Part 2
"Anum... Anum... Anum." Sofea menggoncongkan bahu sahabatnya.
Anum sedang menikmati Milo Ais hampir tersembur. Dia menolak gelas ke tengan meja. Duduk tegak sambil berpeluk tubuh dengan mata dihalakan ke depan. Tiada bayang-bayang senyuman pun di bibir Anum. Sofea tersengih sambil mengangkat dua jari tanda peace.
"Berapa kali aku nak cakap. Panggil sekali cukup, bukannya aku pekak ke apa. Ni apa hal ni." Mujurlah Sofea ni kawan baiknya. Dia kenal sangat perangai Sofea yang kelam kabut.
"Putera Mahkota..."
"Kenapa dengan putera tu. Dia dah balik negara dia kan." Anum memotong kata-kata Sofea. Telinga dia jadi alegik mendengar nama Putera Mahkota Indera Kencana.
"Putera Mahkota..." Sofea membuat isyarat dengan mulutya.
"Putera Mahkota apa... kau jangan jadi sewel macam perempuan lain boeh tak. Nampak lelaki terus tak reti bercakap. Telinga aku ni dah menangis tau asyik dengar nama dia. Putera tu... putera ni... putera itu... putera ini. Menyampah. Berlagak hensem je lebih." Bebel Anum. Dia tarik gelasnya tadi dan sambung minum. Banyak sangat membebel dia jadi haus.
"Anum pandang belakang." Bisik Sofea.
"Jangan pandang belakang... belakang ada hantu." Anum tergelak. Melihat muka serius Sofea dia jadi pelik. Baru dia perasan kafeteria senyap ibarat dilanda Garuda. Anum pusingkan kepala pandang sekeliling.
"Belakang kau." Bisik Sofea lagi.
Anum pusingkan kepala ke belakang. Melihat kelibat yang berdiri di belakangnya dia tunjuk senyum menyampah. Ingatkan betul-betul dah balik. Rupanya ada lagi di bumi Malaysia ni. Perlahan dia tolak kerusi dan berdiri berhadapan dengan kelibat itu.
"Assalamualaikum Tuan Puteri Wangsa Maju. Beta Andika mohon mengadap." Putera Andika menghadiahkan senyuman. Dia membongkokkan badannya sedikit tanda hormat.
"Waalaikumsalam. Permohonan tuanku beta tak perkenankan, sila lenyapkan diri tuanku dari sini." Anum membalas senyuman Andika. Bukan dengan senyuman mesra sebaliknya senyuman sinis. Anum pandang Putera Andika dari atas ke bawah. Not bad... pandai jugak bergaya ala-ala KL.
"Kita sudah ada di sini... kenapa tidak diperkenankan. Tidak sudikah Tuan Puteri bertemu kita. Atau Tuan Puteri mahukan permohonan rasmi kerajaan kita." Putera Andika tak putus asa.
"Kita dikurniakan telinga untuk mendengar dan jugak otak untuk memahami kata-kata orang lain. Jika beta katakan permohonan tuanka beta tolak, kenapa harus degil. Hormat kata-kata atau kemahuan orang lain. Pertemuan ini tidak seharusnya terjadi."
Putera Andika menghalusi kata-kata Anum. Nampaknya jalan dia untuk mendapatkan bunga yang sekuntum ini amat sukar. Tapi kata orang bunga yang sangat rare begini harganya tidak ternilai. Apa saja halangan dia kan tempuhi untuk mendapatkan bunga ini.
"Penolakan ini satu balas dendam atau sememangnya Tuan Puteri Wangsa Maju ini seorang yang sombong. Kita sedar kita di tanah jajahan dia. Bukankah molek Tuan Puteri berbaik hati dengan tetamu yang berkunjung." Putera Andika mendekati Anum. Dia sedar seluruh mata sedang memandang ke arah mereka. Para pengawal dan pengiring di arahkan memerhati dari jauh. Ini urusan seorang lelaki memikat seorang perempuan.
"Jika Tuanku datang sebagai seorang tetamu beradap, kita akan sambut semoleknya. Tapi tuanku datang dengan tujuan lain. Beta berhak menolak permintaan tuanku." Sekali lagi Anum menolak permintaan Putera Andika. Dia sedang mengawal dirinya agak tidak bertindak kasar.
"Tujuan lain?" Putera Andika seakan hairan.
" Murahnya harga seorang wanita di mata tuanku. Tuanku memilih seorang calon permaisuri ibarat memilih ikan di pasar. Apa tuanku mahu perempuan sembarangan menjadi permaisuri tuanku." Sinis sahaja Anum menyindir Putera Andika. Dia sedar walaupun zaman sudah maju dan moden tetap ada wanita yang bermimpi menjadi Cinderella. Menjadi isteri raja dengan hanya pandangan pertama.
"Kita bukan memilih ikan di pasar Raden Anum. Kita datang hanya untuk melihat dan melawat. Untuk memilih permaisuri Indera Kencana bukan hanya melihat dengan mata kasar tapi harus juga melihat dengan mata hati. Tujuan kita ke sini untuk menghantar adinda kita belajar."
Pantas sahaja mata Anum mencari Sofea. Melihat sengihan Sofea dia tahu sahabatnya itu sudah mempermainkan dia. Jelaslah dia sudah salah sangka dengan Putera Andika. Patut lah putera mahkota ni asyik tersenyum-senyum. Sudahlah dia menipu fasal Kerajaan Wangsa Maju, sekarang salah sangka pula.
"Jadi apa tujuan tuanku muncul di sini."
"Menjemput bakal permaisuri Indera Kencana ke istana."
"Then go ahead... Beta tak mahu jadi penghalang tuanku. Sila lah jemput permaisuri Tuanku." Anum bergerak ke sisi dan mengangkat sebelah tangan. Memberi laluan kepada Putera Andika untuk mencari calon permaisurinya. Namun Putera Andika langsung tak berganjak.
"Apa lagi... pergilah." Anum angkat keningnya sekilas. Tangan masih di udara.
"Calon permaisuri Indera Kencana ada di depan beta."
Anum tidak terkejut dengan kata-kata Putera Andika. Tangan dijatuhkan ke sisi. Dia pandang Putera Andika dengan senyuman sinisnya.
"Jadilah lelakibermaruah Tuanku. Lelaki bermaruah tak akan menjilat kembali ludah yang sudahdiluahkan. Tuanku seorang putera mahkota, barang yang telah dicampakkan takperlu di kutip kembali."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top