08

Harini aku dah lambat gila, bangun tadi pukul 7 lebih dan sekarang jalan jammed pula. Macam mana kalau lambat masuk sekolah nanti.

Aduhhh!! Bisikku di dalam hati.

Aku memandang ke luar tingkap. Banyak kereta yang tersesat dalam jammed ini. Tak boleh ke kalau sehari kat kuala lumpur tak jammed? Ini sampai aku nak pergi sekolah pun kau buat masalah. Aku membuka aplikasi WhatssApp apabila telefon pintarku bergetar.

TengkuDaniel
Azreen tak sekolah ke harini?

Sekolah tapi jammed lah pula

Ouh,jangan risau Daniel tak akan denda Azreen sebab bukan salah Azreen pun. Jalan tu yang tiba -tiba jammed bukannya Azreen.

Hahahaha, abang Daniel ni lawak la

Haa, abang? Hahahaha!

Saje je, ihiks

Sokay, maaf reen. Daniel kena tutup ni sebab ada tugas sikit.

Sokay, reen faham

Bye

Bluetick dan seen. Sememangnya aku suka bagi orang bluetick dan tidak suka orang bagi aku bluetick. Aku melihat jalan kembali. Keadaan masih sama, kereta langsung tidak bergerak mahupu seinci.

"Saya dah lambat ni." Jerit aku separuh kuat. Hilangkan tekanan sikit. Nasib baiklah cermin kereta tidak terbuka kalau tidak pasru orang ramai akan dengar jeritan aku itu.

"Maaf cik muda, jalan tiba-tiba jammed." kata Yusri ketakutan. Dia menurunkan cermin kereta dan melihat ke luar apa yang terjadi. 

"Its okay. "

Aku mengambil telefon pintar semula dan nombor Datuk Mikail di dail dengan pantas. Dengar saja suara Datuk Mikail, aku lantas menghamburkan soalan, "Boleh reen tahu kenapa jalan jammed nak pergi sekolah?".

"Sebab ada orang tengah baiki jalan."

"Boleh tak suruh orang tu berhenti buat kerja dulu? Reen dah lambat nak pergi sekolah ni." Kataku hanya untuk melepaskan tekanan.

"Okey."

Datuk Mikail menamatkan panggilan. Aku mengerutkan dahi setelah mendengar balasan daripadanya. Dalam kepala hanya fikir satu benda, apa yang dimaksudkan dengan 'okey'.

5 minit kemudian, kereta mula bergerak seperti biasa. Tiada lagi jalan yang jammed tak pun jem ke. Jalan menjadi elok dan semua kereta bergerak dengan mudah dan laju. Hati aku terus berbunga dek kerana gembira. Yusri terus memecut ke sekolah kerana aku sudah lambat. Nanti kalau aku kena denda, Yusri juga yang disalahkan. Walaupun itu semua atas kesalahan aku sendiri kerana bangun lambat.

***

Aku keluar daripada kereta velffire itu. Pintu pagar hampir saja nak tertutup. Daniel yang nampak akan kelibat aku terus membuka sedikit pintu pagar itu. Aku berjalan secepat mungkin.

"Nasib Daniel nampak reen." Kata Daniel ramah. Senyuman dihadiahkan.

"Terima kasih Daniel." Ujarku. Aku membalas senyumannya.

"Sama-sama. Jom masuk kelas." Ajak Daniel semangat. Kalah budak kecil dibuatnya. Daniel menutup pintu pagar. Kami menuju ke arah pondok untuk mengambil beg milik Daniel memandangkan beg pengawas semua terletak di situ. Selepas Daniel mengambil beg, kami berjalan bersama-sama menuju ke kelas.

"Reen sihat?" Tanya Daniel prihatin.

"Sihat alhamdulilah."

"Reen breakfast tadi?" Tanya Daniel lagi.

"Tak sebab reen bangun lambat tadi."

"Semalam tidur pukul berapa? Mesti tidur lambat ni." Teka Daniel. Tak sangka, tekaan dia tepat.

"Haah, Reen tidur dalam pukul 1 pagi."

"Daniel hantar sampai kelas boleh?" Pinta Daniel tanpa rasa malu. Ala, hantar sampai kelas je pun bukan sampai atas pelamin.

"Apa salahnya."

Kami berdua berjalan menuju ke kelas 5V. Ada mulut yang mengata pekara baik dan pekara buruk. Tak takut dosa ke? Suka sangat mengumpat pasal orang. Daniel menghantar aku sampai di pintu kelas. Nasib baik tiada cikgu lagi di dalam, kus semangat!

