Chapter 6 - The Power of Light [Part 2]

Apabila tersedar mereka telah diserang, beberapa lembaga berkelubung tadi berjalan ke arah I.N kerana menyangka lelaki itu yang mengeluarkan kuasa tadi.

"Light!!"

[RECAP]





BAB 6 - KUASA CAHAYA [PART 2]




Langkah Yuta dan Mark yang hendak membantu I.N terhenti apabila terdengar jeritan itu. Taeyong yang masih lagi membersihkan cecair yang terkena di badannya turut menoleh.

Satu cahaya berwarna kekuningan muncul entah dari mana menerangi hampir seluruh kawasan itu. Serentak ketiga-tiga lelaki itu menutup mata mereka dengan menggunakan tangan cuba melindungi mata daripada kesilauan cahaya yang dirasa boleh membutakan. Serta-merta lembaga berkelubung tadi ghaib satu-persatu entah ke mana perginya.

"Nanti!!" jerit Taeyong apabila kelibat yang mengeluarkan cahaya tadi berlari pergi dengan pantas dari situ.

"Mark!" Yuta memandang lelaki itu. "Tolong bantu I.N."

Lelaki berwajah polos itu tidak membantah dan terus sahaja berlari ke arah I.N yang kini terbaring di jalan raya tidak sedarkan diri. Yuta memandang Taeyong kemudian mengangguk sebagai tanda isyarat mereka perlu bertindak. Mereka segera berlari menuju ke tempat kelibat itu lari.

Akan tetapi, tiba di satu lorong kelibat itu sudah tidak kelihatan lagi. Tempat itu kelihatan sunyi dan langsung tiada orang.

"Mana dia pergi?" tanya Yuta agak tercungap-cungap kerana berlari terlalu pantas tadi.

"Tak tahu!" Taeyong kini terbatuk-batuk sambil cuba membetulkan sistem pernafasannya.

"Jangan bergerak!!"

Taeyong dan Yuta tersentak dan mengeras pada posisi mereka. Satu suara muncul dari belakang mereka menyebabkan mereka kaku tidak bergerak. Tanpa disedari, mereka telah mengangkat kedua-dua tangan mereka seolah-olah mereka telah berjaya ditangkap oleh pegawai polis yang mencari penjenayah.

"Jangan bergerak!" ujar suara itu semakin keras dan kedengaran berlegar-legar di belakang mereka. Kedua-dua mereka tidak membantah dan hanya menurut arahan itu. Masing-masing berdiam diri masih mengangkat tangan. Hanya mampu berpandangan sambil memberi isyarat yang hanya difahami oleh mereka.

"Kalau kamu bergerak... Saya akan bunuh kamu."

Taeyong dan Yuta mengangkat kening mereka sebelum seorang lelaki dengan rambut kemas yang seperti pernah dilihat oleh mereka sebelum ini berjalan ke hadapan sambil menghalakan tangan kanannya yang kosong bagaimanapun tiada apa-apa senjata yang merbahaya dipegang.

"Lee Know?!!" serentak Yuta dan Taeyong bersuara sambil tercengang melihat lelaki itu berdiri di hadapan mereka saat ini.

"Ya..." Lee Know kelihatan agak terketar-ketar dengan wajah yang serius. "Jangan kamu berani buat apa-apa!!"

Kedua-dua lelaki itu masih lagi tercengang tidak percaya memandang lelaki dengan riak wajah bosan yang kelihatan tidak senang dengan pandangan mereka itu.

"Adakah..." Yuta mengerutkan dahinya memandang Lee Know. "Awak yang keluarkan cahaya tu tadi?"

Lee Know menelan air liurnya. "Kalau ya kenapa??"

Yuta segera ketawa sambil menurunkan tangannya, manakala Taeyong pula hanya mengangkat kening juga menurunkan tangannya. Lee Know kelihatan semakin takut. Dia mula berundur sedikit demi sedikit.

"Kalau macam tu awak mesti Huruf." Yuta menarik nafas panjang sambil bercekak pinggang.

Lee Know kelihatan terkejut mendengar kenyataan itu. Dia merenung kedua-dua lelaki itu tajam dengan mata yang terbuka luas tidak berkelip. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya. "Apa awak cakap?"

"Mesti ada parut berbentuk huruf kat lengan kanan awak tu kan?" Taeyong menuding ke arah lengan Lee Know yang tertutup dengan pakaian seragam kerjanya sambil mengangkat kening.

Lee Know memegang tangannya seolah-olah dia telah diserang satu virus melalui lengannya itu dengan mata yang semakin dibesarkan.

"Jangan takut lah, Lee Know." pujuk Yuta selamba dengan senyuman sinis yang mula terukir. "Kita sama."

"Sama?" Ulang Lee Know. "Maksudnya??"

