Chapter 1 - The Beginning [Part 3]

Taeyong mengangguk-angguk. "Huruf E dah mati."

Yuta mendengus perlahan sambil memandang ke hadapan. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan pada ketika itu melainkan menghidupkan enjin dan segera kembali kepada pemanduannya.

[RECAP]


BAB 1 - PERMULAAN [PART 3]





Taeyong keluar dari kereta itu apabila sampai ke destinasi yang mereka tuju sambil menyikut beg sandangnya dengan mata yang dikecilkan dan memandang sekeliling tempat asing itu. Setelah semalaman mereka mencari tempat yang diinginkan, akhirnya mereka tiba dengan selamat.

Keriuhan Kolej Sains Antarabangsa itu begitu hangat sekali. Ia terdiri daripada remaja yang mempunyai pelbagai ragam. Semua berada dalam kelompok masing-masing. Kaki gosip, orang-orang atlet, kelab muzik, pembuli dan macam-macam lagi.

Apa yang pasti, itu adalah sesuatu yang agak baru bagi kedua-dua lelaki itu. Satu budaya yang mereka belum pernah kenal lagi sebelum ini. Yang tidak pernah terlintas dalam hidup mereka.

"Lenguhnya badan!" Yuta mengeliat panjang setelah keluar dari dalam kereta itu kemudian menyandang begnya. Dia sempat lagi meregangkan otot lehernya dengan iringan bunyi tulang.

"Tak payah nak mengeluh." Taeyong menjeling tajam ke arah lelaki itu. "Saya yang pandu kereta ni."

"Eh, saya ada pandu juga tahu." Yuta cuba membela diri dengan wajah tanpa rasa bersalah.

"Setakat dua jam je??" Taeyong mengangkat keningnya sambil merenung lelaki itu agak geram.

Yuta hanya tersenyum kambing sambil menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal.

"Kata dia yang akan pandu." Taeyong mendengus sambil mengunci kereta itu. "Janji melayu betul. Dah, jom!"

"Nanti!"

Taeyong berhenti berjalan kemudian berpaling memandang Yuta dengan wajah letih melayan kerenah lelaki berambut perang itu.

"Kita jadi apa sekarang ni?" Tanya Yuta sambil berkerut.

"Kita kat kolej sekarang ni, Yuta." Taeyong menjawab dengan gigi yang diketap kuat cuba menahan marah. "Mestilah kita jadi pelajar. Nak apa lagi."

"Oh, tolonglah!!" bentak Yuta kelihatan tidak puas hati. "Perlu ke kita menyamar jadi pelajar lagi??"

Taeyong hanya mengangkat keningnya. "Habis tu?? Awak nak jadi apa?? Jadi pensyarah? Saya boleh daftarkan."

"Kan ada cleaner kat sini." ujar Yuta sambil memandang sekeliling. "Kenapa kita tak ambil pekerjaan tu je? Tak pun jadi tukang kebun. Ataupun sekuriti ke."

"Apa kata awak tutup mulut awak tu dan jalan sekarang!" bentak Taeyong kemudian terus berlalu pergi. Jika dia melayan lelaki itu, mereka akan bertengkar di situ selama sejam dan kemungkinan akan bergelut tidak sudah.

Yuta mendengus kuat kemudian menyusul Taeyong dari belakang agak pasrah dengan mulutnya kini sudah mula terkumat-kamit menyumpah seranah. "Saya benci belajar."

Kedua-dua lelaki itu melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan yang amat besar. Beberapa orang yang memakai baju agak kemas sedang sibuk ke hulu-hilir melakukan sesuatu yang langsung tidak difahami oleh mereka.

Yuta dan Taeyong hanya ternganga melihat keadaan itu. Masih belum biasa dengan perkara-perkara sedemikian. Ia kelihatan seperti sebuah pejabat. Hanya itu sahaja yang dapat mereka simpulkan.

"Boleh saya bantu?" Tanya seorang perempuan yang sedang duduk di sebuah kaunter berdekatan mereka.

"Oh..." Taeyong segera menuju ke kaunter itu disusuli oleh Yuta. "Kami pelajar baru di sini. Baru nak mendaftar."

"Oh, ada bawa borang tak?" Tanya perempuan itu lagi dengan kacamatanya yang hampir meleret ke bawah.

"Ada." Taeyong segera membuka beg yang disandangnya. Yuta yang berdiri di sebelahnya hanya memandang kebingungan tidak tahu hendak berbuat apa. Lelaki berwajah tampan itu terus sahaja menghulurkan dua helai borang yang sudah menjadi persediaan kepada perempuan itu bagi pihak dia dan Yuta.

"Baiklah... Kamu duduk dulu sementara saya proses pendaftaran dan susun jadual kamu." ujar perempuan pertengahan umur itu.

