04

Yusri dan Ayyan sedang berdiri di sebelah kereta Toyota Vellfire bewarna hitam. Mereka berdua belari anak ke arah aku sebaik sahaja aku dan Daniel berada di hadapan pagar sekolah. Nafas lega dihembuskan oleh mereka.

"Mana kau bawa lari adik aku tadi? Puas aku cari satu sekolah!" Marah Ayyan tanpa menyoal terlebih dahulu. Daniel hanya buat tak tahu.

"Selamat tinggal Azreen." Ujar Daniel tersenyum manis. Dia terus pergi ke keretanya untuk pulang ke rumah disebabkan dah lewat petang.

"Tak guna pu-"

"Biarkan jela." Kataku mendatar. Aku lantas masuk ke dalam kereta diikuti oleh Yusri. Ayyan pergi ke keretanya lalu pulang ke rumah. Yusri memandu kereta ke Mid Valley atas arahan aku.

Ting!

Aku mengeluarkan telefon pintar dari poket baju sekolah. Aplikasi WhatssApp aku buka disebabkan notifikasi datang dari situ. Mesej daripada Ayyan aku tekan.

Ayyan👿
Balik rumah terus, daddy suruh
nak keluar tunggu lepas asar.

Bluetick. Sah geram!

"Kita balik rumah dulu." Ujarku menahan marah. Ada je nak kacau mood orang.

"Kenapa Reen? Kata nak beli novel baru." Tanya Yusri hairan. Tadi bukan main beria nak pergi sekarang tak pula.

"Arahan Daddy." Jawabku malas. Yusri angguk tanda faham. Kereta itu balik semula ke jalan pulang ke rumah. Aku hanya mendengar lagu daripada cuping earphone yang disambungkan dengan peranti telefon pintarku.

***

Aku membuka kasut terlebih dahulu. Kereta Ayyan sudah ada di pekarangan rumah, itu bermakna dia dah sampai. Bilik tidur menjadi sasaranku. Pintu bilik dibuka. Beg dicampak ke atas sofa. Tanda nama dibuka dan disimpan di dalam laci meja. Aku membersihkan diri dahulu sebelum turun makan. Sebaik tiba di dapur, aku hanya nampak Ayyan sahaja.

"Cik muda nak makan atau tidak?" Tanya Mak minah sopan. Dia masih lagi memakai apron,

"Nak." Jawabku sepatah. Kerusi di hadapan Ayyan aku duduk sambil merenungnya tajam.

"Mana Daddy dengan Mummy?" Tanyaku geram. Jangan sampai aku hempuk kepala abang aku ni dengan batu lesung Mak Minah.

"Office."

"Are you kidding me? " Tanyaku dalam nada dingin. Muka ku merah menahan marah. Ayyan hanya buat tak tahu. Aku yang masih marah hanya makan beberapa sudu mi goreng sahaja. Selera makan sudah semestinya hilang.

***

Aku melihat jam dinding di bilik. Jam menunjukkan pukul lima tiga belas minit. Aku ambil telefon pintarku yang berada di atas meja lampu akibat terdengar bunyi notifikasi. Mesej daripada Ayyan aku baca walaupun aku malas melayannya.

Ayyan 👿
Aku nak pergi taman rekreasi ni dengan instafamousboy
kalau nak ikut, turun bawah

Bluetick.

Ayyan 👿
Aku minta maaf pasal tadi

Bluetick. Seen.

Aku menyimpan semula telefon di atas meja lampu. Aku masuk ke dalam bilik mandi mahu bersihkan diri. Selepas itu, Seluar track suit dan jersi Malaysia dipakai. Rambut diikat dengan kemas. Topi jenama Adidas di pakai di atas kepala.

Di ruang tamu pula, Mak Munah membuka pintu untuk instafamousboy. Ayyan yang mendengar, terus turun daripada biliknya.

"Azreen ikut?" Tanya Daniel sebaik melihat kelibat Ayyan turun.  Ayyan membalas, "Pergilah tanya." Walaupun penuh curiga. Pertama kali dia melihat Daniel sebegini.


"Dia kat mana?" Tanya Daniel lagi. Yang lain hanya diam, Daniel je macam orang tua-tua. Dari tadi banyak mulut.

"Dalam bilik."

"Betul ni nak aku yang tanya?" Tanya Daniel ingin kepastian. Aku rasa dia dah pekak kut sebab tu tanya banyak kali bisik hati Ayyan. Kekadang rasa menyampah.

"Iya. Kalau kau tak nak, aku boleh suruh Aiff ataupun Hazmi." Balas Ayyan sambil membuat muka. Lagipun dia tahu, kalau dia yang tanya, Azreen tidak akan memberi respon.

Daniel terus berlari naik ke tingkat atas untuk bertemu buah hati, ehh! Salah ayat. Sila abaikan ayat itu.

"Aku rasa dia dah suka adik kau la Yan." Ujar Hazmi sambil melirik ke arah Daniel yang sedang menaiki tangga.

"Aku pun rasa benda yang sama."

"Habis aku?" Tanya Aliff muram.

"Kau dah kenapa?" Tanya Ayyan pelik. Tiba-tiba kata macam tu. Nak mati dah kut. Haishh, tak baiklah.

