Chapter 3 - Secret [Part 2]

Yuta hanya mengangguk bersetuju masih merenung tepat rantai itu tadi musnah. "Kita dah terlambat nak cari—"

PLANG!

Kedengaran bunyi sesuatu telah terjatuh dari pintu atas gelanggang itu menyebabkan Taeyong dan Yuta serentak menoleh. Mereka berpandangan seketika sambil membesarkan mata. 

[RECAP]




BAB 3 - RAHSIA [PART 2]




Lelaki berambut perang itu melepaskan apa sahaja yang dipegangnya dan terus berlari menuju ke pintu itu meninggalkan Taeyong. Lelaki tampan itu mendengus kuat lalu memasukkan semua barang-barang Yuta ke dalam beg sandang tersebut kemudian berlari menyusulnya.

Yuta pula sudah merentap pintu atas itu dengan kuat sambil memandang sekeliling dalam keadaan panik. Kelihatan satu kelibat sedang menyusun penyapu dan mop yang berhamburan di atas lantai kembali ke tempat asalnya dalam keadaan kelam-kabut.

"Hoi!!"

Penyapu dan mop yang dipegang tadi terlepas semula apabila terdengar pekikan kuat dari Yuta. Kelibat itu segera melarikan diri tetapi malangnya berjaya disambar oleh Yuta yang lebih pantas darinya.

Taeyong pula baru sahaja sampai di situ kerana membawa dua buah beg yang boleh tahan beratnya.

"Jangan nak lari." gumam Yuta ketika mencengkam kolar baju seorang lelaki yang kini memandangnya ketakutan sambil bergegar.

"Xiaojun??" Taeyong agak terkejut memandang lelaki itu.

Yuta tersenyum sinis. Lelaki yang sememangnya berada dalam senarai orang mencurigakan pada mereka. Yang mungkin juga boleh jadi salah satu daripada mereka. Orang yang mereka cari.

Xiaojun pula sudah memandangnya terketar-ketar. Wajahnya kini lain daripada yang biasa dilihat oleh lelaki itu.

Hanya ada satu cara untuk mengetahui jika lelaki itu salah seorang dari mereka. Yuta merentap selamba lengan kanan lelaki itu. Menarik lengan bajunya untuk melihat sesuatu. Sesuatu yang sememangnya akan dimiliki oleh orang seperti mereka. Parut.

Akan tetapi, lengan lelaki itu bersih tanpa ada sedikit pun kesan.

"Malangnya awak dah silap langkah, budak." Yuta bersuara dengan wajah yang mengerikan. Jika lelaki itu bukan dalam kalangan mereka, Xiaojun kini menjadi orang yang merbahaya. Tindak-tanduknya yang selama ini menimbulkan kecurigaan menjadi persoalan kepada mereka.

"Sa... Sa... Saya... Cum.... Cuma..."

"Awak kena diajar sikit." ujar Yuta penuh dengan rancangan jahat. Taeyong hanya mampu memandang mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya merenung Xiaojun. Cuba mencari tahu apa tujuan lelaki itu.


***


Rumah kayu yang disewa oleh mereka itu agak terpencil dengan jarak yang sedikit jauh daripada rumah orang lain. Ia terasa sunyi sekali. Hanya bunyi cengkerik dan angin sepoi-sepoi sahaja yang kedengaran.

Rumah itu sengaja dipilih oleh mereka bukan kerana ia jauh dan terpencil tetapi kerana harga sewanya yang murah.

Lelaki berambut perang itu duduk di atas meja sambil merenung tajam ke arah lelaki yang kini sedang duduk menggigil ketakutan di sebuah kerusi. Pandangan Yuta benar-benar menakutkannya seolah-olah boleh membunuh. Lelaki itu kini seperti seseorang yang bakal bertukar menjadi serigala jadian pada bila-bila masa sahaja.

Taeyong pula hanya berdiri berdekatan sambil bersandar di dinding. Dia hanya memandang Xiaojun agak bersimpati. Bagaimanapun renungannya mempunyai tujuan yang lain. Mengenalpasti apa mahu lelaki itu. Sesekali dia akan memandang Yuta untuk melihat apa lelaki itu akan buat.

"Jadi, Xiaojun..."

Xiaojun agak tersentak apabila namanya disebut begitu oleh Yuta.

