The End Of Everything
BAB 53 : PENGAKHIRAN UNTUK SEMUANYA
Semua orang hampir mengeras di tempat mereka sendiri apabila mendengar pekikan yang bergema dari setiap klon Izzudin. Sepertinya itu adalah perkara yang berada di luar jangkaan mereka saat ini. Mereka semua memandang sekeliling. Cuba untuk memastikan apa yang terjadi.
"Apa??" Yuna berhenti seketika sambil memandang sekeliling agak bingung. Yang lain turut melakukan hal yang sama.
Barulah mereka perasan saat ini. Tentera-tentera Witchdigo di sekeliling mereka sudah mula berkurangan. Hanya tinggal sedikit sahaja yang menjadi penghalang dan mengganggu konsentrasi mereka.
"Mana Farra??!!" Rizal segera memekik sambil matanya liar memandang sekeliling dengan dahi yang berkerut.
Semua orang kelihatan masih dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak tahu apa yang sedang berlaku saat ini. Yang paling penting sekali, tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam keadaan itu.
"Kamu dengar tak?!!" Rizal membentak.
Tiada sesiapa yang menjawab. Sepertinya semua orang baru sahaja tersedar dari mimpi. Letusan demi letusan dapat didengar dari segenap arah. Keadaan yang sudah gelap kini mula terang dengan cahaya-cahaya aneh yang meletus. Percikan api, angin, air dan sebagainya dapat dilihat meletus dengan kuat. Yang paling penting sekali, ledakan petir yang kuat hampir menggegarkan tanah.
"Farra..." Zamir menggumam sebelum kembali bertukar menjadi makhluk ganas itu dan mula berlari.
Semua orang mula menyusul. Tidak tahu apa yang sedang berlaku pada sudut itu. Pelbagai bunyi yang menakutkan mula kedengaran jelas. Suara keras yang masih membaca ayat-ayat aneh itu masih lagi terdengar di merata tempat.
"Berhenti!!"
Pekikan itu dapat didengar dengan jelas. Hisham kini berusaha menembusi ratusan tentera Witchdigo yang kini sudah berada dalam keadaan berbulat mengelilingi sesuatu. Dia menembak panahnya secara rawak dalam keadaan terdesak. Airmatanya dapat dirasakan berada pada ekor matanya. Berharap pada satu benda sahaja. Keselamatan orang yang kini berada di tengah bulatan itu.
Miezza sudah meletupkan anginnya diserata tempat dalam keadaan kalut. Wajahnya nampak tenang tidak sama dengan hatinya. Tangannya kini bergerak terlalu pantas dan cepat. Lenguh yang ada sudah tidak dapat dilayan lagi. Satu-persatu lembaga itu mula diterbangkan dari situ.
Wajah Noorizan mula bertukar bengis. Urat-urat pada kulitnya yang putih sudah kelihatan. Dia menghentakkan kakinya ke tanah lalu melilit tentera-tentera berkelubung itu sebelum menarik, menghentakkan dan menimbus meeka ke dalam tanah. Sepertinya lelaki itu sudah tiada belas kasihan lagi. Menghapuskan makhluk-makhluk jahat itu sudah menjadi pekara biasa saat ini.
Izzudin kini berada di mana-mana. Tiada siapa tahu di mana dia yang sebenar. Dia dan semua klonnya berusaha mencari jalan untuk masuk ke dalam bulatan itu. Walaupun itu juga adalah perkara yang amat bahaya untuk dilakukan saat ini. Perkara yang berada di luar jangkaan ini benar-benar merunsingkan.
Aieyn berdiri penuh berkarisma dengan rambut perangnya. Dahinya berkerut dengan mata yang tajam. Api kini sudah mula mengerumuni badannya sendiri. Tembakan yang dia lepaskan benar-benar kuat sehingga tiada siapa yang selamat selepas terkena. Malah ia semakin kuat bila dia menggenggam buku limanya. Dia sudah tidak peduli orang sekeliling. Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang menangkap penglihatannya.
"Kamu semua!!!!"
Serentak mereka semua menolah. Jyra muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Pasir mula jatuh dari tangannya menunjukkan dia baru sahaja lepas menyerang.
