Chapter 11 - The Incomplete Power [Part 1]
BAB 11 - KUASA YANG TIDAK LENGKAP [PART 1]
Lee Know, Mark, Taeyong, Yuta dan Jungwoo duduk di dalam khemah mereka sambil berehat setelah makan malam bersama orang-orang kampung di situ yang sangat peramah. Mereka terlalu kenyang kerana asyik ditawarkan makanan dan tidak berani untuk menolak bagi menjaga hati mereka.
Mereka kini sedang melakukan hal masing-masing sebelum acara seterusnya bermula. Lee Know masih lagi bermain dengan telefon bimbitnya, Mark dan Taeyong pula hanya duduk berdiam diri kerana terlalu kenyang, manakala Jungwoo pula seperti tidak senang duduk. Dia tidak tahu hendak berbuat apa di situ.
Yuta pula masih sibuk mengemas kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja mereka pergi. Satu lagi daripada rantai berhuruf yang berada di dalam kotak keperakan itu musnah. Musuh mereka kini sudah menjumpai orang yang berhuruf 'P' dan mereka terlambat lagi.
Taeyong segera menghalakan tangan kanannya yang memang sudah menjadi tabiatnya sejak dulu lagi sebagai persediaan untuk apa-apa sahaja keadaan apabila langsir pintu khemah mereka diselak tiba-tiba.
"Wuoh! Bertenanglah." ujar Hyunjin agak ketakutan sambil mengangkat tangannya. "Ini saya lah."
"Jangan lah main buka macam tu je!" bentak Yuta.
"Maaflah." Hyunjin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Yuta.
"Dahlah tu, Yuta." Taeyong memandang lelaki itu sambil cuba mengisyaratkan supaya Yuta berlembut sedikit.
"Saya cuma nak beritahu yang mereka—"
Belum sempat Hyunjin menghabiskan kata-katanya, langsir pintu khemah itu diselak lagi. Changbin dan Sungmin muncul di situ dengan wajah yang berseri-seri.
"Yahh, jomlah! Malam ni ada pesta!" ajak Changbin dengan nada yang agak teruja dan senyuman lebarnya.
"Pesta??" Ulang mereka semua serentak kecuali Hyunjin yang hanya memandang mereka silih-berganti.
Changbin hanya mengangguk-angguk. "Jom!"
Kesemua mereka berpandangan seketika bagaimanapun tidak membantah. Serentak Mark, Lee Know, Yuta, Taeyong dan Jungwoo bangun dari katil masing-masing lalu keluar dari khemah itu dan memandang sekeliling. Kelihatan suasana di luar itu riuh rendah dengan gelak tawa, nyanyian dan sebagainya.
"Patutlah bising sangat dari tadi." ujar Lee Know sambil memandang suasana di luar khemah itu.
"Acara apa pula ni?" Mark menggumam dengan suaranya hampir ditenggelami oleh keriuhan itu.
"Ia memang diadakan setiap awal bulan." beritahu Changbin dengan wajah yang bersinar-sinar.
"Untuk apa?" Tanya Mark lagi.
"Tiba masanya untuk acara wajib pesta ini... Acara memanah!!" lelaki yang menjadi pengadil semasa perlawanan pedang tadi bersuara dari satu pentas menyebabkan soalan Mark terbiar begitu sahaja. "Kita persilakan wira kampung kita iaitu Jaehyun untuk memanah lima biji buah epal yang di sediakan."
Kelihatan Jaehyun, lelaki yang menjadi pemenang perlawanan main pedang siang tadi berjalan naik ke atas pentas itu dengan senyuman manis dan sopan. Semua orang mula bersorak-sorak seolah-olah akan diadakan satu perlawanan lagi di situ seperti perlawanan siang tadi.
Jaehyun mencapai busur panah yang diletakkan di tengah-tengah pentas itu dan mencapai satu anak panah sebelum melepaskannya tempat ke arah epal yang berada di atas sebatang kayu dan paling hujung sebelah kanan dalam kedudukan lima biji epal itu. Anak panah itu kena tepat pada sasarannya. Kedengaran semua orang bersorak dan menjerit yang amat membingitkan telinga.
"Awak rasa dia lebih hebat memanah dari awak ke?" bisik Yuta kepada Taeyong dengan nada menyakat.
"Memanah pun dia pandai ke?" Mark mencelah dengan nada tidak percaya sambil merenung Taeyong tercengang.
"Yuta... Jangan nak mengada-ngada boleh tak?!" bentak Taeyong. Dia tidak mahu Yuta mengenakannya seperti siang tadi. Tidak pasal-pasal tangannya terasa sakit kerana dipulas.
Jaehyun mengambil satu lagi anak panah dalam keadaan yang tenang lalu menembak ke arah epal yang berada di hujung sebelah kiri itu. Seperti tadi juga, ia kena tepat pada sasarannya.
"Dan untuk epal yang terakhir... Seperti biasa, Jaehyun akan memilih seseorang untuk menembaknya." ujar lelaki tua yang menjadi pengacara itu lagi sambil memandang Jaehyun sebagai arahan.
