14

Seminggu kemudian,

Ayyan yang mengambil cuti selama seminggu akhirnya datang ke sekolah semula. Wajahnya tidak seperti dulu kala yang sentiasa tersenyum. Dirinya juga sedikit tidak terurus. Separuh daripada kawan baiknya mula berasa fed up apabila dia berubah 100%.

"Kau kenapa?!" Hazmi tanpa rasa serba salah menggangu mood Ayyan terus menghentak meja. Seluruh ahli kelas 6V memandang ke arah tempat duduk mereka.

"Tolong jangan ganggu aku." Ayyan berkata perlahan. Dia kemas segala barang sekolah yang ada di atas meja. Dia sandang beg sekolah lalu bangun menuju ke pintu kelas.

"Kalau kau keluar, kau tak sayang Reen!" Tegas Hazmi. Kaki Ayyan terhenti. Perlahan-lahan dia memusingkan kepala menghadap Hazmi.

"Apa masalah kau!" Ayyan meninggikan sedikit suaranya. Dia tidak mahu menggangu pembelajaran kelas lain.

"Kau yang ada masalah! Ni aku nak tanya, kenapa kau jadi macam ni? Kau sepatutnya kuat demi adik kau. Bukannya lemah semangat macam ni! Apa punya abanglah." Hazmi menjeling Ayyan sekilas.

"Kau tak akan faham situasi aku." Ayyan meninggalkan kelas. Hazmi mengeluh perlahan.

"Apa masalah kau?" Daniel menumbuk bahu Hazmi kuat. Hazmi mengadu kesakitan sebelum menumbuk Daniel semula.

"Kau kenapa?!"

"Aku tahu kau nak sedarkan dia tapi tak payah lah depan classmate gila." Daniel merenung Hazmi tajam. Kalau bukan sebab Hazmi rakan karibnya, dah lama dia kerat 14 si Hazmi ni.

"Saja nak buat dia malu. Biar dia sedar sikit." Hazmi menjelirkan lidah.

***

Aku celik mata perlahan-lahan. Kepala ku mula pening apabila penglihatan ku semuanya putih. Aku cuba untuk membuka mulut tetapi tidak berjaya. Segala urat aku seakan-akan tidak berfungsi. Telinga ku dapat menangkap bunyi sesuatu yang sederhana kuat. Bunyi seperti pintu sedang di tolak.

"Aku rindu kau." Aku tersentak. Aku cuba memerah otak untuk mengingati gelaran siapakah yang mempunyai suara selembut itu. Apabila dia memegang tangan ku, otak ku seakan berfungsi dan aku tahu orang itu ialah Qisha.

"Kau tak rindu aku ke?" Aku sekadar mampu berkata dalam hati yang aku rindu dia sangat-sangat.

"Kau nak tahu tak yang semua orang rindu kan kau." Luah Qisha. Aku hanya mampu mendengar luahan hati gadis itu. Selepas itu, suasana jadi sunyi sepi. Hanya bunyi jam dan kipas siling kedengaran.

"Qisha?" Ada satu suara yang lain kedengaran di segenap wad ini. Disebabkan aku tidak sedar sepenuhnya, aku hanya mampu mendengar sahaja.

"Eh Ayyan." Qisha membalas.

"Reen rindu Abang." Hanya angin yang boleh dengar.

"Boleh teman aku makan tak?" Qisha sekadar mengganguk. Mereka berdua keluar bersama-sama. Tinggalah aku keseorangan.

***

Ayyan dan Qisha selamat sampai di restoran berdekatan dengan hospital. Pada mulanya, Qisha sekadar mahu meneman Ayyan makan tapi dia kecundang apabila melihat pelbagai makanan dijual. Dia ambil keputusan untuk makan bersama Ayyan.

"Rindu Azreen tak?" Qisha menyoal ingin mengurangkan suasana sunyi. Ayyan sekadar membalas 'ya' perlahan. Sudu di tangan hanya bermain bersama nasi. Qisha terfikir, kenapa Ayyan beli makanan kalau dia tidak mahu memakannya?