"Bantu kami buka bulatan ni!"
"Apa yang mereka bulatkan kat tengah tu?" Lana sempat lagi bertanya.
"Farra ada kat tengah-tengah tu!!" Jyra menempik. "Dengan ketua Witchdigo. Kita tak boleh nampak apa yang jadi!"
Selesai sahaja mendengar ayat itu, sekali lagi Zamir menjadi orang pertama yang mula menyerang. Kekuatannya tiada bandingan apabila dia mula melemparkan tentera-tentera itu satu-persatu. Dayah sudah hilang dari pandangan bersama Qushairy dan Yuna. Baekhair menggunakan kuasanya dengan baik. Cska berdiri dengan penuh berhati-hati. Perlahan-lahan memulakan langkah.
Emma tidak lagi menjelmakan apa-apa menggunakan kuasanya. Dia hanya menyerang sendiri dengan tangan. Pukulan batu itu menghancurkan sesiapa sahaja yang terkena. Geoffry berdiri tenang untuk berlawan. Khairul berusaha melindungi semua kawan-kawannya. Lana pula bertindak pantas. Menyerang terus ke jantung dan kepala. Pikah masih lagi menyumpah seranah dengan mulutnya bagaimanapun berjaya membantu dengan baik.
Rizal masih dalam keadaan tertekan. Tembakan matanya dikeluarkan bertubi-tubi. Sesekali hampir terkena rakan-rakannya sendiri. Bagaimanapun kuasa Khairul benar-benar melindungi. Serigala jadian jelmaan Tasnim mula menggigit tentera itu satu-persatu. Vince dan Xiao Wei bergabung untuk menyerang.
Farra kini bertentang mata dengan ketua yang menakutkan itu. Kehebatan kuasa mereka hampir berada di tahap yang sama. Masing-masing menyerang dan melindungi diri. Akan tetapi, tentera Witchdigo yang masih berada di sekeliling itu benar-benar mengganggu perhatian gadis itu.
Farra menembakkan kuasanya ke arah ketua penjahat itu akan tetapi berjaya dielak. Ketika tembakan ditembak pula ke arahnya, satu pukulan kuat dapat dirasakan kena pada mukanya. Dia terundur sedikit bagaimanapun berjaya bertahan. Gadis itu kini tercungap-cungap sambil cuba berfikir bagaimana hendak menghapuskan ketua itu.
"Satu-satunya cara adalah dengan meletupkan jantungnya."
Farra membuka matanya. Kata-kata Izzudin sebelum ini segera masuk ke dalam ingatannya. Kepalanya digeleng sedikit. Cuba menghalang rasa pening yang ada dalam dirinya saat ini.
Tangan kanannya mula dibuka. Urat-urat cahaya keperakan mula melingkari tangannya itu. Dia menyalurkan kuasa petirnya itu perlahan-lahan pada ketua penjahat itu yang kini dalam keadaan terkejut. Mata lelaki hodoh itu mula terbeliak. Nafasnya mula tersekat. Jantungnya seperti sedang digenggam dengan kuat. Farra berusaha berusaha mengawal tangannya untuk benar-benar berada pada keadaan itu.
Akan tetapi, sesuatu mengganggunya. Pandangannya mula berpinar-pinar. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku padanya. Kepalanya dapat dirasakan sakit yang teramat seolah-olah akan berhenti berfungsi pada bila-bila masa sahaja. Fokusnya mula terganggu. Kakinya mula bergegar tidak dapat mengimbangkan badannya.
Tiba-tiba sahaja matanya pula yang terbeliak luas. Darah merahnya terasa sudah berhenti berjalan dalam saluran. Nafasnya tersekat pada kerongkongnya. Dia dapat merasakan nyawanya berada di hujung tanduk apabila degupan jantungnya sudah sampai ke telinga. Apa yang dia boleh lakukan hanya menutup matanya perlahan-lahan sebelum nafasnya putus beberapa saat selepas itu.
