The Power Of Incarnation
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The picture of Vince's cast. (Kim Soo Hyun)
BAB 23 : KUASA JELMAAN
Miezza kini sedang duduk di atas batu besar itu. Di mana kali pertama dia berbual dengan Noorizan suatu ketika dulu. Buku usang yang sehingga kini masih belum dapat dibaca itu berada di tangannya. Entah kenapa, dia tersenyum bila teringat kenangan yang lalu. Buat seketika, dia menyangka dia akan mempunyai perasaan kepada Noorizan kerana dia adalah lelaki pertama yang Miezza menjadi sedikit terbuka. Tapi ternyata sangkaannya meleset. Hatinya berjaya dicuri oleh orang lain.
"Buku apa yang awak baca tu?"
Miezza menoleh pantas. Lelaki berbadan elok dengan wajah serius yang tampan itu berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. Entah bila kali terakhir dia melihat lelaki itu tersenyum seperti itu.
"Zamir..."
Zamir berjalan perlahan-lahan mendekatinya dengan senyuman yang kecil. "Boleh saya duduk?"
Miezza segera ketawa apabila mendengar pertanyaan lelaki itu yang agak formal. "Sopannya awak bertanya."
Zamir hanya tersengih lalu duduk tanpa menunggu jawapan. "Saya dah biasa macam tu kot."
Miezza mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman yang sinis. "Oh, ya?? Saya tak pernah tengok. Saya ingat lagi macam mana awak nak hapuskan kami semua masa berlawan kali pertama tu."
Zamir mengelip-ngelipkan matanya seketika. "Masa tu lain sikit..."
"Lain apanya??" Miezza mengecilkan matanya.
"Saya rasa saya patut lindungi mereka yang lain..." Zamir memandang ribanya seketika lalu mengangkat bahunya. "Awak faham kan... Lagipun saya rasa susah sikit saya nak kawal apa-apa bila saya guna kuasa saya."
Miezza hanya tersenyum kemudian mengangguk-angguk faham. "Jangan risau. Saya faham."
Keadaan sunyi sepi seketika. Tiada siapa yang membuka mulut untuk bercakap. Mereka memandang sekeliling cuba untuk menikmati udara yang segar itu. Mereka juga tidak tahu apa yang patut dikatakan.
"Buku apa tu sebenarnya?"
Miezza menoleh memandang Zamir yang kini sudah melirik ke arah buku usang yang berada di atas ribanya.
"Ini??"
Zamir memandang Miezza sambil mengangguk-angguk. "Ya. Saya selalu nampak kamu baca."
Miezza tersengih kemudian mengeluh perlahan. "Kami tak dapat baca pun sebenarnya."
Zamir mengerutkan dahinya agak bingung. "Apa maksud awak??"
"Tulisan dalam ni adalah tulisan yang kami tak dapat baca." Miezza memandang ke arah buku itu lagi. "Ia adalah tulisan purba dan unik... Atau lebih tepat lagi... Tulisan puak Huruf."
Zamir membesarkan matanya agak terkejut. "Tulisan puak Huruf??"
Miezza mengangguk-angguk. "Sebab kami dah cuba kaji tulisan ni. Tak pernah wujud di mana-mana."
Zamir kini sudah ternganga. Dia kelihatan bingung bercampur teruja. Dia masih memandang buku itu tetapi tidak meminta untuk melihat isi kandungannya. Dia hanya memandang kulitnya sahaja.
"Kalau awak nak tahu..." Miezza menarik nafas panjang. "Segala-galanya tentang puak Huruf ada dalam ni."
Zamir membesarkan matanya sekali lagi.
"Sejarah, musuh, kuasa dan segala-galanya ada dalam ni." Miezza menepuk buku itu sekali. "Tapi sayang kami tak dapat baca."
Zamir berdehem seketika. "Sebelum ni ada orang dapat baca??"
Miezza terdiam seketika. Dia tidak pasti berapa lama dia berdiam diri sebelum mengangguk. "Ada."
Zamir tidak bertanya lagi. Dia tahu ada sesuatu yang kini sudah singgah ke dalam fikiran gadis itu.
"Salah seorang penaung sebelum ni boleh baca benda ni." Miezza bersuara hampir kepada nada berbisik.