"Apa yang awak tahu?"

Xiaojun segera tunduk semula apabila dia merasakan mata Yuta yang merenungnya kini seperti akan mengeluarkan benda tajam yang boleh membunuhnya serta-merta di tempat itu.

"Apa yang dah awak dengar??" Soal Yuta lagi.

Taeyong hanya mampu memandang lelaki itu sambil berharap yang Yuta boleh mengawal kemarahannya.

"Atau ada apa-apa yang awak nak tanya." ujar Yuta lagi.

Xiaojun tidak menjawab sebaliknya masih tunduk membisu. Dia dapat merasakan jika dia membuka mulut untuk bercakap walau sepatah pun, nyawanya akan melayang serta-merta pada waktu itu juga.

"Saya tanya baik-baik ni, Xiaojun." suara Yuta kedengaran semakin keras. Giginya diketap kuat. "Jawablah. Bukannya saya tak tahu apa awak buat selama ni."

Xiaojun membesarkan matanya.

"Bertanya soalan-soalan yang tidak sepatutnya orang biasa seperti awak akan utarakan." Yuta masih merenung lelaki itu. "Mengekori dan memerhati setiap apa yang kami lakukan. Saya tak rasa semua tu awak buat saja-saja je."

Taeyong hanya memandang Xiaojun. Dia juga menantikan jawapan daripada lelaki itu. Ingin tahu kenapa dia berkelakuan seperti itu jika dia bukan dari kalangan mereka.

"Sa... Sa... Saya..." Xiaojun merasa seperti hendak menangis. Taeyong hanya mampu memandang lelaki itu bersimpati. Kenapa lah lelaki itu mengikut mereka? Kenapa dia berkelakuan aneh?

Kini dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu lelaki itu kerana jika Xiaojun dilepaskan, mereka pula yang berada dalam keadaan bahaya.

"Lembap!" Yuta mendengus kuat kemudian bingkas bangun. Dia menyambar kolar baju lelaki itu lalu mengheretnya keluar dari rumah itu.

"Yuta!!"

Panggilan Taeyong langsung tidak dipedulikan. Yuta masih lagi mengheret lelaki itu dengan perasaan marahnya yang membuak-buak.

Xiaojun hanya terkapai-kapai cuba bertahan. Dia cuba mengejar langkah Yuta kerana jika dia berhenti, dia pasti akan mati tercekik dengan genggaman lelaki itu yang amat kuat pada leher bajunya. Ini adalah pertama kali dia merasakan dirinya benar-benar berada dihujung nyawa.

Taeyong hanya mampu mengejar mereka dari belakang bagi memastikan Yuta tidak akan melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini dan membahayakan.

Yuta melepaskan genggamannya apabila mereka tiba di satu kawasan yang sedikit lapang. Xiaojun jatuh terjelupuk di tanah kerana Yuta menariknya terlalu kuat menyebabkan pertahanannya lemah. Yuta merenung lelaki itu serius sambil menggenggam buku limanya erat.

Tidak semena-mena dia membuka genggaman tangan kanannya menyebabkan api marak menyala di situ. Xiaojun tercengang tidak percaya dengan mulut ternganga. Dia membesarkan matanya memandang tangan kanan Yuta yang kini berapi. Sesuatu yang sangat mustahil. Sesuatu yang tidak pernah dilihatnya selama dia hidup di muka bumi ini. Sesuatu yang luar biasa.

"Yuta..." Taeyong kini sudah mula tidak sedap hati.

Yuta tidak mempedulikan Taeyong. Perlahan-lahan dia mendepakan tangan kanannya yang kini berapi itu ke arah Xiaojun.

"Jangan..." Xiaojun terincut-incut untuk berundur bagaimanapun langsung tiada jalan keluar dari situ.

"Yuta!!" pekik Taeyong.

Yuta tidak berganjak. Tangannya masih dihalakan pada lelaki itu. Dia sudah tidak peduli lagi.

"Jangan apa-apakan saya." Xiaojun kini sudah mula menangis. Menyesali setiap perbuatannya selama ini.

"Yuta!!"

Yuta melepaskan tembakan api tepat ke arah Xiaojun bagaimanapun tersasar jauh dari sasarannya itu.

