Chapter 13 - Death Practice [Part 2]
BAB 13 - LATIHAN YANG MEMBUNUH [PART 2]
Yuta memandang Mark semula dengan wajah yang serius. "Kenapa... Dia boleh... Buat?"
Mark menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mendepakan tangannya sekali lagi ke hadapan. Dia memejamkan matanya cuba untuk fokus penuh harapan. Malangnya, tiada apa-apa yang berlaku.
"Kan saya dah kata!" Mark mengeluh perlahan kemudian bercekak pinggang agak berputus asa.
"Kalau awak berusaha tak mustahil awak boleh berjaya." Yuta cuba memberi kata-kata semangat. "Fokus pada apa yang awak mahu."
Mark hanya mengangguk lemah mendengar kata-kata Yuta. Dia masih lagi cuba berfikir bagaimana cara untuk melakukannya walaupun langsung tiada apa-apa cara yang terlintas difikirannya.
Yuta kini beralih memandang ke arah Lee Know yang kini sudah tidak senang hati. "Awak cuba... Tanpa menyebut!"
Lee Know ingin membantah tetapi tidak berani. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu berjalan menuju ke posisi Mark yang mana lelaki itu pula menggantikan posisinya. Dia mendepakan kedua-dua tangannya sama seperti yang dilakukan oleh Mark tadi. Matanya dipejam penuh keazaman. Semua orang memandang agak teruja sambil menyangka Lee Know akan berjaya lakukannya.
Perlahan-lahan cahaya keluar daripada tangannya. Akan tetapi, tidak sampai beberapa saat, cahaya itu hilang semula.
"Kalau macam tu... Lebih baik guna lampu suluh!" gerutu Yuta sambil berpeluk tubuh dan mendengus kuat. Lee Know hanya mampu menahan malu tidak menjawab. Dia hanya buat-buat tidak tahu.
"Usaha lagi." ujar Yuta kemudian berpaling memandang Jungwoo yang kelihatan tenang. "Awak pula cuba."
Jungwoo mengangguk semangat tidak seperti Mark dan Lee Know. Gilirannya untuk bertukar posisi dengan Lee Know. Dia berdiri tegak sambil menarik nafas agak tenang mula mengukir senyuman sinis tanpa dia sedari. Dia memejamkan matanya sambil membuka kedua-dua tangannya di kiri dan kanannya yang dihadapkan ke atas berbeza dengan apa yang kedua-dua lelaki itu lakukan sebentar tadi.
Perlahan-lahan pasir di situ terangkat ke udara menyebabkan semua orang memandang sekeliling. Jungwoo mula menghalakan tangannya ke hadapan. Pasir-pasir itu terbang menuju ke depan lalu meledak kuat. Mark dan Taeyong terbatuk-batuk akibat terkena pasir yang melayang ke serata tempat. Hyunjin, Lee Know dan Jaehyun hanya menahan hidung mereka sambil memejamkan mata. Yuta pula melibas-libaskan bajunya yang terkena taburan pasir itu.
"Wuoh!!" semua orang memandang Jungwoo agak teruja.
Jungwoo kini tersenyum bangga dengan pencapaian yang dia lakukan kerana hanya dia yang berjaya setakat ini.
"Jangan gembira sangat." Yuta bersuara menyebabkan semua orang memandangnya. "Awak boleh lakukannya sebab ini memang tempat awak. Awak tak akan dapat lakukannya di tempat yang tidak berpasir seperti ini."
Senyuman lebar di bibir Jungwoo segera lenyap. Semangat yang berkobar-kobar dalam dirinya sebentar tadi segera jatuh kembali. Ternyata Yuta dan Taeyong dapat memahami semuanya. Bagaimana dan di mana kuasa mereka dapat digunakan dengan baik. Jungwoo segera berjalan menuju ke sebelah Lee Know tanpa di suruh atau diberi arahan.
Yuta kini merenung Hyunjin tajam. "Awak pula!"