"Jangan cakap kau pun sama!" Arah Hazmi sambil menunding jari. Mukanya berubah serius.

"Aku dah tersuka dekat adik kau Yan." Jujur Aliff berkata. Biarlah dia berjujur pada bakal abang ipar, uhuks!

"Kalau Daniel suka, kau pun suka, aku bagi kat Hazmi jela." Kata Ayyan selamba. Hazmi sudah membuat muka terkejut. Mana tak terkejut bila nama kita kena petik secara tiba-tiba.

"Kenapa aku ?"

"Biar Daniel dan Aliff tak kecewa." Balasnya.

"Aku tak paksa dia untuk suka aku. Kalau dia suka Daniel juga, aku okey. Lagipun baru pertama kali jumpa, bawa bersabar." Kata Aliff lagak gentleman.

"Baguslah macam tu. Ni baru aliff aku." Puji Hazmi. Bahu Aliff di tepuk. Dia tak nak lah putus persahabatan sebab satu gelaran 'kekasih'.

Setelah puas hati dengan penampilan diri sendiri di cermin kaca bersaiz besar. Aku mengambil telefon pintarku di atas meja lalu disimpan ke dalam poket seluar. Suis lampu aku tutup manakala suis penghawa dingin aku biarkan. Suka sangat membazir!

Aku membuka pintu dan wajah seorang lelaki yang amat aku kenal ada di muka hadapan pintu bilik aku. Kami sama-sama terkejut, nasib baik tiada orang yang menjerit kalau tidak habis kecoh satu rumah nanti.

"A-awak buat apa kat sini?" Tanya aku sedikit gagap.

Ya allah, kenapalah mulut aku ni terniat nak sebut perkataan 'awak' bisik hatiku.

"Saya nak tanya, awak nak ikut tak?" Jawab Daniel klasik. Riak wajahnya sangat tenang.

Nasib baiklah mamat ni tak kerek. Kalau tidak habis aku dapat malu bila daniel menggunakan perkataan kasar iaitu kau dan aku bisik hatiku lagi.

"Mestilah saya nak ikut."

See, mulut ni minta penampar sebiji aku mengeluh di dalam hati.

"Eh! Baju kita sama lah." kata Daniel sedikit teruja. Tapi keterujaan di simpan dulu. Aku yang perasan barula terkejut. Niat ingin tukar baju tetapi takut terlambat. Jadi aku hanya membiarkannya.


Tiba sahaja di tingkat bawah, mereka semua memandang kami atas bawah-atas bawah. Aliff buat muka terkejutnya dan bertanya,"Dah rancang ke?"


"Kebetulan." Jawab kami berdua serentak. Biarlah orang nak kata jodoh ataupun bodoh sekalipun. Yang penting aku malas dengar perkataan 'sweet'.

"Jom pergi. " Hazmi bersuara lantang menukar topik perbualan. Mereka semua keluar daripada rumah. Aku menyarung kasut sukan jenama Adidas lalu masuk ke dalam kereta Vellfire yang akan dipandu oleh Ayyan.

"Reen duduk depan." Arah Ayyan mendatar. Aku hanya mengikut arahannya. Tali pinggang kaledar di pakai. Tangan lantas menghidupkan radio dan juga penghawa dingin.

"Semua bawa duit banyak harini?" Tanya Ayyan sambil memakai tali pinggang kaledar. Kami semua menjawab tidak. Aku keluarkan telefon pintar daripada poket seluar.

"Dah tahu tak ada duit. Tak reti pakai tali pinggang? Nanti kalau kena saman, siapa nak bayar?" Sindir Ayyan pedas. Dia memandu kereta keluar dari pekarangan rumah.

"Seluar sukan mana pakai tali pinggang." Balas Hazmi sambil melihat seluar lepis yang dipakainya. Daniel dan Aliff sudah menggelengkan kepala melihat terlatah Hazmi yang biasa ini.
N

asib baik ada yang melayannya.

"Takpe seluar tu dah bersukan tak perlu tali lagi." Aliff membalas. Jelas kebodohan mereka berdua. Aku yang ingin menghilangkan rasa sunyi, menukar siaran radio. Kebetulan lagu Not Today dimainkan. Terus menyanyi satu kereta.

Hazmi dan Aliff hanya menyebut Not Today dan membuat bising selebihnya. Ayyan yang berasa sedikit rimas menutup radio.


"Korea je tahu" Perli Ayyan. Aku yang dah tahu dengan perangainya hanya membiarkan saja. Hazmi dan Aliff menarik perhatianku. Mereka sibuk bermain game Mobile Legend di telefon pintar masing-masing.

"Double kill, triple kill, maniac, Hazmi jangan kacau." Aliff bersuara lantang.

"Aku tak akan benarkan." Balas Hazmi sambil ketawa jahat. Dia sempat menolak tubuh badan Aliff. Aliff mengadu kesakitan.

"Savage! Tapi takdir telah benarkan." Aliff ketawa jahat pula kepada Hazmi. Mereka berdua termasuk ahli kumpulan yang lain menyerang sehingga menang.

"Baru dapat savage satu dah bangga." Hazmi berkata perlahan dan Aliff terus membalas. Mereka bergaduh mulut sehinggala tiba di Taman.

***

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top