The Guy With The Blue Eyes
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Thomas Brodie Sangster as Izzudin. :)
BAB 35 : LELAKI BERMATA BIRU
"Ya, ya. Saya!"
Semua mereka berpandangan agak kebingungan. Tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku.
"Izz??" Farra merenung lelaki itu tajam sambil cuba memastikan perkara itu benar atau tidak.
"Ya, saya." Lelaki itu mendengus sambil menggolekkan bebola matanya agak menyampah dengan pertanyaan itu.
Farra mengelipkan matanya seketika sambil membuka mulut. "Tapi... Kenapa mata awak..."
"Oh..." lelaki itu baru teringat mengenai perkara itu kemudian segera tunduk untuk melakukan sesuatu. "Saya guna kanta lekap."
Mereka semua melihat ke arah benda kecil yang sukar untuk di lihat pada tangan lelaki itu. Yang lain pula agak teruja memandang mata biru bersinar lelaki itu kerana ia adalah kali pertama.
"Mata awak..." Dayah kini sudah ternganga dengan matanya yang tidak mampu berkelip. "Semulajadi ke?"
Izzudin hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum sinis yang sememangnya menjadi kelakuan utamanya.
"Wah..."
"Awak ni!!!" Aieyn menggenggam buku limanya erat sambil mengetap giginya kegeraman. "Main-main lagi!!"
"Maaflah." Izzudin mengangkat kedua-dua tangannya. "Awak bukannya tak kenal saya kan??"
"Kami benar-benar tertipu awak tahu tak." Farra menggerutu sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu.
Izzudin hanya tersengih lalu memandang Sheronica yang masih menjeling ke arahnya. "Nasib baik dia ni kenal."
Sheronica menggolekkan bebola matanya kemudian segera kembali ke dapur untuk bekerja.
"Jadi... Ini Izzudin?" Rizal mengecilkan matanya merenung lelaki itu cuba untuk mengecam.
Izzudin mengangkat keningnya kemudian memandang Farra, Aieyn dan Sheronica silih-berganti dengan wajah yang penuh tanda tanya. "Apa yang dah jadi ni? Kenapa saya masih hidup?"
"Kami tunggu awak datang untuk cari tahu mengenai itu." Aieyn membalas sambil mengangkat bahunya.
"Peperangan lepas..." Izzudin memandang Farra sambil mengecilkan matanya. "Macam mana..."
Kata-kata lelaki itu terhenti apabila melihat riak wajah gadis itu yang dapat difahaminya untuk mendapatkan jawapan.
"Awak guna cara yang kita bincang??"
Farra hanya mengangkat bahunya dengan wajah yang selamba. "Saya ada pilihan lain lagi ke?"
Izzudin mengangguk-angguk tanda faham. Tidak begitu terkejut dengan kesudahan peperangan lalu.
"Kenapa awak pakai kanta lekap?"
Izzudin segera memandang Noorizan yang kini memandangnya dengan wajah serius. Dia segera membesarkan matanya. "Wuoh, Noorizan... Saya hampir tak kenal awak. Saya pakai sebab saya tinggal di tempat yang normal. Semua orang asyik pandang saya dengan mata ni."
Mereka hanya mampu ketawa kecil.
"Jadi..." Izzudin menarik nafas panjang sambil memandang setiap orang yang ada di situ. "Apa yang saya tertinggal?"
"Tak ada apa-apa." Farra menarik nafas panjang. "Kami tunggu awak yang kaji semuanya."
"Apa maksud awak??" Izzudin mengerutkan dahinya memandang gadis itu sambil mengangkat kening.
Farra segera memandang Hisham. Dia memberi isyarat supaya lelaki itu akan menceritakan semuanya dari mula.
Hisham menarik nafas panjang lalu berjalan ke hadapan sedikit. "Macam ni, Izzudin..."
Izzudin beralih memandangnya.
"Kami masih tak tahu sampai sekarang apa dan siapa musuh kita."
Izzudin menarik nafas panjang kemudian memandang yang lain sekali imbas sambil berpeluk tubuh sebelum kembali memandang Hisham. Bersedia untuk mendengar lebih lanjut daripadanya.
"Sebelum ni ada serangan dan kamu tahu apa yang menyerang..." Hisham menyambung. "Tapi kali ni tak ada."
Izzudin hanya mengekalkan riak wajahnya. "Apa petanda yang kamu dapat setakat ni?"
"Kami ada dengar suara." Jyra mencelah. "Suara tu seolah-olah memberi amaran. Kami semua dengar."
"Semua??" Ulang Izzudin ketika memandang gadis itu sebelum memandang yang lain yang turut berada di situ.
Jyra mengangguk bersemangat. "Semua Huruf."
Izzudin memandang Aieyn dan Farra tanpa sebab yang munasabah dia berbuat demikian. "Kenapa saya tak dengar??"
Serentak semua orang terkejut lalu memandang Aieyn dan Farra silih-berganti sambil membesarkan mata.
