Thankful
BAB 47 : SYUKUR
"Awak rasa kita akan okey?"
Qushairy segera berhenti memetik bunga-bungaan yang berada di sekeliling mereka. Dia memandang ke arah Yuna yang kini sudah memandangnya dengan mata yang menyimpan pelbagai emosi. Emosi yang sepertinya dapat difahami hanya dengan pandangan mata seperti itu.
"Apa maksud awak?"
"Pasal puak ni..." Yuna menelan air liurnya dengan wajah yang penuh kerisauan. Airmatanya mula bergenang tanpa dia sedari perkara itu. "Pasal apa yang akan kita hadapi. Berperang."
"Yuna..." Qushairy cuba mengukir senyuman manis. "Kita akan baik-baik sahaja. Jangan risau."
"Saya nampak apa yang mereka boleh buat, Que." Yuna menggigit bibirnya. Airmatanya akan mengalir pada bila-bila masa sahaja. "Witchdigo. Mereka sangat berbahaya."
Qushairy tidak membalas. Perkara itu sememangnya benar. Tiada siapa boleh menafikannya.
"Awak tahu..." kali ini, air mata gadis berwajah manis itu sudah mengalir. Dia tidak dapat menahan perasaannya. "Saya benar-benar gembira. Bila mengetahui kita lari dari rumah kebajikan tu... Dan akan hidup bersama."
Qushairy tunduk seketika. Tidak sanggup melihat wajah gadis kesayangannya itu dalam keadaan sedih.
"Saya tak menyesal." Yuna cuba untuk tersenyum walaupun gagal. "Saya tahu saya akan gembira."
"Tapi??" Qushairy mengangkat keningnya. Dia tahu akan ada perkataan itu wujud selepas ini.
"Saya takut." Yuna menangis lagi.
"Hei..." Qushairy segera meletakkan bakul yang berisi bunga itu di atas rumput lalu berjalan mendekati Yuna. Dia mengesat air mata gadis itu perlahan-lahan. "Semua akan baik-baik sahaja."
"Dah ada yang mati sebelum ni, Que." Yuna bersuara serak. Berusaha sedaya-upaya agar tidak kedengaran terdesak. "Malah, orang-orang hebat... Farra, Izz, Aieyn, Sheron... Semuanya pernah mati."
"Tapi lawan kita kali ni berbeza." Qushairy masih lagi cuba memujuk gadis itu. Berharap dia akan dapat menenangkannya. "Lawan mereka dulu memang memburu dari mula lagi."
"Tapi tetap ada bahayanya."
"Yuna..."
Yuna segera memandang tepat ke mata lelaki itu. Serta-merta cair pada mata yang membuatkan dia jatuh cinta sebelum ini.
"Awak kena yakin." Qushairy bersuara lembut. "Kali ini kita lengkap. Ramai orang yang kuat berada dengan kita. Awak kena percaya pada puak ni dan kita pasti akan menang tanpa ada yang mati."
Yuna tidak membalas. Dia berusaha memujuk dirinya sendiri. Cuba meyakinkan fikiran dan hatinya.
"Lepas semuanya selesai..." Qushairy bersuara lagi. "Keadaan akan jadi seperti sediakala."
Yuna mengangguk-angguk sambil mengesat air matanya. Dia cuba melegakan perasaannya. Qushairy tersenyum puas lalu kembali mencapai bakul yang diletakkannya sebentar tadi.
"Lepas tu nanti..." Yuna bermain dengan jari-jemarinya sambil mata kecilnya menyoroti setiap pergerakan Qushairy. Dia mengigit bibirnya seketika. "Awak akan lamar saya ke?"
Qushairy segera memandang gadis itu lalu ketawa sedikit. "Mestilah! Itu perkara yang saya nak buat dari dulu lagi."
Yuna tersenyum sendiri kemudian duduk di atas rumput itu dengan wajah yang bahagia.
"Saya gembira kita berada di sini sekarang."
Qushairy hanya tersenyum. Itu adalah perkara yang asyik dilakukannya sejak dari tadi lagi. "Saya pun."