Hyunjin yang dalam keadaan takut berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat di mana Mark, Lee Know dan Jungwoo berdiri ketika diarahkan tadi seolah-olah ia adalah satu pentas yang sudah ditetapkan. Dia mendepakan tangannya ke hadapan dengan selamba. Berbeza dengan yang lain, dia tidak memejamkan matanya untuk fokus sebaliknya hanya berdiri tenang tanpa ada yang mengganggunya. Perlahan-lahan air keluar dari tangannya dan menjadi banyak. Dia membuat satu pusaran besar dengan air itu lalu meletupkannya jauh dari tempat mereka berada.
"Wuoh!!"
Semua orang tercengang memandang air yang meledak itu. Mereka memandang Hyunjin tidak percaya dengan mulut ternganga dan mata yang terbuka luas langsung tidak berkelip.
"Macam mana awak buat?" Mark kelihatan tidak puas hati memandang lelaki bermata sepet itu.
Hyunjin tidak menjawab soalan Mark sebaliknya menunggu komen dari Yuta yang mengetahui semuanya. Lelaki berambut perang itu hanya berpeluk tubuh sambil merenungnya tajam. Dia langsung tidak membuka mulutnya.
"Bagus!" Taeyong segera bersuara sambil tersenyum. "Nampaknya awak memang latih kuasa awak dengan baik."
"Dia berjaya ke?" tanya Jungwoo kerana komen itu bukan datang dari Yuta berbeza dengan mereka.
Taeyong hanya mengangguk-angguk. "Ini bukan kawasannya. Tapi dia boleh mainkan air mengikut suka hatinya."
Hyunjin hanya tersenyum tawar. Dia sebenarnya berharap pujian yang diberikan padanya itu datang daripada mulut Yuta sendiri. Bagaimanapun langsung tiada balasan atau komen daripada lelaki itu.
"Giliran awak, Jaehyun." Yuta memandang Jaehyun.
Jaehyun berjalan agak tenang. Dia adalah lelaki paling selamba yang pernah mereka temui bila berhadapan dengan Yuta. Dia segera mengangkat tangan kanannya apabila sampai di posisi yang seperti ditetapkan itu. Perlahan-lahan anak panah keperakan yang bersinar terbentuk keluar dari tangannya bertubi-tubi. Mereka yang lain hanya mampu memandangnya.
"Kuasa saya tak lah sehebat mana pun." beritahu Jaehyun jujur sambil mengangkat bahunya. "Saya hanya boleh buat macam tu je."
Yuta tersenyum melihat gelagat lelaki itu yang baginya kelihatan terlalu naif. "Siapa kata?"
Serentak semua orang memandang Yuta.
"Kuasa awak ni sebenarnya istimewa sikit."
Jaehyun mengerutkan dahinya agak kebingungan. Yang lain pula agak tersentak kerana baru teringat apa yang Yuta dan Taeyong beritahu mereka ketika di dalam khemah tempoh hari. Taeyong tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya mengeluh perlahan kerana dia tahu apa yang Yuta ingin lakukan.
"Kuasa awak ni sebenarnya boleh digabungkan dengan kuasa Taeyong." beritahu Yuta selamba sambil memandang lelaki itu sekali imbas.
Serentak mereka menoleh memandang Taeyong. Jaehyun pula terkejut lalu memandang lelaki itu dengan mata yang terbuka luas.
Taeyong mendengus perlahan kemudian berjalan mendekati Jaehyun. Dia berdiri di sebelah lelaki itu. "Macam ni..." Dia bersuara sambil memegang tangan Jaehyun yang agak terkejut dengan tindakan lelaki itu lalu mengangkatnya perlahan-lahan. "Fokus untuk keluarkan kuasa awak."
Jaehyun menelan air liurnya sambil cuba sedaya-upaya untuk fokus. Taeyong pula hanya berdiri di sebelahnya selamba. Perlahan-lahan satu anak panah keperakan yang bersinar keluar dari tangan mereka diselaputi satu cahaya keperakan seperti urat-urat elektrik yang berfungsi di sekelilingnya. Anak panah itu segera terbang menuju ke atas lalu meletup dengan kuat.
