayyan terus meluru ke tingkat atas.

***

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top