>>>
"Tidak..." Sheronica melepaskan tangannya yang diletakkan pada bahu Webly. Lelaki itu kini juga berada dalam keadaan terketar-ketar. Uqasha menelan air liurnya dengan air mata yang bergenang. Olive hanya berdiri kaku.
"Tak mungkin..." gumam Sheronica lagi.
Mereka berempat kini masih berada dalam bilik rahsia itu. Tidak merasai apa yang sedang berlaku di luar sana. Bagaimanapun mereka tahu apa yang berlaku kerana kuasa Webly dapat digunakan untuk melihat perkara yang berlaku saat ini.
"Farra..." Sheronica sudah menangis. Melihat wajah sahabatnya itu dengan jelas menyerahkan segala-galanya pada apa yang terjadi benar-benar menyakitnya. Melihat nafasnya putus pada masa-masa terakhir.
"Farra!!!!!"
>>>
Hisham terhenti pada tempatnya apabila memegang orang terakhir yang berada di hadapannya matanya. Aieyn kini sudah patah semangat. Tidak tahu hendak berkata apa. Izzudin sempat lagi membunuh seorang Witchdigo sebelum tergamam.
Hampir semua tentera Witchdigo kini sudah berjaya ditumbangkan. Akan tetapi, melihat ketua mereka sendiri sudah tumbang benar-benar menghentikan apa sahaja yang mereka lakukan. Farra kini sudah terbaring di tanah tidak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat tidak bergerak lagi.
"Tak guna!!!" Aieyn memekik lalu cuba untuk menyerang bagaimanapun segea terhenti apabila sesuatu mencengkam jantungnya. Ketua Witchdigo itu tersenyum sinis melihat Aieyn penuh kegembiraan.
"Aieyn!!" Noorizan segera menyambar gadis itu.
>>>
"Apa akan berlaku??" Uqasha memandang kawan-kawannya yang kini sudah kaku di sisinya.
Sheronica sudah menangis teresak-esak bagaimanapun masih kelihatan tenang memikirkan sesuatu. Berharap semua itu hanya mimpi. Olive hanya memandangnya. Tidak tahu apa yang harus dilakukan saat itu. Webly masih lagi bergegar.
"Kenapa boleh jadi macam tu?" Uqasha bertanya lagi.
"Sihir mereka dapat tembus pada Farra." Sheronica berusaha menahan tangisannya walaupun gagal. "Dia dapat diganggu."
"Tapi macam mana??" Olive kelihatan bingung. "Bukan ke semua ni dah kita selesaikan sebelum ni?"
Sheronica menggelengkan kepalanya. "Saya tak tahu. Mesti ada sesuatu yang mereka dapat capai dari sejarah mereka sebelum ni. Satu muslihat. Muslihat untuk mengalahkan puak kita."
Olive segera bersandar. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. "Habis tu macam mana sekarang?"
Sheronica mengangkat bahunya. Airmatanya masih lagi keluar tidak berhenti.
"Kalau dah Farra tewas..." Webly menggumam. Seperti rohnya sudah keluar dari jasadnya. "Mesti senang ketua tu nak hapuskan yang lain."
"Ya." Uqasha segera tunduk sambil memejamkan matanya. Mengingati apa yang Witchdigo boleh lakukan.
"Setiap puak... Akan ada satu benda yang boleh mengalahkannya. Walau macam mana kuat pun... Pasti ada. Termasuk puak kita sendiri."
Sheronica segera berhenti menangis apabila mengingati kata-kata Izzudin suatu masa dahulu. Jika benar perkara itu, pasti ada sesuatu yang boleh digunakan untuk menghapuskan ketua yang berkuasa itu. Dia mula memejamkan matanya untuk berfikir. Cuba mencari jalan yang betul.
"Tak ada siapa yang mampu kalahkan dia." Ujar Uqasha. "Hanya kuasa Farra yang cukup kuat untuk kalahkannya."
Sheronica segera tersentak. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya. "Saya rasa saya tahu."
Serentak Olive, Webly dan Uqasha membesarkan mata mereka.
"Olive..."
Olive agak terkejut apabila gadis itu memandangnya.
"Saya perlukan awak untuk halang sebarang mentera yang dikeluarkan oleh ketua tu." Ujar Sheronica.