"Wuoh!!" serentak semua orang tercengang memandang apa yang baru sahaja berlaku. Jaehyun turut terkejut kemudian merenung tapak tangannya sendiri dengan mata yang terbuka luas tidak terkata. Dia tidak percaya tangannya dapat mengeluarkan anak panah seperti itu.
"Kuasa kamu berdua ada kaitan sebenarnya." Yuta cuba memberi penjelasan. "Sebenarnya ia adalah satu kuasa sahaja sebelum ini. Tapi ia telah dipisahkan menjadi dua kuasa."
Semua orang hanya mendengar penjelasan Yuta.
"Kuasa itu diberi nama kuasa 'panah petir'."
"Tapi kita tak boleh lakukannya sendirian kan?" Jaehyun memandang Taeyong penuh tanda tanya.
Dengan selamba Taeyong mengangkat tangan kanannya. Sekali lagi anak panah keperakan yang bersinar dan diselaputi cahaya keperakan itu keluar dari tangannya lalu meletup.
"Tapi awak memang ada kuasa saya." Jaehyun masih tidak puas hati. "Jadi awak boleh hasilkannya sendiri."
"Macam yang Yuta katakan tadi..." Taeyong memandang lelaki itu. "Kuasa kita ada hubungan. Kalau awak dah jumpa saya, awak dah boleh hasilkannya sendiri. Walaupun tanpa saya."
Jaehyun hanya mengangguk-angguk tanda faham.
"Bagaimana dengan awak, Yuta??"
Serentak semua orang memandang Taeyong. Lelaki itu kini sedang memandang Yuta sambil tersenyum sinis yang hanya difahami olehnya sendiri mengenai apa maknanya. Yuta hanya mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.
"Kan awak dah jumpa lawan kepada kuasa awak tu."
Yuta tersentak serta-merta mendengar kata-kata Taeyong. Dia segera memandang Hyunjin yang juga sedang memandangnya agak kebingungan. Yang lain juga turut terkejut dengan kenyataan itu.
"Kenapa awak tak uji kuasa awak dengan dia?" Taeyong mula berpeluk tubuh masih merenung lelaki itu.
"Saya tak ada masalah." Yuta menjawab selamba sambil menggolekkan bebola matanya.
"Bagaimana dengan awak, Hyunjin?" Taeyong memandang lelaki itu.
"Awah dah gila?!" Hyunjin tercengang tidak percaya. "Awak nak hantar saya ke lembah maut ke?"
Kawan-kawannya yang lain tidak begitu membantah. Mereka sebenarnya ingin melihat bagaimana keadaan Yuta melawan air kerana lelaki itu benar-benar benci kepada air.
"Dia takkan bunuh awak lah." beritahu Jungwoo cuba memujuk lelaki itu.
Hyunjin terdiam seketika sambil memandang tangannya. Dia berfikir panjang sambil memandang Yuta yang langsung tidak memandang ke arahnya. "Kalau macam tu... Baiklah!"
Yuta tersentak mendengar kata putus lelaki itu. Tujuan Hyunjin menerima pelawaan itu adalah atas sebab ingin memperbaiki hubungannya dengan Yuta tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi nanti.
"Pergi tengah!" arah Taeyong.
Hyunjin dan Yuta kini berjalan menuju ke tengah padang itu. Hyunjin kelihatan agak takut, manakala Yuta hanya tersenyum sinis sahaja. Lee Know, Mark dan Jungwoo pula berdiri berdekatan Taeyong dengan perasaan teruja. Jaehyun hanya memandang agak tenang selari dengan sifatnya yang memang seperti itu.
"Bersedia!!" jerit Taeyong.
Hyunjin segera mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan. Dia merenung Yuta sedalam-dalamnya. Lelaki berambut perang itu pula hanya berdiri tegak dan hanya mengangkat tangan kanannya dengan selamba.
"Mula!!"
Satu percikan api keluar dari tangan Yuta tanpa menunggu serangan dari Hyunjin. Dari tangan lelaki itu pula, percikan air keluar dengan banyak. Kedua-dua kuasa itu bertarung kini bertemu dan bertelaga sesama mereka. Semua orang agak risau melihat keadaan yang kelihatan agak bahaya itu.
