The Best Leaders
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> In case you forgot, Emma Watson is Farra's cast.
BAB 30 : DUA KETUA
Noorizan bersembunyi di sebalik tiang itu sambil melihat kelibat seorang gadis berjalan penuh berhati-hati. Hisham berdiri di sebelahnya bersama Farra dan Tasnim. Berbeza dengan Sheronica, Farra memandang gadis yang menyerupai Aieyn itu dengan wajah tenang tidak terganggu dengan emosi.
Gadis berjalan penuh berhati-hati di kawasan yang tiada siapa sangka dia akan berada di situ. Mereka menjumpainya kerana burung yang dijelmakan oleh Tasnim membawa mereka ke tempat itu. Tempat yang sedikit jauh daripada tempat di mana mereka bertemu gadis itu sebelum ini.
"Bila kita nak jumpa dia??" Noorizan bertanya dengan nada tidak sabar. Dia sudah tidak mampu menahan lagi.
"Sabar..." Hisham menarik nafas panjang. "Awak kena faham. Dia pasti akan.... Noorizan!!"
Noorizan kini sudah berjalan keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan mendekati gadis itu. Hisham mendengus kuat sambil menggerutu. Farra tidak berganjak dan Tasnim hanya menunggu arahan.
"Aieyn!!"
Gadis itu berhenti berjalan serta-merta. Dia segera menoleh ke belakang dan langsung tidak terkejut melihat kelibat Noorizan seolah-olah dia tahu lelaki itu akan datang. Dia hanya menggerutu.
"Awak lagi..." gadis itu cuba menahan sabar sambil memejamkan matanya seketika. "Apa yang awak nak sebenarnya?? Apa yang saya buat sampai awak nak susahkan hidup saya sangat macam ni??"
Noorizan menarik nafas panjang sambil memandang gadis itu sayu. "Awak perlu percaya pada kami."
Gadis itu tergelak menyindir. "Awak bergurau ke?? Percaya pada seseorang yang seperti ada niat jahat pada awak??"
"Aieyn, awak tak..." Noorizan segera berhenti bercakap apabila Aieyn menaikkan jari telunjuknya.
"Berhenti panggil saya Aieyn!!" bentak gadis itu dengan wajah yang serius. "Saya bukan dia!!"
"Awak adalah Aieyn!" Noorizan menekan.
Kenyataan itu membuatkan gadis berambut perang itu hilang sabar. Dia menggenggam buku limanya erat lalu menumbuk lelaki itu menyebabkan Noorizan mengerang kesakitan.
"Argh!"
"Awak betul-betul tak ambil pengajaran." Gadis itu menggumam sambil mengetap giginya kegeraman.
Noorizan tergelak sedikit sambil mengesat darah dari bibirnya. "Saya jenis orang yang tak berputus asa."
Entah kenapa, gadis berambut perang itu semakin berang. Dia menghayunkan buku limanya sekali lagi bagaimanapun berjaya ditangkis oleh Noorizan menggunakan tangan kanannya. Baru sahaja Noorizan ingin membuka mulut untuk bercakap, kaki gadis itu bergerak pantas. Dia menendang perut Noorizan menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai.
"Saya akan uruskan dia." Farra berbisik tenang yang mana Hisham dan Tasnim kagum dengan itu. "Kamu tunggu sini."
"O... Okey..." Tasnim mengangguk teragak-agak kerana takut. Dia tidak tahu di mana hendak mencelah dalam situasi itu.
"Awak perlukan ubat tidur tak?" Hisham memandang Farra yang hanya menggelengkan kepalanya.
"Awak benar-benar tak..."
Gadis berambut perang itu segera berhenti bercakap apabila matanya terpandang seseorang. Farra kini berdiri di belakang Noorizan dengan wajah selamba sambil menarik nafas panjang.
Noorizan bingkas bangun lalu beralih daripada tengah-tengah mereka. Kedua-dua gadis itu hanya berdiri berpandangan seketika. Farra cuba memproses segala-galanya saat ini. Manakala gadis berambut perang itu hanya merenung Farra sambil cuba menyelami fikirannya sendiri. Tidak tahu apa yang dia rasakan.
