Chapter 7 - The Power of Sand [Part 2]
"Apa yang dah jadi?" Lee Know tercengang melihat kejadian itu dengan matanya masih terbuka luas.
Yuta mendengus perlahan lalu menutup kotak itu kemudian meletakkannya di atas meja itu semula. Dia berpaling memandang Lee Know. "Macam tu lah caranya kami tahu bagaimana mereka mati."
Lee Know masih lagi tercengang bagaimanapun mengangguk faham.
"Dapat!!"
[RECAP]
BAB 7 - KUASA PASIR [PART 2]
Belum sempat Lee Know bertanya lagi, jeritan dari Taeyong yang agak tiba-tiba dan tidak kena waktu itu bergema menyebabkan mereka semua serentak menoleh memandang ke arah lelaki itu dan melupakan di mana mereka berada sebentar tadi. Lelaki berwajah tampan itu turut memandang mereka satu-persatu secara bergilir-gilir.
"Dia seorang guru." beritahu Taeyong selamba dan ringkas.
"Guru??" ulang Yuta, Lee Know dan Mark hampir serentak. Taeyong hanya mengangguk-angguk sambil meregangkan otot leher dan lengannya yang terlalu banyak bekerja. Dia dapat merasakan tulang lehernya akan patah tidak lama lagi.
"Macam mana awak tahu dia seorang guru pula?" tanya Lee Know agak pelik.
"Dari profil blognya." jawab Taeyong sekali lagi agak selamba.
"Profil blog??" Ulang Mark cuba berfikir. "Tapi bukan ke biasanya orang tak letakkan profil sebenar di dalam blog?"
Yuta dan Lee Know mengangguk bersetuju sambil memandang Taeyong.
"Saya tahu." Taeyong memandang semula skrin komputer ribanya. "Tapi dalam satu hantaran di sini, dia ada cakap yang bahawa..." Dia mengecilkan matanya untuk membaca sesuatu di situ. "Sekali lagi sesuatu yang pelik berlaku ketika saya sedang mengajar..." Dia kembali memandang ketiga-tiga lelaki itu lagi. "Saya rasa itu dah cukup buktikan bahawa dia seorang guru."
"Tapi mungkin dia guru tarian ke atau apa... Dan bukannya guru sekolah." Lee Know masih mempunyai kesangsian.
Taeyong mengerutkan dahinya memandang lelaki berwajah bosan itu. "Ada tak saya cakap yang dia tu guru sekolah?!"
Lee Know terdiam serta merta. Benar juga. Taeyong tidak memberitahu orang itu guru jenis apa dan dalam bidang apa.
"Kalau macam tu kita kena bahagikan tugas." Lee Know memberi cadangan cuba menutup kesalahan kecil itu. "Banyak benda kita kena periksa."
Taeyong mengangguk bersetuju termakan umpan. Manakala, Mark pula hanya mengangguk teragak-agak kurang yakin.
"Saya akan cari guru sekolah." Lee Know mengangkat tangannya terlebih dahulu dengan pantas.
"Awak cari guru tadika ke atau apa?" Mark memandang Lee Know cuba untuk memastikan lagi.
"Tadika." pantas Lee Know menjawab..
Mark mengangguk kemudian memandang Taeyong. "Kalau macam tu saya cari guru sekolah biasa."
"Saya akan cari guru muzik dan yang sewaktu dengannya." ujar Taeyong sambil mengangkat bahunya.
Mereka berdiam diri seketika. Sepertinya ada yang kurang. Dengan serentak mereka menoleh memandang Yuta yang sedang duduk berpeluk tubuh di sofa dengan kaki disilangkan dan berwajah serius.
"Yuta—"
"Saya tak akan pergi!" gerutu lelaki berambut perang itu sebelum sempat Lee Know menghabiskan ayatnya.
Serentak Mark dan Lee Know berpandangan seketika kemudian beralih memandang Taeyong. Lelaki itu pula hanya mengisyaratkan supaya mereka tidak berkata apa-apa menyebabkan mereka mengangguk perlahan.
"Baiklah! Bila kita nak gerak?" Tanya Lee Know agak bersemangat.
"Kita bergerak sekarang je." cadang Mark sambil memandang jam tangannya sebelum memandang keadaan di luar sekali imbas.
Taeyong hanya mengangguk-angguk tanda bersetuju lalu menutup komputer riba itu kemudian meletakkannya di atas meja. Dia segera mencapai beg dan memakai jaketnya.
Mark dan Lee Know juga sudah bersedia dengan beg masing-masing yang bagi mereka mempunyai isi barang yang mungkin mereka akan perlu.
"Yuta, jaga diri." ucap Taeyong ketika berjalan menuju ke pintu.
Lelaki berambut perang itu tidak memberi sebarang reaksi. Sepatutnya dia yang mengucapkan kata-kata itu kerana bukan dia yang keluar dari rumah.
Bagaimanapun, Taeyong lebih mengenali kawan baiknya itu. Dia takut jika Yuta akan membakar seluruh tempat itu kerana hujan tidak berhenti. Lee Know dan Mark mendekati Taeyong sebelum mereka bertiga keluar dari situ.
