The Things You're Not Sure
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot... Sheronica cast is Demi Lovato.
BAB 28 : BENDA YANG BELUM PASTI
Baekhair berjalan keluar dari bilik lalu memandang sekeliling ruang markas itu sambil mengeliat panjang. Pikah, Webly dan Dayah kini sedang berbual di meja makan. Gelak tawa mereka dapat didengar dari bilik lagi kerana ia terlalu kuat. Cska pula sedang bekerja di dapur sendirian dengan wajah yang selamba tanpa mempedulikan yang lain. Kelibat keempat-empar penaung itu langsung tidak kelihatan di mana-mana termasuk penaung asal, Sheronica. Entah apa yang mereka bincangkan.
Baekhair menarik nafas panjang lalu segera berjalan dan menyertai mereka di meja makan itu. Dia memandang sekeliling sekali lagi tanpa sebab. Pelbagai perkara mula bermain di fikirannya.
"Awak ni dah kenapa?" Dayah memandang lelaki itu sambil berkerut. "Macam terlalu banyak berfikir."
Baekhair menarik nafas panjang. "Well... Pelik lah kalau saya kata tidak. Saya rasa kamu pun kan."
"Chill lah!" Pikah tersenyum sinis dengan wajah yang selamba. "Kita perlu tenangkan diri."
"Kamu tak risau ke pasal perkara ni?" Baekhair mengerutkan dahinya.
"Gila tak risau." Webly membuat muka terkejut. "Mesti lah risau. Hidup awak normal sebelum ni. Tiba-tiba ada kebolehan pelik. Lepas tu diberitahu nyawa terancam. Kita akan bertempur."
"Mula-mula tu nak lah juga membantah pasal perkara ni." Dayah menarik nafas panjang. "Siapa yang nak mati kan?? Tapi kalau empat penaung kita tu boleh hidup sampai sekarang... Kenapa kita tak boleh?"
"Cska!!"
Cska segera menoleh apabila namanya dipanggil. Dia sebenarnya sudah tidak melakukan apa-apa kerja tetapi tidak tahu hendak melakukan apa lagi. Dia tidak mahu turut serta di meja itu kerana tidak mahu keadaan menjadi kekok. Dia sudah maklum bahawa dia orang paling pendiam dalam puak itu.
Baekhair memandang gadis itu dengan mata bersinarnya. "Kenapa awak kat situ? Jom, sertai kami kat sini."
Cska kelihatan teragak-agak. Mulutnya terbuka dan tertutup semula tidak tahu hendak berkata apa.
"Ya..." Pikah bersuara sambil mengukir senyuman sinis yang agak penuh makna. "Kita bergosip dulu."
Serentak Baekhair dan Webly menggelengkan kepala apabila mendengar kenyataan itu.
"Ini lah perempuan ni..." Webly mula mengomen. "Tahu nak bergosip je. Tak buat benda yang berfaedah."
"Hei!!" Dayah merenung lelaki itu tajam sambil mengetap giginya kegeraman. "Saya pun perempuan juga ni."
"Sekurang-kurangnya adalah benda yang kami buat." Pikah mengangkat bahunya. "Daripada duduk diam."
Baekhair menggolekkan bebola matanya lalu kembali memandnag Cska yang masih berdiam diri. "Mari sini! Sertai kami."
Cska masih kelihatan teragak-agak.
"Alah..." Dayah segera tersenyum sinis. "Saya tahu lah Olive tak ada kat sini. Tapi jangan lah tolak."
Kenyataan itu membuatkan wajah Cska merah padam. Dia segera menyertai mereka di meja makan apabila Baekhair, Pikah dan Webly membesarkan mata mereka ketika mendengar perkara itu.
"Jadi... Apa yang kamu bualkan?" Cska mengukir senyuman terpaksa kerana takut soalan mengenai kenyataan tadi diutarakan.
Dayah hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
"Kita bergosip lah!" Pikah membuat riak muka yang mengerikan sambil mengangkat keningnya.
"Gosip pasal apa??" Baekhair mengerutkan dahinya. "Saya ni kalau bab bergosip tak lah tahu sangat."
"Pasal puak kita lah." Pikah mengangkat bahunya selamba. "Kat sini pun dah banyak drama kita boleh gosipkan."
"Apa yang nak digosipkan??" Cska mengecilkan matanya merenung gadis berambut pendek itu. "Semua asyik pasal benda yang kita tak tahu."
Pikah mendengus perlahan. "Contoh macam Emma dengan Lana... Dah crush dengan orang dalam kalangan kita."
Baekhair hampir tersedak air liurnya sendiri, manakala Webly pula membesarkan matanya memandang gadis itu. Dayah tidak memberi sebarang komen, manakala Cska hanya mengekalkan riak wajahnya.
"Biar betul??" Tanya Webly.
Pikah mendengus perlahan sambil menggolekkan bebola matanya. "Kamu je yang tak perasan."
Webly dan Baekhair berpandangan seketika lalu memandang Cska dan Dayah yang hanya mengangkat bahu tanda mereka juga sudah tahu. Sepertinya perkara itu tidak diperasan oleh mereka.
