WITCHDIGO
BAB 37 : WITCH-DIGO
Sheronica kini beralih dari seorang kepada orang yang lain untuk menyembuhkan segala kecederaan yang ada pada mereka. Farra turut melakukan hal yang sama setelah menyembuhkan dirinya sendiri.
"Boleh tahan ujian kamu."
Serentak mereka semua menoleh. Izzudin kini berdiri dengan mata biru bersinarnya sambil tersenyum manis dengan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia hanya memandang mereka satu-persatu.
"Awak..." Qushairy mengecilkan matanya sambil menuding ke arah lelaki bermata biru itu. "Klon ke?"
Izzudin tersengih mendengar pertanyaan itu. "Saya yang asal."
Serentak semua orang yang ingin tahu mengenai itu mengangguk-angguk tanda faham.
"Awak tengok semua yang berlaku tadi?" Webly mengangkat keningnya.
"Tak banyak." Izzudin berfikir seketika. "Saya hanya melihat banyak perlawanan antara Rizal, Pikah dan klon-klon saya."
Serentak kedua-dua mereka membesarkan mata.
"Awak nampak??" Pikah bertanya agak terkejut. "Awak ada kat sini ke tadi?? Atau awak adalah salah satu daripada mereka??"
Izzudin ketawa lalu menggelengkan kepalanya. "Saya boleh nampak apa yang klon-klon saya lihat."
Serentak semua orang mengangguk-angguk.
"Macam mana kesimpulan untuk perlawanan tadi?" Izzudin memandang penaung-penaung itu satu-persatu.
"Boleh tahan." Aieyn menganggukkan kepalanya masih kelihatan letih. "Mereka dah boleh buat."
"Hei..." Zamir tiba-tiba bersuara sambil memandang gadis itu. Segala kotoran yang ada di muka dan tangannya sudah dicuci. "Macam mana awak boleh ada jelmaan sama dengan saya?"
"Saya buat lah." Aieyn mengangkat bahunya.
"Tapi macam mana??" Zamir mengerutkan dahinya. "Saya ingat cuma Tasnim je yang boleh buat jelmaan."
"Ada beberapa kuasa yang boleh." Aieyn menjawab dengan tenang. "Tapi ia bergantung pada kuasa. Macam saya tadi... Saya tak boleh jelmakan sebijik macam awak. Ia mesti berapi."
Zamir menggerutu apabila mendengar kenyataan itu. "Dan saya hampir mati nak tumpaskannya."
Aieyn segera ketawa mendengar rungutan itu. "Awak terlalu kuat dan Baekhair selalu mengganggu fokus saya."
Baekhair hampir tercekik air liurnya sendiri apabila mendengar namanya disebut sekali dengan komen itu.
"Baekhair!"
"Ya??" Lelaki itu segera membetulkan kedudukannya.
Aieyn merenung lelaki itu sambil mengecilkan matanya. "Awak perlu yakin pada diri dan jangan takut!"
Baekhair menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal.
"Awak perlu terus melawan walaupun keadaan dah semakin teruk."
"Baik." Baekhair mengangguk teragak-agak.
"Farra..."
Farra segera berpaling memandang Khairul yang kini sudah memandangnya. "Ada apa?"
"Macam mana awak boleh tembusi kekebalan saya??" Khairul sudah berkerut. "Awak boleh masukkan kuasa awak."
"Tak ada kuasa yang sempurna." Farra membalas tenang. "Setiap kuasa pasti ada kelemahan yang boleh digunakan termasuk kuasa saya sendiri."
Khairul mengangguk-angguk tanda faham.
"Kalau awak dapat lindungi diri awak tanpa cacat cela sampai bila awak nak tewas." Farra mengalihkan pandangannya pada Xiao Wei dan Emma. "Kamu berdua kena latih kuasa kamu lagi dan yakin pada diri."
Kedua-dua mereka tidak membalas sebaliknya hanya menerima komen itu dengan hati yang terbuka.