"Awak ni kenapa??" Yuta memandang Taeyong yang kini sudah menghalakan tangan kanan ke arahnya. "Kenapa awak sasarkan tembakan saya?"

"Awak nak jadi pembunuh ke??" Taeyong merenung lelaki itu.

"Oh, Taeyong... Tolonglah!" Yuta menderam. "Kalau awak halang saya bunuh Han dulu saya boleh terima. Tapi lelaki ni merbahaya bagi kita. Dia tahu semua rahsia kita dan apa kita boleh buat."

"Saya tahu." Taeyong membalas. "Tapi dia manusia biasa, Yuta. Ini bukan cara yang terbaik. Dia pasti ada sebab kenapa dia berperangai macam tu."

Yuta pantas mengalihkan pandangannya kepada Xiaojun. Dia tercengang seketika menyebabkan Taeyong turut memandang ke arah Xiaojun. Lelaki itu kini sudah rebah ke tanah tidak sedarkan diri.

"Dia pengsan je." dengus Yuta kemudian berjalan masuk semula menuju ke rumah mereka.

"Awak nak ke mana tu?" Tanya Taeyong segera.

"Masuk rumah lah!" balas Yuta tanpa memandang wajah Taeyong.

"Angkat lah budak ni dulu!" pekik Taeyong kerana Yuta kini semakin jauh.

"Awak angkat lah sendiri!!" Yuta turut menjerit. "Nak sangat selamatkan dia kan? Pandai-pandai lah awak."

Taeyong mendengus kuat ketika Yuta sudah hilang dari pandangan kemudian memandang Xiaojun yang masih lagi tidak sedarkan diri sambil berfikir bagaimana dia hendak membawa masuk lelaki itu ke dalam rumah semula.

***

Xiaojun membuka matanya perlahan-lahan sambil mengurut-urut kepalanya yang langsung tidak sakit. Dia memandang sekeliling sambil tersenyum sendiri seperti orang kurang siuman. Memikirkan bahawa semua yang berlaku berkemungkinan halusinasinya sendiri.

"Saya bermimpi ke?"

"Malangnya tidak, Xiaojun."

Xiaojun terkejut mendengar suara yang kini paling digeruninya. Dengan pantas dia berpaling memandang Yuta yang sedang duduk di sofa betul-betul di hadapannya. Taeyong pula duduk di sebelah lelaki itu sambil berpeluk tubuh.

"Saya tak bermimpi ke?" Tanya Xiaojun penuh harapan.

Yuta tersengih mendengar soalan itu kerana itu adalah soalan yang paling bodoh pernah didengarnya.

"Taeyong..." Xiaojun memandang lelaki itu penuh harapan. Taeyong hanya menarik nafas panjang kemudian menggelengkan kepalanya.

"Kenyataan." ujar Yuta agak keras dengan harapan Xiaojun dapat sedarkan diri dan kembali kepada asal.

"Jadi..." Xiaojun mencengkam kepala dengan kedua-dua tangannya.. Dia dapat merasakan dirinya kini bakal menjadi gila. "Apa yang saya fikirkan selama ni..."

"Apa yang awak fikirkan?" Yuta mengangkat keningnya.

"Awak kena beritahu kami semuanya, Xiaojun."

Xiaojun memandang Taeyong.

"Awak seperti mengetahui sesuatu." Ujar lelaki itu sambil berkerut merenung Xiaojun. "Sebelum kes hari ni... Kami tahu ada sesuatu yang awak cuba nak ambil tahu."

Xiaojun mendengus perlahan. "Kamu bukan orang pertama."

Kenyataan itu membuatkan kedua-dua lelaki itu tersentak agak terkejut. Mereka berpandangan seketika kebingungan.

"Apa maksud awak?" Yuta mengecilkan matanya merenung lelaki itu.

"Ada beberapa orang dari dalam senarai saya yang sememangnya saya sedang siasat." Xiaojun membetulkan kedudukannya.

"Beberapa orang??" ulang Yuta.

Xiaojun mengangguk-angguk. "Yang berkelakuan pelik. Lain dari yang biasa. Saya akan siasat lah."

"Kenapa pula awak nak siasat??" tanya Taeyong.

Xiaojun hanya mengangkat bahunya. "Ingin tahu. Saya tertarik pada perkara-perkara aneh."