"Bye." Daniel melambaikan tanggannya ke arah aku. Aku hanya memberi satu garis senyuman. Kalau aku lambai balik, nanti kena bash dengan peminat dia yang ada dalam kelas ni.

"Amboi, bukan main rapat lagi." Usik Qisha. Dia mengjongketkan sebelah keningnya.

"Kawan jela." Punggung aku labuhkan di atas kerusi. Beg sekolah di letakkan di atas meja. Kerusi dirapatkan dengan meja belajar.

"Tapi korang berdua sepadan." Kata Qisha melebih. Aku hanya beri pandangan menyampah.

"Qz ada kacau kau?" Tanya Qisha lagi.

"Ada tapi ada hero tolong selamatkan." Jawab ku. Buku teks bio aku keluarkan dari dalam beg dan meletakkannya di atas beg.

"Bila? Siapa?" Tanya Qisha teruja. Ahh, sudah!

"Semalam kat tempat loker. Daniel yang tolong selamatkan." Jujur aku. Sememangnya aku tidak suka membohong perkara yang benar dengan orang yang aku anggap seperti keluarga.

"Tak sangka kau boleh ubah hidup Daniel." Kata Qisha sambil bertepuk tangan. Dia turut tersenyum.

"Apa maksud kau?" Tanya aku pelik. Tiba-tiba je ubah hidup ni.

"Sebenarnya tahun lepas,

Daniel dan instafamousboy yang lain hendak pergi ke kafeteria semasa waktu rehat. Kaki mereka semua terhenti apabila lalu disebuah kelas 5K. Pintu kelas dibahagian belakang dan hadapan terkunci. Daniel dan instafamousboy yang lain menolak pintu supaya pintu itu terbuka.

"Astagfirullahalazim." Ucap mereka serentak.

"Daniel." Kata bella terkejut.

"Apa yang you buat ni Bella?" Tanya Daniel terkejut. Wajahnya mula berubah dingin dan ketat. Tidak sangka, orang yang dia percaya sayangkan dia telah berlaku curang di dalam kelas. Sebaik pintu dibuka, nampaklah Bella dengan seorang lelaki yang sedang membuat agenda bawah umur iaitu bercium.

"Apa korang berdua buat ni? Suka jatuhkan saham sekolah ke?" Tanya Aliff geram. Kalau nak buat pun jangan lah kat dalam kelas. Apa ke bodoh la dia orang ni.

"Sayang, dengar dulu penjelasan I" Arah Bella. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya daripada lelaki itu.

"Dia yang nak." Kata lelaki itu sambil menunding jari ke arah Bella.

"Apa lagi kau nak jelaskan? Dah nampak yang kau curang dengan aku, apa lagi nak terangkan?" Tengking Daniel kuat. Tahap kesabarannya mula hilang.

"Ingat I hadap sangat ke dengan you? I rapat dengan you pun sebab harta you banyak ! I hanya guna you bila I tiada duit je, ingat I sanggup ke rapat dengan you 24 jam. Dah lah ramai peminat lepastu iman tinggi melangit. I rimas dengan you tahu tak?" Kata Bella tak puas hati. Dia bangun menuju ke arah Daniel dan yang lain.

"Kau memang perempuan sial!" Satu tamparan hinggap di pipi mulus Bella.

"Lepastu, apa yang jadi?" Tanya aku apabila Qisha sudah habis bercerita. Tak sangka lelaki yang suka senyum depan aku pernah mengalami perkara yang menyakitkan hati.

"Lelaki yang dengan Bella kena pindah sekolah lain sebab pengetua tak nak pelajar yang macam tu. Bella pindah luar negara sebab dia kata nak sambung belajar kat sana, lagi bagus. Daniel pulak! Sejak kejadian tu, dia tak pernah rapat dengan perempuan kecuali mak dia kut. Dia tak pernah senyum demi perempuan tapi tadi aku nampak dia senyum kat kau Azreen. Ini bermakna kau dah buang sifat dingin dia." Kata Qisha panjang lebar. Aku hanya mendengar bulat-bulat perkataan yang keluar dari mulut Qisha.

Sebaik sahaja Qisha habis memberi penjelasan, Cikgu Malik selaku Guru matapelajaran Biologi masuk ke dalam kelas. Kami semua mendiamkan diri dan mendengar segala bebelan yang keluar dari mulut Cikgu itu.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top