"Gembira jumpa awak semula, Yien..."
Entah kenapa, ini pertama kali gadis berambut perang itu tidak naik angin apabila namanya disalah sebut. Dia hanya memandang gadis di hadapannya ini sambil bingung dengan perasaannya sendiri yang dia sendiri tidak dapat pastikan.
"Nampaknya awak pun fikir saya orang lain." Dia menggumam setelah sedar bahawa dia kini berhadapan dengan orang asing. "Awak pun fikir saya adalah Aieyn. Orang yang saya tak tahu siapa dia."
Farra tersengih mendengar kenyataan itu. "Saya tak fikir awak adalah Aieyn. Sebab saya yakin awak adalah dia."
Gadis berambut perang itu kelihatan bengang. Dia segera menyerang Farra sambil menghayunkan buku limanya. Farra mengelak pantas tanpa menyentuhnya langsung. Dia menyerang lagi. Akan tetapi, semuanya dapat dielak dengan mudah oleh Farra menyebabkan gadis itu berhenti seketika.
"Awak masih tak berubah walaupun awak tak ingat." Farra menarik nafas ketika memberi komen itu.
Gadis berambut perang itu hampir mengerutkan dahinya sebelum mula menyerang lagi. Dia menggunakan seluruh tenaganya cuba untuk menyentuh Farra akan tetapi semuanya tidak berhasil. Dia langsung tidak berputus asa dan hanya meneruskan sehingga Farra menyambar lengannya.
"Cukup."
Farra memulas tangan gadis itu ke belakang. Perlahan-lahan dia meletakkan tangan kanannya pada kepala gadis itu sebelum menggetarkannya dengan kuasa petir yang dia miliki. Gadis berambut perang itu menggeletar seketika sebelum pengsan tidak sedarkan diri. Farra menahannya dari belakang lalu menyelak lengan baju gadis itu. Parut berbentuk huruf 'A' terukir di situ membuatkan dia menarik nafas lega.
"Ambil dia."
Noorizan dan Hisham segera membantunya untuk mengangkat Aieyn. Tasnim masih lagi kelihatan tercengang dengan situasi itu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ia agak menakutkan baginya.
"Dia pengsan je." Farra menelan air liurnya agak kepenatan. "Pakaikan dia rantai tu sekarang."
Tasnim tidak membantah lalu mengeluarkan rantai berbuah huruf 'A' itu dari kocek seluarnya sebelum mengalungkan di leher gadis berambut perang itu. Serta-merta cahaya kemerahan bergerak-gerak dalam badannya seolah-olah ia marak di situ. Mata gadis itu terbuka luas secara tiba-tiba seperti sedang menahan sakit dengan mulutnya terbuka luas. Urat-urat badannya kelihatan.
Keadaan itu sama dengan keadaan Sheronica sebelum ini. Cahaya itu keluar dari setiap rongga badannya termasuk mata. Setelah beberapa minit kemudian, gadis berambut perang itu kembali tidak sedarkan diri.
***
Geseran pintu batu utama itu kedengaran ketika ia terbuka menyebabkan semua orang yang menanti cemas di situ bingkas bangun dari tempat duduk masing-masing tanpa disedari. Noorizan dan Hisham melangkah masuk sambil memapah gadis berambut perang itu yang masih tidak sedarkan diri. Tasnim yang masih dalam keadaan terkejut segera menyertai yang lain di situ. Farra hanya masuk dengan wajah selamba.
"Apa dah jadi?" Sheronica memandang Farra.
Farra menarik nafas panjang sambil melihat badan gadis berambut perang itu dibawa masuk ke dalam bilik. "Dia cuma pengsan."
Sheronica mengangguk tidak berkata apa-apa lagi. "Ada parut di lengannya?"
"Ya." Farra mengangguk-angguk. "Itu dia. Saya pasti."
Sheronica memandang ke arah jasad tadi menghilang kemudian mendengus perlahan. "Apa yang berlaku sekarang ni?"
"Saya harap saya ada jawapan, Sheron." Farra memandang gadis itu dengan wajah yang turut kebingungan.
