Chapter 11 - The Incomplete Power [Part 2]

BAB 11 - KUASA YANG TIDAK LENGKAP [PART 2]




Taeyong segera turun dari pentas itu dan berjalan semula menuju ke arah kawan-kawannya. Sekurang-kurangnya, perasaan malunya akibat kalah bermain pedang tadi sudah hilang. Semua orang mula bergembira di pesta itu untuk menyambut pencapaian mereka pada bulan itu.

"Yuta..." Taeyong berjalan mendekati lelaki itu ketika semua orang sibuk dengan majlis itu sambil memandang sekeliling. "Macam mana kita nak cari Huruf dikalangan orang ramai ni?"

"Saya pun tak tahu." Yuta hanya mengangkat bahunya sambil cuba memerhatikan setiap orang yang ada di situ. Dia kini sibuk mengunyah roti yang di ambilnya dari meja makan.

Mark dan Lee Know pula sudah beredar sebentar tadi untuk pergi memerhati kawasan sekeliling tempat itu jika ada tanda-tanda yang mencurigakan. Jungwoo dan Hyunjin sedang berbual dengan Changbin dan Sungmin. Mereka cuba mencungkil rahsia daripada kedua-dua lelaki itu jika ada apa-apa yang pelik pernah berlaku.

"Saya pergi ambil makanan dulu." ujar Taeyong kemudian mendekati meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai hidangan itu. Yuta pula masih sibuk makan tidak mempedulikan orang lain. Dia kini merasa nikmat makanan yang sedap itu.

"Nak roti bakar?"

Taeyong tersentak kemudian menoleh pantas. Pinggan yang dipegangnya hampir terlepas dari tangan. Jaehyun kini sedang berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan roti bakar pada lelaki itu dan mengukir senyuman manis pada wajahnya.

Taeyong segera mencapai roti itu dalam keadaan sedikit teragak-agak dan berdehem tanpa sebab. "Terima kasih."

"Kita belum sempat berkenalan lagi kan..." ujar Jaehyun sambil menggigit roti bakar yang berada ditangannya. "Saya Jaehyun."

"Taeyong."

Jaehyun hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Hebat juga awak bermain pedang ya."

"Hebat??" ulang Taeyong sambil menggolekkan bebola matanya. "Saya tetap dah kalah pun kan."

Jaehyun hanya tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Sebenarnya awak dah hampir menang pun."

Taeyong tidak membalas sebaliknya sibuk mengambil seberapa banyak makanan yang boleh diambilnya.

"Bagaimana dengan memanah tadi?" Jaehyun bersuara lagi. "Nampaknya banyak perkara yang awak mahir."

"Tak ada lah." balas Taeyong.

"Agak mengagumkan bagi seseorang yang tidak berasal dari kampung ni." ujar Jaehyun.

Taeyong berhenti seketika kemudian memandang lelaki itu. Ini adalah kali pertama dia dapat merenung dengan jelas wajahnya. "Awak memang dilahirkan kat kampung ni ke? Memang asal dari sini?"

Jaehyun mencapai kekacang yang berdekatan lalu menyuap ke dalam mulutnya sambil memandang sekeliling. "Bukan. Saya bukan berasal dari sini."

Taeyong membesarkan matanya. "Habis tu?"

Lelaki itu kembali memandangnya. "Saya terjumpa tempat ni sama macam awak dan kawan-kawan awak."

"Daripada website?" Taeyong masih lagi memandang lelaki itu dengan mata yang dibesarkan.

Jaehyun mengangguk-angguk. "Saya tinggal dengan ibu saya sejak kecil tanpa sesiapapun sehinggalah saya berusia lima belas tahun, ibu saya meninggal dunia." Dia kembali mencapai roti bakar dan menggigitnya sebelum memandang Taeyong. "Saya yakin saya tak boleh berjaya di sekolah. Jadi saya buat keputusan untuk berhenti. Masa saya terbaca pasal tempat ni... Saya buat keputusan untuk melawat je. Saya nak merantau. Cari kehidupan yang baru dan sesuai dengan saya."