"Kamu tak berapa yakin sebab tu saya senang je nak serang kamu." Farra mendengus perlahan.
"Bagaimana dengan kami?" Geoffry bertanya kepada Hisham untuk pihaknya dengan Lana.
"Kamu berdua hebat bila bergabung." Hisham cuba mengingati perlawanan tadi. "Bila bersendirian pun okey. Asal tidak terganggu dengan sesuatu."
Serentak kedua-dua mereka mengangguk.
"Well..."
Semua orang berpaling memandang Izzudin yang kini sudah berjalan ke hadapan sedikit dengan posisi yang sama.
"Untuk Pikah dan Rizal..."
Kedua-dua mereka segera membetulkan kedudukan.
"Kamu buat dengan baik." Izzudin melemparkan senyuman manis kepada mereka. "Boleh tahan."
"Betul ke?" Pikah tercengang tidak percaya.
Izzudin mengangguk-angguk. "Klon-klon saya menyerang dan bergerak secara licik Kamu perlu setanding dengannya untuk melawan."
Rizal dan Pikah berpandangan seketika sambil tersenyum puas.
"Sama lah macam mereka berdua ni..."
Semua orang berpaling memandang Noorizan pula yang sudah sedia melirik ke arah Tasnim dan Yuna. Kedua-dua gadis itu hanya tersenyum kambing memandangnya tidak tahu hendak berkata apa.
"Licik betul." Noorizan menggerutu. "Boleh tahan bekerjasama."
"Macam mana dengan Dayah dan Cska?" Tanya Olive ingin tahu.
Miezza yang duduk tenang di suatu sudut hanya mengangkat keningnya sambil menarik nafas panjang. "Kuasa Cska boleh tahan."
Cska semakin tunduk malu tanpa sebab.
"Saya hampir tak boleh bergerak..." Miezza mendengus kuat. "Kalau kuasa penyembuh tak ada... Rasanya ambil masa nak sembuh."
"Apa maksud awak?" Webly mengerutkan dahinya.
"Kuasa dia boleh merosakkan organ-organ dalam badan awak secara perlahan-lahan." Izzudin memberitahu sambil memandang Miezza. "Saya rasa Miezza dah berpengalaman untuk itu."
Miezza hanya mengangkat bahunya. "Untuk Dayah... Awak perlu berhati-hati untuk tidak dapat dikesan langsung."
Dayah hanya mengangguk patuh.
"Kamu macam mana pula??" Sheronica memandang Jyra.
Jyra menggelengkan kepalanya cuba untuk melupakan perkara itu. "Kami tiga orang mengalah. Mereka bergerak hampir setanding dengan saya."
Qushairy dan Vince hanya duduk diam tidak mampu mencelah. Mereka masih lagi dalam keadaan lemah.
"Dah!" Izzudin menarik nafas panjang. "Semua berehat. Kita semua perlu berbincang malam ni."
***
Semua orang kini duduk secara rawak di kawasan ruang markas itu. Ada yang berdiri dan berjalan-jalan. Ada yang hanya merenung unggun api itu sambil berbual. Sheronica menghidangkan minuman dan makanan ringan dengan bantuan Geoffry, Cska, Yuna dan Olive.
"Okey..." Izzudin tiba-tiba muncul sambil membawa buku usang itu sebelum meletakkannya di atas meja. "Saya dah patut mula."
Tiada sesiapa yang memberi sebarang komen kerana itu adalah perkara yang mereka tunggu dari tadi untuk dimulakan.
"Kita mula dengan siapa lawan kita..."
Semua orang membesarkan mata dan berpandangan seketika. Itu adalah perkara utama yang menjadi tanda tanya kepada mereka sebelum ini.
"Seperti yang saya jangkakan..." Izzudin menarik nafas panjang sambil memerhati beberapa orang yang sempat. "Ia adalah Witchdigo."
"Witchdigo??!!" Ulang beberapa orang hampir serentak, manakala yang lain hanya berpandangan kebingungan.