"Kita tak akan hidup merempat dan mencuri lagi."
Qushairy tersenyum sendiri apabila mengingati masa lalu mereka. Betapa teruk cara yang mereka gunakan. Tidak tahu bagaimana rasa bersyukurnya mereka saat ini kerana ada tempat tinggal.
"Saya harap ini akan berkekalan."
Qushairy memandang Yuna sekali lagi yang mana gadis itu sudah memandangnya. Mereka berada dalam keadaan itu agak lama. Masing-masing cuba bercakap melalui emosi dan pandangan mata yang dilemparkan.
"Dah, jom." Qushairy menjadi orang pertama yang memutuskan pandangan mata mereka. "Kita perlu balik. Nanti Sheronica marah kalau kita lambat hantar bunga ni pada dia pula."
"Awak rasa dia pernah marah ke?" Yuna mengangkat sebelah keningnya. Ingin tahu mengenai itu.
Qushairy mengangkat bahunya turut cuba memikirkan benda yang sama. "Mana lah tahu kan. Tapi..." Lelaki itu memandang bakul berisi bunga-bungaan itu. "Apa dia nak buat dengan benda ni?"
"Entah lah." Yuna mengerutkan dahinya. "Dia, Tasnim dan Jyra ada rancang nak buat sesuatu dengan bunga tu."
"Saya harap Noorizan tak marah saya kacau tumbuh-tumbuhan dia." Qushairy membesarkan matanya apabila mengingati perkara itu. "Tumbuh-tumbuhan ni seperti keluarga dia."
"Tak akan lah." Yuna ketawa kecil. "Dia ada beritahu mana yang boleh dibuat dan mana yang tak boleh."
***
Uqasha masih lagi memakan sisa biskut yang berada di dalam pinggan itu. Dia sendiri sudah tidak mampu mengira sudah berapa banyak jumlah yang dimakannya. Tasnim hanya duduk di hadapannya dengan senyuman manis. Gadis itu gembira bahawa Uqasha dapat makan seperti biasa lagi. Seolah-olah itu sudah cukup untuk dia mengukir senyuman walaupun hanya perkara kecil.
"Sedap tak?"
Uqasha segera memandang Tasnim dengan mata bulatnya sebelum tersenyum bahagia. "Sedap sangat."
"Saya akan belajar masak dengan dia nanti." Tasnim memberitahu dengan wajah yang berseri-seri. "Awak nak ikut serta tak?"
Uqasha hanya melemparkan senyuman langsung tidak menjawab soalan itu. Dalam ramai-ramai orang yang berada dalam puak itu, hanya Tasnim seorang yang sentiasa bercakap dengan wajah berseri-seri seperti tiada apa-apa kerisauan pada wajahnya. Gadis itu seolah-olah berada dalam kehidupan biasa tanpa apa-apa ancaman. Dia tidak tahu apa sebabnya tapi itu bukan satu masalah.
"Saya perlukan air."
Serentak kedua-dua gadis itu menoleh. Xiao Wei dan Vince muncul dengan wajah kepenatan. Badan mereka agak berpeluh dan mereka bernafas agak kuat seperti baru selesai merentas desa.
"Kamu dah selesai berlatih?" Tanya Tasnim dengan suara yang lembut memandang kedua-dua lelaki itu.
"Ai... Itu... Se... Ma..." Xiao Wei cuba bercakap bagaimanapun pernafasannnya mengganggu.
"Tak mengapa." Uqasha menghulurkan gelasnya yang berisi air laici dan masih belum disentuh lagi. "Awak minum dulu."
Xiao Wei segera meneguk air itu sehingga habis. Seolah-olah itu adalah kali pertama selepas sepuluh tahun dia dapat merasa air. Vince pula mencapai gelas yang dihulurkan oleh Tasnim. Penat yang dirasainya benar-benar mencabar. Dia boleh sahaja merebahkan diri serta-merta di situ.
"Rasa lebih baik?" Tasnim bertanya dengan wajah yang suci sambil mengelipkan mata dengan bulu matanya yang panjang.