Zamir hanya memandang wajah gadis itu.
"Hanya dia satu-satunya..." Miezza bersuara lagi masih dalam nada yang sama. Dia kini sudah tidak bergerak. Jelas mula membayangkan sesuatu. "Dia yang terangkan semuanya pada kami... Semuanya."
Zamir masih dalam posisinya tidak berubah memandang gadis itu. Bersedia untuk mendengar semuanya.
"Dia..." Miezza menggigit bibirnya. Suaranya kini sudah bergegar. "Dia unik sangat. Dengan matanya yang biru semulajadi... Dia sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu perkara. Sentiasa berfikir dengan betul."
Zamir kini mula perasan akan sesuatu. Mata gadis itu kelihatan mula berair. Ingin sahaja dia mengesat dan menenangkannya tapi dia tiada kekuatan untuk berbuat demikian tanpa sebab yang kukuh.
"Bila saya nampak dia mati dalam pertempuran tu depan mata saya..." Miezza segera tunduk apabila air matanya mula mengalir. "Saya rasa saya boleh bunuh semua orang di situ tanpa berfikir panjang."
Zamir masih tidak bersuara.
"Kata-katanya terakhir masih terngiang-ngiang dalam kepala saya." Miezza menarik nafas panjang cuba untuk menahan esakannya. "Dia cakap... 'Dah tak boleh. Jangan datang dekat.'. Lepas tu..."
Miezza sudah tidak mampu meneruskan kata-katanya. Segala apa yang selama ini dia takut telah datang menghantuinya semula. Zamir bergerak ke arahnya lalu memeluk gadis itu perlahan-lahan. Miezza tidak menolak. Dia masih lagi menangis. Mengingatkan banyak penyesalan yang mereka hadapi.
"Shhh..."
Miezza berusaha menenangkan dirinya. Berbanding dengan orang lain, dia paling mudah mengawal emosinya. Jika dia menangis, dia dapat memujuk hatinya sendiri untuk segera berhenti agar mukanya tidak bengkak. Mereka kekal dalam posisi itu. Miezza sudah berhenti menangis bagaimanapun masih menutup matanya. Buat seketika, dia ingin melupakan semuanya. Bangun untuk mengucapkan bahawa semuanya hanya mimpi ngeri semata-mata. Dia tidak tahu mana yang dia inginkan. Kembali kepada kehidupan normal tanpa kuasa, ataupun kembali kepada kehidupan sebagai ahli Huruf sebelum ini dan menghadapi bahaya.
"Awak mencintai dia kan?"
Miezza membuka matanya perlahan-lahan mendengar suara Zamir setelah agak lama mereka berdiam diri. Gadis itu segera membetulkan kedudukannya lalu mengesat sisa air matanya yang ada.
"Apa?"
"Awak mencintai orang tu kan?" Zamir mengulang soalannya tanpa teragak-agak langsung.
Miezza segera tersengih. "Saya tak cakap pun dia lelaki kan??"
Giliran Zamir untuk tersengih. "Tak ada perempuan akan bercakap mengenai perempuan yang lain seperti itu... Dan awak tak akan bercakap macam tu kalau awak tak ada perasaan dengan dia."
Miezza menarik nafas panjang tidak segera menjawab lalu memandang sekeliling untuk mencari ayat yang sesuai. Ketika dia bersedia untuk menjawab, matanya terhenti pada sesuatu. Sesuatu yang berada dari hutan sebelah kanan tempat itu.
"Apa tu?"
Zamir menoleh serta-merta. Kedua-dua mereka kini mengecilkan mata mereka sambil berkerut cuba memerhatikan benda itu. Ia bergerak seolah-olah ingin keluar dari semak samun itu. Serentak mereka berdua berdiri sambil membesarkan mata apabila memastikan apakah benda itu.
"Adakah itu..."
"Serigala." Miezza memintas.
Ternyata benar. Ia keluar dari semak itu. Bulunya berwarna kelabu dengan matanya berwarna kuning yang bercahaya. Serigala itu merenung tajam ke arah Zamir dan Miezza seolah-olah akan menerkam mereka pada bila-bila masa sahaja.
"Bertenang, comel."
