The Person That We Need The Most
BAB 34 : ORANG YANG DIPERLUKAN
Farra duduk sendirian di ruang markas pada lewat tengah malam itu. Unggun api masih marak lagi pada ukiran batu itu menandakan ia masih diperlukan. Mengenangkan bahawa tanggungjawabnya kini bermula lagi membuatkan dia risau mengenai banyak perkara. Sekurang-kurangnya, mereka kini hampir lengkap. Hanya latihan yang keras perlu diberikan pada mereka.
"Farra..."
Farra tersentak dari lamunannya. Dia segera menoleh memandang Rizal kini berjalan mendekatinya dengan lesung pipit yang kelihatan. Lelaki itu kelihatannya seperti ingin memulakan perbualan dengannya sejak dulu lagi. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak melakukannya.
"Eh, Rizal..."
Rizal segera duduk di sebelah gadis itu cuba untuk tidak membuat keadaan menjadi terlalu kekok. "Kenapa tak tidur lagi?"
"Tak mengantuk." Farra mengangkat bahunya dengan selamba kemudian memandang lelaki itu. "Awak?"
"Tak dapat tidur." Rizal membalas.
Farra hanya mengangguk tidak membalas lagi.
"Awak ingat saya tak??"
Farra segera memandang Rizal yang kini sudah memandangnya. Dia merenung wajah lelaki itu. "Ingat awak??"
Rizal mengangguk-angguk sambil tersenyum.
"Kita pernah berjumpa ke?" Tanya Farra sambil mengerutkan dahinya. Dia merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya.
"Ya." Rizal mengangguk lagi. "Masa awak masih tak ingat lagi. Maksud saya... Masa awak bekerja kat kedai buku."
Farra membesarkan matanya agak terkejut. Memang benar. Dia bekerja di sebuah kedai buku sebelum ini.
"Kita pernah berjumpa ke?"
Rizal hanya tersengih. "Awak mungkin tak perasan. Tapi saya masih ingat awak dengan jelas."
Farra mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Cuba untuk mengingat jika dia pernah melihat lelaki itu. Berusaha untuk mengenalpasti wajah-wajah yang pernah ditemuinya.
"Saya selalu datang..." Rizal cuba untuk memberi petunjuk. "Tanya buku apa yang sesuai untuk dibaca."
Farra tesentak baru teringat. Dia membesarkan matanya memandang Rizal tidak percaya. "Awak..."
Rizal hanya mengangguk sambil tersenyum-senyum walaupun dia belum pasti apa yang Farra cuba katakan.
"Awak yang asyik tanya apa buku yang bagus untuk dibaca semasa hujung minggu, tekanan bekerja, musim hujan..."
Rizal segera ketawa mendengar kenyataan gadis itu. Memang benar. Itu adalah perkara yang sering ditanya olehnya kepada gadis itu sebagai alasan untuk mereka berbual dengan lebih lama.
"Awak memang suka membaca ke?" Tanya Farra.
"Ya." Rizal menjawab jujur. Walaupun sebenarnya fakta itu hanya berubah seperti itu selepas dia bertemu dengan gadis itu. "Saya memang suka membaca. Mungkin sebab saya orang yang tak banyak cakap."
Farra kelihatan agak terkejut mendengar kenyataan itu. "Tak banyak cakap?? Saya rasa awak orang yang banyak cakap."
Rizal tergelak lagi. "Saya hanya banyak cakap pada orang dan pada keadaan yang tertentu."
"Yang macam mana?" Farra mengangkat keningnya. "Macam mana keadaan yang tertentu tu?"
Rizal tidak segera menjawab. Dia hanya memandang wajah gadis itu sambil berfikir sedalam-dalamnya. Jika diikutkan, dia memang tidak akan banyak bercakap dengan sesiapa. Tapi oleh kerana Farra yang menjaga kedai itu, dia harus banyak bercakap dengan sengaja. Tapi mustahil untuk dia memberitahu alasan ini. Mustahil untuk dia berterus-terang begitu sahaja.