"Dan awak putuskan untuk tinggal di sini?" teka Taeyong walaupun sudah tahu apa jawapannya.

"Ya." Jaehyun menarik nafas panjang. "Saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Penerimaan mereka pada saya sangat baik dan saya buat keputusan untuk menjadi orang dalam kalangan mereka."

Taeyong mengangguk-angguk masih dalam keadaan terkejut. Dia benar-benar menyangka bahawa Jaehyun sememangnya berasal dari sana.

"Aaaaaaaaaaa!!!!!"

Serentak semua orang terkejut. Sorakan dan nyanyian yang bergema sebentar tadi segera terhenti. Terdengar satu jeritan dari segenap arah yang tidak dapat dipastikan. Taeyong pantas memandang sekeliling kemudian meletakkan pinggan yang dipegangnya itu sebelum berlari ke belakang tapak perkhemahan di situ bagi mengejar arah datangnya bunyi jeritan tadi. Jaehyun yang kelihatan bingung turut menyusulnya untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Apabila mereka sampai ke belakang tapak perkhemahan itu, orang ramai sudah mula berkerumun sambil bercakap-cakap. Seorang perempuan kini sedang melutut di atas tanah dalam keadaan terkejut dengan menekup mukanya. Dia menuding terketar-ketar ke arah satu lembaga berkepala bulat.

Taeyong tersentak melihat lembaga itu kemudian memandang Yuta yang sememangnya sudah berada di situ ketika dia sampai. Mark, Lee Know, Hyunjin dan Jungwoo turut kebingungan memandang keadaan itu.

"Apa dah berlaku?" tanya Mark mendekati perempuan itu.

"Saya nak balik ke khemah untuk mengambil barang." jawab perempuan itu agak teresak-esak. "Tapi saya hairan ada sesuatu yang berwarna hitam bergerak-gerak menuju ke sini. Jadi saya pun ke belakang ni untuk melihat. Bila saya tengok, benda tu sudah berada di situ."

Taeyong segera berjalan mendekati Yuta sambil mengerutkan dahinya. "Apa yang dah berlaku?"

"Tak tahu." Yuta mengangkat bahunya turut berkerut lalu mendekati lembaga berkepala bulat yang tidak sudah tidak sedarkan diri itu. Cecair yang menggelikan keluar mengalir dari badannya. Yuta mencabut satu anak panah keperakan dari perut mayat itu kemudian memandang Taeyong yang hanya membalas pandangannya dengan mata yang dibesarkan.



***



"Kamu rasa apa yang dah berlaku sebenarnya?" Mark menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian itu sambil memandang orang yang ada di situ satu-persatu dengan dahi berkerut.

Mereka semua kini sedang berkumpul di dalam khemah mereka dalam keadaan yang agak tegang. Hyunjin turut berada di situ bagaimanapun dia hanya dibenarkan berdiri berdekatan dengan pintu atas arahan Yuta. Mereka semua masih lagi memikirkan kejadian yang baru berlaku itu. Menurut penduduk kampung, ia bukan kali yang pertama. Malah, perkara itu sudah pernah berlaku sebelum ini tetapi tiada siapa yang tahu apa punca dan sebabnya.

"Pelik." Mark bersuara lagi setelah soalannya tadi tidak dijawab. "Kamu rasa makhluk tu diserang oleh siapa?"

"Huruf lah." Jungwoo menjawab selamba. "Siapa lagi."

"Tapi kenapa makhluk tu tak hancur jadi cecair?" Mark memandang Jungwoo dengan mata yang sedikit dibesarkan. Jungwoo terdiam serta-merta tidak menjawab. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"Betul juga." Lee Know mencelah sambil berfikir. "Sebelum ni kalau kita bunuh makhluk tu dengan kuasa kita... Mesti ia akan hancur jadi cecair yang menggelikan tu. Tapi kali ni tak pula."

Semua kini baru tersedar mengenai perkara itu. Memang benar apa yang mereka katakan. Kenapa makhluk yang mereka jumpa itu hanya menjadi keras dan tidak hancur seperti apa yang berlaku sebelum ini?