"Janganla macam ni." Qisha cuba memujuk. Ayyan memandangnya lama.

"Aku tak semangat." Ayyan melepaskan sudu di tangan. Dia mengeluh perlahan.

"Kau kena bersemangat Yan. Aku yakin kau boleh!" Ayyan tersenyum kecil melihat perangai Qisha.

"Kau ni macam budak kecil la." Ayyan tertawa kecil. Qisha juga turut tertawa.

"Aku kecil-kecil cili padi."

"Apa-apa lah. Tadi kata tak nak makan. Apa cerita order nasi goreng ni?" Ayyan tersengih.

"Makanan kau membuatkan aku mengubah fikiran." Qisha mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ayyan sekadar menggeleng. Di sudut hatinya ada timbul perasaan sayang.

"Kau ada teman lelaki tak Qisha?" Tanpa Ayyan sedar, dia baru saja terlepas tanya soalan tersebut. Ayyan menelan air liur apabila Qisha tidak memberi balasan dengan soalannya.

"Sor-"

"Tak ada. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Sekali lagi Ayyan tersengih. Dia menjamah sedikit nasi goreng yang di tempah.

"Ehem!" Mereka berdua memandang ke arah yang sama. Alangkah terkejutnya mereka apabila wajah Dayana kelihatan.

"Batuk palsu ke kak?" Qisha sekadar bertanya. Dayana menjeling Qisha sekilas. Dia mengambil tempat di sebelah Ayyan. Ayyan hanya membiarkan Dayana.

"Qisha, kau ada bau sesuatu tak?" Ayyan bertanya sambil memandang sekeliling.

"Ada. Bau busuk duh!" Qisha membalas dengan riak muka yang meloyakan. Dayana yang mendengar hanya memekak kan telinga kerana dia tahu yang Ayyan dan Qisha sengaja mahu menyakitkan hatinya.

"Nak kata bau sampah, bukan. Bau ni macam bau bangkai. Kau tahu kan bangkai?" Ayyan menahan gelak dalam diam.

"Aku tak lah bodoh sangat tak tahu bangkai tu apa." Qisha menjeling. Dayana yang tidak tahan lantas bangun dan meninggalkan mereka berdua. Ayyan dan Qisha tergelak sendirian.

"Tahu pula sakit hati." Ujar Qisha perlahan.

"Sila makan makanan anda sekarang sebelum saya tinggalkan anda seorang diri di sini." Pesan Ayyan lembut. Qisha memandangnya pelik. Sudut dalam hatinya berkata, Ayyan ni dah okey ke belum? Pening aku dibuatnya.

"Baiklah Encik Ayyan."

***

Danish berada di dalam bilik siasatan untuk disoal siasat. Seorang pengawai polis memasuki bilik itu. Mikrofon dibuka untuk pihak luar dengar. Danish mengeluh perlahan. Dia rasa menyesal.

"Saya menyesal." Ujar Danish perlahan.

"Saya dipaksa." Ujarnya lagi. Pengawai polis tadi ingin tahu lebih lanjut. Dia bertanya beberapa soalan kepada Danish.

"Apa maksud encik?"

"Ada tiga orang perempuan suruh saya buat macam tu dekat Azreen. Saya tak nak tapi diorang paksa dan ugut nak bunuh ahli keluarga saya. Saya takut sebab tu saya buat." Jelas Danish. Pengawai polis itu mengganguk faham.

"Boleh saya tahu siapa tiga perempuan itu?" Danish menggeleng.

"Saya dah janji." Danish menunduk.

"Janji boleh dimungkirin jika seseorang itu mahu mungkirkan janjinya." Jelas Pengawai polis tersebut. Danish lagi sekali menggelengkan kepalanya.

"Keluarga saya tergolong dalam orang yang tidak akan mungkir janji. Jadi saya tak akan mungkir janji saya." Terang Danish lebih lanjut. Pengawai polis tersebut bangun dan keluar dari bilik tersebut. Danish hanya memandang sepi. Dia dibawa ke penjara semula.

"Maafkan aku Azreen." Kata Danish perlahan.

***

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top