Hisham dan Noorizan kembali ke ruang markas itu dengan wajah yang kepenatan agak tercungap-cungap.
"Tinggal tunggu dia bangun." Ujar Noorizan.
Farra hanya mengangguk-angguk. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Bukan dia tidak gembira mengenai hal itu. Bahawa mereka masih hidup lagi. Tapi semua ini membuatkan mereka risau. Ada sesuatu yang tidak kena. Mereka sepatutnya sudah mati. Kenapa mereka masih boleh hidup lagi?
"Awak okey?"
Farra menoleh pantas. Hisham kini sudah berdiri di sebelahnya dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Saya rasa." Farra mengangkat bahunya.
Hisham menarik nafas panjang kerana tahu itu bukan jawapan sebenarnya. "Sesuatu mengganggu fikiran awak??"
Farra merenung lelaki itu. "Semua benda ni mengganggu fikiran saya."
"Kenapa pula??" Emma menyampuk tiba-tiba dengan dahi berkerut. "Awak sepatutnya gembira awak masih hidup."
Kawan-kawan mereka yang lain berpandangan sambil bertukar isyarat kenapa Emma berani menyampuk seperti itu.
"Saya akan gembira kalau saya tahu apa sebabnya." Selamba Farra membalas.
Emma hanya mendengus lalu menggolekkan bebola matanya membuatkan Dayah menyigungnya.
"Apa??" Emma berbisik.
"Apa kena awak ni?" Dayah membalas dalam keadaan berbisik. Emma tidak membalas sebaliknya segera memandang ke tempat lain.
"Ada pernah berlaku keadaan macam ni tak dulu?" Vince memandang Farra dan Sheronica silih-berganti.
"Tak ada." Sheronica menjawab.
"Mungkin ada." Baekhair mencelah. "Bahawa puak Huruf susah nak mati atau apa pun."
"Mustahil." Farra bersuara sambil berpeluk tubuh. "Walaupun kita ada kuasa... Kita tetap manusia. Akan mati tanpa hidup semula."
Semua orang kelihatan buntu. Mereka juga tidak tahu menahu mengenai sejarah puak itu.
"Tapi mungkin..."
"Aieyn!"
Serentak semua orang menoleh. Gadis berambut perang itu kini berdiri dengan dahi berkerut dan wajah yang serius merenung semua orang di situ satu-persatu. Ada yang teruja memandangnya. Ada juga yang kelihatan ingin tahu. Dia mengecilkan matanya apabila terpandang Farra yang berdiri di tengah-tengah ruang markas itu dengan wajah yang selamba tidak bersuara.
Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Farra membuatkan semua orang membesarkan mata. Aura yang ada pada gadis itu terlalu kuat dan membuatkan mereka risau. Dia dan Farra bertentang mata seketika. Wajahnya kelihatan semakin serius dan bengis. Tidak semena-mena sahaja dia menghidupkan api di tangan kanannya.
"Wuoh!!"
Semua orang benar-benar terkejut melihat keadaan yang menakutkan itu. Noorizan, Miezza, Jyra dan Hisham mengerutkan dahi mereka kebingungan. Tidak pasti apa yang berlaku saat ini. Sheronica pula hanya memandang dengan tenang. Gadis berambut perang itu menghalakan tangan kanannya pada Farra yang masih berdiri selamba.
"Okey, bertenang!" Pekik Olive yang semakin takut memandang situasi itu.
Gadis berambut perang itu langsung tidak peduli. Dia menembakkan api itu dengan selamba ke arah Farra menyebabkan semua orang hampir menjerit dan menutup mata mereka ketakutan. Bagaimanapun, mereka agak kebingungan dan terkejut sekali lagi kerana tiada apa-apa yang berlaku pada Farra.
"Apa??" Qushairy menggumam masih dalam keadaan terkejut.
Sheronica menggelengkan kepalanya dengan situasi itu sambil tersengih. Miezza, Jyra, Noorizan dan Hisham menarik nafas lega baru faham.
"Balasan sebab gunakan kuasa awak pada saya." Gumam gadis berambut perang itu sambil berpeluk tubuh.