"Kamu tak dengar??" Yuna bersuara agak terkejut.
Izzudin menggelengkan kepalanya lalu memandang kedua-dua sahabat rapatnya itu lagi. "Kamu dengar?"
Aieyn dan Farra berpandangan kemudian menggeleng perlahan membuatkan Izzudin semakin mengerutkan dahinya.
"Apa yang suara tu cakap?" Izzudin bertanya serta-merta. Dahinya masih lagi berkerut.
"Dia macam beri amaran." Qushairy menjawab.
"Amaran??" Ulang Izzudin sambil menarik nafas panjang. Dia kini semakin bingung dengan situasi itu.
"Ya." Qushairy memberitahu dengan wajah yang bersemangat. "Dia macam beritahu ada sesuatu yang datang."
Izzudin mendengus kuat. Dia langsung tidak dapat memikirkan apa-apa mengenai semua hal itu. Dia berusaha sedaya-upaya mengorek segala pengetahuan yang dia ada sebelum ini.
"Dan sesuatu yang pelik kerap berlaku."
Kenyataan itu membuatkan semua orang beralih memandang Olive.
"Antara kami ada yang muntah darah..." Olive segera menyambung tanpa menunggu apa-apa balasan. "Dan ada yang menyerang dalam kalangan kami tanpa disedari. Seolah-olah ada sesuatu yang mengawal kami."
Izzudin mengelip-ngelipkan mata biru bersinarnya. Sepertinya sesuatu telah mula hinggap di fikirannya. Sesuatu yang dia tidak jangka akan menjadi tanggapan pertama yang akan dibuatnya.
"Dan kami juga menerima dua serangan besar." Khairul pula mencelah dengan wajah yang bercampur-baur. "Satu serangan daripada gergasi jelmaan batu dan satu lagi daripada helang."
Izzudin menarik nafas sambil memejamkan matanya. "Saya rasa saya dapat agak apa yang bakal kita hadapi.
"Awak tahu???!" Hampir semua orang bersuara. Ada yang hanya mampu membuka mulut.
Izzudin mengangguk tidak yakin sambil masih berfikir sedalam-dalamnya. "Saya perlu kaji dulu."
Semua orang tidak membantah.
"Mana semua buku saya?" Izzudin memandang keempat-empat penaung baru itu silih-berganti.
"Ah..." Miezza segera berlari ke kaunter untuk mencapai buku usang itu lalu memberikannya pada Izzudin. "Ni."
"Saya kaji dulu. Saya akan beritahu nanti."
Selesai bercakap, Izzudin terus beredar entah ke mana. Yang lain hanya mampu memandang kelibatnya sebelum hilang daripada pandangan. Tidak mampu berkata apa-apa lagi.
"Ke mana..." Cska masih lagi melihat ke arah tempat kelibat lelaki itu menghilang. "Dia pergi?"
"Dia cari tempat yang sesuai untuk dia membaca." Sheronica menjawab dari dapur. "Tempat yang tenang."
Serentak semua orang mengangguk-angguk tanda faham. Berharap lelaki itu akan memberi jawapan nanti.
"Itu ke, Izzudin??" Tasnim bertanya dengan wajah yang teruja. Mulutnya masih lagi ternganga.
Mereka hanya mengangguk-angguk.
"Tak sama seperti apa yang saya bayangkan." Tasnim mula berfikir seketika. "Saya ingatkan dia seorang yang skema dan sebagainya."
"Ya." Baekhair bersetuju. "Dia nampak lain."
"Tapi mata dia tu..." Yuna masih lagi kagum dengan benda itu. "Memang cantik. Tak sangka pula. Dia kacukan ke?"
"Ya." Aieyn mengangguk-angguk. "Dia kacukan."
"Patutlah."
***
Zamir kini tercungap-cungap apabila dia berubah kembali ke bentuk asal daripada makhluk aneh itu. Dia merenung tapak tangannya seketika. Tidak pasti jika dia gembira dengan kebolehan itu atau tidak. Apa yang pasti, dia lebih kecewa. Dia hampir membunuh beberapa orang hanya sebab dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri. Dia tidak tahu bagaimana dia harus melakukan itu.
"Dah selesai berlatih?"
Zamir menoleh pantas. Rizal kini berdiri tenang dengan senyuman manis memandangnya.
"Macam mana?" Rizal berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu sebelum berhenti betul-betul di sebelahnya. Dia menarik nafas panjang sebelum memandang Zamir. "Ada kemajuan?"
"Saya masih tak dapat kawal sikit." Zamir mendengus kuat. "Tapi saya hampir berjaya."
"Elok lah tu." Rizal mengangguk-angguk cuba untuk memberi semangat. "Sikit lagi awak dah boleh buat."
Zamir menarik nafas panjang. "Saya harap macam tu lah."
Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing tidak tahu hendak berkata apa. Banyak perkara yang ingin mereka bincangkan memandangkan mereka berdua adalah yang paling rapat. Akan tetapi, mereka tidak tahu hendak mula dari mana. Ia seperti sukar untuk diungkapkan.
"Awak lepaskan Miezza?"
Zamir terkedu mendengar soalan itu. Dia tidak begitu terkejut kerana dia benar-benar menjangkakannya keluar daripada mulut lelaki itu. Dia segera memandang Rizal dengan wajah selamba. "Macam mana nak lepaskan kalau saya tak pernah memilikinya dari mula lagi?"
Rizal mengangguk-angguk kemudian segera memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya sambil memandang sekeliling.
"Bagaimana dengan awak?" Zamir mengangkat keningnya sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Rizal tersengih sebelum menendang pasir yang berada di kakinya. "Saya tak nak lepaskan..."
Zamir sedikit terkejut mendengar jawapan itu.
"Tapi saya tahu tak akan ada harapan pun." Rizal tersengih sendiri sambil menggelengkan kepalanya.
Zamir turut tergelak cuba untuk menyenangkan hati. "Habis tu kenapa awak masih tunggu?"
"Saya belum cuba, Zamir." Rizal mendengus perlahan. "Saya belum cuba sebab tu saya masih tak nak lepaskan."
Zamir menarik nafas panjang kemudian mengangguk faham. Dia hanya mampu memandang sekeliling.
"Nampaknya bukan kami je yang bertepuk sebelah tangan??"
Serentak Zamir dan Rizal menoleh pantas. Lana sedang berdiri di situ sambil berpeluk tubuh dan mengangkat sebelah keningnya bersama Emma yang hanya berdiri selamba memandang mereka.
"Jadi jangan lah marah saya sangat." Lana segera berjalan mendekati mereka disusuli oleh Emma.
"Tapi tengok lah kami. Ada macam awak tu ke?? Membentak-bentak." Zamir menggerutu. "Depan orang pula tu."
"Saya tak boleh kawal okey!" Lana membela diri. "Saya ingatkan ada harapan untuk saya."
"Kita semua ingat kita ada harapan." Rizal menjeling tajam ke arah gadis itu yang mana Lana hanya membalas dengan menjelirkan lidahnya.
"Nak buat macam mana lagi..." Zamir mencelah sambil mendengus perlahan. "Mereka dari awal lagi pun tak tunjukkan apa-apa harapan pada kita."
"Ya." Emma mengangguk bersetuju. "Saya ingat lagi Hisham cakap dia tak akan terima sesiapa walaupun Farra belum tentu hidup. Dan sekarang dah terbukti dia masih ada. Dah pasti lah."
Lana mengeluh panjang. "Kenapa lah mereka masih ada??"
Serentak Zamir dan Rizal menjeling marah ke arahnya.
"Boleh tak awak jangan fikir benda tu??" Rizal mengecilkan matanya merenung gadis itu. "Awak patut fikir kebaikannya."
"Saya tahu awak gembira sebab Farra masih hidup." Lana menggolekkan bebola matanya.
"Awak lupa ke saya jumpa dia sebelum jadi Huruf lagi?" Rizal mengangkat keningnya.
Lana hanya menggerutu.
"Dah lah tu." Emma menyudahkan mereka. "Kita nak bertengkar pasal perkara ni pun tak ada guna juga."
"Ya." Zamir bersetuju dengan gadis itu. "Kita kena fikirkan nyawa kita sekarang ni. Belum tentu selamat."
"Saya okey je pun." Rizal berpeluk tubuh sambil memandang ke tempat lain. "tapi dia ni tak boleh bersabar sangat."
Lana mengetap giginya kegeraman. Ingin sahaja dia menyerang lelaki itu bertubi-tubi dengan kuasanya.
"Lana..."
Lana berpaling memandang Zamir. Matanya sudah dikecilkan berharap tiada kata-kata yang menyakitkan hati.
"Awak kena belajar terima benda ni..."
Lana segera mendengus kuat. Itu adalah ayat yang membuatkan telinganya berdesing saat ini.
"Mereka lebih dulu berjumpa dan kita tak ada hak nak marah." Zamir memandang gadis itu simpati.
"Tapi mereka menghilang dan muncul semula." Lana masih membidas masih dengan nada sakit hati.
"Dan itu bukannya kehendak mereka." Zamir membalas lagi membuatkan Lana terdiam tidak menjawab. Dia menarik nafas panjang memandang gadis itu. "Kita tak boleh nak buat apa lagi."
A/n: Finally, the guy with the blue eyes is comeback. Akhirnya. Seriously, saya tunggu lama betul nak keluarkan watak budak ni. Hahaha. Lagipun, ramai sangat menunggu ketibaannya. Hehehe. Macam mana?? Puas hati?? Hehehe. Leave me your feedback. :)
P.s::: Lepas ni mungkin saya update waktu tengah malam macam ni. Huhuhu. Sebab waktu biasa tak mengizinkan.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top