Zamir dan Miezza terkejut sekali lagi apabila seorang gadis dengan senyuman yang manis muncul di sebelah serigala itu sebelum mengusap-usap bulunya. Gadis itu segera memandang mereka.
"Hai!"
Zamir dan Miezza tidak membalas. Mereka hanya mampu mengelipkan mata cuba untuk memastikan apa yang berlaku.
"Oh, maaf..." gadis itu segera memandang serigala yang masih diusapnya itu.
Dia seolah-olah sedang menggumam sesuatu menyebabkan serigala itu lenyap serta-merta. Zamir dan Miezza membesarkan mata mereka lalu berpandangan sesama sendiri dengan mulut ternganga. Gadis itu segera berjalan mendekati mereka dengan senyuman yang lebar tanpa teragak-agak.
"Hai..."
"Ha... Hai..." Zamir dan Miezza menyahut serentak tanpa langsung mereka sedari perkara itu.
"Oh... Maaf. Saya Tasnim." Gadis itu menghulurkan tangannya.
Miezza menyambutnya. Sekali lagi tanpa dia sedari. Zamir hanya merenung gadis itu tajam.
"Macam mana awak boleh sampai ke sini?" Zamir bersuara serius.
"Saya berjalan?" Tasnim menjawab lebih kepada bertanya. "Sebenarnya serigala tadi yang tunjukkan saya jalan."
"Ia semakin tak masuk akal." Miezza mengerutkan dahinya. "Macam mana awak boleh tahu dan masuk ke dalam tempat ni?"
Tasnim mengelipkan matanya lalu berdehem perlahan. "Sebab saya tahu saya tak keseorangan."
Zamir dan Miezza tidak membalas atau memberi sebarang reaksi. Masing-masing cuba untuk memproses perkara itu.
"Saya tahu saya tak keseorangan..." Tasnim menambah apabila melihat reaksi kedua-dua orang itu. "Maksud saya... Saya tahu ada orang lain lagi macam saya."
"Macam awak??" Miezza mengangkat sebelah keningnya.
Tasnim mengangguk-angguk masih dengan senyuman yang lebar. "Ada kebolehan istimewa macam saya."
Miezza dan Zamir berpandangan seketika lalu kembali memandang gadis itu sambil mengecilkan mata mereka.
"Awak ada kebolehan ke?" Miezza bertanya.
Tasnim mengelipkan matanya sekali lagi. "Awak baru nampak kebolehan saya tadi kan??"
"Berkomunikasi dengan haiwan??" Teka Zamir.
"Bukan lah." Tasnim menderam. "Saya boleh menjelmakannya."
Serentak Miezza dan Zamir membesarkan mata.
"Jelmakan??" Ulang Miezza agak terkejut dengan perkara itu. "Jadi awak jelmakan serigala tu tadi??"
Tasnim mengangguk-angguk sambil tersenyum bangga. "Saya jelmakannya. Ia bukannya betul."
Zamir dan Miezza berpandangan seketika. Tidak membuka mulut untuk memberi sebarang komen.
"Awak ada parut ke??" Zamir kembali memandang gadis itu.
"Parut??" Ulang Tasnim.
Zamir mengangguk-angguk lalu menunjukkan parut berbentuk huruf 'Z' pada lengan kanannya. "Macam ni."
"Oh..." gadis itu segera menunjukkan lengan kirinya. Parut yang sama berbentuk huruf 'T' terukir di situ.
Serentak Miezza dan Zamir menarik nafas lega.
"Ikut kami."
Miezza dan Zamir segera membuka langkah untuk berjalan. Tasnim masih lagi kebingungan bagaimanapun tidak bertanya apa-apa. Dia hanya menyusul kedua-dua orang itu entah ke mana. Sepanjang perjalanan, dia memandang sekeliling dengan perasaan teruja. Memutuskan untuk meneroka tempat itu nanti.
"Mana Hisham dan Noorizan?" Tanya Miezza serta-merta apabila tiba di ruang markas itu.
Kelihatan Khairul yang sedang duduk di kaunter dapur sambil memandang komputer ribanya menoleh. Pikah, Webly, Xiao Wei dan Vince yang duduk di meja makan turut memandang mereka. Lana dan Yuna yang sedang bekerja di dapur hanya memandang sekali imbas. Dayah dan Cska yang sedang berbual segera berhenti bercakap lalu memandang mereka. Jyra, Baekhair, Emma dan Rizal tiada di situ kerana bertugas keluar untuk misi mencari.