"Hyunjin!! Awak boleh!!" jerit Jungwoo memberi semangat.
"Kuatkan semangat awak!" Lee Know turut menjerit, manakala Jaehyun, Mark dan Taeyong langsung tidak bersuara.
Yuta menahan kuasanya dengan tangan kiri, manakala tangan kanannya pula diangkat ke udara lalu dihalakan ke arah Hyunjin semula. Tidak semena-mena seekor harimau berapi keluar dari percikan api itu menyebabkan lelaki itu terkejut lalu cuba mempertahankan dirinya dengan jelmaan ikan jerung.
Semua orang kini memandang agak teruja seolah-olah mereka sedang menonton filem aksi yang sangat hebat. Mereka belum pernah lagi melihat pertarungan seperti itu di depan mata mereka sendiri.
Sekali lagi Yuta menghayunkan tangan kanannya di udara. Apabila dia menghalakan tangannya ke arah Hyunjin, satu jelmaan singa berapi terbentuk.. Singa berapi itu terlalu besar dan kelihatan menakutkan.
Taeyong membesarkan matanya memandang keadaan itu. Lee Know, Mark, Jungwoo dan Jaehyun pula terlopong kerana terkejut. Hyunjin tergamam melihat singa berapi itu. Dia berundur seketika kerana kuasanya belum cukup kuat untuk melawan Yuta yang sememangnya kuat. Dia berusaha mengeluarkan semua kuasanya walaupun dia tidak mampu. Dia harus melawan bagi mengelakkan dirinya daripada terbunuh di dalam perlawanan itu.
Hyunjin menjerit kesakitan sambil cuba bertahan. Perlahan-lahan darah mengalir keluar dari hidungnya tanpa disedari.
"Habislah!" Jungwoo menutup telinganya tidak sanggup melihat keadaan itu.
Serta-merta Taeyong melangkah ke hadapan lalu berdiri di tengah-tengah antara Hyunjin dan Yuta. Dia mendepakan tangan kanannya ke arah pertelagaan kuasa kedua-dua mereka itu. Dia membentuk satu pusaran angin lalu meletupkannya menyebabkan pertelagaan kuasa itu terhenti serta-merta.
Yuta terundur sedikit ke belakang. Kuasanya segera dilepaskan. Taeyong pula menarik Hyunjin dengan kuasa angin yang dimilikinya. Dia menyambut lelaki itu yang kini amat lemah untuk bergerak.
"Hyunjin..."
Yuta tercungap-cungap cuba menenangkan dirinya. Hyunjin pula hanya mampu mengesat darah dari hidungnya.
"Yuta!" Taeyong merenung lelaki itu tajam. "Satu-satunya perkara yang awak perlu lakukan dan latih selalu adalah kesabaran awak tu!!"
Yuta tidak bersuara. Dia masih lagi dalam proses cuba menenangkan dirinya. Mark, Lee Know, Jungwoo dan Jaehyun pula langsung tidak berani ikut campur. Tidak mahu mencelah di mana-mana.
"Kalau awak macam ni selalu awak akan bunuh dia suatu hari nanti!" Taeyong bersuara lagi.
"Kuasa saya tercipta untuk diuji dengan kuasanya!" Yuta membalas dengan wajah penuh kebencian.
"Tapi bukan untuk bunuh dia!!" tempik Taeyong.
Yuta terdiam serta-merta. Kawan-kawan mereka yang lain sudah semakin takut. Takut akan menjadi mangsa pula.
"Dia masih baru, Yuta..." Taeyong memperlahankan semula suaranya. "Tak perlulah berkeras begini. Dia bukannya bermusuh dengan awak pun."
"Taeyong..." Hyunjin cuba menghalang Taeyong.
Taeyong langsung tidak peduli. Dia hanya memandang kawan baiknya itu. Tidak semena-mena, Yuta terus berlalu pergi dari situ sambil menahan marah. Lelaki berwajah tampan itu hanya mampu mengeluh perlahan.
____________________________
Bersambung~
Kesian Hyunjin. Nak mati dia Yuta kerja kan. Dapat bayangkan tak muka Yuta?
> VOMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top