"Okey."

Kedua-dua mereka hanya mengangguk serentak kemudian duduk di sebuah kerusi berdekatan sambil memandang sekeliling.

"Suasananya jauh berbeza dengan di kampung kita kan." ujar Yuta masih memandang sekeliling. Dia memandang setiap perkara yang ada di situ dengan wajah yang pelik.

Taeyong mengangguk-angguk bersetuju.

"Tiba-tiba saja rindu dengan suasana di sana." sambung Yuta sambil mengeluh perlahan. "Dah lama kita tak balik memandangkan misi kita belum tercapai satu pun. Apa dah jadi agaknya?"

"Sabarlah." Taeyong bersuara lemah. "Kita ada kerja nak buat. Bukannya kita suka-suka tak nak balik."

"Siap!!"

Baru sahaja lelaki berambut perang itu membuka mulut untuk membalas, perempuan pertengahan umur yang berada di kaunter itu tadi sudah memanggil mereka. Taeyong dan Yuta segera bangun dari tempat duduk mereka agak kelam-kabut lalu segera mendekati kaunter itu semula.

"Ini jadual kamu." perempuan itu menghulurkan kepada mereka beberapa helai kertas yang mana Yuta hampir membuat riak wajah pelik apabila melihatnya. "Yang ini kunci loker kamu."

"Terima kasih." ucap Taeyong ketika mencapai kunci yang dihulurkan oleh wanita itu. Mereka segera meminta diri kemudian berjalan keluar dari situ.

Yuta segera merampas kunci berwarna keemasan yang sudah agak pudar dan berkarat itu dari tangan Taeyong ketika mereka sudah keluar dari pintu pejabat. Lelaki berwajah tampan itu tidak berkata-apa-apa sebaliknya hanya membiarkan sahaja. Dia kini sedang sibuk meneliti jadual yang diberikan kepada mereka sebentar tadi.

"Okey... Awak ada idea tak kat mana nak cari loker ni?" tanya Yuta sambil memandang lelaki di sebelahnya itu.

Taeyong hanya mampu mengangkat bahunya sambil memandang sekitar kawasan kolej itu yang buat pertama kali dia melihat dalam hidupnya.

"Habis tu macam mana kita nak jumpa pula?" Yuta merenung Taeyong. Dia kelihatan tidak sabar. "Takkan nak guna peta pula nak cari loker ni je."

Taeyong merenung Yuta tajam. Mahu saja dia mengetuk kepala lelaki itu bagaimanapun cuba ditahan. "Kan ramai orang kat sini. Pergi lah tanya. Awak nak mengomel kat saya ni tak akan menyelesaikan masalah."

Yuta segera memandang sekeliling cuba mencari seseorang yang boleh ditanya. Dia kemudiannya menahan seorang lelaki yang agak tinggi dan juga memakai kacamata hitam yang baginya tidak patut digunakan di tempat seperti itu dan berjalan dengan megah di hadapan mereka.

"Er... Hai, hello. Tumpang tanya. Boleh beritahu kami tak di mana bahagian loker kat sini?"

Lelaki itu menurunkan kacamata hitamnya sedikit bagi memudahkan dia memandang Yuta dari atas ke bawah. Kemudian, dia memandang dua orang lagi rakannya yang berdiri dengan lagak seperti pengawal di kiri dan kanannya sekali imbas lalu memandang Yuta semula. "Kamu student baru ke?"

"Ya." jawab Yuta ceria sambil tersenyum lebar yang jelas sedang dibuat-buat bagi menunjukkan bahawa dia amat senang berkawan tanpa mengetahui jawapannya itu akan membawa padah kepadanya.

Lelaki itu tersenyum sinis kemudian mengembalikan semula kacamata hitamnya ke tempat asal. "Loker terletak di hujung bangunan ini. Awak naik ke tingkat paling atas dan awak akan jumpa di sana."

"Terima kasih." ucap Yuta masih tersenyum ceria yang mana Taeyong hampir termuntah melihat lelaki itu tersenyum seperti itu.

"Jom!" Yuta mengisyaratkan Taeyong menyusulnya dan terus beredar. Senyuman yang dibuat-buatnya tadi sudah hilang serta-merta. Dia juga tidak tahu kenapa dia berbuat seperti itu. Taeyong pula hanya menyusul tidak membantah.

Mereka melangkah naik ke sebuah tangga yang terletak di bahagian paling hujung bangunan itu seperti yang dicakapkan tadi. Kawasan itu agak lengang tidak seperti tempat-tempat yang mereka lalui tadi.

