Chapter 10 - Swords Battle [Part 2]

BAB 10 - LAWAN PEDANG [PART 2]








"Dah. Jom tukar!" ujar Lee Know agak bersemangat langsung tidak berminat mengenai perbualan ketiga-tiga lelaki itu.

Tidak berapa lama kemudian, mereka semua selesai menukar pakaian yang diambil dari katil masing-masing. Pakaian itu seperti pakaian 'kungfu' yang digunakan oleh orang-orang Cina yang berlakon dalam filem.

Mereka memakai seluar berwarna putih dengan baju berwarna putih sama di bahagian dalam dan memakai satu jubah panjang tidak sampai ke paras lutut yang seakan-akan pakaian tradisional Jepun iaitu kimono kerana ia ada tali dipinggang yang perlu diikat di pinggang mereka supaya jubah itu tidak terbuka. Mereka juga turut memakai kasut but lembut berwarna hitam juga diikat dengan tali yang diperbuat daripada kain.

"Kita nak berkungfu ke apa ni?" Taeyong memandang pelik dirinya sendiri apabila memakai baju itu.

"Payahnya nak pakai baju ni." rungut Yuta dengan muka bengis dan bercekak pinggang. "Banyak sangat lapisnya."

Mark tidak memberi apa-apa komen dan masih berusaha memeriksa bajunya jika dipakai dengan betul. Lee Know dan Jungwoo pula agak teruja dengan pakaian yang mereka tidak pernah temui sebelum ini.

Warna baju yang mereka pakai semuanya berbeza. Yuta memakai jubah berwarna hitam, Taeyong pula memakai jubah berwarna keperakan, Mark memakai jubah berwarna kelabu, Lee Know pula memakai jubah berwarna perang, manakala Jungwoo memakai Jubah berwarna coklat. Hyunjin memakai jubah berwarna hitam sama macam Yuta. Di tangan mereka telah dililit satu kain berwarna putih dengan kemas seolah-olah mereka akan berlawan menggunakannya.

Perlahan-lahan mereka semua berjalan ke luar dari khemah itu setelah semua orang sudah selesai. Baru mereka perasan semua jenis baju yang dipakai oleh orang-orang di situ sama dengan baju yang mereka pakai sekarang ini termasuk baju yang dipakai oleh Changbin dan Sungmin.

"Di sini kamu kena pakai ni kat kepala." Sungmin menghulurkan sehelai kain pengikat kepala mengikut warna jubah mereka. "Ikat kat dahi."

Semua mereka mencapai kain itu lalu mengikat di sekeliling kepala mereka di bahagian dahi dengan teruja. Mereka semua segera berjalan beriringan menyusul Changbin dan Sungmin.

"Kegiatan apa yang kamu lakukan di sini?" tanya Mark dengan dahi berkerut memandang sekeliling.

"Kami menjalankan aktiviti sama seperti orang lain." jawab Changbin. "Seperti bercucuk tanam... Memotong kayu dan sebagainya."

Taeyong dan Yuta berpandangan seketika. Serta-merta kampung mereka muncul dalam ingatan kerana aktiviti yang dilakukan adalah sama seperti itu.

"Kami juga ada sukan tersendiri." sampuk Sungmin.

"Sukan??" Ulang mereka semua hampir serentak kerana ingin tahu apa jenis sukan yang mereka lakukan di tempat seperti itu.

Sungmin hanya mengangguk-angguk. "Tapi sukan-sukan kami amat berbeza. Sukan kami adalah satu jenis latihan yang memerlukan kami untuk menggunakan senjata. Lebih kepada seni mempertahankan diri."

"Senjata??" Jungwoo membesarkan matanya.

Changbin hanya mengangguk-angguk tanpa memandang mereka. "Kami berlatih bermain pedang, memanah..."

"Wuoh!" Lee Know agak teruja bagaimanapun suaranya segera ditenggelami oleh satu sorakan orang ramai yang kuat sedang berkumpul di satu tempat.

"Ia dah mula!" pekik Changbin agak teruja memandang mereka sebelum mula berlari. "Mari!"

Serentak mereka semua berpandangan seketika agak kebingungan bagaimanapun menyusul Changbin dan Sungmin yang berlari ke arah kumpulan orang ramai itu. Orang ramai di situ bersorak-sorak dengan perasaan teruja. Mereka kini cuba melihat apa yang ada di tengah-tengah bulatan orang ramai itu.

Terdapat dua orang lelaki yang sedang bertarung dengan menggunakan pedang berada di tengah-tengah itu yang mempunyai pagar tali membuatkan ianya menjadi seperti sebuah gelanggang.

Mereka berlawan dengan bersungguh-sungguh dan gigih sekali. Bunyi pedang yang asyik sahaja bertembung itu amat membingitkan telinga kerana ianya berdesing kuat tanpa henti.

"Ini adalah perlawanan yang paling terkenal di sini." bisik Changbin sambil matanya masih memandang ke arah dua lelaki yang sedang berlawan itu.