Vince turut mengelipkan matanya seketika. Tidak pasti sama ada dia bermimpi ataupun tidak. Mulutnya ternganga memandang Tasnim dari jarak yang dekat. Gadis itu seperti tiada apa-apa masalah yang lain.
"Mereka masih berlatih ke?" Tanya Uqasha sambil memandang Xiao Wei. Dia langsung tidak perasan apa yang berlaku antara Tasnim dan Vince. Dia hanya fokus ingin tahu pasal latihan.
Xiao Wei mengangguk sambil membetulkan kedudukannya. "Mereka masih berlatih dengan gigih tu. Kami dilepaskan awal sikit."
"Siapa yang jaga sekarang?" Tanya Tasnim pula sudah beralih memandang lelaki itu. "Masih Aieyn lagi ke?"
Xiao Wei menggelengkan kepalanya. Dia masih kelihatan terlalu letih. "Hisham dan Miezza."
Serentak Uqasha dan Tasnim mengangguk-angguk.
"Latihan pagi tadi Aieyn dan Jyra yang kawal." Tasnim memberitahu kerana dia yang menyertai latihan pada sesi itu.
"Nasib baik saya tak kena pagi." Vince menarik nafas lega. "Kalau tak mati saya oleh Aieyn."
"Kenapa pula?" Uqasha mengerutkan dahinya. Ingin tahu mengenai itu. Apa yang dia tahu, semua orang takut pada Aieyn.
"Dia tu garang sangat." Vince membesarkan matanya seketika apabila gadis berambut perang dengan wajah bengis dan serius itu muncul dalam mindanya. "Saya rasa kita macam berada dalam latihan tentera."
"Saya lebih suka kalau awak gunakan perkataan 'berkarisma' daripada 'garang'." Tasnim bersuara lembut.
Vince mengelipkan matanya sekali lagi. Dia kehilangan kata-kata untuk membidas. Kadangkala, personaliti gadis aneh ini amat menyenangkan dan membuatkan orang tersenyum sendiri. Kadangkala pula, ia akan menyakitkan hati. Dia tidak tahu apa yang harus dibalas lagi.
"Tapi kalau ya pun berlembut lah sikit."
"Nak jadi kuat dan mahir... Kena lah terima." Selamba Tasnim membalas dengan senyuman manis.
Vince mengetap giginya kegeraman tanpa dia sedar. Tidak tahu sama ada gadis itu bergurau, menyindir atau apa.
"Siapa yang masih berlatih?" Uqasha dapat melihat riak wajah Vince lalu segera mengubah topik.
"Emma, Lana, Dayah, Zamir dengan Pikah. Yang lain dah ikut pagi tadi." Xiao Wei menjawab.
"Habis tu mana pula Olive dengan Webly?" Uqasha mengerutkan dahinya kerana tahu siapa yang tidak akan terlibat dengan latihan termasuk dirinya sendiri. "Sheronica pergi kutip buah."
"Mereka jadi penonton setia." Xiao Wei mengangkat keningnya sekali yang mana dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. "Mungkin dah kebosanan duduk tak buat apa-apa."
"Boleh juga jadi pengulas." Vince menambah. "Banyak betul yang mereka komen tadi sambil makan biskut."
Uqasha segera ketawa mendengar kenyataan itu. "Macam mana perkembangan latihan setakat ni?"
Xiao Wei berfikir sedikit. Cuba mengimbas apa yang sudah dipelajari. "Boleh tahan. Semua dah mahir. Saya boleh nampak mereka dapat buat sesuatu yang mereka tak dapat nak lakukan sebelum ni."
Uqasha kelihatan teruja mendengar kenyataan itu. Dia mengelipkan matanya dengan mulut ternganga.
"Zamir memang mantap lah." Xiao Wei menarik nafas panjang. "Bertukar je dah menunjukkan kehebatannya. Lana pula nampak bersungguh-sungguh dari biasa. Emma macam tu je lah. Dayah pun okey. Kalau Pikah awak jangan cakap... Mengomel je dia lebih banyak."
