Chapter 1 - The Beginning [Part 1]

BAB 1 - PERMULAAN [PART 1]





Dentuman bunyi guruh jelas kedengaran seolah-olah satu letupan telah berlaku di sekitar kawasan itu. Ia bergema di setiap sudut ruang rumah kayu yang agak rapuh itu.

Kilat sabung-menyabung tidak berhenti sejak menjelang senja tadi. Hujan lebat juga tidak berhenti membasahi bumi sejak petang lagi. Kedinginan amat terasa seolah-olah salji telah turun sebelum tiba musimnya.

Taeyong membuka matanya perlahan-lahan. Mengelipkannya beberapa kali dengan agak lemah kemudian memandang sekeliling. Rumah itu sememangnya sunyi dan kosong tanpa ada apa-apa yang boleh diperhatikan.

Lelaki itu kini sedang bersandar di sebuah sofa berdekatan yang terletak berdekatan dengan unggun api yang tersedia di satu ruang betul-betul bertentangan dengannya.

Dia menggosok mukanya dengan kedua-dua tapak tangan yang agak berpeluh walaupun suhu di tempat itu amat sejuk. Terasa seperti baru beberapa minit sahaja dia melelapkan matanya sebentar tadi.

Tragedi lima belas tahun dulu masih lagi berlegar difikirannya. Tragedi yang sering menghantuinya. Tragedi yang benar-benar mengubah hidupnya. Percaya atau tidak, itulah kenyataan yang harus dihadapi.

Dia merenung seketika parut yang berada di lengan kanannya yang seolah-olah dirasakan terbakar sebentar tadi. Parut yang berbentuk ukiran satu huruf iaitu huruf 'T'.

Lelaki itu menarik nafas panjang kemudian mencapai secawan kopi yang terletak di atas meja sejak tadi dan kini sudah hilang kehangatannya. Kopi itu dibuat dengan air yang baru sahaja masak dengan panas menggelegak sengaja dibuat untuk menghilangkan rasa mengantuknya yang sukar ditahan.

Akan tetapi, dia langsung tidak dapat menahan dirinya daripada terlelap dan kopi itu langsung tidak membantunya walau sedikit pun. Dia terus sahaja meneguk kopi itu sehingga habis. Tidak mahu meninggalkan walau setitik pun. Baginya, kopi itu tidak berfungsi dengan baik kerana dia tetap tertidur walau sebentar.

Rumah yang terpencil itu terasa sunyi sekali kerana ia agak jauh dari kawasan bandar dan terletak di kawasan pedalaman. Di kiri dan kanannya langsung tiada rumah. Yang ada hanya lah hutan belukar. Rumah yang paling dekat pun terletak lebih kurang lima kilometer dari situ.

Rumah yang sudah agak usang itu diperbuat daripada papan yang kukuh bagaimanapun agak nipis untuk menghalang bunyi guruh yang kuat untuk masuk bergema. Di sekelilingnya pula hutan gelap menyelubungi. Terasa seperti rumah itu hendak roboh akibat angin kencang yang amat kuat.

Taeyong kini sedang mengelamun sendirian sambil merenung unggun api yang tidak dihidupkan apinya. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya saat ini.

Perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang, begitu juga dengan perkara yang berlaku pada masa lalu. Perkara yang dia langsung tidak mahu fikirkan bagaimanapun tidak dapat dielakkan walau apa pun. Dia masih lagi hanyut dalam dunianya sendiri sebelum pintu depan rumah itu direntap dengan kuat oleh seseorang seolah-olah ada serbuan sedang dilakukan.

Lelaki itu segera menoleh untuk melihat siapa yang datang dengan tangan kanannya dibuka secara automatik dan dihalakan ke arah pintu itu. Seorang lelaki berambut perang sedang berdiri dengan baju hujan hanya merenungnya sambil mengangkat kening.

"Awak rupanya, Yuta." Taeyong menarik nafas lega kemudian menurunkan semula tangannya.

Lelaki yang bernama Yuta itu tidak membalas sebaliknya hanya melangkah masuk ke ruang tamu setelah menutup pintu. Dia bernafas agak berat bagaimanapun berjaya disembunyikan oleh riak wajahnya yang serius. Dia meletakkan beg sandang yang agak basah akibat terkena hujan di atas meja berdekatan.

"Ada apa-apa berita?" tanya Taeyong yang dari tadi hanya menyoroti setiap pergerakan lelaki berambut perang itu tanpa sebarang tujuan.

"Tiada." jawab Yuta tanpa melihat wajah Taeyong. Dia sedang sibuk membuka jaketnya lalu terus menyangkut di sebatang paku yang terlekat di dinding. Wajahnya kelihatan berkerut tanpa emosi. "Awak?"

"Berita baik." selamba Taeyong menjawab lalu memandang semula ke arah cawan kopi yang diletakkan di atas meja sebentar tadi.