"Adakah..." Taeyong mengerutkan dahinya sambil merenung tajam pedang yang sedang digunakan oleh kedua-dua lelaki itu. Dia cuba meneliti dengan lebih tekun. "Itu adalah pedang yang asli?"

Changbin mengangguk-angguk masih dengan wajah teruja yang amat bersinar dan senyumannya. "Ya."

"Asli??" Taeyong kelihatan terkejut lalu membesarkan matanya. "Bagaimana kalau terkena dengan orang yang berlawan?"

"Tak akan." Sungmin mencelah tanpa mengalihkan pandangannya. "Sebab permainan ni ada peraturan. Awak kalah bukan sebab tercucuk pedang tapi sama ada pedang awak terlepas dari tangan atau pihak lawan dah halakannya pada pada awak tanpa awak dapat melakukan apa-apa lagi."

Taeyong hanya mampu mengangguk-angguk kembali memandang perlawanan itu. Kawan-kawannya yang lain kini sudah fokus menonton perlawanan itu kerana ia adalah satu perkara yang baru dan belum pernah dilihat betul-betul di hadapan mata. Mereka hanya melihat pada filem atau wayang barat.

"Siapa lelaki yang berkulit putih tu?" tanya Mark dengan matanya masih merenung lelaki yang dimaksudkannya itu.

"Itu Jaehyun." jawab Changbin dengan senyuman yang semakin lebar. "Dia adalah orang yang paling mahir dalam permainan pedang di sini. Tak pernah ada orang dapat kalahkan kehebatannya. Dan dia juga sangat kacak!!"

Yuta dan Taeyong serentak menoleh memandang Changbin yang kini sedang tersipu-sipu sambil tersenyum memandang lelaki yang sedang bermain pedang itu. Mark dan Lee Know hanya menggelengkan kepala, manakala Jungwoo dan Hyunjin langsung tidak mempedulikan apa yang mereka sedang bualkan dari tadi. Mereka berdua sedang asyik menonton perlawanan pedang itu dengan mulut ternganga.

"Hebat betul lah lelaki tu!" puji Jungwoo agak bersemangat dengan keadaan bertepuk tangan.

Perlawanan kini sudah tamat. Kemenangan tetap berpihak kepada lelaki yang bernama Jaehyun itu. Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap masih menggenggam erat pedang yang dipegangnya.

"Ada sesiapa lagi yang nak berlawan??!" jerit seorang lelaki yang berada di tengah-tengah itu dan menjadi pengadil sejak dari tadi. "Ada tak??!"

Tiada apa-apa sahutan daripada penonton. Lelaki itu segera berputar dan memandang semua orang untuk melihat jika ada yang menawarkan diri. "Ada tak??!"

"Ada!!"

Keriuhan tempat itu disebabkan orang ramai yang bersorak sambil bercakap tadi tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semua mata kini tertumpu ke arah Yuta yang sedang mengangkat tinggi tangan kanannya.

"Yuta, awak dah buang tebiat ke?" Jungwoo bersuara separuh berbisik sambil membesarkan matanya.

Mark, Hyunjin dan Lee Know turut memandang lelaki itu dengan fikiran yang ragu-ragu jika dia masih waras lagi. Taeyong hanya merenung lelaki itu tajam. Seolah-olah tahu apa yang sedang difikirkannya.

"Awak.....?" pengadil itu agak kehairanan melihat Yuta sambil mengerutkan dahinya. Jaehyun juga kelihatan terkejut.

"Ya..." Yuta tersenyum lalu menurunkan tangannya. "Bukan saya sebenarnya. Tapi dia."

Tidak semena-mena Yuta memegang bahu Taeyong. Semua orang kini mengalihkan pandangan mereka ke arah lelaki berwajah tampan itu.

"Yahh!!" Taeyong menepis kasar tangan Yuta. Dia sudah agak lelaki itu akan menuding jari kepadanya.

"Awak pergilah lawan dia." bisik Yuta sambil tersenyum.

"Awak dah gila?!!" Taeyong membentak secara perlahan kerana semua mata kini memandang ke arah mereka. Ingin saja dia menumbuk muka lelaki itu sehingga cedera supaya dia tidak melihat lagi senyuman sinisnya.

"Lawan je lah. Saya nak tengok siapa lebih hebat."

Belum sempat Taeyong membalas kata-kata Yuta, pengadil itu sudah mencengkam bajunya agak kuat. Dia terus sahaja ditarik ke tengah-tengah gelanggang. Semua orang mula bersorak lagi bukan kerana dia akan berlawan. Tetapi kerana perlawanan akan berlangsung sekali lagi. Jungwoo, Mark, Lee Know dan Hyunjin hanya tercengang memandang Taeyong agak simpati dengan mulut ternganga.

Pengadil itu menghulurkan sebilah pedang kepada Taeyong. Lelaki itu hanya memandang kawan-kawannya meminta pertolongan walaupun tahu tiada gunanya kemudian menyambut pedang itu dengan perasaan yang masih ragu-ragu. Ia sedikit berat. Taeyong dapat mengesahkan ianya pedang yang asli.