"Boleh tahan pemerhatian kamu ni." Webly mendengus perlahan sambil membuat muka terkejut.
"Dengan siapa??" Baekhair kelihatan berminat. Dia sudah mula membetulkan kedudukannya.
"Emma crush dengan Hisham." Dayah menjawab dengan selamba. "Lana pula dengan Noorizan."
"Dua-dua penaung." Baekhair kelihatan terkejut.
"Sekarang ni yang saya perasan pula..." Pikah berfikir seketika. "Zamir macam ada perasaan kat Miezza."
Mendengar perkara itu, Baekhair membesarkan matanya sekali lagi lalu memandang Dayah yang hampir tersedak tanpa sebab.
"Awak kenapa?" Webly merenung gadis itu curiga.
"Awak serius ke pasal Zamir??" Dayah membesarkan matanya memandang Pikah sambil berharap jawapan akan berbeza.
"Kamu tak perasan ke??" Pikah memandang mereka pelik. "Tengok lah macam mana cara dia tengok Miezza."
Dayah kelihatan seperti di hempap batu besar mendengar berita itu. Hampir sahaja dia rebah ke lantai.
"Jangan cakap awak suka kat dia?" Mulut Pikah ternganga serta-merta dengan mata yang terbuka luas.
Dayah tidak membalas sebaliknya tunduk sambil mendengus perlahan. Dia tidak menafikan bahawa kenyataan itu menyakitkan hatinya.
"Awak suka dia??" Kali ini Cska benar-benar terkejut. Dia mengelipkan matanya beberapa kali.
"Semua orang dalam kumpulan kami sebelum ni tahu." Selamba Baekhair bersuara. "Kumpulan kami sebelum masuk puak ni."
Webly dan Pikah mengangguk kerana sudah sedia maklum mengenai kumpulan yang dimaksudkan itu.
"Saya rasa Zamir pun tahu kan mengenai ini." Baekhair berkerut memandang Dayah untuk memastikannya.
Dayah hanya mengangguk lemah sambil memejamkan matanya seketika. "Saya pernah luah pada dia sendiri."
Kenyataan itu membuatkan mereka semua terkejut. Ada yang sudah terlopong agak teruja.
"Boleh tahan awak ni." Webly kelihatan kagum.
"Tapi dia dah suka dengan orang lain." Dayah mengangkat bahunya sambil tersenyum tawar. "Apa lagi saya boleh buat."
"Semuanya belum pasti kan??" Webly cuba menyenangkan hatinya. "Jangan terus putus asa."
"Macam mana dengan Rizal?" Pikah segera mengubah topik mengenai Zamir yang mana dia menyesal memberitahu perkara itu.
Baekhair berfikir seketika. "Seingat saya Rizal memang suka pada seseorang. Dah lama. Tapi dia orang biasa. Bukan puak ni."
Serentak mereka semua mengangguk-angguk tanda faham.
"Xiao Wei??" Pikah mengangkat keningnya. Dia sepertinya semakin teruja dengan topik itu. "Vince??"
"Dua sahabat baik tu?" Baekhair mengangkat keningnya. "Saya rasa mereka hanya peduli antara satu sama lain."
Serentak mereka semua tergelak kecil mendengar perkara itu.
"Macam mana dengan awak, Pikah?" Cska segera tersenyum sinis. "Awak asyik cakap pasal orang je."
"Saya??" Pikah mengangkat sebelah keningnya. "Saya masih belum ada lagi. Tapi saya ni jenis orang yang tak tahu malu. Kalau saya suka orang tu saya akan cakap terus. Dan saya tak takut ditolak."
Baekhair, Webly, Dayah dan Cska ternganga mendengar jawapan itu. Mereka tidak terkejut jika Pikah akan bersikap begitu.
"Macam mana dengan awak, Webly?" Cska beralih memandang lelaki itu. "Ada orang yang awak suka?"
"Saya gay."
Baekhair terbatuk kuat apabila mendengar kenyataan itu. Cska membesarkan matanya tidak berkelip, manakala Pikah dan Dayah membuka mulut mereka seluas-luasnya amat terkejut.
Webly segera terbahak-bahak. "Saya bergurau lah."
Serentak mereka menarik nafas lega tanpa disedari.
"Saya nak tengok reaksi kamu je." Webly tergelak lagi. "Saya pun macam Pikah juga. Tak ada lagi yang berkenan."
Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing cuba memikirkan apa lagi soalan yang ingin ditanya.
"Macam mana dengan awak, Baekhair?" Cska memandang lelaki itu dengan wajah bersinar-sinar.
Baekhair segera tersenyum sinis seolah-olah mempunyai rancangan yang jahat. "Saya?? Saya suka dengan awak."
Cska membesarkan matanya serta-merta.
"Saya bergurau lah." Baekhair segera tersenyum membuatkan Cska memukul bahunya manja. "Saya tertarik pada benda yang saya belum nampak. Atau lebih tepat lagi... Saya berminat pada 'Aieyn' dan 'Farra'."
Kenyataan itu membuatkan mereka berkerut agak bingung sambil berpandangan sesama sendiri.
"Apa maksud awak??" Dayah bertanya.