"Boleh ke?" Olive mengerutkan dahinya. "Saya tak..."
"Buat je." Sheronica memintas kemudian beralih memandang Webly. "Kita tengok semula apa yang jadi."
Webly mengangguk dalam keadaan tidak yakin.
"Dan Uqasha..."
Uqasha kini sudah memandang gadis itu.
"Saya perlukan kuasa awak." Sheronica menelan air liurnya. "Kuasa awak untuk beritahu dia sesuatu."
>>
Aieyn terhumban buat kesekian kalinya ke tanah. Dia dapat merasakan ada tulang-tulangnya yang sudah patah. Baekhair, Vince, Yuna, Cska, Dayah dan Tasnim sudah tida sedarkan diri. Serangan terhadap mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan pertahanan mereka lemah dan pengsan.
Yang lain masing-masing beada pada suatu tempat. Kecederaan mereka tidak dapat ditahan lagi. Tenaga mereka juga sudah tiada.
"Tak guna..." Aieyn mengetap giginya sambil cuba untuk bangkit semula walaupun gagal. Dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia tidak berguna pada sahabat baiknya itu.
"Aieyn, berhenti..." Noorizan bercakap dalam nada berbisik. Suaranya tidak dapat dikeluarkan lagi. Anggota badannya kini sudah tidak bergerak.
Ketua Witchdigo itu ketawa terbahak-bahak. Puas dengan keadaan itu. Hanya tinggal beberapa tenteranya yang bertuah berada di situ.
"Kasihan..."
Makhluk jahat itu berjalan mengerekot ke arah jasad Farra yang masih belum dialihkan. "Dia adalah makanan paling lazat yang saya perlukan."
"Jangan sentuh dia." Aieyn memberi amaran walaupun tidak dipedulikan.
Ketua itu ketawa menyeringai lagi. "Ini penamatnya. Saya akan kunyah dia di hadapan mata kamu."
Makhluk itu mula memegang tangan Farra. Yang lain kini sudah mengalihkan pandangan. Tidak sanggup melihat apa yang bakal terjadi.
"TIDAK!!!!!"
Airmata Miezza sudah mengalir. Begitu juga dengan Jyra. Noorizan menggenggam buku limanya cuba menahan perasaan. Izzudin memejamkan matanya. Ini adalah kali pertama dia merasakan dirinya gagal teruk.
"Nampak laz... ARGH!!!!!"
Jeritan itu membuatkan semua orang kembali menoleh. Mereka benar-benar terkejut apabila melihat mata ketua Witchdigo itu kini terbeliak luas. Hampir sama dengan keadaan Farra sebelum ini. Malah lebih teruk. Urat-urat cahaya keperakan kini sedang berlingkar di tubuhnya.
"Arghhh!!"
Dia mengerang sekali lagi apabila dia merasakan jantungnya digenggam kuat. Apa yang tidak disangka, Hisham kini sedang menyentuh bahagian badannya tepat pada jantung dengan kuasa itu.
"Hanya awak, Hisham. Awak satu-satunya orang yang mempunyai kuasa Farra. Hanya awak."
Hisham menguatkan tekanan tangannya menyebabkan darah tersembur keluar dari mulut ketua itu. Tentera-tentera Witchdigo yang tinggal cuba untuk menyerang sekali lagi bagaimanapun terbunuh serta-merta apabila Aieyn menyerang.
"Argh!!"
Nafas makhluk jahat itu terputus sebelum jantungnya meledak sekaligus dengan jasadnya. Hisham tercungap-cungap cuba membetulkan pernafasannya. Sebaik menerima arahan itu daripada Sheronica melalui Uqasha, dia tidak membuang masa lagi. Dia perlu menamatkan semuanya.
"Farra..."
Hisham segera menoleh. Jasad gadis itu kini berada dalam pangkuan Aieyn. Semua orang sudah mula mengerumuninya. Langkah lelaki itu seperti tidak dapat diatur dengan betul.
"Bagi penaung yang baru tanpa banyak pengetahuan... Kamu buat dengan sangat baik."
