Chapter 2 - Mission [Part 3]

"Baiklah, Encik Xiaojun." Taeyong segera mencapai buku yang dibacanya tadi kemudian memasukkannya ke dalam beg. Dia sudah tidak tahan hendak melayan lelaki itu. "Saya pergi dulu."

Xiaojun hanya mengangguk-angguk tidak berkata apa dan hanya melihat Taeyong berkemas dan berdiri.

"Bye." 

[RECAP]





BAB 2 - MISI [PART 3]





Taeyong terus sahaja berlalu pergi dari situ. Dia terlalu malas hendak berbual lama dengan lelaki itu. Terlalu malas menjawab soalan-soalan di awal perkenalan di antara dua orang.

Dengan selamba dia berjalan melintasi setiap koridor yang tidak pernah lengang daripada manusia-manusia yang sedang bersembang dan sebagainya.

Ada juga yang berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya yang memang dia sudah tahu apa sebabnya. Tapi perkara itu hanya diabaikan. Tiada keperluan untuk dibetulkan atau dihapuskan.

Mereka ada kerja yang lebih penting. Kerja yang membawa mereka ke situ. Iaitu misi mencari. Mencari seseorang yang mempunyai kebolehan seperti mereka. Tapi bagaimana hendak mengenalpasti orang itu?

Hanya parut dilengan yang boleh dijadikan rujukan. Akan tetapi, terlalu ramai orang di situ. Terlalu ramai untuk mereka periksa lengan mereka satu-persatu. Apa yang harus dilakukan?

Taeyong berhenti di hadapan lokernya diiringi dengan dengusan lembut. Tempat loker itu sebenarnya dekat sahaja dan hanya berada di sekitar tempat itu. Akan tetapi, mereka perlu naik tangga setinggi lima tingkat semata-mata hendak mencari tempat itu pada hari pertama mereka.

Ketika Taeyong membuka pintu lokernya, tidak semena-mena satu cecair berwarna merah tersembur keluar dari loker itu dan memercik ke arahnya. Dia tercengang tidak bergerak. Cecair itu kini sudah mewarnai bajunya. Mukanya juga terkena dan hampir termasuk ke dalam mulut dan matanya.

Dia tercengang seketika cuba memastikan apakah cecair yang agak pekat itu. Dia berasa lega kerana ia hanya sos tomato pasta spageti. Kedengaran pelajar-pelajar lain yang ternampak kejadian itu mentertawakannya. Taeyong hanya mampu mengibar-ngibarkan bajunya.

"Alamak..."

Taeyong mendengus kuat apabila terdengar suara yang benar-benar menyakitkan hati itu. Suara yang cukup dikenalinya. Cukup membuatkan dia meluat dan menyampah.

"Kasihannya budak baru ni." Han bersuara dengan lagak gediknya. Dua orang pengawal setianya itu turut berada bersamanya. "Dah kotor."

"Harap dia ada baju lebih." Ujar salah seorang dari pengawal setianya itu.

Hilai tawa mereka meletus. Taeyong hanya mampu menahan kemarahannya tidak menoleh. Dia segera menyimpan barang-barangnya ke dalam loker itu kemudian segera menguncinya semula. Tidak peduli dengan kotoran yang berada di dalamnya. Dia sudah letih dengan semua itu.

Taeyong terus sahaja beredar dari situ tanpa mempedulikan orang-orang yang sedang mentertawakannya. Ada juga yang mengambil gambar dan merakamkan kejadian itu. Dia terlalu malas hendak melayan semua itu.

Kini baru dia faham apa yang Xiaojun katakan padanya sewaktu di kafeteria tadi. Taeyong tidak akan membiarkan dia dan Yuta hidup tenang sehingga hatinya puas. Dia berjalan sambil memegang parut berbentuk huruf 'T' yang berada dilengannya agak tertutup dengan lengan baju. Parut itu terasa berdenyut-denyut entah kenapa.

Ketika Taeyong melangkah masuk ke kawasan padang kolej itu, dia mencari kelibat seseorang. Kelihatan Yuta dengan rambut perang semulajadinya sedang duduk sambil mendengar muzik dari pemain mp3 yang pernah dihadiahkan oleh kawan 'sementara' mereka sebelum berpindah.

Mereka tidak pernah mempunyai kawan yang tetap kerana hidup berpindah-randah seperti itu menjadi penghalang. Taeyong segera mendekati kawan baiknya itu sambil menyapu-nyapu mukanya yang masih ada kesan cecair tadi.

Yuta kelihatan terkejut melihat Taeyong ketika lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya. "Wuoh! Keadaan awak nampak amat teruk."

Taeyong tidak bersuara sebaliknya masih cuba mengesat cecair yang berada dimukanya itu dengan sehelai saputangan yang dikeluarkan dari dalam begnya semasa dalam perjalanan menuju ke tempat itu.

"Siapa yang buat awak macam ni?" tanya Yuta yang hampir ketawa melihat Taeyong dalam keadaan seperti itu.

"Siapa lagi..." Taeyong mendengus kuat. "Kalau bukan si Han tu."

Yuta segera ketawa ketika Taeyong menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang ingin dibunuhnya tempoh hari.

"Apa??" Taeyong hanya merenung Yuta pelik kerana menyebut nama Han bukan lah sesuatu yang lucu baginya.

"Tu lah..." Yuta cuba menahan ketawanya. "Sepatutnya awak biarkan saya bakar dia hidup-hidup hari tu."