"Yuta, apa awak buat??" bisik Mark agak risau.

"Ini tentunya perlawanan yang hebat." Yuta bersuara agak teruja.

"Tapi—"

"Sedia!!"

Belum sempat Mark menghabiskan kata-katanya, jeritan pengadil tadi membuatkan dia memandang ke gelanggang itu semula.

"Mula!!"

Taeyong dan Jaehyun berpandangan antara satu sama lain tanpa sebarang pergerakan. Buat seketika, Taeyong dapat merasakan yang dia akan mati di situ tidak lama lagi. Tidak pasti kenapa dia tidak membantah.

Jaehyun mula menyerang secara tiba-tiba menyebabkan Taeyong terkejut lalu terundur seketika bagaimanapun sempat mengelak membuatkan dia menarik nafas lega. Semua orang bersorak semakin bingit. Lee Know, Mark, Jungwoo dan Hyunjin seperti tidak sanggup untuk menonton lagi. Mereka tidak mahu mengetahui apa kesudahannya.

"Lawan balik. Jangan diam je." gumam Jaehyun yang hanya didengar oleh dia dan Taeyong.

Taeyong terkedu mendengar kata-kata lelaki itu buat seketika. Tidak semena-mena Jaehyun menyerang lagi. Kali ini dia dapat bertahan menggunakan pedang yang dipegangnya tanpa dia sedar dia melakukan itu kemudian menyerang balik menyebabkan Jaehyun terundur serta-merta.

"Wuoh!!" serentak Hyunjin, Lee Know dan Jungwoo tergamam. Mark hanya tercengang memandang Taeyong.

Jaehyun tersenyum apabila Taeyong membalas serangan itu. "Kali ni... Kita main betul-betul."

Taeyong sepertinya tidak lagi gentar ketika membalas senyuman lelaki itu. Dia segera teringat dengan zaman kanak-kanaknya di kampung. Mereka ada diajar bermain pedang dan itu adalah permainan yang paling digemarinya.

Jaehyun menyerang lagi. Begitu juga dengan Taeyong. Perlawanan kali ini amat sengit langsung tidak disangka. Kehebatan Jaehyun tiada tandingannya. Begitu juga dengan Taeyong. Masing-masing mengeluarkan kemahiran mereka dan langsung tidak mahu mengalah antara satu sama lain.

"Wuoh..." Mark kelihatan teruja.

Tiba-tiba sahaja tempat itu menjadi sunyi sepi. Sorakan dan jeritan yang tadinya bergema dengan kuat kini sudah hilang secara tiba-tiba. Semua mata terbeliak memandang Taeyong.

Lelaki itu telah berjaya menjatuhkan Jaehyun. Lelaki berkulit putih gebu itu sedang terbaring di tanah agak terpinga-pinga. Pedangnya terlepas tidak jauh darinya. Taeyong menghunuskan pedangnya tepat di dada lelaki itu sambil tercungap-cungap. Keadaan sunyi seketika seolah-olah masa sedang terhenti.

Tidak semena-mena Jaehyun mencapai pedangnya dengan pantas lalu berdiri semula yang tiada siapa dapat pastikan dia berjaya melakukan itu. Dia menepis kuat pedang Taeyong. Lelaki itu yang dalam keadaan terkejut tidak dapat berbuat apa-apa.

Pergerakan Jaehyun terlalu pantas. Lelaki itu kini mencengkam lengan Taeyong lalu dipulaskan ke belakang dan meletakkan pedangnya tepat di leher lelaki itu. Taeyong tidak dapat berbuat apa-apa kerana pedangnya sudah berada ditangan lelaki itu. Dia kini hanya mampu mengangkat kedua-dua tangannya tanda dia sudah kalah.

"Perlawanan tamat!! Jaehyun menang!!" jerit pengadil itu.

Sorakan yang tadinya hilang kini kedengaran semula. Semua orang bertepuk tangan sambil bersorak dengan siulan yang bingit. Jaehyun melepaskan tangan Taeyong sambil memandang lelaki itu agak tercungap-cungap kepenatan.

Taeyong hanya meregang-regangkan otot tangan kanannya lalu mengembalikan pedang yang dipegangnya kepada pengadil tadi sebelum berjalan menuju ke arah kawan-kawannya semula dengan wajah yang kepenatan dan lemah.

"Taeyong! Tak sangka awak hebat bermain pedang!" puji Lee Know agak teruja.

"Ya!" sokong Hyunjin yang masih tercengang memandang lelaki itu. "Awak memang hebat!"

"Hebat apa. Dah kalah pun!" keluh Taeyong.

Yuta segera memegang bahu kawan baiknya itu. "Bertenanglah. Awak hampir dapat kalahkan dia juga pun."






________________________________________

A/n: Jaehyun in the house!!!!

Bersambung~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top