Chapter 9 - Don't Make Him Mad [Part 1]
BAB 9 - JANGAN BUAT DIA MARAH [PART 1]
Hyunjin berjalan keluar dari bilik tidurnya sambil mengeliat panjang dan meregangkan sedikit otot lehernya kemudian berjalan menuju ke ruang tamu agak janggal. Dia memandang satu-persatu orang yang ada di situ.
Jungwoo kini sedang duduk di sofa sambil melakukan sesuatu pada komputer ribanya, Lee Know yang duduk di sebelahnya sedang bermain satu permainan video di telefon bimbitnya sendiri, Yuta pula sedang duduk di sebelah Taeyong yang sedang menghadap komputer riba miliknya itu masih dalam usaha mencari Huruf yang masih tinggal, manakala Mark sedang memeriksa kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana-mana itu.
"Oh, Hyunjin..."
Serentak semua orang menoleh memandang Hyunjin apabila Mark menyebut nama lelaki itu menyebabkan keadaan jadi sunyi dan lelaki itu berasa semakin kurang selesa dengan semua pandangan itu. Mereka langsung tidak perasan kehadirannya di situ kerana sibuk dengan hal masing-masing.
"Awak dah sarapan ke?" Tanya Mark sambil tersenyum manis lebih mesra dari yang lain.
"Dah." Hyunjin hanya mengangguk-angguk kemudian duduk di sebuah kerusi paling dekat dengan tempat dia sedang berdiri. Dia benar-benar janggal dan langsung tidak tahu hendak berbuat apa.
"Dah ada dapat apa-apa maklumat ke, Taeyong?" Lee Know yang sibuk bermain telefon bimbitnya dari tadi akhirnya bersuara. Dia juga sudah letih lalu meletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja.
Taeyong hanya menggelengkan kepala tanpa mengalihkan matanya dari komputer riba itu. "Saya tak jumpa apa-apa lagi."
"Boleh saya tanya satu soalan?"
Serentak semua orang memandang Hyunjin yang kelihatan teragak-agak memandang setiap orang di situ.
"Apa dia?" Mark mengangkat keningnya.
"Er... Macam mana kamu boleh tahu kami ada di bandar ni?" Hyunjin terus sahaja dengan soalannya. Masih kurang selesa dengan semua mata yang memandangnya jika dia membuka mulut.
"Kami cari guna laman web lah." jawab Mark ringkas dengan riak wajah yang selamba.
"Tapi... Macam mana?" Tanya Hyunjin lagi yang sudah sudah mula berkerut. "Maksud saya—"
"Kami dapat dari sebuah blog." selamba Taeyong memintas sambil menarik nafas panjang.
"Blog?" Ulang Hyunjin. Kerutan di dahinya semakin jelas.
Taeyong mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang. Buat seketika, dia bersyukur kerana mempelajari bagaimana hendak menggunakan peralatan canggih itu dan akhirnya menjadi berguna kepada mereka. "Biasanya apa-apa benda pelik berlaku akan dikeluarkan dalam akhbar atau artikel. Bagi kes kamu ni, kami jumpa satu blog yang kamu buat sendiri."
"Tapi saya tak ada blog." beritahu Hyunjin.
Mendengar kata-kata Hyunjin, serentak semua orang menoleh memandang Jungwoo yang kini sedang ketawa sendiri seperti orang kurang siuman memandang komputer ribanya itu sambil melakukan sesuatu yang hanya diketahui olehnya.
"Hoi!!"
Jungwoo terdiam kemudian memandang semua orang yang kini sedang memandangnya. "Apa?"
"Awak ni dah kenapa?" Tanya Lee Know merenung lelaki berwajah cantik itu. "Dah tak waras lagi ke?"
"Mana ada." balas Jungwoo. "Saya tengah update blog lah."
"Awak lah rupanya yang buat blog tu." Taeyong mendengus perlahan kemudian kembali memandang komputer ribanya.
"Yalah." ujar Jungwoo sambil mengukir senyuman kambing. "Sekarang saya nak update pasal kita pula. 'Perjumpaan semula puak Huruf'!"
"Jangan nak merepek pula!" Yuta menempik pantas merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
"Kenapa pula?" Jungwoo mengerutkan dahinya.
