Chapter 4 - The Power of Wind [Part 2]

Dentuman demi dentuman semakin jelas kedengaran. Bukan satu, bukan dua. Tapi berkali-kali. Ini satu petanda yang bukan normal. Bunyinya juga kuat dan jelas lain daripada biasa.

"Aaaaaaa!!!!!!!!"

"Arghhh!!!!"

"LARI!! CEPAT!!!!"

[RECAP]





BAB 4 - KUASA ANGIN [PART 2]





Serentak ketiga-tiga mereka terkejut. Orang ramai yang muncul dari merata tempat mula berlari sambil menjerit seolah-olah baru sahaja dilepaskan dari hospital gila. Masing-masing berlari tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Wajah mereka kelihatan pucat dan ketakutan seolah-olah ternampak hantu.

"Kita mesti tengok." Yuta terus sahaja menarik tangan Taeyong secara automatik hampir terlupa Xiaojun turut bersama mereka.

Taeyong hanya mengangguk kemudian berlari menyusul lelaki berambut perang itu. Xiaojun yang tidak tahu apa-apa turut menyusul mereka. Mereka kini berlari melawan arus orang ramai yang sedang berlari.

Ke mana arah tuju mereka juga tidak diketahui. Apa yang penting, mereka perlu mencari dari mana datangnya bunyi dentuman itu.

Langkah mereka diatur dengan penuh berhati-hati kemudian terhenti di hadapan pintu kafeteria kolej itu. Xiaojun tercengang tidak percaya. Matanya terbeliak seperti hampir terkeluar dengan mulutnya yang terbuka luas.

Empat makhluk berbaju hitam, berbadan manusia tetapi berkepala dengan bentuk daun terup iaitu kelawar, permata, hati dan Ace melepaskan tembakan ke sana sini. Kafeteria itu kini mula hancur. Serpihan-serpihan simen mula berterbangan.

"Xiaojun!!" Yuta memandang lelaki itu yang kelihatan sudah hampir pitam. "Cuba keluarkan semua orang yang ada di sini!!" Yuta mencengkap kolar baju lelaki itu untuk memastikan dia dengar. "Sekarang!!"

Xiaojun tidak membantah dan terus sahaja beredar dari tempat itu. Ia adalah langkah terbaik untuk dilakukannya sebelum pengsan dan menyusahkan orang. Kedua-dua lelaki itu pula berpandangan seketika kemudian mengangguk tanda bersedia untuk mengeluarkan kuasa yang mereka miliki.

Belum sempat mereka bertindak, tiba-tiba sahaja satu pusaran angin terbentuk menyebabkan langkah mereka terhenti. Kelihatan seorang lelaki berdiri ditengah-tengah kafeteria itu sambil mendepakan kedua-dua tangannya dan cuba mengawal pusaran angin yang terbentuk.

Yuta dan Taeyong tercengang seketika. Itu adalah dia. Itulah orang yang mereka cari selama ini.

Tapi malangnya, pusaran angin lelaki itu belum cukup kuat untuk melawan makhluk-makhluk aneh tadi. Dia kini dicekik oleh salah satu makhluk itu sambil diacukan kuku panjang yang berbentuk seperti pisau tepat di perutnya.

Tidak semena-mena, satu panahan petir terkena tepat pada makhluk yang mencekik lelaki itu menyebabkan dia terlepas lalu jatuh terjelepuk di atas lantai. Makhluk itu meronta-ronta seperti terkena renjatan elektrik yang kuat sebelum meledak dan memercikkan cecair berwarna coklat yang berbau hanyir di merata tempat.

Lelaki yang sedang mengerekot di lantai itu tercengang kemudian segera menoleh dengan mata yang terbuka luas. Yuta dan Taeyong kini sudah melangkah masuk setelah menjadi pemerhati sebentar tadi. Tangan mereka masing-masing menunjukkan kuasa milik mereka.

Yuta mengangkat tangan kanannya dengan wajah yang selamba lalu menghalakannya tepat ke arah salah satu makhluk di situ. Satu percikan api keluar dari tangannya tanpa sebarang amaran lalu membakar makhluk tersebut.

Makhluk itu meronta-ronta kepanasan kerana terbakar sebelum meledak kuat menjadi cecair berwarna coklat itu. Lelaki yang terjatuh di lantai itu mula berundur sedikit demi sedikit. Tercengang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya pada saat ini.

Taeyong menembak satu lagi makhluk yang berada di situ dengan kuasa petirnya. Satu cahaya keperakan keluar dari tangan kanannya dan terkena tepat pada makhluk itu. Serta-merta makhluk itu meledak sama menjadi cecair berwarna coklat.

