The Power Of Light & Vision

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Dayah's cast. (Lily Collins)


BAB 22 : KUASA CAHAYA & VISI


Hisham membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berpinar-pinar saat itu. Hampir saja dia tidak dapat membuka matanya. Sepertinya ia telah diletakkan benda berat agar sentiasa tertutup. Dia tidak tahu di mana dia berada. Keadaan agak gelap tidak pasti sama ada itu hanya pandangannya atau bukan. Dia dapat menghidu bau yang tidak menyenangkan masuk ke dalam hidungnya.

"Hisham... Hisham..."

Hisham berkerut seketika apabila terdengar namanya disebut. Dia berusaha untuk membuatkan matanya kekal terbuka dengan mengelipkan beberapa kali. Dia memandang sekeliling dan terhenti pada kelibat yang berdiri di hadapannya. Cska memandangnya dengan mata bulat bersinar. Dia hampir tidak dapat mengecam gadis itu kerana riak mukanya agak lain pada kali ini.

"Cs... Cska..." Hisham segera duduk sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit tanpa diketahui sebabnya.

"Awak okey, Hisham?"

Hisham mengangkat mukanya. Vince memandangnya agak risau dengan dahi yang berkerut.

"Vince..."

Vince hanya mengangguk-angguk juga dengan wajah yang kelihatan lain dari yang lain.

"Apa yang dah berlaku?" Hisham memandang sekeliling.

Baru lah dia perasan kenapa keadaan sekeliling amat gelap. Mereka kini berada di suatu tempat dipenuhi dengan batu-batu. Ia seperti sebuah gua. Bau hanyir dan busuk kuat menusuk ke hidung.

"Tempat apa ni??" Hisham mengerutkan dahinya. "Macam mana kita boleh ada kat sini?? Apa dah berlaku?"

"Bertenang lah..."

Hisham menoleh lagi apabila terdengar suara dari belakangnya. Dua orang yang agak asing memandangnya agak tenang. Seorang gadis berambut pendek dengan wajah selamba mengangkat sebelah keningnya untuk memastikan bagaimana keadaan Hisham. Gadis itu hampir mengingatkannya pada Lily yang sebelum ini pernah menjadi puak Huruf. Gaya mereka agak sama. Di sebelahnya pula, seorang lelaki bermata sepet memandangnya agak risau.

"Siapa kamu?" Hisham mengecilkan matanya merenung kedua-dua orang itu cuba untuk mengenalpasti.

"Saya Webly." Lelaki itu bersuara sopan lalu memandang ke arah gadis berambut pendek itu sekali imbas. "Ini Pikah."

"Di mana ni??" Hisham memandang sekeliling setelah memastikan mereka adalah orang asing.

"Well..." Pikah mengangkat bahunya. "Untuk menjawab dari segi kertas peperiksaan.. Kita berada di bawah tanah."

"Ada dari segi lain ke?" Hisham mengangkat keningnya.

"Dari segi lainnya..." Pikah menarik nafas panjang. "Kita sekarang berada di tempat kurungan."

"Kurungan??" Ulang Hisham.

Serentak Pikah dan Webly mengangguk-angguk. Hisham masih lagi kebingungan lalu memandang Cska dan Vince yang hanya duduk diam tidak tahu hendak berkata apa dalam situasi itu.

"Memandangkan kamu semua dibawa ke sini..." Pikah berpeluk tubuh. "Mesti kamu semua ada kuasa kan?"

Serentak Hisham, Vince dan Cska tersentak lalu membesarkan mata mereka memandang kedua-dua orang itu.

"Jangan risau." Webly mengukir senyuman janggal. "Kami pun ada kuasa macam kamu."

Sekali lagi ketiga-tiga mereka membesarkan mata.

"Jadi..." Hisham berdehem seketika lalu menyelak lengan bajunya untuk menampakkan parut di lengannya itu bagi mendapatkan kepastian. "Kamu berdua ada parut macam ni?"

Pikah dan Webly berpandangan seketika lalu melakukan hal yang sama untuk menunjukkan parut mereka.

Hisham mendengus perlahan lalu memejamkan matanya. Entah berasa lega atau sebaliknya. "Tujuh lagi."

"Apa yang tujuh?" Pikah mengangkat keningnya.

Hisham menggelengkan kepalanya serta-merta. "Tak ada masa nak terangkan. Kita perlu balik. Mereka pasti risau."

"Balik?? Balik ke mana??" Webly mengerutkan dahinya. "Siapa pula 'mereka' yang awak maksudkan?"

"Kami akan terangkan kemudian." Hisham segera bangun. "Kita perlu cari jalan macam mana keluar dari sini."

"Tentang perkara tu..." Pikah tersenyum sinis lalu memandang ke arah Webly sekali imbas. "Kami dah lama bekerja keras untuk itu."

"Apa maksud kamu?" Hisham mengerutkan dahinya.

"Kami dah cari jalan keluar..." Webly menarik nafas panjang. "Dan kami dah jumpa pun."

"Kenapa kamu tak keluar?" Cska bertanya.

"Sebab kami tahu kamu akan datang."