"Sama macam awak." ujar lelaki berambut perang itu lagi. "Sedikit ganjil dari manusia biasa."

Taeyong memandang Yuta kerana berasa janggal apabila terdengar perkataan 'ganjil' itu kemudian memandang Lee Know semula. "Macam ni lah. Apa kata awak ikut kami dulu? Ada banyak benda yang awak perlu tahu."

***

Yuta merentap daun pintu depan rumah sewa mereka itu dengan kuat. Mark yang duduk di ruang tamu sendirian memandang mereka agak cemas. Dia menanti langsung tidak tahu apa-apa membuatkan dia bertambah risau. Taeyong turut muncul di muka pintu betul-betul di belakang Yuta.

"Macam mana?" Tanya Mark dengan nada masih sedikit risau. "Ada jumpa apa-apa tak?"

Yuta dan Taeyong tidak menjawab sebaliknya mengisyaratkan supaya lelaki yang berada di belakang mereka itu masuk.

"Lee Know?!!" Pekik Mark apabila Lee Know melangkah masuk dalam keadaan teragak-agak memandang sekeliling.

"Masuk, Lee Know." arah Yuta kemudian menutup pintu rumah itu.

Lelaki itu hanya menurut sambil memandang sekeliling teragak-agak sebelum Taeyong mengisyaratkan supaya mereka semua duduk di ruang tamu.

"I.N macam mana?" Yuta memandang Mark.

"Dia okay." ujar Mark sambil mengangkat bahunya. "Mungkin terkejut sebab tu dia pengsan. Saya hantar dia ke klinik yang dekat je."

"Ada dia tanya apa-apa?" Tanya Taeyong pula.

Mark menggelengkan kepalanya selamba. "Nampak macam dia rasa dia macam bermimpi je."

Serentak Yuta dan Taeyong mengangguk-angguk. Bersyukur kerana tiada apa-apa masalah yang timbul untuk perkara itu.

"Apa dia buat kat sini?" Mark menuding menggunakan mulutnya ke arah Lee Know yang kini sedang duduk kebingungan. Yuta dan Taeyong hanya memandang lelaki itu.

"Dia lah orang yang kita cari." Taeyong mendengus selamba.

Mark membesarkan matanya apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pantas menoleh memandang Lee Know lalu merenung lelaki itu seolah-olah dia sedang memakai satu kostum haiwan yang pelik.

"Okay, baiklah..." Lee Know bersuara kerana sudah tidak senang duduk. "Apa dah berlaku sekarang ni sebenarnya?"

Ketiga-tiga lelaki itu tidak segera menjawab. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak mula.

"Apa yang kamu nak?" Tanya Lee Know sedikit kasar.

"Okay, Lee Know..." Yuta memandang lelaki itu selamba. "Apa yang awak tahu?"

"Tahu apa pula?" Lee Know mengerutkan dahinya.

"Pasal kebolehan awak tu." ujar Yuta dengan kening yang dinaikkan.

Lee Know berdiam diri seketika. Dia tidak berani menjawab kerana itu adalah rahsia dirinya. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk menyembunyikannya lagi.

"Beritahu je." Mark bersuara lembut.

Lee Know menelan air liur sambil mengerutkan dahinya lalu cuba memikirkan sesuatu dalam keadaan yang gugup dan penuh berhati-hati. "Yang saya tahu... Saya boleh keluarkan cahaya dari tangan saya."

"Sejak bila awak tahu yang awak ada keupayaan untuk buat macam tu?" tanya Yuta lagi.

Lee Know berfikir lagi sambil mengelipkan matanya. "Saya tak berapa pasti. Saya dah tak ingat."

Ketiga-tiga lelaki itu hanya mengangguk-angguk.

"Okay, baiklah!" Lee Know kelihatan naik angin. "Kenapa kamu bawa saya ke sini?? Kamu nak hantar saya ke balai polis ke? Atau nak hantar saya ke rumah sakit jiwa?! Nak cakap saya gila ke?"

Taeyong mengangkat sebelah keningnya memandang lelaki itu. Yuta hanya memandang Lee Know serius sambil berpeluk tubuh, manakala Mark hanya berdiam diri sambil menunggu tindakan kedua-dua lelaki itu yang boleh dikatakannya lebih pakar dalam menguruskan hal itu kerana dia masih belum biasa.

Yuta mendengus perlahan kemudian berpeluk tubuh dan bersandar di sofa. "Waktu di restoran hari tu..." Yuta memandang Lee Know. "Kenapa awak cakap yang awak tak percaya semua tu?"

"Sebab saya mesti jaga identiti supaya tak diketahui orang!" ujar Lee Know semakin kasar. "Semua orang mesti akan cakap saya gila atau tangkap saya dan hantar ke makmal untuk dibuat bahan ujikaji. Saya bukannya makhluk asing!!"