"Bila saya perlu?"
Farra berkerut agak bingung sambil mengelipkan matanya beberapa kali. Dia merasakan jawapan itu lebih kepada soalan bagaimanapun tidak mahu bertanya lagi untuk kebaikan.
"Dan saya tak sangka pula orang yang selalu cadangkan buku pada saya adalah ketua puak ni." Rizal tersenyum sinis sambil melirik ke arah gadis itu. Dia sudah mengangkat keningnya untuk menyakat
Farra hanya menarik nafas panjang sambil bersandar pada kerusi itu. "Saya pun tak sangka."
Rizal berkerut seketika sebelum menggelengkan kepalanya. Tidak mahu bertanya sebab dia berkata begitu.
"Saya pun tak tahu kenapa saya jadi ketua."
"Well..." Rizal memandang gadis itu. "Bukannya baru je kan... Dah lama pun awak jadi ketua."
"Tanggungjawab tu tak semudah yang kita fikirkan." Farra mengeluh lagi sambil menarik nafas panjang.
"Tak ada tanggungjawab yang mudah." Rizal mengangkat bahunya cuba untuk memberi semangat. "Nama pun tanggungjawab. Kalau mudah... Perkataannya tak akan sekuat itu."
Farra tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. Memang benar. Tiada tanggungjawab yang mudah.
"Kalau awak dah boleh buat sebelum ni..." Rizal bersuara lagi. "Awak pasti boleh buat lagi."
Farra hanya mengangguk. Berharap semuanya akan berjalan lancar selepas ini. Memandangkan mereka hampir lengkap, tiada apa yang mereka boleh sesali melainkan apa yang bakal mereka hadapi nanti. Hanya mampu berharap ada sesuatu yang bakal melancarkan segalanya.
***
Hisham mengeliat panjang apabila keluar dari biliknya setelah selesai tidur petang dengan nyenyak sekali. Dia benar-benar penat setelah selesai latihan sesi pagi itu entah kenapa. Kelihatan yang lain kini sedang berehat di ruang markas. Sheronica masih bekerja di dapur dengan bantuan Geoffry seperti biasa dan Khairul. Zamir, Olive, Qushairy dan Yuna pula duduk berbual di satu sudut. Farra pula sedang duduk di meja makan sambil membaca sesuatu.
"Mana yang lain?"
Farra segera mendongak. Dia berusaha mengawal segala emosi yang dia rasa apabila memandang wajah Hisham yang kini duduk di hadapannya. Dia harus menahan segala-galanya sehingga selesai.
"Masih latihan."
Hisham mengangguk kemudian menguap kecil lagi sekali sebelum memandang gadis itu. "Siapa yang jaga?"
"Miezza." Farra menjawab ringkas tanpa merenung wajah lelaki itu.
Hisham mengangguk agi kemudian segera memakan buah epal yang tersedia di atas meja. Dia tahu, apa yang berlaku di antara mereka berdua baru-baru ini tidak boleh mencelah di tengah-tengah untuk membuatkan situasi lebih kekok.
"Macam mana latihan mereka?"
Farra kembali memandang Hisham sambil berfikir seketika. "Dah semakin membaik. Tinggal nak buat ujian lagi."
"Ujian??" Ulang Hisham.
Farra mengangguk-angguk sambil memandang lelaki itu. "Macam yang kami pernah buat kat kamu dulu."
Hisham berfikir seketika kemudian kembali memandang gadis itu. "Tapi itu guna klon Izzudin kan?"
"Ya." Farra mengiyakan. "Kalau tak pun... Kami akan guna inisiatif lain. Sama ada mereka berlawan sesama seniri atau dengan kita."
Hisham segera mengukir senyuman secara tiba-tiba. "Macam mana pun kami jadi penaung... Kami tak akan dapat tandingi cara kamu kan?"