"Awak tahu ia tak akan berkesan kan?" Farra mengangkat keningnya.
Gadis itu mengangkat bahu. "Saya tetap nak buat."
Farra ketawa lalu memeluk gadis itu yang turut membalas pelukannya. "Saya gembira awak balik, Aieyn."
"Awak pun." Aieyn tersenyum ketika meleraikan pelukan itu.
"Cara sapaan kamu berdua tak pernah berubah daripada dulu." Sheronica berjalan mendekati Aieyn.
Aieyn tersenyum sinis. "Saya tahu awak cemburu."
Mata Sheronica kini sudah berkaca ketika Aieyn memeluknya. "Saya gembira awak masih hidup."
Aieyn hanya ketawa sambil menepuk belakang gadis itu. Dia memandang Jyra dan Miezza ketika melepaskan Sheronica. "Saya tak sangka kamu berdua akan berubah dengan cepat."
"Ia dah empat tahun, Aieyn." Jyra menggerutu lalu memeluk gadis itu disertai oleh Miezza yang tidak berkata apa-apa.
"Selamat kembali, Aieyn." Hisham memeluknya sedikit.
Mata Aieyn memandang Noorizan yang langsung tidak berganjak. Sepertinya lelaki itu bertarung dengan emosinya sendiri. Sama seperti apa yang Aieyn lakukan. Mereka hanya mampu membalas senyuman.
"Nampaknya kita hampir lengkap." Aieyn memandang sekeliling. Dia tahu bilangannya belum cukup kerana dia sudah mengira sebentar tadi.
"Awak benci saya ke??"
Serentak semua orang menoleh. Xiao Wei kini berdiri teragak-agak dengan wajah yang risau memandang Aieyn.
"Kenapa??" Aieyn mengangkat sebelah keningnya.
"Sebab saya berkuasa air."
Aieyn tidak mengubah reaksinya. Dia hanya merenung lelaki itu tajam dengan dahi berkerut. "Saya akan uruskan dengan awak nanti."
Xiao Wei menelan air liurnya mendengar ayat itu.
"Nanti..."
Semua orang berpaling memandang Rizal yang kini memandang Farra dan Aieyn silih-berganti.
"Kenapa kuasa dia tak ada kesan pada awak?" Rizal merenung Farra.
"Sebab dia ada kuasa saya juga." Aieyn menjawab bagi pihak Aieyn. "Dia ada semua kuasa."
Serentak semua orang ternganga.
"Jadi... Saya..." Tasnim kelihatan bingung.
"Maaf..." Farra melemparkan senyuman manis kepadanya. "Saya sengaja nak bawa awak dalam pengembaraan."
"Ah..." Tasnim mengangguk faham.
"Apa yang jadi??" Aieyn memandang Sheronica dan Farra kemudian ke arah empat penaung baru itu. "Kenapa saya masih hidup?? Sheron..."
"Kami pun tak tahu." Farra segera memintas.
"Ada sesuatu yang berlaku kita tak tahu." Sheronica bersuara lembut.
"Okey..." Aieyn berfikir seketika. "Ini pelik."
"Kamu memang tak tahu pasal ni ke?" Zamir mencelah tiba-tiba.
"Kalau kami rajin belajar... Mungkin." Selamba Aieyn membalas sambil bercekak pinggang. "Satu-satunya orang yang tahu..." Aieyn sepertinya baru perasan sesuatu kemudian memandang sekeliling. "Izz??"
Farra mendengus perlahan. "Dia mati dalam pertempuran, Yien."
Aieyn hanya memandang Farra tidak memberi sebarang komen.
"Tapi sekarang berkemungkinan besar dia juga masih hidup sama macam kita." Farra bersuara lagi.
"Kita cuma perlu cari dia."
A/n: Finally, Aieyn and Farra reunite. Hehehe. Sorry lama tak update. Saya bercuti. Hohoho. Kepada yang berpuasa, selamat berpuasa. Hehehe. Leave me your feedback :)
P.s::: Dah ada dua orang yang mula buat fanfic. NIMY2804 & Humam_Baekhair . Korang boleh pergi check work dorang. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top