Chapter 2 - Mission [Part 2]
Han tersengih menjengkelkan. "Awak tak tahu dengan siapa awak cari pasal sekarang ni, budak."
Yuta membalas dengan sengihan. Terasa seperti ada tanduk tumbuh di atas kepalanya saat ini. "Awak pun tak tahu dengan siapa awak cari pasal juga. Awak tak tahu apa yang saya boleh buat."
"Yuta!"
[RECAP]
BAB 2 - MISI [PART 2]
Belum sempat Han menjawab, Taeyong muncul tiba-tiba dan meleraikan pergaduhan itu. Lelaki berwajah tampan itu segera menarik tangan Yuta yang mana matanya masih merenung Han. Semua mata kini beralih pula memandangnya.
"Dahlah tu." Taeyong merenung Yuta sambil berharap kemarahan Yuta akan reda dan beredar dari situ.
"Ah..." Han tiba-tiba bersuara apabila terpandang Taeyong. "Kawan awak yang malang bersama-sama awak tu."
Taeyong hanya menjeling tajam ke arah Han langsung tidak berang kemudian memandang Yuta semula. Berbeza dengan lelaki itu, dia boleh mengawal sedikit kemarahannya.
"Dahlah tu, Yuta." pujuk Taeyong. "Biarkan."
Yuta memandang Taeyong kegeraman. Taeyong hanya membalas pandangannya sayu penuh harapan. Dengan pantas lelaki berambut perang itu beredar dari situ disusuli olehnya. Kedengaran orang-orang di situ ketawa terbahak-bahak.
"Kenapa awak halang saya tadi?!" Marah Yuta ketika mereka melangkah masuk ke dalam bangunan kolej itu.
"Awak akan bunuh lelaki tu kalau saya tak halang awak." balas Taeyong sedikit geram kerana dia dimarahi atas perkara yang tidak menjadi kesalahan padanya.
"Kan lagi bagus kalau macam tu." ujar Yuta selamba. "Biar dia rasa. Supaya dia sedar diri yang dia tu bukannya hebat."
"Awak ni nak jadi pembunuh ke?" Taeyong merenung lelaki itu tajam. "Apa beza awak dengan musuh kita kalau awak nak membunuh?"
"Saya bukannya nak bunuh dia." beritahu Yuta dengan wajah tiada rasa bersalah. "Saya nak takutkan dia je. Ajar dia tu sikit."
"Takutkan??" Ulang Taeyong hampir tergelak. "Awak fikir saya tak kenal awak ke? Lelaki tu pandai sangat memancing kemarahan awak. Awak tu kalau dah marah seluruh tempat ni awak akan bakar."
Yuta mendengus kuat. "Diamlah!"
"Jangan awak nak dekat dengan dia tu lagi awak faham tak?" Taeyong cuba memberi amaran.
"Baik, tuan!" sindir Yuta kemudian berjalan ke hadapan dengan pantas kerana tidak tahan mendengar leteran Taeyong.
***
Taeyong duduk sendirian di sebuah kerusi di kafeteria itu sambil menikmati makan tengaharinya. Dia makan sambil membaca buku tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Ada juga yang tengah berbisik-bisik mengenainya kerana bergaduh dengan Han, lelaki paling berpengaruh di kolej itu yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya lelaki itu boleh jadi seperti itu.
Semua itu tidak menjadi masalah baginya. Dia tahu bahawa dia tidak akan kekal lama di situ. Jika mereka sudah menjumpai apa yang mereka cari, mereka tetap akan pergi. Jadi, adalah lebih baik jika keadaan itu dibiarkan.
Yuta pula menghilang entah ke mana. Ketika diajak untuk makan tengahari, dia hendak bersendirian katanya. Taeyong hanya mampu berharap lelaki itu tidak berbuat sesuatu yang tidak baik.
"Hai."
Taeyong menurunkan buku yang menutup mukanya untuk melihat siapa yang datang menyapa. Seorang lelaki dengan rambut belah tepi dan berkulit putih gebu tersenyum ceria memandangnya.
"Hai." Taeyong membalas agak kekok kerana dia langsung tidak kenal siapa lelaki yang tiba-tiba menyapanya ini.
"Kenal saya tak?" Tanya lelaki itu memandang Taeyong.
Taeyong merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Cuba mengingati jika dia pernah bertemu dengan lelaki itu di mana-mana. Lelaki itu pula memandangnya penuh harapan agar dirinya akan diingati.