Baru sahaja Farra membuka mulut untuk membalas, geseran pintu batu utama markas itu kedengaran membuatkan mereka semua menoleh. Kelihatan Noorizan dan Aieyn melangkah masuk sambil memapah seseorang bersama Tasnim di belakang mereka. Semua orang segera bangun untuk melihat.
"Siapa ni??" Farra cuba melihat wajah orang itu dengan lebih dekat sambil mengecilkan matanya.
"Zamir! Tolong saya!" Aieyn tidak menjawab soalan Farra sebaliknya memberi arahan kepada lelaki itu.
Zamir tidak membantah. Dia segera menggantikan tempat Aieyn untuk memapah lelaki itu.
"Bawa dia ke bilik." Aieyn memberi arahan dalam keadaan tercungap-cungap kepenatan.
Kedua-dua lelaki itu tidak membantah. Mereka segera membawa jasad yang masih tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam bilik. Farra segera memandang Aieyn yang masih kepenatan.
"Siapa tu?"
Aieyn menarik nafas sedalam-dalamnya sambil memandang Farra dengan pandangan penuh makna. "Izzudin."
Farra dan Hisham segera membesarkan matanya memandang gadis itu agak terkejut. Yang lain pula hanya mampu berpandangan agak bingung. Pada ketika itu juga, semua yang sedang berlatih muncul di situ. Masih tidak berapa perasan mengenai apa yang sedang berlaku itu.
"Ada air tak??" Baekhair kini seperti orang yang benar-benar kehausan. Seolah-olah baru lepas berjalan di gurun.
"Izzudin??!" Sheronica mengulang membuatkan yang baru sampai itu berpandangan agak terkejut.
"Izzudin dah ada?" Miezza yang kini baru selesai melatih mereka turut mencelah bersama Jyra.
Aieyn mengangguk-angguk masih kelihatan tercungap-cungap. "Kami dah pakaikan dia rantai."
Farra mengerutkan dahinya memandang Aieyn. Ada sesuatu yang tidak kena pada reaksi gadis itu. "Ada yang tak kena ke?"
Aieyn menarik nafas panjang tidak segera menjawab. Dia hanya berfikir seketika tidak tahu hendak membalas apa.
"Mata dia."
Serentak semua orang menoleh. Noorizan dan Zamir kini sudah menyertai mereka di situ.
"Mata dia??" Jyra mengerutkan dahinya.
Noorizan mengangguk-angguk turut menyedari perkara yang sama. "Hitam. Bukan biru."
Kenyataan itu menyebabkan semua yang faham mengenai itu terkejut sambil berpandangan sesama sendiri.
"Apa..." Miezza menelan air liurnya dengan mata yang terbuka luas. "Apa maksud awak?"
Noorizan menarik nafas panjang sambil memandang Aieyn sekali imbas dengan pandangan yang sayu agak risau mengenai perkara itu. "Mata dia bukan biru macam yang kita tahu."
"Kenapa boleh jadi macam tu pula?" Jyra mengerutkan dahinya.
Noorizan mengangkat bahunya.
"Kita cuma boleh pastikan bila dia bangun." Aieyn menarik nafas panjang. "Parutnya ada. Dan ianya Huruf I."
Tiada sesiapa yang bersuara lagi. Perkara ini agak mengejutkan. Yang lain pula hanya memandang kebingungan tidak mencelah. Situasi itu agak tegang untuk mereka melontarkan soalan.
"Ya." Hisham mengangguk bersetuju. "Itu satu-satunya cara. Hanya dia yang boleh pastikan."
Semua orang hanya berdiam diri. Tidak tahu di mana hendak mencelah mengenai ini. Ada yang hanya memberi isyarat sesama mereka untuk mencari jawapan mengenai situasi yang agak tegang itu.
"Oh, Izzudin..."