"Apa pula acara tu?" Jungwoo memandang Changbin.
"Ia memang begitu. Jika orang yang Jaehyun pilih tu akan dapat menembak tepat ke arah epal yang terakhir tu, maknanya nasib kampung pada bulan ni akan jadi lebih baik dari sebelumnya." terang Changbin dalam keadaan mendongak kerana Jungwoo lebih tinggi daripadanya.
"Macam mana kalau tak dapat?" Celah Lee Know pula sambil mengerutkan dahinya kerana pertama kali mendengar semua itu.
"Kami akan mengalami beberapa masalah." jawab Changbin selamba dengan senyumannya yang langsung tidak pernah hilang. "Ia memang betul. Setakat ni tak pernah ada orang yang berjaya menembak epal itu dengan tepat selain Jaehyun. Ia memang macam tu setiap bulan jadi tak hairanlah."
Serentak mereka semua menggelengkan kepala mendengar teori yang bagi mereka sangat mengarut bagaimanapun tidak memberi sebarang komen sebagai tanda menghormati perkara itu. Ini adalah perkara yang baru dan sangat menarik untuk dijadikan sebagai pengetahuan dan bukannya ikutan.
Jaehyun kini sudah mula turun dari pentas dan berjalan ditengah-tengah orang ramai yang ada di situ dengan wajah yang amat tenang dan berkeyakinan seolah-olah sudah tahu kepada siapa panah terakhir itu akan diserahkan. Orang ramai pula sudah mula menjerit-jerit meminta diri mereka untuk dipilih dengan penuh harapan. Mereka juga menanti dengan perasaan teruja tentang siapa yang akan terpilih.
Apa yang menghairankan, lelaki itu kini sedang berjalan menuju ke arah Yuta dan kawan-kawannya.
"Rasa macam tak sedap hati lah pula." Taeyong menggumam mula berasa kurang senang sambil cuba memandang ke tempat lain. Dia dapat merasakan perlawanannya bersama lelaki itu siang tadi akan mempengaruhi segala-galanya.
Ternyata ramalan lelaki itu sangat tepat. Jaehyun kini berhenti di hadapan Taeyong sambil menghulurkan anak panahnya yang terakhir pada lelaki itu dengan senyuman manis di bibirnya yang tidak dapat dipastikan sama ada ia bertujuan untuk menyindir atau ada muslihat yang lainnya.
Semua orang agak terkejut bagaimanapun segera bersorak membuatkan lelaki itu semakin kurang senang. Taeyong memandang kawan-kawannya yang lain sambil cuba mengatakan 'Kan saya dah kata!' kepada mereka lalu mendengus kuat. Dia segera mencapai anak panah itu dengan rasa berat hati sebelum Jaehyun menariknya naik ke atas pentas. Sorakan daripada orang ramai pula semakin kuat dan membingitkan.
"Apa yang akan jadi nanti?" Jungwoo bersuara agak risau sambil memandang Taeyong juga penuh harapan seperti orang kampung di situ.
"Jangan risaulah." selamba Yuta bersuara sambil tersenyum sinis. "Percaya je pada Taeyong.
"Lelaki tampan itu mencapai busur panah yang berada di atas pentas itu lalu meletakkan anak panah yang dipegangnya tadi pada busur itu dalam keadaan yang tenang bercampur geram. Jaehyun hanya berdiri di sebelahnya sambil memerhatikan setiap pergerakan lelaki itu. Semua orang pula menanti dengan cemas kerana mengikut kepercayaan mereka, nasib mereka bergantung pada benda itu.
Taeyong hanya berdiri dengan selamba. Dia tidak segementar ketika dia hendak berlawan pedang dengan Jaehyun siang tadi. Dia segera menghalakan anak panah itu ke arah epal yang terakhir iaitu epal yang terletak ditengah-tengah di antara lima biji epal tadi. Taeyong menutup mata kirinya bagi menentukan sasarannya lalu melepaskan anak panah itu tanpa berfikir panjang.
Semua orang menanti dengan cemas. Taeyong pula hanya berdiri selamba dengan wajah yang serius. Apa yang mengejutkan mereka, anak panah itu terkena tepat pada epal yang terakhir itu menyebabkan semua orang bersorak kegembiraan. Lelaki tampan itu segera menarik nafas lega. Jaehyun pula hanya tersenyum seolah-olah tahu perkara itu adalah hasilnya.
"Wah! Hebatnya!" Hyunjin hampir menjerit kerana teruja seolah-olah nasibnya juga bergantung pada benda itu.
"Kan saya dah cakap tadi." Yuta bersuara selamba sambil tersenyum puas dengan lagak seorang jurulatih yang bangga dengan anak muridnya.
Taeyong segera turun dari pentas itu dan berjalan semula menuju ke arah kawan-kawannya. Sekurang-kurangnya, perasaan malunya akibat kalah bermain pedang tadi sudah hilang. Semua orang mula bergembira di pesta itu untuk menyambut pencapaian mereka pada bulan itu.
___________________________
Bersambung~
Jangan lupa vote and comment ya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top