Chapter 12 - Kuasa Panah [Part 1]
BAB 12 - KUASA PANAH [PART 1]
Lee Know sedang berjalan-jalan di tebing sungai besar yang berada jauh sedikit di dalam hutan dan sedikit jauh dari kampung yang unik itu. Mark dan Jungwoo pula sedang berkayak keseronokan di sungai itu sambil menyanyi-nyanyi riang gembira. Hyunjin kini sedang berendam di dalam sungai itu kerana dia amat sukakan air. Sudah hampir dua jam dia berada di dalam air itu tidak timbul. Dia juga boleh bernafas di dalam air dan berasa tenang di situ. Taeyong pula hanya menemankan Yuta duduk di sebuah pondok yang mana lelaki itu sudah tidak senang duduk dari tadi.
"Kenapa lah kamu suka sangat dengan air ni?!" bentak Yuta. Badannya kini kelihatan hampir berasap dengan wajahnya yang merah padam. Dahinya sentiasa berkerut dan mukanya kelihatan bengis.
Taeyong tersengih memandang lelaki itu. "Yuta... Kalau awak tu bukan berkuasa api, awak pun mesti suka dengan air juga."
Yuta menjeling tajam ke arah Taeyong. Mahu saja dia menumbuk muka lelaki itu bagaimanapun cuba ditahan. Dia juga berharap Taeyong dapat faham bagaimana keadaan orang yang hanya berkuasa api.
"Yuta..." panggil Taeyong yang kini sudah berdiri sambil melakukan senaman ringan seketika.
"Awak nak ke mana pula??" Tanya Yuta serta-merta apabila melihat keadaan lelaki itu yang ingin beredar.
"Saya nak pergi jalan-jalan dulu kat dalam hutan."
"Nak buat apa??" Yuta membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Nanti awak sesat pula!"
Taeyong mendengus perlahan. "Tak mungkin lah."
"Awak tak nampak ke hutan tu tebal sangat??" Yuta masih lagi membantah dengan wajah yang serius.
"Yuta... Kita mesti cari petunjuk." balas Taeyong sambil bercekak pinggang. "Kalau tak... Sampai tahun depan pun kita tak dapat jumpa apa-apa. Kalau awak nak jadi penghuni tetap kat sini boleh juga."
"Yalah." Yuta mengalah sambil menggolekkan bebola matanya dan mendengus kuat.
Taeyong segera berjalan keluar dari pondok itu.
"Lebih baik awak tanya orang kampung kat sini kalau mereka ada simpan peta kawasan ni." cadang Yuta masih tidak puas hati dalam keadaan berpeluk tubuh. "Sekurang-kurangnya tahu juga awak jalan nak balik."
"Awak ni!!" Taeyong menggerutu sambil menghentakkan kakinya. "Takkanlah mereka ada peta pula."
"Eh, awak jangan main-main..." Yuta bersuara sambil memandang sekeliling tanpa sebab. "Kampung-kampung sekarang ni pun dah moden tahu."
Taeyong mendengus kuat dan terus berlalu pergi sambil menggelengkan kepalanya. Dia dapat merasakan dia akan menjadi gila jika terlalu lama bercakap dengan lelaki berambut perang itu. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi Lee Know yang sedang seronok bermain air ditebing sungai dengan hanya merendam kakinya.
"Awak nak ke mana?" tanya Lee Know apabila terpandang Taeyong. Pada ketika itu juga, Hyunjin keluar dari dalam air.
"Seronok berendam?" Sindir Taeyong dengan senyuman sinis ketika berhenti berdekatan mereka.
Hyunjin hanya tersengih sambil menghayun-hayunkan tangannya di air itu. "Tak nak ikut sekali ke?"
"Tak nak lah." tolak Taeyong sambil menggelengkan kepalanya. "Basah pula baju saya nanti."
"Yahh!" Lee Know membentak kerana soalannya belum lagi dijawab oleh lelaki itu. "Awak nak ke mana?"
"Masuk hutan."
Lee Know mengerutkan dahinya merenung lelaki itu pelik. "Awak ni dah buang tebiat ke apa?"
"Saya nak cari petunjuk lah." Taeyong menggolekkan bebola matanya. "Tak kan nak duduk diam kat sini main air."
"Biar saya je lah yang pergi." cadang Lee Know tiba-tiba yang kini sudah mula berdiri sambil memakai sandalnya.
"Kenapa pula?" tanya Taeyong.
Lee Know melibas-libaskan seluarnya.. "Awak duduk dan perhatikan je Yuta tu kat sini." Dia memandang sekali imbas ke arah lelaki berambut perang itu sambil tersengih sedikit apabila melihat gelagatnya. "Jangan sampai dia letupkan tempat ni sudah. Saya tengok dia tu dah berasap."
Taeyong turut memandang Yuta sekali imbas sambil tersengih perlahan. Lelaki itu kini sudah seperti cacing kepanasan. Dia benar-benar tidak senang duduk seolah-olah akan datang Tsunami tidak lama lagi.
"Nanti tak pasal-pasal jadi macam kes hari tu." keluh Lee Know masih teringat kes Yuta mengamuk semasa di rumah sewa mereka.
"Baiklah." Taeyong mengangguk-angguk. "Awak pergilah."