Taeyong tidak membalas kata-kata lelaki itu. Dia masih lagi dengan kerja membersihkan mukanya yang kotor. Buat seketika, dia rasa menyesal kerana menghalang Yuta berbuat demikian.

"Awak ada buat apa-apa pada dia?" tanya Yuta lagi dengan harapan jawapan Taeyong akan menggembirakan.

Taeyong hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa awak tak tembak je dia tu dengan kuasa petir awak??" Yuta memandang Taeyong sambil mengeluh.

Taeyong tidak menjawab. Dia tahu Yuta sudah tahu apa yang dia akan jawab. Jadi lebih baik dia diam.

"Awak ni penyabar betul lah." rungut Yuta. "Kalau saya, tinggal kacamata hitam dia tu je yang tak akan hangus."

"Argghhh!!" Taeyong kegeraman. Dia sudah terlalu penat membersihkan mukanya. Jika dia mengesat cecair itu, ia akan menjadi semakin teruk. Mukanya kini seperti sedang ditumpahkan sos tomato dengan cebisan bebola daging. "Kan bagus kalau saya ada kuasa menyedut segala kotoran yang ada ni!"

Yuta tesengih mendengar kata-kata Taeyong. "Pergi lah cuci dengan air. Awak fikir kalau macam tu akan bersih ke?"

"Awak ada air ke?" Tanya Taeyong selamba.

"Awak fikir saya akan bawa air ke?" Yuta merenung Taeyong jengkel. "Pergi lah tandas."

Belum sempat Taeyong bersuara, tiba-tiba sahaja angin bertiup kencang tanpa sebarang tanda. Agak pelik jika angin bertiup sekuat itu dalam cuaca yang baik. Matahari juga sedang memancar naik. Taeyong dan Yuta berpandangan sesama sendiri sambil menahan rambut mereka dari ditiup angin.

"Yuta!"

Yuta memandang Taeyong yang kini tercengang memandang sesuatu.

"Tengok tu!"

Yuta segera berpaling memandang ke tempat yang Taeyong tunjukkan. Kelihatan satu pusaran angin seakan-akan puting beliung di situ. Akan tetapi, pusaran itu agak kecil dan hanya kelihatan sedikit dari balik bangunan itu. Yuta memandang Taeyong sambil membesarkan matanya.

"Jom!!"

Serentak Yuta dan Taeyong mencapai beg sandang masing-masing kemudian berlari menuju ke belakang bangunan itu. Taeyong kini sudah tidak peduli dengan cecair yang cuba dibersihkannya tadi. Angin itu semakin kuat terasa. Terasa seperti mereka akan turut terbang dibawa angin.

"Nanti!" Yuta menahan Taeyong daripada terus melangkah ketika sampai dihujung bangunan itu.

"Kenapa?" Taeyong memandang Yuta agak pelik.

"Kalau kita terus ke sana..." Yuta menjawab sambil terjenguk-jenguk ke belakang bangunan itu. "Dia pasti akan takut dan akan melarikan diri."

Taeyong bersetuju dengan apa yang Yuta katakan. Dia turut menjenguk dari celah-celah bangunan itu.

"Ada seseorang kat sana." ujar Yuta.

"Ya." Taeyong mengangguk kerana dia juga dapat melihat kelibat seseorang di situ. "Awak rasa dia seorang mangsa ke??"

"Tak." jawab Yuta selamba. "Kalau dia diserang, dia mesti akan menjerit."

"Jadi dia adalah orang yang kita cari??" Taeyong membesarkan matanya memandang Yuta.

"Saya rasa ya." Yuta tidak membalas pandangan Taeyong. Dia masih lagi cuba mengecam siapa kelibat itu.

"Susah nak nampak." ujar Taeyong dengan keadaan matanya dikecilkan. "Dia terlindung oleh pusaran angin ni."

"Ya." sokong Yuta.

Tidak lama kemudian, pusaran angin itu mengecil perlahan-lahan dan hilang dari pandangan secara tiba-tiba. Taeyong dan Yuta berpandangan seketika kemudian menuju ke tempat di mana pusaran itu terbentuk tadi. Tiada sesiapa berada di situ. Kelibat yang mereka nampak tadi juga turut hilang.

"Saya yakin ada seseorang di sini." ujar Yuta penuh keyakinan.

"Saya tahu." Taeyong bersuara lemah kerana dia juga yakin ada seseorang di situ sebentar tadi.

Mereka terdiam seketika cuba mencari jika ada sebarang petanda atau apa-apa. Ke mana pula orang itu pergi? Apa yang dia lakukan di situ?

"Sekurang-kurangnya kita tahu ada seseorang di sini yang sama seperti kita." Yuta menarik nafas panjang.

"Ya." Taeyong mengangguk bersetuju.

"Tak lah sia-sia kita tinggal lama-lama kat tempat yang macam neraka ni." Yuta menggerutu.

Taeyong memandang Yuta lalu menjeling. "Awak ni..."

"Apa??" Yuta membalas pandangan lelaki itu tanpa rasa bersalah. "Betul kan apa yang saya cakap? Tengok je badan awak sekarang ni."

"Sabar je lah, Yuta." Taeyong mendengus perlahan. "Tak lama lagi kita akan pergi dari sini juga."

"Harap-harap lah."



____________________________

A/n: Macam rasa lambat pula nak update. Tak apa lah. Nanti saya cuba update beberapa part dalam sehari. Huhuhu. Enjoy~

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top