Serentak mereka semua menoleh. Lelaki dengan rambut yang kini sudah tidak ikal lagi memandang mereka sambil membesarkan matanya. Memang benar. Matanya kini hitam. Bukan berwarna biru seperti yang asalnya. Ini membuatkan mereka berpandangan lagi agak risau.
"Izzudin??" Miezza memanggil cuba memastikan.
Lelaki itu tidak menjawab. Kerutan jelas di dahinya. Dia memandang setiap orang yang ada di situ.
"Si... Siapa kamu?"
Pertanyaan itu cukup untuk membuatkan hampir semua mereka tersentak. Mata mereka terbuka luas tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
"Izzudin..." Jyra bersuara tidak percaya.
Lelaki itu bekerut lagi. "Izzudin?? Siapa kamu sebenarnya?? Saya ada di mana sekarang??"
Mereka semua berpandangan sambil membesarkan mata. Apa yang dah jadi? Kenapa dia tak ingat?
"Kenapa dia tak ingat??" Jyra memandang Noorizan.
Noorizan mengangkat bahunya tanpa mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu. "Tak tahu. Kami dah pakaikan dia rantai."
Mereka semua memandang lelaki itu lagi. Berharap mereka akan tahu apa yang tidak kena.
"Izzudin..." Miezza memandang lelaki itu dengan pandangan yang penuh harapan. "Awak langsung tak ingat ke?"
Lelaki itu mengerutkan dahinya merenung Miezza. "Apa... Yang saya perlu ingat? Saya ada lupa sesuatu ke?"
Miezza terkedu mendengar balasan itu. Apa yang sudah terjadi? Adakah dia benar-benar Izzudin atau bukan? Atau mungkin dia hanya mempunyai wajah yang sama dengan Izzudin.
"Maaf, tapi..." lelaki itu kelihatan takut. "Saya perlu balik. Saya tak tahu kamu siapa dan... Aduh!!"
Serentak ereka semua terkejut apabila mendengar lelaki itu mengerang. Dia kini sudah memegang kepalanya agak kesakitan. Sheronica berdiri di sebelahnya dengan gigi yang diketap kuat sambil memegang sudip.
"Apa ni??" Lelaki itu memandang Sheronica agak terkejut bercampur takut jika dia diserang lagi.
"Jangan nak mengada-ngada!" Sheronica hampir memukul lelaki itu lagi menggunakan sudip yang dipegangnya.
"Apa salah saya??" Lelaki itu memandang Sheronica agak terkejut dengan mata yang dibesarkan.
"Hei..." Sheronica kini sudah bercekak pinggang dengan wajah yang kegeraman. "Awak ingat baru kelmarin saya kenal awak??"
Semua orang kini kebingungan mendengar kenyataan itu.
"Apa maksud awak, Sheron??" Jyra mengecilkan matanya. Agak bingung dengan keadaan itu.
"Dia ni Izzudin lah!!!"
"Apa?!!!" Hampir semua orang bersuara serentak.
Sheronica tidak membalas lagi. Dia hanya merenung lelaki itu tajam sambil cuba menahan dirinya daripada memukul lagi. Lelaki itu masih dalam keadaan terkejut. Bagaimanapun, dia segera berdiri tegak sambil membetulkan kepalanya sedikit cuba untuk berlagak biasa.
"Bertenanglah, sayang. Bergurau je pun." Dia segera mengukir senyuman sinis memandang gadis itu.
"IZZUDIN??!!!!"
A/n: Well, I barely manage to update this 'midnight'. Finally, guys~ That boy. The person that they need the most. Sekarang dah jarang dapat update. Bukan jarang. Tapi lambat sikit. Hehehe, harap korang still stay with this story. Boleh dikatakan dah nak sampai klimaks jugak. Walaupun ada jauh sikit kot. So, leave me your feedback. :)
P.s::: touch_name dah post jugak. But, its exo version. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top