Mereka terus sahaja mendaki tangga itu satu-persatu tanpa berfikir apa-apa. Tempat itu agak jauh dari yang mereka sangkakan menyebabkan mereka mula bernafas laju. Mereka juga sudah tidak pasti di tingkat berapa mereka berada saat ini. Mereka sudah tidak mampu untuk mencari tahu.

"Tingkat berapa dia cakap tadi?" Tanya Yuta yang berhenti kepenatan sambil tercungap-cungap. Dia cuba mengembalikan pernafasannya yang kini terasa sudah tersangkut di dadanya.

"Dia cakap kat tingkat paling atas." Taeyong turut berhenti kepenatan. Matanya seperti tidak dapat dibuka lagi. Hatinya sudah mula tidak sedap. Ingin sahaja dia berpatah balik atau berhenti untuk menaiki tangga itu.

"Dah, jom!" Yuta menggagahkan dirinya melangkah lagi. Taeyong hanya menyusulnya sambil mendengus kuat. Buat seketika, dia merasa ingin berputus asa untuk mencari di mana loker itu diletakkan.

"Sampai pun!" Yuta tersenyum lega dengan nafasnya masih tertahan-tahan bagaimana pun tercengang dan terhenti serta-merta apabila terpandang satu-satunya pintu yang ada di situ. Jantungnya kini terasa seolah-olah hendak meletup. Kemarahannya kini terasa membuak-buak seperti api yang sedang bergelegak di kepalanya.

Taeyong yang sampai beberapa saat selepas itu agak bingung melihat Yuta yang hanya berdiri kaku. Dia turut memandang ke arah pintu yang berada di situ di mana lelaki berambut perang itu sedang pandang.

"Ah!!" bentak Taeyong kemudian bersandar di dinding akibat kepenatan. Dia sudah tidak larat lagi untuk ke mana-mana. Yuta masih lagi merenung pintu itu yang ada tertulis papan tanda, 'AWAS! MUDAH MELETUP!' di situ. Ia adalah tempat di mana saluran utama kabel elektrik tempat itu terletak. Tidak hairan lah ia disimpan di tempat tinggi seperti itu kerana ia agak berbahaya.

"Saya tak nak cari loker ni lagi dah." Taeyong bersuara sambil memejamkan mata dengan kepala yang disandarkan pada dinding. Ingin sahaja dia melelapkan matanya di situ tanpa memikirkan apa-apa lagi.

"Ini dah melampau." gumam Yuta cuba mengawal kepalanya yang dirasakan kini sedang berasap. Badannya terasa panas seolah-olah dia terkena jangkitan demam panas yang agak tinggi.

"Nasib baik mereka tak suruh kita cari kat bandar sebelah." ujar Taeyong tersengih sendiri kerana berjaya dikenakan oleh lelaki tadi. Entah kenapa dia merasakan dirinya terlalu lurus.

Siapa yang nak letakkan loker di tempat tinggi seperti itu? Terlalu mustahil untuk difikirkan bagaimanapun mereka langsung tidak dapat mengesan perkara itu sebentar tadi.

Dengan selamba Yuta mengangkat tangan kanannya lalu menghalakannya pada pintu itu yang kini berada di hadapannya. "Saya akan letupkannya." gumam lelaki itu dengan wajah serius yang mengerikan.

Taeyong membuka matanya kerana terkejut mendengar kata-kata Yuta kemudian segera menarik tangan lelaki itu. "Yuta!! Jangan!"

"Jangan awak kata??" Yuta memandang Taeyong dengan kemarahan yang membuak-buak. Giginya kini diketap kuat cuba mengawal dirinya sendiri. "Kita ditipu mentah-mentah awak tahu tak!!"

"Ya, saya tahu." ujar Taeyong dengan tenang. "Tapi kalau awak letupkan benda ni... Seluruh tempat ni akan musnah."

"Saya langsung tak peduli semua tu!" balas Yuta kemudian mengangkat kembali tangannya.

"Yuta..." Taeyong menurunkan tangan lelaki itu kerana takut api akan terpercik keluar dari situ. "Jangan. Kita ada benda nak buat kat sini."

Yuta hanya tercungap-cungap menahan kemarahannya. Dia berusaha meredakan kemarahannya yang mana perkara itu sukar untuk dilakukannya saat ini. "Kalau saya jumpa lelaki tadi tu... Siap lah dia!"

Taeyong hanya mampu mengeluh perlahan tidak bersuara. Dia juga sakit hati kerana ditipu seperti itu. Tetapi, dia tidak boleh membiarkan Yuta mengeluarkan kuasa yang ada padanya dan menghancurkan tempat itu.




__________________________________

A/n: Agak slow sikit mula-mula ni. Tak sangka 1 bab boleh panjang sangat sampai kena bagi 3 part. Anyway, just enjoy.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top