Izzudin mengangguk-angguk tanda faham. "Ia hampir sama dengan mitos yang menceritakan mengenai Wendigo."
"Mitos apa??" Miezza mengerutkan dahinya.
"Wendigo." Izzudin mengulang lalu memandang buku yang diletakkan di atas meja itu. "Wendigo adalah sejenis raksasa yang hidup dengan.... Memakan manusia."
Perkara itu membuatkan semua orang tercengang. Ada yang ternganga dan ada juga yang hampir tersembur minuman yang diteguk.
"Tapi..." Hisham berfikir seketika. "Itu bukan lawan kita kan?"
"Yang tengah memburu kita sekarang adalah Witchdigo." Izzudin kembali memandang buku itu. "Ia adalah manusia yang mengamalkan ilmu sihir."
"Maksudnya mereka manusia??" Qushairy bertanya dengan mata yang terbuka luas masih terkejut.
Izzudin mengangguk-angguk. "Manusia yang hidup beratus-ratus tahun dan mengamalkan ilmu sihir."
"Mereka dah hidup beratus tahun??" Yuna ternganga. "Macam mana mereka boleh hidup?? Mereka sama macam vampire ke.?"
"Vampire hidup dengan memakan darah..." Izzudin memandang gadis itu. "Tapi untuk Witchdigo... Ia memakan daging manusia."
"Cannibal??" Olive cuba meneka.
"Ya." Izzudin mengangguk membuatkan semua orang mula berpandangan dan memberi komen secara perlahan.
"Dalam buku ni..." Izzudin berdehem seketika sambil memandang buku itu. "Witchdigo dikatakan adalah manusia biasa yang mengamalkan ilmu sihir pada mulanya... Sehingga mereka menyeru untuk roh yang dipercayai merasuk dalam badan mereka. Dan mereka perlu membunuh dan makan manusia untuk terus hidup."
Izzudin memandang wajah setiap orang di situ. Masing-masing kelihatan cuba memproses perkara itu dengan susah payah sekali.
"Mereka hidup di suatu kawasan yang tiada siapa pernah tahu..." Izzudin menyambung. "Maksudnya mereka ada markas tersendiri."
"Markas tersendiri??" Jyra mengangkat keningnya. "Macam.... Kita?"
"Ya." Izzudin menjawab tenang sambil menyelak muka surat yang lain. "Tempat mereka dilindungi dengan sihir dan bila kita masuk ke sana... Kita tidak akan pernah dapat keluar."
Semua orang mula menelan air liur agak takut.
"Mereka ada pemujaan yang tersendiri dan kita tak dapat nak pastikan berapa ramai kuantiti yang mereka ada." Izzudin bersuara lagi.
"Tapi kenapa mereka menyerang kita?" Farra berpeluk tubuh memandang lelaki bermata biru itu.
Izzudin menarik nafas panjang seolah-olah dia pasti dia tidak akan mampu bernafas selepas ini. "Untuk mengekalkan roh di dalam badan mereka... Mereka perlu memakan Huruf."
Beberapa orang di situ hampir tersedak air liur mereka sendiri. Ada yang hanya membesarkan mata memandang Izzudin tidak percaya. Dan ada yang sudah mula takut dan gelabah.
"Generasi Huruf dikatakan akan membuat mereka kebal dan tidak boleh dibunuh langsung." Izzudin menambah lagi. "Maksudnya mereka immune dan tidak dapat untuk ditewaskan lagi."
Semua orang mengangguk faham.
"Darah generasi Huruf sama ada yang baru atau lama adalah mahal." Izzudin memandang semua orang yang ada di situ satu-persatu. "Saya rasa bukan setakat Witchdigo yang memburu kita di luar sana. Ada ramai lagi. Tapi untuk kali ini... Kita berhadapan dengan benda ni."
Tiada siapa yang mampu bersuara dalam keadaan itu.
"Untuk menjadikan mereka lebih kebal dan hidup selama-lamanya..." Izzudin mengangkat bahunya. "Mereka perlu makan kita."