"Di bilik." Vince menjawab setelah lama mereka dalam keadaan memerhati dengan pelik.
"Pergi panggil." Arah Miezza kerana dia tidak mahu menceroboh ke bahagian bilik lelaki.
Vince tidak membantah. Dia bingkas bangun lalu menghilang dari pandangan. Tiada siapa yang bersuara pada ketika itu. Mereka hanya memandang Tasnim yang kini sepertinya kurang senang dengan pandangan yang diberikan. Beberapa minit kemudian, Noorizan dan Hisham muncul dengan wajah yang penuh tanda tanya disusuli dengan Qushairy dan Olive yang kelihatan ingin tahu.
"Ada apa?" Tanya Noorizan serta-merta.
Miezza memandang sekali imbas ke arah Tasnim. "Ada seorang orang baru."
Serentak semua orang membesarkan mata mereka memandang Tasnim. Gadis itu hanya mengelip-ngelipkan matanya.
"Nanti..." Tasnim memandang semua orang yang berada di situ. "Mereka semua ni pun sama ke??"
Zamir mengangguk-angguk.
"Wuoh..." Tasnim kelihatan terkejut. "Saya tak sangka ada sebanyak ini."
"Macam mana kamu jumpa dia.??" Hisham mengecilkan matanya memandang Miezza dan Zamir silih-berganti.
"Dia yang jumpa kami." Selamba Zamir membalas.
Kenyataan itu membuatkan semua orang terkejut.
"Dia yang muncul tiba-tiba di markas ni." Miezza menarik nafas panjang. "Nama dia Tasnim. Huruf T."
"Apa kuasa dia?" Tanya Noorizan masih merenung gadis itu.
Miezza tidak membalas sebaliknya memandang ke arah Tasnim untuk membiarkannya menjawab.
"Oh..." gadis itu baru perasan bahawa dia perlu menjawab. "Saya boleh jelmakan binatang."
"Jelmakan??"
Tasnim mengangguk-angguk.
"Dia datang dengan serigala tadi." Miezza mencelah. "Dia cakap serigala tu dia yang jelmakan."
Hampir semua orang mengangguk-angguk tanda faham.
"Dan macam mana awak boleh jumpa tempat ni pula??" Noorizan mengecilkan matanya.
"Serigala tu yang bawa saya."
Jawapan itu membuatkan keadaan sunyi sepi seketika. Tidak tahu bagaimana untuk memprosesnya.
"Binatang yang saya jelmakan akan hidup seperti haiwan yang sebenar..." Tasnim cuba menerangkan sambil menggosok kedua-dua tapak tangannya. "Dia menerima segala arahan saya, dan saya boleh berkomunikasi dengan mereka."
Kenyataan itu menarik perhatian semua orang.
"Bila saya suruh mereka hidu sama ada saya seorang diri atau tidak..." Tasnim menyambung lagi. "Mereka bawa saya ke sini."
"Haiwan yang awak jelmakan boleh hidu kami??" Hisham cuba memastikan sambil membesarkan matanya.
"Ya." Tasnim mengangguk-angguk. "Mereka boleh hidu apa yang saya nak."
Hisham memandang Noorizan yang hanya membalas pandangannya dengan reaksi yang hampir sama. Dia beralih memandang Miezza yang turut membalas pandangan yang mengatakan dia juga merasakan hal yang sama.
"Kuasanya berguna untuk kita cari semua Huruf."
A/n: Well, saya letak watak Vince jadi Asian people juga sebab dia bestfriend dengan Xiao Wei. Kamu mesti nak tahu kenapa saya guna nama melayu semua sedangkan cast orang barat and so on. Sebab semua watak dalam cerita ni berdasarkan orang real yang saya pernah nampak. Orang real maksudnya wujud di sekeliling saya. Tapi nama tu saya reka lah. Saya imagine sebenarnya muka orang melayu. Sebab saya nak buat kamu mudah bayangkan, saya letak lah cast orang barat. Hehehe
P.s::: Majoriti dari kamu dapat teka apa yang bakal jadi nanti. Good luck reading! Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top