"Awak nak bunuh diri ke dengan memberitahu pasal diri awak tu di laman web macam tu?" Yuta mengetap giginya kegeraman.
"Lah..." Jungwoo mengeluh panjang. "Sikit je kot. Bukannya orang tahu. Saya tak letak nama atau gambar. Orang pun bukannya kisah sangat."
"Yahh..." Taeyong memandang Jungwoo sambil menggolekkan bebola matanya. "Kalau kami ni pun boleh cari awak... Apa lagi musuh kita. Jangan nak bunuh diri!"
"Yalah." Jungwoo mendengus kuat kemudian menutup komputer ribanya dan memandang semua orang. "Jadi... Apa nak buat sekarang?"
Belum sempat soalan itu dijawab, satu cahaya menerangi seluruh ruang rumah itu membuatkan semua orang berpandangan terkejut. Bunyi seperti sesuatu sedang mengerekot dapat didengar sayup.
"Yahh, Lee Know!!" pekik Jungwoo tiba-tiba sambil menahan kesilauan cahaya dengan menutup matanya menggunakan tangan. "Yang awak guna kuasa awak waktu-waktu macam ni buat apa?"
"Saya tak buat apa-apa lah!!" Lee Know membentak dalam keadaan matanya yang terbuka luas. Cahaya yang terang itu langsung tidak mengganggunya. Dia hanya memandang sekeliling tanpa terkesan.
Hyunjin pula hanya terkedu sambil memejamkan matanya. Taeyong dan Yuta hanya mengecilkan mata mereka sambil memandang Mark yang sedang membuka kotak keperakan yang kini sedang bercahaya itu. Dia terus sahaja mencapai seutas rantai berbuah huruf 'U' yang kini sedang marak bercahaya terang dan bergerak-gerak. Tidak semena-mena ia bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan.
"Apa... Yang dah berlaku?" Tanya Jungwoo setelah cahaya itu hilang dengan matanya yang dikelipkan beberapa kali cuba diperbetulkan penglihatannya. Dia agak tercungap-cungap seperti baru selesai berlari.
Hyunjin pula kelihatan terpinga-pinga memandang mereka satu-persatu. Dia juga agak tercengang.
"Mereka dah jumpa satu lagi." Mark mendengus perlahan lalu meletakkan kembali kotak itu di atas meja.
Serentak Yuta, Taeyong dan Lee Know mengeluh panjang sudah mengetahui apa yang sedang berlaku.
"Apa yang djadi ni?" Tanya Jungwoo sekali lagi kerana soalannya sebentar tadi belum dijawab.
Mark mula menerangkan semuanya satu-persatu kepada Hyunjin dan Jungwoo yang mana lelaki berwajah cantik itu tidak henti-henti mengajukan soalan kepada mereka. Taeyong dan Yuta kini sudah terlalu penat untuk memberi penerangan setiap kali mereka terjumpa ahli baru. Jadi, mereka lepas tangan mengenai itu.
"Jadi, rantai tu..." Hyunjin menuding ke arah kotak keperakan yang berada ditangan Mark.
Mark hanya mengangguk seperti tahu apa yang hendak dikatakannya. "Ia adalah milik kita."
"Kita belum beri rantai tu pada mereka kan?" Taeyong baru perasan mengenai itu lalu memandang Yuta.
Yuta segera memandang Mark dengan wajah yang langsung tiada emosi. "Beri rantai mereka."
Mark tidak membantah dan mencapai kembali kotak itu. Dia membukanya lalu mencapai dua utas rantai dengan buah huruf 'K' dan 'W'. Dia segera menghulurkannya pada Jungwoo dan Hyunjin.
"Lebih baik kamu segera pakai rantai tu." Taeyong bangun dari kerusi lalu meregangkan badannya yang kini terasa lenguh.
Hyunjin hanya kebingungan memandang rantai yang berada ditangannya itu. Jungwoo pula kelihatan teruja dan segera mengalungkan rantai yang diberi kepadanya. Tanpa berfikir panjang, Hyunjin juga melakukan hal yang sama.
_____________________________________
A/n : Cute tak Jungwoo? Hahahaha. Watak ni sesuai sangat dengan dia. Sebab tu saya bagi pada dia. Enjoy~
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top