Serentak Hisham, Cska dan Vince berpandangan kebingungan sambil mengelipkan mata.

"Saya boleh nampak." Webly segera bersuara. "Itu kebolehan saya. Saya dapat nampak apa akan berlaku."

Hisham mengangguk-angguk tanda faham. "Kalau macam tu kita perlu keluar sekarang ni."

"Ikut saya." Arah Pikah yang kini sudah bersedia. Mereka semua tidak membantah dan hanya menyusul gadis itu.

***

Hisham kini duduk di kerusi bersama Cska dan Vince. Mereka agak kepenatan kerana pengembaraan yang tidak diduga itu. Pikah dan Webly baru sahaja selesai makan. Entah bila kali terakhir mereka menikmati makanan yang lazat. Noorizan berdiri berdekatan dinding sambil berpeluk tubuh. Miezza dan Jyra turut berdiri di sebelahnya, manakala yang lain duduk mengelilingi unggun api itu.

Mereka berjaya keluar dari tempat busuk itu yang mana ia adalah saluran paip bawah tanah. Mereka berjalan agak lama dan muncul di tempat loji kumbahan yang besar menyebabkan Cska termuntah dengan teruk. Dan mereka pula terpaksa menenangkan gadis itu.

"Apa kuasa kamu berdua?" Tanya Miezza sambil memandang Pikah dan Vince setelah mereka selesai mengadakan sesi perkenalan yang agak ringkas sebentar tadi bersama semua orang.

"Saya dapat tengok sesuatu yang akan berlaku."

Serentak semua orang membesarkan mata memandang Webly. Ada yang sudah terlopong agak teruja.

"Maksudnya awak boleh lihat semua yang berlaku di masa depan?" Baekhair membesarkan matanya memandang lelaki itu.

Webly menggelengkan kepalanya. "Hanya benda-benda yang penting. Itu pun ia datang dengan sendiri."

Semua orang mengangguk perlahan. Faham dengan apa yang lelaki itu cuba untuk maksudkan.

"Bagaimana dengan awak?" Miezza beralih memandang ke arah gadis berambut pendek itu.

Pikah tidak menjawab sebaliknya membuka tapak tangannya. Cahaya yang terang kini menerangi tempat itu menyebabkan semua orang menutup mata akibat kesilauan sebelum gadis itu mematikannya kembali. Noorizan, Jyra dan Miezza berpandangan seketika lalu memandang Hisham yang hanya mengangkat bahunya sebagai balasan. Baru sebentar tadi mereka memberi komen bahawa Pikah mengingatkan mereka pada Lily, salah seorang ahli puak Huruf yang lama. Mereka tidak menyangka bahawa gadis ini akan memiliki kuasanya juga.

"Apa yang dah berlaku pada kamu sebenarnya?" Khairul menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian setelah beberapa minit.

"Kami mencari macam biasa..." Vince mengangkat bahunya sambil cuba mengingati sedaya-upaya apa sebenarnya yang berlaku. "Tiba-tiba je kami pengsan. Sedar-sedar dah ada kat tempat busuk tu."

"Dan macam mana perkara tu boleh berlaku?" Rizal mengecilkan matanya memandang Vince.

"Saya rasa mereka boleh terangkan apa yang berlaku sebenarnya..." Hisham menuding ke arah Webly dan Pikah. "Memandangkan mereka lebih lama berada di tempat tu berbanding kami."

Serentak semua orang memandang Pikah dan Webly yang hanya berpandangan kebingungan.

"Kamu berdua ni pasangan kekasih ke?" Tanya Qushairy secara tiba-tiba membuatkan semua orang menggerutu memandangnya. Tidak tahu dari mana perkara itu datang dan ia langsung tidak kena dengan tempat untuk bertanya.

"Apa?? Tak lah." Pikah menggerutu sambil menggolekkan bebola matanya. "Kami pun berjumpa kat tempat tu."

"Kamu ditangkap sama-sama ke?" Tanya Olive pula.

Serentak kedua-dua mereka menggelengkan kepala hampir serentak untuk menjawab soalan itu.

"Saya dulu ditangkap." Webly bersuara tenang. "Lepas tu Pikah pun kena tangkap. Saya nampak perkara tu datang juga."

"Kamu tahu siapa yang tangkap kamu?" Lana mengangkat keningnya.

Pikah dan Webly kelihatan berfikir seketika. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk memberi penerangan.

"Kami tak pasti." Webly mendengus perlahan. "Tapi kami tahu yang bilangan mereka lebih daripada seorang kerana orang yang memberi kami makanan setiap hari adalah orang yang berbeza."

"Nanti... 'Seorang'??" Miezza mengulang.

"Ya." Webly mengangguk-angguk. "Orang. Dia pakai pakaian serba hitam. Tapi muka mereka penuh dengan tatu yang bercorak abstrak. Saya pun tak tahu kenapa mereka bertatu seperti itu."

"Secara jujurnya..." Pikah mencelah secara tiba-tiba. "Saya tak anggap pun mereka tu orang. Suara mereka menakutkan dan garau. Mereka semua tak berambut termasuklah perempuan."