"Sebab kuasanya lain sikit."

Serentak semua orang menoleh memandang ke arah Taeyong yang dari tadi asyik meneliti anak panah keperakan yang dicabut dari badan makhluk yang mereka jumpa itu dengan mata tajamnya.

"Apa maksud awak?" Lee Know merenung lelaki itu pelik.

Yuta tersentak tiba-tiba ketika memandang anak panah itu seperti baru tersedar akan sesuatu. "Jangan cakap yang—"

Taeyong hanya mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang seolah-olah tahu apa yang lelaki berambut perang itu hendak katakan.

"Apa?" Jungwoo mendesak kebingungan kerana ingin tahu. "Apa yang kami tak tahu ni?"

Lee Know, Mark dan Hyunjin turut memandang Yuta dan Taeyong silih-berganti. Ingin tahu apa yang mereka berdua tahu.

"Sebab kuasa Huruf yang ada di sini belum lengkap." selamba Taeyong bersuara dengan nada mendatar.

"Belum lengkap??!" Ulang mereka semua hampir serentak.

Taeyong hanya mengangguk-angguk. "Kuasanya hanya separuh setakat ni. Separuh lagi dia belum jumpa."

"Belum jumpa??" Mark memandang Taeyong agak hairan. "Ada juga kuasa macam tu ke?"

"Ya." Yuta mencelah. "Satu-satunya kuasa yang ada penggabungan. Kuasanya boleh bergabung dengan orang lain."

"Bergabung??" ulang Jungwoo pula. "Kuasanya boleh bergabung. Tapi dengan kuasa siapa??"

"Kuasa saya."

Serentak semua orang memandang Taeyong agak tercengang dengan mulut ternganga. "Kuasa awak??!!"

Taeyong hanya mengangguk tenang sambil menarik nafas panjang.

"Tapi awak tu kan ada banyak kuasa." Jungwoo bersuara lagi. "Kuasa awak yang mana satu awak maksudkan?"

"Kuasa utama saya." beritahu Taeyong. "Kuasa petir."

"Bagaimana pula kuasa tu boleh digabungkan dengan awak?" Mark mengerutkan dahinya.

Taeyong segera memandang anak panah yang berada ditangannya itu. "Melalui anak panah ni."

"Taeyong boleh salurkan kuasanya pada anak panah tu." Yuta bersuara apabila melihat wajah mereka masih berkerut.

"Macam mana boleh—"

Kata-kata Lee Know terhenti apabila melihat anak panah yang dipegang oleh Taeyong kelihatan terang berwarna perak dengan urat-urat seperti kuasa elektrik menyelaputinya. Semua orang tercengang serta-merta. Kuasa petir Taeyong kini menyelaputi anak panah itu.

"Wuoh..."

Taeyong menghentikan semula kuasanya kemudian meletakkan anak panah itu di atas katil betul-betul di sebelahnya.

"Saya rasa makhluk tu datang cari Huruf di sini." beritahu Yuta. "Saya rasa mereka dah tahu ada seorang yang berada di sini."

"Kalau macam tu kita mesti bertindak dengan cepat!" ujar Jungwoo kini kelihatan bersemangat.

"Tapi nak bertindak macam mana?" tanya Hyunjin dengan dahi yang masih berkerut. Perkara itu amat rumit untuk difikirkan.

"Ya." sampuk Lee Know sambil mengangguk-angguk. "Kita masih belum jumpa petanda siapa orangnya."

"Satu-satunya benda yang kita tahu..." Mark memandang semua orang di situ. "Orang tu pasti dalam keadaan yang berjaga-jaga dan berhati-hati."

"Kenapa pula?" Tanya Lee Know dengan dahi yang berkerut.

"Sebab dia dah beberapa kali diserang dan masih mampu bertahan." jawab Mark selamba. "Maknanya dia faham keadaannya sekarang."

Lee Know mengangguk-angguk tanda faham. "Maknanya orang itu tahu yang dia sedang diburu."




________________________________


Bersambung~

Jangan lupa vote and comment ya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top