Chapter 4 - The Power of Wind [Part 1]
BAB 4 - KUASA ANGIN [PART 1]
Hari berganti hari, terasa seperti sudah agak lama mereka menjadi pelajar di kolej sains antarabangsa itu. Masa yang berlalu seperti air yang mengalir deras. Sudah hampir seminggu sejak kejadian Xiaojun mengetahui identiti kedua-dua lelaki aneh itu.
Setakat ini, lelaki itu benar-benar boleh dipercayai dan langsung tidak membuka mulut. Malah, lelaki itu kini menjadi satu-satunya harapan mereka untuk meneruskan pencarian memandangkan dia menyatakan bahawa dia pernah terjumpa seseorang yang mempunya parut sama seperti mereka.
Malangnya, selama hampir seminggu itu juga Xiaojun tidak menjumpai orang itu lagi. Entah di mana hendak mencari juga dia tidak tahu. Orang itu juga hanya beberapa kali dilihatnya sepanjang belajar di situ.
Sepanjang masa itu juga Yuta dan Taeyong tidak berhenti bertanya mengenai perangai lelaki itu. Yang mana menurutnya sendiri, dia sememangnya begitu sejak kecil lagi. Dia sangat tertarik pada benda aneh. Sebab itu setiap perkara pelik akan menarik perhatiannya.
Xiaojun, Yuta dan Taeyong berjalan masuk ke dalam kolej itu seperti biasa. Orang ramai kini sudah mula tidak peduli dengan mereka. Jika sebelum ini, ke mana sahaja dua lelaki itu pergi, mereka pasti akan menjadi bahan bualan dan ejekan yang berpunca daripada Han.
Lelaki poyo itu juga sudah tidak terlalu menganggu mereka lagi. Dia kini sudah mempunyai mangsa baru iaitu budak skema yang baru tahun pertama masuk ke situ. Yang padanya lebih seronok untuk dibuli.
"Awak betul-betul pasti awak tak salah nampak ke, Xiaojun?" Taeyong mengeluh panjang memandang lelaki itu.
"Saya bukannya rabun." Xiaojun bersuara perlahan. "Saya yakin apa yang saya nampak. Bukan sekali. Dah beberapa kali."
"Tapi kenapa sampai sekarang tak jumpa lagi?" Taeyong mengerutkan dahinya masih memandang lelaki itu.
Xiaojun hanya mengangkat bahunya.
"Apa hal ni?"
Serentak kedua-dua mereka memandang Yuta. Lelaki berambut perang itu kini sedang memandang sekeliling.
"Kenapa?" Tanya Taeyong.
"Mana semua orang?" Yuta mengerutkan dahinya membuatkan kedua-dua mereka turut memandang sekeliling. Memang benar. Tiada seorang pelajar pun berada di situ. Ia agak aneh dan mustahil.
"Mana semua orang?" Tanya Yuta lagi masih memandang sekeliling.
"Ke kafe kot." Teka Taeyong sambil mengangkat bahunya.
"Oh, ya..." Xiaojun segera beralih memandang Yuta dan Taeyong silih-berganti. "Setakat ni dah berapa orang yang kamu jumpa?"
Kedua-dua lelaki itu berpandangan seketika.
"Belum ada sesiapa lagi." beritahu Yuta.
Xiaojun tercengang mendengar kata-kata lelaki itu. "Belum ada?? Habis kamu berdua pula macam mana boleh jumpa?"
"Kami memang berasal dari keturunan puak ni." ujar Taeyong tanpa apa-apa ekspresi.
"Puak??" Ulang Xiaojun.
"Kumpulan orang-orang yang ada kuasa seperti kami." terang Taeyong untuk menghilangkan kekusutan pada wajah Xiaojun.
"Habis tu mana yang lain?" Tanya Xiaojun lagi.
"Dah mati." selamba Yuta menjawab. "Belasan tahun dulu puak kami dah terhapus. Kami je yang tinggal."