"Boleh tak perlahankan suara awak tu?" Yuta bersuara agak keras. "Kami bukannya pekak."

"Okay..." Lee Know cuba menenangkan dirinya kemudian memandang ketiga-tiga lelaki itu dengan wajah yang sayu. "Beginilah... Tolonglah lepaskan saya. Jangan beritahu perkara ni pada orang lain. Saya merayu ni!"

Yuta, Taeyong dan Mark langsung tidak membalas.

"Saya tahu benda ni sangat-sangat pelik tapi..." Lee Know bersuara merayu. Dia agak tercungap-cungap tanpa sebarang sebab. "Saya benar-benar bukan makhluk asing atau apa. Saya tetap manusia."

"Boleh tak awak bawa bertenang?" Yuta bersuara. Terlalu penat mendengar Lee Know bercakap.

"Lee Know..."

Lee Know memandang Taeyong yang kini memandangnya selamba.

"Tak ada siapa pun nak hantar awak ke mana-mana." ujar lelaki berwajah tampan itu. "Kalau kami buat macam tu... Maknanya kami dah gila."

Lee Know hanya memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya. "Apa pula maksud awak?"

"Macam ni, Lee Know..." Mark mencelah sambil mendengus panjang. "Kita sebenarnya adalah sama."

Lee Know agak terkejut lalu membesarkan matanya memandang Mark. "A— Apa?"

Mark hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Kami juga ada kuasa sama macam awak."

Lee Know agak tercengang kemudian merenung Yuta, Taeyong dan Mark satu-persatu. Tiba-tiba saja dia ketawa. "Jangan nak tipu saya lah."

"Lee Know..." Mark mendengus perlahan. "Apa yang kami cakapkan ni memang benar. Saya juga dulu sama macam awak."

Lee Know terdiam memandang Mark.

"Saya tiba-tiba je ada kebolehan macam ni." sambung Mark. "Dulu mereka berdua menyamar sebagai pelajar di kolej saya untuk mencari saya."

"Kenapa pula mereka mencari awak?" tanya Lee Know masih dengan kecurigaannya yang tidak habis-habis.

Mark mendengus kuat. Dia tidak tahu macam mana lagi hendak membuat lelaki itu percaya.

"Kita kena berkumpul, Lee Know." Yuta mencelah dengan dengusan kuat kemudian berdiri dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah meja berdekatannya. "Sebelum kamu dibunuh oleh musuh."

"Musuh?" Ulang Lee Know.

Yuta mengangguk-angguk sambil membuka beg sandangnya. "Kita kena bersembunyi sebab kita diburu."

"Siapa yang buru kita?" tanya Lee Know lagi.

"Kami tak boleh beritahu sekarang." jawab Yuta sambil membuka kotak keperakan yang kini sudah berada ditangannya. Dia kembali memandang Lee Know. "Saya ingat awak Huruf L. Tapi Mark adalah Huruf L. Awak Huruf apa?"

"Huruf?" Lee Know berkerut.

"Apa parut kat lengan awak tu?" tanya Yuta.

Lee Know mengelipkan matanya. Dia sepertinya sudah lupa Huruf apa yang terukir sebagai parut di situ membuatkan dia menyelak lengan bajunya. Satu parut berbentuk 'M' jelas kelihatan.

"M?" Yuta berkerut. "Lee Know tu nama sebenar awak ke?"

Lee Know menggelengkan kepalanya. "Nama sebenar saya Minho. Saya selesa kalau dipanggil Lee Know."

Yuta tidak bertanya lagi. Dia mengeluarkan seutas rantai dengan buah huruf 'M' kemudian menghulurkannya kepada Lee Know.

"Apa ni?" Tanya Lee Know yang masih kurang yakin. Dia tidak segera mencapai rantai itu dari tangan lelaki berambut perang itu.

"Ambil je." gesa Yuta yang tangannya kini keletihan.

Lee Know masih ragu-ragu bagaimanapun mencapai rantai itu. Dia mengecilkan matanya merenung lelaki itu.

"Pakai rantai tu." arah Yuta jengkel.

"Kenapa pula?" Tanya Lee Know.

"Sebab itu milik awak!!" jawab Yuta hampir hilang sabar bagaimanapun cuba menenangkan dirinya semula.

"Milik saya?" Lee Know kelihatan agak terkejut. Yuta pula hanya mampu mengangguk-angguk.

"Pakai je, Lee Know." Mark bersuara perlahan sambil menunjukkan rantai yang kini sudah tergantung dilehernya bagi meyakinkan lelaki itu. "Ia memang untuk awak. Percayalah."


_______________________________________

A/n: Lee Know join the team, guys. Sorry, I.N sampingan je. Huhuhu

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top