Yuta menoleh pantas memandang lelaki itu apabila mendengar kenyataannya. Perkara yang paling suka didengarinya saat ini. Seolah-olah dia menanti ayat itu dilontarkan. Taeyong hanya mengangkat keningnya sambil mengangguk malas.

"Saya jumpa seorang..." beritahu Taeyong sambil cuba berfikir tanpa mengubah posisinya. "Saya masih tak pasti, tapi..." dia menarik nafas panjang. "Menurut apa yang saya kaji, ada seorang di suatu tempat."

"Di mana?" tanya Yuta yang kini semakin berminat. Dia sudah mula lupa dengan apa yang hendak dilakukannya.

"Berdekatan sini."

"Berdekatan sini?" Yuta berfikir seketika. "Maksud awak kat kawasan kampung ni juga ke?"

Taeyong menggelengkan kepalanya. "Di kawasan bandar."

"Bandar pula." Yuta mendengus perlahan dan teringat semula apa yang hendak dia lakukan.

"Apa kata awak bersyukur yang saya ada jumpa seseorang." Taeyong menjeling tajam ke arah lelaki berambut perang itu.

"Belum pasti kan?" Yuta mengangkat keningnya ketika berjalan duduk di atas sofa bersebelahan dengan lelaki itu.

"Sekurang-kurangnya ada harapan." Taeyong mengetap giginya kegeraman.

"Yalah, yalah."

Tiba-tiba sahaja satu bunyi seperti satu letupan kedengaran dengan jelas sebelum keadaan rumah itu menjadi gelap serta-merta. Bekalan elektrik terputus disusuli dengan bunyi guruh yang amat kuat.

Yuta dan Taeyong berpandangan sesama sendiri. Kehilangan kata-kata buat seketika. Tidak hairan dengan perkara itu kerana ia sering sahaja berlaku.

Tidak semena-mena Yuta menghalakan tangan kanannya ke arah unggun api yang terletak di hadapan meja tempat dia dan Taeyong sedang duduk. Satu pancaran cahaya kemerahan keluar dari tangannya lalu membentuk api yang kecil di unggun itu.

Satu parut yang berada di lengan kanannya yang berbentuk huruf 'Y' kelihatan seperti sedang bercahaya bagaimanapun tiada apa-apa yang berlaku padanya.

"Kenapa balik-balik bekalan elektrik terputus??" rungut Yuta. "Nak saya call syarikat elektrik ke apa ni?! Menyampah betul!"

Taeyong hanya mengangkat bahunya tidak berkata apa-apa. Bukan kerana tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan, tetapi malas hendak membalas. Jika dia menjawab soalan Yuta, lelaki itu pasti akan membidas lagi dan ia akan berlanjutan selama sejam dan boleh jadi juga selama berjam-jam.

Yuta memegang parut berbentuk huruf 'Y' yang kelihatan seperti terbakar itu tadi. Dia mengusap lembut parut itu bukan kerana kesakitan. Tetapi terfikir bagaimana dia boleh mendapat parut itu.

Ketika parut itu terbentuk dilengannya, pada waktu itu juga lah dia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan api dari tangannya. Sesuatu yang amat mustahil. Mustahil bagi seorang manusia biasa. Perkara yang susah untuk dibayangkan melalui logik akal. Tetapi itulah kenyataannya.

"Jadi..." Yuta kembali memandang Taeyong cuba menghilangkan kerutan di dahinya. "Bila kita nak bertolak ni??"

"Sabarlah." balas Taeyong diiringi dengan dengusan. "Jangan nak kelam-kabut sangat."

"Sabar awak cakap??" Yuta merenung lelaki itu dengan wajah seolah tidak percaya. "Kita perlukan banyak masa nak cari dia awak tahu tak? Bukannya senang."

"Awak nak bertolak bila?" Tanya Taeyong setelah menggolekkan bebola matanya.

"Kalau saya sekarang juga saya nak bertolak." selamba Yuta menjawab.

"Sekarang??" Ulang Taeyong sambil mengangkat keningnya. "Tapi kan dah malam ni. Hujan pula kat luar tu. Saya tak nak memandu."

"Tak payah lah memandu." balas Yuta. "Awak duduk sebelah je."

"Awak pasti??" Taeyong mengecilkan matanya meminta kepastian.

"Mesti lah!"

"Suka hati awak lah." Taeyong mendengus kuat sambil mengemas barang-barangnya yang terletak di atas meja kemudian bingkas bangun.

"Awak nak ke mana pula tu?" Tanya Yuta agak pelik.

Taeyong memandang lelaki itu agak menyampah sambil menderam. "Kata nak bertolak sekarang. Saya nak berkemas lah ni!"

"Yalah." Yuta turut bangun dan menyusul lelaki itu. 






______________________________________

A/n : Just enjoy, guys.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top