"Kenapa kita??" Baekhair masih ketakutan. "Kita bukan manusia??"
"Kita manusia, Baekhair." Izzudin memandang lelaki itu. "Kita cuma ada kuasa berbeza dengan manusia biasa."
"Tapi kita masih boleh lawan mereka kan??" Xiao Wei bersuara teruja penuh harapan. "Kita ada kuasa."
"Mereka pun ada kuasa." Izzudin memintas. "Sihir. Dan mereka boleh membunuh kita tanpa berjumpa dengan kita."
"Jadi..." Noorizan mengerutkan dahinya. "Yang membuat serangan..."
"Witchdigo." Izzudin segera memintas. "Mereka menyihir untuk kamu bertindak tanpa disedari dan mereka juga yang buat jelmaan tu. Dengar ni..."
Semua orang fokus memandang lelaki bermata biru itu.
"Kita boleh membunuh mereka dengan kuasa kita walaupun mereka ada kuasa sendiri..." Izzudin cuba menerangkan. "Tapi... Mereka boleh menyihir kita untuk bertelaga sesama sendiri."
"Maksudnya..." Cska kurang mengerti.
"Yang akan membunuh kita nanti adalah dalam kalangan kita." Farra menggumam mula faham.
"Ya." Izzudin mengiyakan perkara itu. "Kita akan bertelaga dan akhirnya membunuh sesama sendiri. Bergantung dengan sihir yang mereka letakkan pada kita."
"Ini bahaya." Aieyn mendengus kuat. "Kalau sihir tu terkena pada Farra... Kita semua akan mati."
Farra turut mendengus. Perkara ini benar-benar merunsingkan.
"Tak ada cara untuk kita membunuh mereka ke?" Tanya Lana.
"Kita boleh bunuh mereka biasa dengan kuasa kita." Izzudin menjawab selamba. "Kalau kita tak terkena sihir."
"Habis lah." Khairul mengeluh perlahan. "Kalau lah kuasa saya boleh melindung daripada terkena sihir kan bagus."
"Well... Saya tak kata kita tak ada cara."
Serentak semua orang terkejut memandang Izzudin yang kini sudah tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.
"Ada cara??" Vince membesarkan matanya.
Izzudin mengangguk-angguk. "Ada cara untuk menghalang kita daripada terkena sihir mereka."
"Macam mana??" Emma memandang lelaki itu.
Izzudin menarik nafas panjang. "Bebola kristal."
Serentak Farra dan Aieyn mendengus kuat apabila mendengar jawapan itu. Pengalaman lalu mula masuk ke dalam fikiran mereka.
"Kita perlu cari sekali lagi??" Aieyn mengetap giginya.
"Kita ada pilihan lain ke?" Izzudin menggolekkan bebola matanya.
"Kali terakhir kita keluar..." Farra menjeling tajam ke arah lelaki itu. "Awak letakkan kami di tempat yang bahaya."
Izzudin hanya mengangkat bahunya. "Saya akan bahagikan kumpulan nanti. Tak semua akan keluar."
"Nanti..."
Serentak semua orang berpaling memandang Tasnim.
"Macam mana dengan suara misteri tu?" Tasnim memandang Izzudin. Semua kini baru teringat mengenai perkara itu.
"Suara??" Izzudin mengecilkan matanya cuba memastikan.
"Ya." Pikah mencelah. "Suara misteri yang selalu kita dengar. Suara perempuan yang memberi amaran tu."
"Itu..."
"Adalah Huruf U."
Semua mata kini beralih memandang Webly yang memintas Izzudin sebelum lelaki itu sempat berkata apa-apa.
"Huruf??!!!" Hampir semua mengulang.
Webly memandang Izzudin. "Dia adalah Huruf U kan?"
Izzudin menarik nafas panjang kemudian mengangguk-angguk. "Ya. Dia adalah Huruf U."
Serentak semua orang terkejut.