Segala kenangannya bersama gadis itu sebelum ini mula masuk ke dalam ingatannya. Dari mula mereka bertemu dengan berlawan pedang, sehingga pada saat dia kehilangan gadis itu buat pertama kali. Dan akhirnya ini.
"Awak tahu... Buat seketika saya ingatkan saya tak akan jumpa awak lagi."
"Saya bukan bunuh diri. Saya hanya menyelamatkan puak ni daripada tak ada penaung."
"Saya minta maaf. Itu satu-satunya cara yang ada."
Sehingga ke saat ini, pengorbanan gadis itu masih untuk puaknya. Mata Hisham mula berkaca. Dia tidak tahu bagaimana gadis itu kuat seperti itu.
"Farra... Awak tahu tak apa benda yang paling saya menyesal selama empat tahun ni?"
"Saya tak dapat beritahu awak apa perasaan saya."
Airmata Hisham sudah mengalir. Dia masih tidak percaya dengan apa yang terjadi saat ini.
"Saya mencintai awak, Farra."
"Hisham... Saya merasakan hal yang sama."
Hisham terus sahaja jatuh terlutut. Dia sudah tidak mampu bediri lagi. Dia merasakan bahawa Farra terlalu jauh sukar untuk dicapai.
"Saya tak boleh buat apa-apa sebab awak dah menguasai saya sepenuhnya."
"Kenapa saya tak boleh buat apa-apa??" Hisham menggumam. Merasakan dirinya langsung tidak berguna.
"Satu-satunya perkara yang saya tak boleh buat adalah melangkah pergi daripada hidup awak ataupun berpaling dari awak."
"Jangan risau. Saya tak akan benarkan awak melangkah pergi dari hidup saya sampai bila-bila."
Tanpa disedari, tangan kanannya kini sudah terangkat. Dalam keadaan terketar-ketar, ia dihalakan tepat pada jasad Farra. Satu cahaya keperakan memancar keluar dan mengenai jasad gadis itu. Atau lebih tepat lagi ke jantungnya. Di mana rantai berbuah huruf 'F' itu kini terletak.
Semua orang yang berada di sekeliling jasad itu segera berundur. Takut akan terkena kuasa itu. Hisham masih lagi dengan kerjayanya. Berharap semua itu dapat dilakukan. Semuanya kembali pada sedia kala.
"Argh!"
Bunyi seperti nafas yang tersekat sudah boleh berjalan semula itu menarik perhatian semua. Termasuk empat orang rakan mereka yang baru menyertai. Hisham membesarkan matanya lalu menghentikan apa sahaja yang dilakukannya.
Farra kini bergerak tidak tentu arah seperti cacing. Sepertinya ada sesuatu dalam dirinya yang meronta-ronta meminta dilepaskan. Apabila kedua-dua kakinya memijak kukuh di tanah, dia membuka tapak tangannya sambil meletupkan kuasa petirnya ke udara.
"Farra!"
Semua orang segera berlari mendapatkan gadis itu yang masih dalam keadaan tercungap-cungap. Keadaannya masih sama seperti sebelumnya. Rantainya mula bersinar terang.
"Nampaknya awak berjaya buka penutup yang dia tinggalkan kat jantung saya." Farra segera tersenyum apabila memandang Hisham yang kini sudah menarik nafas lega hampir menangis sekali lagi.
A/n: First of all, ignore segara typo dan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Saya buat ni dalam keadaan kelam kabut. Takut kalau tunggu hari lain saya tak akan sempat buat. Well, akhirnya saya dapat update.
Saya tunaikan impian kamu. Tak bagi sesiapa mati. Sebenarnya memang saya tak nak cerita ni ada yang mati. Sebab ini adalah cerita terakhir nama-nama mereka jadi pelakon. Kalau saya buat lagi, bukan mereka jadi cast lagi.
Hanya tinggal satu bab je lagi. Iaitu Epilog. Lepas tu cerita Huruf akan berakhir. Saya akan post epilog tu seboleh-bolehnya esok. Nak terangkan macam mana kehidupan mereka selepas ni satu-persatu. Btw, enjoy your reading. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top