Lelaki tampan itu merasa hendak muntah melihat cecair yang melekit dan menggelikan itu berserta baunya yang amat teruk. Yuta terus sahaja mengeluarkan api dari tangannya lalu membakar makhluk yang terakhir itu. Ia kemudiannya meledak menjadi cecair tadi.

Keadaan menjadi lebih reda sekarang. Kafeteria itu kini seperti menjadi tempat pesta cat berwarna coklat yang kini berada di merata-rata tempat. Taeyong masih lagi menahan dirinya daripada termuntah. Tidak tahan dengan perkara itu. Yuta hanya sibuk membersihkan cecair yang terkena pada badannya.

"Makhluk dari mana mereka ni?" Taeyong sedang menyapu-nyapu dadanya cuba menenangkan diri.

Yuta tidak menjawab sebaliknya melihat cecair itu dengan rasa mual yang teramat sangat. Dahinya kini sudah berkerut jelas bengang dengan perkara itu. Dia harus membersihkan dirinya lagi.

"Siapa kamu?"

Serentak Taeyong dan Yuta menoleh. Buat seketika, mereka terlupa ada orang lain yang turut berada di situ. Orang yang selama ini mereka cari. Yang menyebabkan mereka datang ke kolej itu.

Iaitu salah seorang yang terpilih. Terpilih untuk mendapat kuasa dari puak mereka. Kini mereka sudah menjumpainya.

Perlahan-lahan Yuta dan Taeyong berjalan mendekati lelaki yang kini kelihatan agak takut itu. Taeyong mencapai pantas lengan kanan lelaki itu kemudian menarik lengan bajunya. Kelihatan satu parut berbentuk huruf 'M' terukir di situ.

"Jadi awak huruf L." Taeyong tersenyum puas.

Lelaki itu segera menarik tangannya. Dia masih lagi merenung Yuta dan Taeyong curiga. "Kamu berdua ni siapa?"

"Saya huruf T." Taeyong menarik lengan kanan bajunya bagi memudahkan parut berbentuk huruf T kelihatan. "Nama saya Taeyong."

"Saya Yuta." Yuta turut menunjukkan parutnya. "Huruf Y."

Lelaki itu hanya tercengang tidak percaya. Dia mengelipkan matanya beberapa kali cuba memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

"Siapa nama awak?" Tanya Taeyong merenung lelaki itu.

"Mark. Lee Mark"

"Baiklah, Mark." Yuta menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling. "Ikut kami."

"Ikut??" Ulang Mark. "Ke mana?"

"Tak kisah. Yang penting awak lebih selamat."


***


Mark kelihatan terpinga-pinga duduk di dalam rumah kayu yang disewa oleh Taeyong dan Yuta itu. Dia seperti orang yang kena sampuk. Masih cuba mengumpul semua perkara yang baru berlaku untuk disimpulkan. Masih cuba meyakinkan dirinya bahawa itu adalah kenyataan dan bukannya mimpi.

Yuta pula merenung lelaki itu risau. Dia juga tidak tahu di mana hendak mula kerana ini adalah kali pertama mereka menerima ahli baru yang mempunyai kebolehan seperti mereka. Pertama kali mereka berjaya menjumpai seseorang setelah sekian lama.

Taeyong pula hanya memandang Yuta. Menunggu apa yang kawan baiknya itu akan lakukan. Xiaojun yang tiada kena-mengena turut berada di situ juga agak terpinga-pinga tidak tahu hendak berbuat apa. Dia seolah-olah orang suruhan yang akan diperlukan pada bila-bila masa sahaja dan hanya menunggu arahan.

"Mana ibu bapa awak?" Hanya itu soalan yang mampu Taeyong utarakan bagi memulakan perbualan.

"Dah mati." jawab Mark tenang agak luar biasa dirasakan. "Keluarga saya semuanya dah dibunuh. Tak ada yang tinggal."

Xiaojun kelihatan terkejut mendengar kenyataan Mark. Perkara itu seperti satu jenayah yang besar padanya. Perkara yang tidak seharusnya berlaku dan diambil remeh.

Taeyong dan Yuta hanya mampu bersimpati. Keadaan menjadi sunyi lagi. Mark kini sedang bermain dengan jari-jarinya.

"Habis tu awak tinggal dengan siapa?" Tanya Taeyong lagi.

"Sendiri." beritahu Mark. "Rasanya sangat bahaya jika ada orang tinggal bersama saya. Lagipun saya bukannya budak sekolah menengah. Dah boleh jaga diri sendiri sekarang ni."

Yuta dan Taeyong berdiam diri seketika. Mereka tahu betapa bahayanya orang-orang biasa yang berada disekeliling mereka kerana mereka kini sedang diburu memandangkan kehidupan mereka lagi teruk. Tidak pasal-pasal orang-orang itu mati tanpa ada kesalahan ataupun tahu kenapa mereka dibunuh.