Lee Know turut tersengih kemudian segera beredar dari situ mula memandang sekeliling. Dia berjalan masuk ke dalam hutan secara perlahan-lahan cuba mengelak dari sebarang marabahaya.
Kejadian di rumah sewa tempoh hari masih lagi berlegar-legar difikirannya. Pada waktu itu dia benar-benar takut. Dia juga tidak faham kenapa Yuta terlalu marah pada mereka. Akan tetapi, setelah Taeyong menerangkan sedikit, baru lah dia faham dan memang salahnya sendiri. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi, tapi ia seakan-akan sesuatu yang tidak senang untuk diceritakan.
Lee Know menggelengkan kepala sambil tersenyum sendirian mengingati kejadian itu. Dia mula memandang sekeliling tempat itu. Ia dipenuhi dengan pokok-pokok yang tumbuh tinggi dahannya. Dia juga dapat melihat semuanya kerana batang pokoknya agak kurus dan tinggi. Ia tumbuh agak berjarak antara pokok.
"Hei..."
Lee Know terkejut mendengar sapaan yang tiba-tiba itu kemudian menoleh pantas. Jaehyun berdiri dibelakangnya sambil memandang lelaki itu agak pelik. Dikedua-dua belah tangan lelaki itu, busur panah dan pedang kelihatan. Lee Know segera mengusap-usap dadanya berasa sedikit lega.
"Oh, Jaehyun."
"Ya." Jaehyun hanya tersenyum manis memandang lelaki itu. "Awak kawan Taeyong tu kan?"
"Ya." Lee Know mengangguk-angguk. Dia belum pernah lagi berkenalan dengan lelaki itu walaupun sudah beberapa kali Taeyong terlibat dengannya. Dia hanya mengetahui nama lelaki itu dan tidak pernah bercakap secara langsung dengannya.
Jaehyun berjalan perlahan-lahan mendekati Lee Know dengan wajah yang tenang. "Apa awak buat kat sini?"
"Ah... Tak ada apa-apa." Lee Know memandang sekeliling cuba mencari alasan. "Saya cuma jalan-jalan sambil menghirup udara segar je."
"Tapi rasanya agak bahaya jalan kat hutan ni seorang diri." Jaehyun mengangkat bahunya.
"Kenapa pula?" Lee Know mengerutkan dahinya.
"Nanti ada apa-apa." ujar Jaehyun sambil memandang sekeliling. "Kita pun tak tahu apa bahaya yang ada. Susah nanti."
Lee Know hanya tersenyum mengangguk-angguk kemudian memandang lelaki itu. "Bagaimana dengan awak? Apa awak buat kat sini?"
"Saya baru je selesai berlatih pedang dan memanah tadi." jawab Jaehyun selamba tetap dengan senyuman manisnya.
Lee Know hanya mampu mengangguk-angguk tanda faham. Mereka mula berjalan beriringan.
"Jadi, Lee Know..." Jaehyun memandang lelaki itu. "Kamu semua memang dah berkawan lama ke?"
"Ah... Tak juga." jawab Lee Know tanpa bertanya siapa yang lelaki itu maksudkan dengan 'semua'. Dia tahu jawapannya kerana hanya mereka yang datang ke situ secara berkumpulan. "Kami datang dari tempat yang berlainan semuanya."
Jaehyun mengangguk-angguk tanda faham kemudian mengerutkan dahinya. "Habis tu macam mana kamu berjumpa?"
"Panjang ceritanya." Lee Know menarik nafas panjang sambil mengangkat bahu. "Kalau saya cerita nanti awak tak faham pula jalannya. Boleh buat buku cara pertemuan kami ni. Lagipun... Saya sendiri pun tak berapa faham sebenarnya cerita ni macam mana. Jadi nak ceritakan tu tambah rumit lah."
Jaehyun hanya tersenyum mendengar kata-kata Lee Know.
"Nampaknya awak memang hebat bermain pedang dan memanah." puji Lee Know sambil memandang pedang dan busur panah yang berada di tangan lelaki itu dengan senyuman sinis tanpa apa-apa makna.
"Ah..." Jaehyun segera tersengih. Mukanya kelihatan merah padam jelas menunjukkan dia tidak begitu biasa dengan pujian dan ia agak senang untuk dilihat kerana kulitnya yang putih. "Tak adalah. Kawan awak tu pun apa kurangnya. Dia hampir je kalahkan saya waktu tu."
Lee Know hanya mampu tersenyum. Sebenarnya dia juga baru tahu Taeyong mempunyai kelebihan seperti itu.
"Dia memang pandai bermain pedang dan memanah ke?" tanya Jaehyun memandang lelaki berwajah bosan itu.
"Ya kot. Saya tak pasti sangat." jawab Lee Know sambil mengangkat bahunya. "Sebab kami berkawan belum lama sangat. Kalau awak nak tahu... Awak tanya kat Yuta je. Budak rambut perang tu. Dia lebih kenal dengan Taeyong berbanding kami."
Jaehyun hanya mengangguk-angguk. Tiba-tiba sahaja, satu dentuman jelas kedengaran menyebabkan Lee Know dan Jaehyun menoleh pantas. Satu lembaga berkelubung yang muncul entah dari mana merempuh Lee Know dengan kuat menyebabkan kedua-dua mereka jatuh terbaring di tanah.
"Arghhh!!!!" Lee Know mengerang kesakitan.
________________________________________
Bersambung~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top