Serentak semua orang terkejut mendengar kenyataan itu. Ada yang sudah menelan air liur.

"Mereka ada cakap apa-apa pada kamu?" Tanya Emma pula.

"Selain daripada memberi arahan... Tak pernah." Pikah menggelengkan kepalanya sedikit. "Kami ada tanya kenapa mereka tangkap kami... Tapi mereka tak pernah jawab. Kadang mereka akan bercakap dalam bahasa yang kami tak faham."

Kenyataan itu membuatkan pelbagai perkara yang bermain di minda mereka. Noorizan, Miezza, Hisham dan Jyra berpandangan seketika. Tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Sebenarnya..."

Semua orang kembali memandang Webly yang kelihatan membetulkan kedudukannya teragak-agak.

"Sebenarnya bukan kami je yang mereka tangkap."

Hampir semua orang mengerutkan dahi mereka. Ada yang mengelip-ngelipkan mata mereka agak bingung.

"Apa maksud awak?" Noorizan mengangkat sebelah keningnya. "Ada orang lain lagi selain kamu?"

Pikah dan Webly berpandangan seketika. Berdebat melalui pandangan mata mengenai siapa yang patut terangkan.

Pikah mendengus perlahan. "Ada beberapa orang lagi kat sana. Sebelum kami berdua sampai pun..."

Serentak semua orang membesarkan mata mereka.

"Satu-persatu dibawa pergi entah ke mana." Pikah menarik nafas panjang. Sepertinya dia ingin melupakan perkara itu. Ia terlalu menakutkan dan pahit untuk diingat kembali. "Yang kami dengar hanya jeritan kuat seperti meraung lepas tu dan mereka tak pernah kembali."

Tiada siapa yang memberi sebarang komen. Masing-masing mula membayangkan apa yang terjadi pada mereka.

"Tapi mereka tak ambil kamu." Xiao Wei kini sudah berpeluk tubuh. Agak pelik dengan perkara itu.

"Saya rasa kami akan diambil." Webly mengangkat bahunya sambil memandang ke arah Hisham, Cska dan Vince sekali imbas. "Dua orang dah dibawa pergi pada hari mereka bertiga ditangkap."

"Apa jadi dengan mereka yang dibawa pergi tu?" Lana tiba-tiba rasa seram sejuk mengenai itu.

"Sejujurnya..." Pikah mengangkat sebelah keningnya memandang gadis tinggi lampai itu. "Mungkin dah mati."

Kenyataan itu mengejutkan semua orang. Ada yang sudah tunduk. Cuba membayangi perkara itu.

"Ada berkurang tak rantai??" Hisham memandang Miezza. Perkara itu benar-benar merunsingkan.

Miezza menggelengkan kepalanya sambil berkerut. "Tak ada pun. Semua masih ada di dalam kotak tu."

Khairul mengangguk setuju kerana dia juga berperanan untuk memeriksa kotak keperakan itu setiap hari.

"Jadi..." Jyra mengerutkan dahi sambil mengelipkan matanya beberapa kali. "Siapa orang-orang yang lain tu?"

"Mungkin orang biasa." Zamir meneka. "Mungkin mereka bukannya rancang nak ambil puak Huruf atau apa."

"Pelik pula macam tu." Gumam Jyra.

Keadaan sunyi sepi seketika. Semua kini hanyut dengan andaian dan minda masing-masing. Tiada siapa yang boleh pastikan atau simpulkan perkara itu. Terlalu banyak kemungkinan yang boleh dibuat.

"Mereka dah tahu..."

Serentak semua orang terkedu. Mata mereka mula bergerak untuk berpandangan antara satu sama lain.

"Mereka dah tahu..."

"Okey..." Dayah memandang semua orang dengan mata yang dibesarkan. "Apa pula ni.?"

"Mereka akan datang..."

Mereka kelihatan semakin takut. Ada yang masih memandang yang lain kerana takut dengan suara misteri itu. Ada juga yang hanya fokus mendengar dengan tenang. Cuba untuk memahami.

"Bersedia."

Perkataan terakhir itu membuatkan mereka berpandangan agak takut. Sepertinya bahaya itu semakin dekat. Suara itu sudah tidak kedengaran lagi. Semakin banyak persoalan yang tidak terjawab sekarang ini.

"Ada sesuatu yang memburu kita."

Semua orang menoleh untuk memandang Noorizan. Tiada sesiapa membantah kerana mereka semua merasakan hal yang sama. Semua perkara yang terjadi semakin aneh dan pelik. Sukar untuk mereka meneka apa-apa dalam situasi itu. Ia terlalu bercampur-aduk. Baru sahaja mereka hampir memecahkan sesuatu, misteri lain pula akan mendatang. Buat masa sekarang, mereka perlu fokus untuk mengumpulkan ahli.

"Kita perlu bertindak cepat."


A/n: Ingat lagi kuasa cahaya dulu?? Dah ada tuannya semula. Hehehe. Lebih kurang je kan? Nak tanya... Kalau korang baca cerita ni kan... Korang ada bayangkan tak korang salah satu watak?? Hehe. Saya rasa selalu buat macam tu. Saya salah satu watak tu. Hahaha. Btw, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top