"Jadi—"

"Sebab tu saya berminat nak ambil tahu pasal kamu." Xiaojun segera memintas sebelum Taeyong menghabiskan ayatnya.

"Awak tahu apa yang awak cuba nak ambil tahu?" Yuta mengangkat keningnya.

"Saya ada beberapa tekaan atau konklusi." Xiaojun menarik nafas panjang. "Tapi mengeluarkan api dari tangan bukan dalam senarai."

Yuta hanya menggolekkan bebola matanya.

"Dengar sini, Xiaojun..." Taeyong bersuara lebih tenang daripada Yuta.

Xiaojun mengangkat kepalanya memandang Taeyong.

"Awak tak boleh beritahu hal ni pada sesiapa pun." sambung Taeyong dengan wajah penuh harapan.

"Kalau saya dapat tahu awak buka mulut..." Yuta mencelah. "Saya akan pastikan awak hangus terbakar sebelum awak sempat tamatkan pengajian awak di kolej sains antarabangsa tu."

Xiaojun menelan air liurnya kemudian mengangguk-angguk. "Saya tak akan buka mulut. Jangan risau. Saya cuma obses dengan benda aneh."

"Bagus." Yuta tersenyum puas bagaimanapun tetap kelihatan menakutkan bagi Xiaojun.

"Er..." Xiaojun menelan air liurnya. "Boleh saya tanya sesuatu?"

"Tadi awak kata tak ada nak tanya apa-apa?!" Yuta membentak.

"Saya ada cakap ke tadi?" Tanya Xiaojun sambil mengelipkan matanya.

Yuta merenung lelaki itu tajam.

"Er..." Xiaojun terkedu apabila Yuta merenungnya seperti itu. "Maaf. Baru sekarang ada soalan."

"Apa dia?" Tanya Taeyong sudah penat melihat semua itu.

"Kamu ni... Apa sebenarnya?"

Yuta dan Taeyong tidak segera menjawab. Mereka hanya memandang Xiaojun membuatkan Xiaojun rasa menyesal bertanya soalan itu.

"Awak rasa apa?" Soal Yuta kembali.

"Makhluk asing. Ataupun kamu dari Hogwarts."

"Hogwarts??" Ulang Taeyong.

"Sekolah tempat Harry Potter belajar tu." beritahu Xiaojun agak teruja.

"Apa awak merepek ni?" Yuta merenung lelaki itu agak menyampah.

"Awak tak penah tengok filem tu ke?" Xiaojun memandang kedua-dua lelaki itu yang hanya mampu mengangkat kening. "Okey, lupakan. Jadi soalan saya. Kamu ni sebenarnya apa?"

"Manusia." jawab Yuta selamba.

"Habis tu kenapa kamu ada kebolehan macam tu?" Tanya Xiaojun lagi.

"Itu adalah keturunan." beritahu Taeyong.

"Apa kamu buat datang ke sini?" tanya Xiaojun lagi. Soalannya kini terpacul keluar bertubi-tubi.

Taeyong menarik nafas panjang. "Kami mencari sesuatu."

"Seseorang!" pintas Yuta sebelum sempat Xiaojun membuka mulut untuk bertanya lagi.

"Seseorang??" Ulang Xiaojun.

Serentak Taeyong dan Yuta mengangguk-angguk.

"Seseorang yang ada kuasa sama seperti kami. Seseorang yang akan menjadi puak kami." sambung Yuta lagi.

Xiaojun tersenyum sinis secara tiba-tiba. "Mungkin kamu boleh fokus pada senarai yang saya buat."

Kedua-dua lelaki itu tidak membalas.

"Secara jujurnya... Saya mula berminat nak ambil tahu pasal kamu waktu saya nampak parut awak..." Xiaojun menuding ke arah Yuta. "Masa awak bergaduh dengan Han."

"Parut saya??" Yuta mengerutkan dahinya.

Xiaojun mengangguk-angguk. "Kat lengan awak tu. Sebab saya ada nampak seorang lagi yang ada parut macam tu kat kolej."



___________________________

A/n: Scene tak pernah aku rasa tak lawak. Hahahaha. Lebih-lebih lagi terbayang muka Xiaojun kena gertak dengan Yuta. Memang kena betul. >.<

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top