***
Mark kini sudah berada di hadapan salah sebuah sekolah rendah yang terletak hanya di sekitar bandar itu berdekatan kawasan tempat mereka menginap. Dari tadi dia asyik mundar-mandir di hadapan bangunan tersebut kebingungan. Dia langsung tidak tahu apa yang hendak dilakukan bila bersendirian.
Dia sebenarnya agak tidak bersetuju apabila Lee Know mencadangkan supaya mereka berpecah kerana dia belum biasa bergerak untuk mencari sendiri. Akan tetapi, ia lebih menjimatkan masa. Mahu atau tidak, mereka kena bergerak berasingan.
"Ada apa, Encik?"
"Opocot!" Mark melatah terkejut apabila terdengar sapaan yang secara tiba-tiba itu. Dia menoleh sepantas kilat. Seorang wanita pertengahan umur bersanggul tinggi dengan kacamatanya yang meleret ke bawah memandangnya dengan senyuman yang kelihatannya menakutkan.
"Dari tadi saya nampak Encik berdiri kat sini." ujar wanita itu. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?"
Mark memandang sekeliling cuba menyusun ayat sambil berdehem tanpa sebab. "Tak. Err, saya sedang mencari seseorang."
"Seseorang? Siapa?" wanita itu memandang Mark dengan pandangan yang sopan. "Adik kamu ke?"
"Ah... Bukan." Mark kelihatan agak gugup sedikit. "Sebenarnya saya mencari seorang guru..."
"Guru?" pintas wanita itu serta-merta.
Mark hanya mengangguk-angguk.
"Guru yang mana? Siapa namanya?" Tanya wanita pertengahan umur itu lagi yang kini sudah mula berkerut.
"Er..." Mark menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Saya tak tahu siapa namanya tapi... Dia ada membuat blog."
"Blog??" wanita itu mengerutkan dahinya.
Mark semakin buntu. Dia langsung tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya kerana itu kali pertama dia terpaksa berlakon sendiri. Sebelum ini, Yuta dan Taeyong berada bersamanya.
"Blog... Kat laman sesawang."
"Oh, maaf." wanita itu segera mengukir senyuman manis. "Saya tak rasa ada guru macam tu kat sini."
"Ya ke?" Mark mengangguk perlahan kemudian tunduk sedikit. "Kalau macam tu terima kasih ya."
"Okey."
Wanita pertengahan umur itu melemparkan senyuman sekali lagi sebelum berlalu pergi. Mark menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling kemudian memandang semula wanita itu. "Er, puan."
Wanita itu memberhentikan langkahnya lalu menoleh memandang semula ke arah Mark. "Ya, ada apa?"
"Hmm... Ada tak mana-mana sekolah yang dekat kat sini lagi?" Tanya Mark dalam nada yang amat sopan.
"Oh... Awak jalan ke hujung jalan sana." wanita itu menuding ke arah jalan yang dimaksudkan dengan menggunakan jari telunjuknya. "Ada satu sekolah menengah kat sana tu."
Mark memandang sekali imbas tempat yang dituding itu kemudian memandang wanita itu semula. "Baiklah. Terima kasih."
"Okey."
Mark segera beredar dari situ kemudian berjalan kaki pantas menyusur jalan raya yang besar itu. Dia berjalan dengan tenang sambil memandang ke sekeliling tempat itu.
Ia adalah sebuah bandar yang agak normal baginya. Tempat itu lebih kurang sama situasinya dengan tempat dia tinggal sebelum ini. Bagaimanapun dia mengambil peluang itu untuk memandang tempat yang belum pernah dikunjunginya.
Apabila tiba di hujung jalan, terdapat sebuah bangunan yang tersergam indah dan dia menganggap bahawa itu adalah sekolah yang wanita pertengahan umur itu maksudkan tadi. Dia segera berjalan masuk ke dalam sekolah itu tanpa membuang masa lagi. Dia mendongak memandang langit yang semakin menggelap menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja lagi.
"Encik nak ke mana ni?"
Mark menoleh pantas. Seorang lelaki yang berwajah ganas ala-ala seorang perompak yang dikehendaki menahannya secara tiba-tiba.
"Saya nak masuk lah." selamba Mark menjawab dengan wajah suci tanpa rasa bersalah.
"Mana boleh masuk dalam ni sesuka hati."
Mark memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Lelaki itu memakai baju seragam ala-ala seorang polis dengan wajah bengis yang dia kenali sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu.
"Saya nak cari adik saya." Mark menipu cuba mengekalkan riak muka yang biasa. "Dia kat dalam ni. Tak balik-balik lagi."
"Tapi budak-budak sekolah ni dah lama balik." pengawal keselamatan itu bersuara sambil berkerut.
"Sebab tu lah saya nak tengok dia kat dalam." ujar Mark hampir berpuas hati dengan lakonannya sendiri.
Pengawal keselamatan itu berfikir seketika kemudian segera membuka pagar sekolah itu. "Cepat sikit ya."
"Okey, terima kasih."
_______________________________________
A/n: Saya pun dah tak tahu kalau ada typo. Terutama nama dan jantina. >.< But, anyway. Enjoy~
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top