Part 5

"Menjadi permaisuri tiada dalam perancangan masa depan beta. Urungkan saja niatmu wahai tuan putera. Carilah Cinderella yang lain."

Kehadiran mengejut Putera Andika ke Darul Kayangan membuatkan Anum terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur semalam. Sofea paling gembira dengan situasi ini. Seronok kerana dilayan ibarat puteri.

Pertemuan lapan mata yang dirancang oleh Raden Agung Anjana untuk memberi peluang sendiri Putera Andika mendengar jawapan adinda baginda. Mungkin Putera Andika akan akur kalau Raden Anum sendiri menolak hasrat putera itu.

"Kita tidak mencari seorang cinderella, kita mencari seseorang yang mampu membuat Putera Andika terpaku..."

"Dan orang itu bukanlah kita." Anum segera memotong percakapan Putera Andika.

"Tapi..."

"Kita mencari bakal suami yang tidak pernah lupakan bumi dipijak walaupun tangannya mampu menggenggam bulan."Anum begitu tegas dengan keputusannya. Dia sudah tekad untuk tidak menerima lamaran Putera Andika.

"Maafkan kita atas perkara dua tahun yang lalu. Kita tidak menyangka atas sebab itu, kita terpaksa berduka lara. Cinta kita tulus buatmu wahai puteri. Namun andai itu kata putusmu, beta undur diri..." Putera Andika tidak menyembunyikan kekecewaan baginda. Sedar kegopohannya dua tahun dahulu membuatkan negara Darul Kayangan menanggung malu. Dia yang menolak lamaran Raden Agung Anjana. Dia mahu kekandanya hidup bahagia bersama lelaki yang dicintai. Namun permainan takdir menghukum mereka. Lelaki dambaan kekandanya bukanlah seorang yang baik.

" Maafkan beta Tuanku Raden Agung Anjana. Beta mohon untuk mengundurkan diri. Secepatnya beta akan pulang ke negara beta."

Raden Agung Anjana mengangguk. Baginda mengarahkan pengawal untuk mengiringi Putera Andika kembali ke kamar tetamu. Sementara baginda mendekati Raden Anum. Baginda faham benar dengan perangai adinda baginda yang degil. Mulut kata benci tapi hati kata suka. Sebelum peristiwa dua tahun lalu, Raden Anum salah seorang peminat yang berangan-angan mahu menjadi permaisuri Putera Andika. Sentiasa mengikuti perkemabangan Putera Andika di Facebook dan Instagram.

"Mengapa mesti peristiwa dua tahun lalu jadi alasan. Sedangkan hatimu tidak pernah lupa mengalunkan namanya. Adinda tidak boleh bohongkan kanda. Kalau hati sudah suka, terima sajalah." Raden Agung Anjana menyentuh bahu Anum. Baginda tidak mahu Anum terus berdendam dengan Putera Andika.

"Kanda..."

"Anum... Anum... Anum." Kedengaran suara Sofea serentak dengan pintu di buka.

"Ya Sofea... apa kau nak. Sekali ajelah sebut."

"Kita nak balik kan... Aku dah siap." Sofea tersengih.

"Kejap aku tukar baju..." Memandangkan Sofea sudah bersiap, terpaksalah dia pulang. Walaupun dia berniat mahu bermalam di Darul Kayangan.

"Kanda, adinda mohon berangkat pulang ke Kuala Lumpur."

"Pergilah... Pesawat kerajaan juga sudah sedia untuk berlepas. Menunggu arahan dari dinda sahaja. Jaga diri adinda... dan cuba jangan terus berdendam."

Anum melangkah keluar dari balai penghadapan tanpa mengajak Sofea. Sofea terkebil-kebil melihat Anum. Pandangannya di alihkan ke arah Raden Agung Ajana. Lelaki kacak itu tersenyum ke arahnya.

"Puteri Titiwangsa mahu pulang atau terus menetap di sini?" Raden Agung Anjana melontarkan pertanyaan.

"Err... saya bukan Puteri Titiwangsa. Saya orang biasa je. Mak saya meniaga nasi lemak kat warung. Kalau saya tak balik kesian mak saya.Tak ada siapa nak tolong." Lurus saja jawapan Sofea. Kurang faham maksud tersirat Raden Agung Anjana.

"Kalau tuan puteri Titiwangsa mahu mentap di sini, boleh kita bawa bonda tuan peteri tinggal bersama."

"Ha... kan. Boleh dia meniaga nasi lemak kat sini. Baru sehari tak makan nasi lemak, rasa nak pengsan dah perut ni. Nanti saya tanya mak saya." Sofea tersenyum girang. Darul kayangan tak jauh beza dengan Malaysia. Tak jadi masalah kalau dia menetap di situ. Tapi kenapa Raja ni ajak dia pindah.

"Kalau saya pindah, saya nak duduk mana?" tanya Sofea.

"Tinggal di Istana Darul Kayangan lah..." Ujar Raden Agung Anjana. Cuba bercakap dengan telor Kuala Lumpur.

"Hah..." Sofea menganga.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top