"Saya nak sangat tengok macam mana mereka sebenarnya." Baekhair menarik nafas panjang. "Aieyn mungkin ada harapan. Tapi Farra... Saya tak tahu."
***
Hisham baring di atas permukaan pasir itu sambil memejamkan matanya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyebabkan pasir-pasir di situ berterbangan ke arahnya. Tempat latihan itu banyak menjadi saksi untuk pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupnya sehingga kini. Walaupun perkara yang dia sendiri tidak tahu. Entah kenapa ia menenangkan buat masa ini.
"Hai, Hisham."
Hisham membuka matanya perlahan-lahan lalu segera duduk apabila mendengar sapaan itu. Dia menoleh memandang ke belakang. Emma berdiri di situ sambil menahan rambut ikalnya ditiup angin.
"Emma..."
Emma berjalan perlahan-lahan mendekatinya lalu duduk betul-betul di sebelah gadis itu.
"Apa awak buat kat sini?" Hisham memandang gadis itu sambil membetulkan rambutnya sedikit.
"Saya nak jalan-jalan je." Emma mengangkat bahunya. "Ternampak pula awak kat sini."
Hisham hanya mengangguk-angguk tanda faham. Mereka berdiam diri seketika. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka hanya menikmati pemandangan di situ sambil menarik nafas panjang.
"Hisham..."
Hisham memandang gadis itu sambil mengangkat keningnya. Matanya sudah dikecilkan sedikit. "Hmm??"
Emma tunduk seketika sambil menelan air liurnya cuba untuk menyusun ayat yang betul. "Kalau Farra masih hidup..."
Hisham segera mengalihkan pandangannya sambil menarik nafas panjang. Dia tahu soalan itu akan membawa ke mana.
"Apa yang awak buat?" Emma menghabiskan soalannya.
Hisham tersengih mendengar soalan itu kemudian memandang ke tempat lain. "Apa awak fikir saya akan buat??"
"Maksud saya pasal perasaan awak tu." Emma membalas.
Hisham menarik nafas panjang lalu berfikir seketika. "Saya tak tahu. Kalau ada peluang saya akan ambil."
Emma mendengus perlahan lalu mengangguk-angguk.
"Sekarang saya hanya fokus pada puak ni." Hisham memandang sekeliling sambil menggigit bibirnya seketika. "Saya tak dapat nak fikirkan benda lain. Ada kemungkinan kita tak akan dapat selamatkan diri daripada musuh. Kita tak tahu."
"Apa awak rasa..." Emma menelan air liurnya sekali lagi sambil memandang Hisham. "Maksud saya... Farra dah tiada."
Hisham tersengih lagi mendengar soalan itu. "Sejujurnya... Saya rasa separuh daripada diri saya dah hilang."
Emma segera terdiam mendengar jawapan itu.
"Kuasa dia hidup dalam diri saya..." suara lelaki itu kedengaran serak bagaimanapun tiada apa yang berlaku pada dirinya. "Setiap kali saya keluarkannya... Saya dapat rasakan sesuatu yang hilang."
Emma hanya memandang lelaki itu.
"Saya masih ingat macam mana pertama kali saya kelaurkannya." Hisham menggigit bibirnya cuba menahan perasaan. "Saya tahu ia akan membawa kepada keadaan ni. Saya dapat rasa dia hidup dalam diri saya."
Emma mengalihkan pandangan ke ribanya.
"Entahlah." Hisham menarik nafas panjang lalu mendengus kuat. "Saya tak tahu nak cakap apa."
"Kalau ditakdirkan..." Emma menggigit bibirnya seketika. Berdebat dengan dirinya sendiri sama ada untuk teruskan soalan itu. "Orang lain ingin ambil peluang dalam hidup awak... Awak akan terima ke?"
Hisham berfikir seketika sebelum menjawab. "Ini semua soal hati, Emma. Bukan sesuatu yang kita nak kan. Ia datang sendiri. Saya hanya ikut pada apa yang saya nak. Kalau itu... Itu lah."
Emma mengelipkan matanya seketika kemudian mengangguk faham.
"Baiklah..." Hisham bingkas bangun lalu melibas-libaskan seluarnya. "Jom kita balik ke sana."
Emma tidak membalas sebaliknya hanya membiarkan lelaki itu berjalan pergi.
"Oh, ya... Emma..."
Emma segera menoleh memandang Hisham yang kini sudah berhenti berjalan dan memandangnya.
"Satu je nasihat saya."
Emma mengangkat keningnya menunggu untuk ia diteruskan.
"Ambil je peluang yang awak ada. Jangan tunggu benda yang awak sendiri belum pasti lagi."
Tanpa menunggu balasan, Hisham terus berlalu pergi. Dia tidak pasti apa yang Hisham maksudkan dengan ayat itu. Apa yang pasti, dia tahu Hisham masih berharap Farra akan kembali walaupun dia tahu itu mustahil.
A/n: Hehehe. I can see that you guys are totally happy that Sheronica is still alive. Jangan risau. Saya akan beritahu nanti kenapa dia masih hidup. Thanks, guys. For the love that you all gave to me. Hahaha. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top