"Kamu ni puak apa sebenarnya?" Xiaojun masih lagi menyangka yang dia berada di dunia khayalan.
"Huruf." ringkas jawapan Yuta.
"Huruf??" Ulang Xiaojun lagi.
Yuta dan Taeyong hanya mengangguk-angguk. Malas hendak membuka mulut untuk mengesahkan lagi.
"Abjad??" Teka Xiaojun lagi.
"Huruf je lah." Taeyong mendengus dengan kerutan di dahi. "Macam-macam pula awak teka."
"Oh." Xiaojun segera mengusap tengkuknya tanpa tujuan.
"Dalam kalangan puak kami..." Yuta memandang lelaki itu sambil berpeluk tubuh. "Hanya ada dua puluh enam orang sahaja yang mempunyai kebolehan seperti kami. Ia mengikut huruf pada nama."
Xiaojun kelihatan berminat mendengar kata-kata Yuta. Kedua-dua lelaki itu serentak menunjukkan parut di lengan masing-masing yang melambangkan Huruf mereka mengikut nama.
Xiaojun mengelipkan matanya. Gembira kerana dapat melihat parut itu kini dengan lebih jelas. "Awak Huruf T... Dan awak pula huruf Y. Wow!"
"Kuasa kami berbeza-beza mengikut Huruf." sambung Yuta lagi ketika menurunkan semula lengan bajunya. "Saya rasa awak dah tahu apa kuasa kami berdua."
Xiaojun hanya mengangguk-angguk. Dia sudah melihat apa yang kedua-dua lelaki itu boleh lakukan.
"Adakah orang yang kamu sedang cari ni berasal dari puak kamu juga?" Xiaojun mengecilkan matanya memandang kedua-dua lelaki itu silih-berganti.
"Tak." Taeyong menggelengkan kepalanya. "Kuasa tu dah memilih orang secara rawak untuk yang lain."
"Habis tu... Bagaimana dengan kamu?" Xiaojun mengerutkan dahinya. "Kamu tak dipilih secara rawak kan?"
"Kami dapat kuasa ni dari keturunan sebab hanya kami saja yang hidup masa tu." terang Taeyong. "Oleh kerana tak cukup dua puluh enam orang selari dengan Huruf, kuasa tu memilih orang secara rawak."
Xiaojun mengangguk-angguk baru faham.
"Dan sekarang kami kena kumpulkan mereka semua sebelum terlambat." sampuk Yuta. "Mereka langsung tak tahu-menahu mengenai sejarah puak ni dan kuasa yang mereka akan terima."
"Kalau terlambat apa jadi?" Tanya Xiaojun lagi.
"Musuh akan jumpa mereka dulu."
Tiba-tiba sahaja satu dentuman yang amat kuat seperti satu letupan jelas kedengaran. Bangunan kolej itu terasa bergegar menyebabkan Yuta, Taeyong dan Xiaojun berpandangan jelas penuh tanda tanya di minda masing-masing.
Beberapa orang yang baru sahaja melintasi koridor itu dan berada berdekatan mereka juga berpandangan kebingungan.
"Apa dah berlaku?" tanya Yuta sambil memandang sekeliling untuk melihat jika ada apa-apa petanda.
"Tak tahu." jawab Xiaojun yang kini sudah kelihatan takut. Matanya terbuka luas memikirkan apa lagi keanehan yang bakal ditemuinya. Taeyong pula hanya memandang sekeliling mula tidak sedap hati.
Dentuman demi dentuman semakin jelas kedengaran. Bukan satu, bukan dua. Tapi berkali-kali. Ini satu petanda yang bukan normal. Bunyinya juga kuat dan jelas lain daripada biasa.
"Aaaaaaa!!!!!!!!"
"Arghhh!!!!"
"LARI!! CEPAT!!!!"
______________________________________
A/n: Tak lama lagi Huruf berkuasa angin akan muncul. Korang rasa sapa? 😏
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top