Tiba-tiba sahaja Taeyong tersentak apabila teringat sesuatu. Dia kini sudah mengecam wajah lelaki itu dan di mana mereka berjumpa.
"Awak..." Taeyong mengecilkan matanya merenung lelaki itu.
Lelaki itu hanya mengangguk-angguk kerana yakin bahawa Taeyong sudah mengingat di mana mereka berjumpa.
"Awak lelaki yang ada dengan Han waktu kawan saya bergaduh dengan dia tempoh hari kan?" Taeyong segera menghabiskan ayatnya.
"Ya. Betul tu." Selamba lelaki itu menjawab tanpa berselindung.
Lelaki itu adalah orang yang bertanya pada Han siapa Yuta pada ketika itu. Lelaki yang paling hampir dengan Yuta dan asyik tersenyum melihat gelagat mereka. Tapi apa pula lelaki ini mahu?
"By the way, saya Xiaojun." lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Taeyong tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu curiga. Dia tidak mahu dipermainkan lagi.
"Siapa nama awak?" Tanya Xiaojun setelah tiada balasan yang dia terima daripada lelaki berwajah tampan itu.
"Taeyong." ringkas jawapan Taeyong yang kelihatan terpaksa.
"Okey..." Xiaojun mengangguk-angguk kekok. Dia dapat merasakan bahawa lelaki itu tidak berapa suka bercakap dengannya.
"Apa awak nak sebenarnya?" Taeyong terus sahaja bertanya tanpa berselindung kerana kecurigaannya terhadap lelaki itu sudah cukup. Selera makannya kini sudah hilang. Dia tidak mahu meneruskan makan. "Awak nak tanya kenapa saya bergaduh dengan best friend awak tu ke? Atau ada niat lain."
"Ops! Pembetulan. He's not my best friend."
"Apa-apa lah." balas Taeyong sambil menggolekkan bebola matanya.
"Tak ada lah." Xiaojun memandang wajah lelaki itu masih dengan senyuman yang tidak dapat dipastikan apa maknanya itu. "Saja nak kenal dengan awak. Tak boleh ke?"
"Bukan awak nak tahu cerita kenapa kami bergaduh ke?" Tanya Taeyong masih lagi dengan kecurigaannya. "Atau awak ada muslihat lain."
"Tak perlu tanya apa sebabnya pun saya boleh tahu." Xiaojun bersuara tenang. "Bukannya kali pertama pun dia bergaduh dengan orang. Lebih-lebih lagi budak baru. Itu memang aktiviti tetapnya."
"Habis tu??" Taeyong mengangkat keningnya.
"Dan saya tak ada muslihat lain pun." ujar Xiaojun setelah melihat kecurigaan pada wajah lelaki itu semakin ketara. "Saya tak terlibat dengan kerja kebudak-budakkannya tu okey."
Taeyong hanya mendengus perlahan. Berputus asa untuk terus curiga. Dia tahu lelaki itu tidak akan mengaku.
"Cuma saya kagum lah dengan kawan awak tu." luah Xiaojun. "Memang berani betul dia."
Taeyong hanya tersenyum langsung tidak ikhlas. Bukannya dia tidak tahu bagaimana perangai Yuta.
"Tapi mungkin kamu akan menghadapi masalah lah lepas ni." beritahu Xiaojun dengan nada terpaksa.
"Masalah??" Ulang Taeyong.
Xiaojun mengangguk-angguk. "Kamu dah lawan dia. Dia tak akan lepaskan kamu sampai bila-bila."
Taeyong ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. "Dia patut bersyukur kawan saya tu tak bakar dia hidup-hidup."
"Wah! Kalau kawan awak tu ada magik bagus juga."
Taeyong hanya memandang lelaki itu tidak menjawab. Kalau lah lelaki itu tahu mereka benar-benar ada kebolehan. Pasti dia akan menarik balik semua cakapnya. Tapi percaya kah dia pada perkara itu? Pada zaman moden seperti ini, mustahil untuk dia percaya. Ini sesuatu yang mengarut.
"Baiklah, Encik Xiaojun." Taeyong segera mencapai buku yang dibacanya tadi kemudian memasukkannya ke dalam beg. Dia sudah tidak tahan hendak melayan lelaki itu. "Saya pergi dulu."
Xiaojun hanya mengangguk-angguk tidak berkata apa dan hanya melihat Taeyong berkemas dan berdiri.
"Bye."
_______________________________
A/n: Xiaojun in da house! Rindu dia. Dah lah makin handsome. 😜 Anyway, just enjoy.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top