"Dia..."
"Dia dikurung." Webly memintas lagi. "Saya nampak dia dikurung. Dia diseksa dan..."
"Kita perlu selamatkan dia sekali." Izzudin segera memotong apabila melihat riak wajah Webly yang seperti tidak dapat meneruskan kata-katanya. "Saya akan bahagikan semuanya esok."
Semua orang mengangguk tidak membantah.
"Oh, ya... Izz..."
Izzudin beralih memandang Sheronica. Semua mata turut memandang gadis itu kerana mereka baru sahaja hendak bergerak.
"Awak ada jumpa sebab kenapa..." Sheronica menarik nafas panjang sambil berfikir seketika. "Kita masih hidup?"
Semua orang baru teringat mengenai itu. Mereka kembali memandang Izzudin untuk mengetahui jawapannya terutama Farra dan Aieyn.
"Ya." Izzudin mengangguk-angguk. "Ada."
Semua orang membesarkan mata mereka.
"Sebab kita keturunan berdarah asli yang terakhir."
Serentak Farra, Aieyn dan Sheronica mengerutkan dahi lalu berpandangan sesama sendiri.
"Apa maksudnya?" Aieyn mula berkerut.
"Dalam sejarah ada mengatakan..." Izzudin memejamkan matanya seketika cuba mengingati apa yang dibacanya. "Keturunan berdarah asli yang terakhir tak akan mati pada peringkat pertama dibunuh."
Kenyataan itu masih tidak membantu.
"Okey macam ni..." Izzudin cuba mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan. "Oleh kerana kita darah asli yang terakhir dari puak Huruf... Kita ada keistimewaan."
"Keistimewaan macam mana?" Farra bertanya.
"Dalam buku tu memberitahu..." Izzudin memandang buku usang itu sekali imbas. "Oleh kerana generasi baru tiada pengetahuan mengenai puak ni... Kita tidak boleh mati serta-merta. Sepatutnya salah satu daripada kita perlu ada. Oleh kerana keempat-empat kita... Tewas. Keempat-empat kita tak mati."
"Habis tu..." Jyra kebingungan. "Sebelum ni..."
"Kami di humban secara rawak di mana-mana tempat di dunia biasa..." Izzudin cuba untuk menjawab. "Ingatan dan kuasa kami ditahan. Sehingga kami dapat pakai rantai tu semula atau kembali berpijak di markas ni.."
"Patut lah..." Sheronica berfikir seketika. "Waktu sampai kat markas ni baru kuasa saya ada."
Izzudin mengangguk-angguk. "Markas menyimpan kuasa kita... Rantai tu menyimpan ingatan kita."
"Jadi kalau kita mati sekali lagi?" Farra memandang lelaki itu.
"Peluang tu hanya sekali." Izzudin menjawab tenang. "Kita mati sekali lagi... Kita akan terus mati selamanya."
Semua orang kelihatan cuba memproses perkara itu.
"Darah kita ada keistimewaan..." Izzudin menambah lagi. "Memandangkan semua yang lain adalah darah baru. Kita generasi terakhir."
"Patut lah Rusdi tak kembali." Gumam Noorizan. "Sebab dia bukan berdarah asli dan keturunan yang terakhir."
A/n: Ada komen sekali. Hehehe. Itu pendapat pasal ujian. Then... Finally, korang dah tahu siapa musuh. Semua persoalan dah terjawab kan?? Hahaha. WITCHDIGO?? Mengarut tahap gaban jugak lah benda ni. Saya reka okay. Tak ada kat mana-mana. Tapi Wendigo tu saya dapat dari supernatural. Something macam tu. Hehehe.
Nampaknya Izzudin jugak yang diharapkan. Everything are reveal. Sekaligus dengan sebab kenapa empat penaung lama masih hidup dan suara misteri tu. Hehehe, kalau tak silap ada di kalangan reader dah jangka perkara tu. Hehehe. Apa pun, harap korang enjoy and accept it! Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top