"Awak tahu tak kenapa keluarga awak dibunuh?" tanya Yuta pula.

"Saya tak pasti sangat..." Mark cuba berfikir. "Tapi saya rasa mereka mahukan saya. Cuma keluarga saya je yang jadi mangsa. Sebab saya sempat lari. Lagipun keluarga saya semuanya cuba untuk lindungi saya."

"Makhluk-makhluk tu memang macam tu ke?" Xiaojun menyampuk secara tiba-tiba sambil memandang Yuta dan Taeyong silih-berganti. "Maksud saya membunuh orang disekeliling kamu sesuka hati."

"Ya." Yuta mengangguk-angguk. "Sebab mereka tak dapat apa yang mereka mahukan."

"Mereka mahukan saya kan?" Tanya Mark yang sepertinya sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan.

Serentak Yuta dan Taeyong mengangguk-angguk.

"Bukan awak je." Taeyong bersuara. "Kami pun."

"Tapi kenapa??" Mark kelihatan tidak puas hati kerana dia merasakan yang dia langsung tiada salah.

"Sebab awak ada kebolehan." ringkas jawapan Taeyong.

"Saya tak minta pun kuasa ni." ujar Mark.

"Tiada siapa yang minta, Mark." Yuta bersuara dengan keadaan masih berpeluk tubuh. "Siapa yang nak hidup macam pelarian??"

Mark tidak bersuara. Dia bersetuju dengan apa yang Yuta katakan. Tiada siapa yang mahu hidup seperti itu.

"Tapi inilah takdir kita." sambung Yuta.

"Tapi kan..." Xiaojun mencelah lagi. "Kenapa pula mereka nak bunuh kamu sebab kamu ada kebolehan je?"

Taeyong memandang Yuta lalu menarik nafas. "Kami tak boleh nak cakap apa-apa sekarang ni. Ada banyak benda lagi yang kami nak uruskan, Xiaojun. Panjang kalau nak diceritakan."

"Apa yang penting..." Yuta memandang Mark. "Kita kena cari semua orang yang ada kebolehan macam kita."

Mark tidak membalas. Dia hampir berkerut tidak begitu memahami apa yang lelaki itu katakan.

Taeyong mencapai kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana-mana itu dari atas meja. Dia membuka kotak itu kemudian mencapai seutas rantai perak dengan buah huruf 'L' sebelum menghulurkannya pada Mark menyebabkan lelaki itu kebingungan. "Awak kena pakai rantai ni."

"Untuk apa ni?" Mark mencapai rantai itu kemudian membelek-belek perlahan seolah-olah ada yang misteri pada rantai itu.

"Sebab ianya milik awak." beritahu Taeyong sambil menunjukkan rantai yang ada dilehernya pada Mark.

Tanpa banyak soal, Mark terus mengalungkan rantai itu ke lehernya sendiri. Tidak semena-mena satu cahaya berwarna putih menerangi ruang bilik itu menyebabkan Xiaojun, Taeyong dan Yuta memandang Mark sambil menahan mata mereka daripada silau.

Ianya datangnya daripada rantai yang dipakai oleh Mark. Cahaya itu menyelaputi tubuh Mark kemudian hilang dari pandangan secara perlahan-lahan.

Mark kelihatan terpinga-pinga. "Apa dah jadi?"

Taeyong dan Yuta berpandangan kemudian tersenyum.

"Rantai tu dah dapat rasa kuasanya semula." beritahu Yuta kemudian bingkas bangun. "Baiklah! Kita mesti berkemas. Kita kena berpindah dari sini. Dan awak tak ada pilihan lain, Mark."

"Apa maksud awak?" Mark mengerutkan dahinya.

"Awak kena ikut kami." Ujar Yuta. "Hidup awak akan lebih bahaya bersendiri. Dan kami perlukan awak."

"Apa? Nanti..." Xiaojun bersuara agak terkejut. "Kamu nak pergi ke ni??"

"Kami tak boleh kekal lama di satu tempat, Xiaojun." beritahu Taeyong.

Xiaojun hanya mampu mendengus perlahan. Dia tidak boleh menghalang apa saja yang mereka hendak buat kerana dia tidak tahu apa yang bakal terjadi jika mereka kekal tinggal di situ walaupun ada banyak perkara yang ingin dia tanyakan lagi.





______________________________________

A/n: Mark Lee in the house!! Dia berkuasa angin! Tak lama lagi ada lah yang lain. Tapi tak semua NCT akan keluar di sini. Huruf 2 baru semua keluar.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top