Uqasha segera ketawa. Vince turut tersengih apabila mengingati gadis berambut pendek yang tidak reti duduk diam itu. Dia bukannya tidak mahir, tapi mulutnya lebih mahir jika dibandingkan.
"Yang sesi pagi tadi macam mana?" Xiao Wei memandang Tasnim. Ingin tahu apa perkembangannya.
Tasnim berfikir sedikit. Cuba mencari ayat yang sesuai. Vince hanya merenungnya tajam. Berharap gadis itu akan menjawab dengan biasa tanpa perlu membuatkan dia rasa geram sekali lagi.
"Tembakan Rizal macam biasa kuat." Tasnim mula memberi penerangan. "Hampir runtuh bukit tu tadi oleh dia. Yang hebatnya... Dia hanya berdiri selamba. Hanya kepala dan matanya bergerak."
Xiao Wei ternganga jelas kagum. Vince pula hanya menarik nafas lega. Bersyukur kerana dia tidak perlu menghentikan Tasnim.
"Qushairy dengan Yuna tetap gigih berlatih..." Tasnim menyambung lagi. "Cska masih dengan pemalunya. Tapi kuasa dia boleh tahan hebatnya kalau dikeluarkan. Geoffry pun mantap. Dia tenang je kalau guna kuasanya walaupun hebat. Baekhair pula... Sama je macam Pikah."
Serentak Vince, Xiao Wei dan Uqasha ketawa kecil. Mereka tahu bagaimana perangai Baekhair.
"Oh..." Uqasha mengangguk-angguk kemudian kembali memandang ketiga-tiga orang itu silih-berganti. "Saya nak tanya satu soalan. Kenapa Zamir tu asyik-asyik minta maaf kat Farra?"
Vince, Xiao Wei dan Tasnim berdiam diri seketika. Cuba memproses soalan gadis itu dengan baik walaupun ia tidak sesukar mana.
"Pasal tu..." Vince menarik nafas panjang apabila menjadi orang pertama yang berjaya. "Dia kena sihir sebelum ni. Dia jadi makhluk ganas tu dan serang Farra. Teruk habis gadis tu kena."
"Patut lah." Uqasha menggumam sambil mengelipkan matanya. "Rasa bersalah betul dia."
"Ya. Dia masih rasa bersalah sampai sekarang." Xiao Wei mengangkat bahunya dengan wajah yang sayu. "Asal dia nampak Farra je... Apa yang berlaku semasa mereka keluar dari misi tu kembali dalam ingatan."
"Tapi Lana tak sampai tahap macam tu pun." Tasnim mengerutkan dahinya. "Padahal dia pun menyerang kan."
"Dia rasa bersalah juga." Xiao Wei menjawab sambil berfikir seketika. "Saya rasa lah. Tapi dia tak tunjukkan. Tapi boleh nampak juga dia macam rasa serba salah bila dengan Aieyn."
"Tak mengapa." Vince segera menyampuk. "Aieyn dah hentam dia sampai pengsan. Dah kira okey lah tu. Dah kira cukup untuk bayar hutang. Saya rasa dah boleh cakap kosong kosong."
Uqasha tergelak lagi.
"Oh, Uqasha..."
Gadis itu segera memandang Xiao Wei yang kini sudah sedia memandangnya. "Ada apa.?"
"Awak masih dapat baca minda kami ke?" Xiao Wei bertanya sambil merenung gadis itu risau.
Gadis itu segera ketawa kemudian menggelengkan kepalanya. "Kamu semua dah berjaya hadang saya dari masuk ke minda kamu. Jangan risau sangat. Sebab kamu dah tahu caranya kan."
Xiao Wei dan Vince segera menarik nafas lega. Sepertinya itu adalah salah satu perkara yang ditakuti setakat ini.
"Lagipun saya memang tak gunakan kuasa saya sekarang ni." Uqasha memberitahu dengan senyuman yang meyakinkan. "Malas saya nak ambil tahu apa urusan peribadi kamu semua."
A/n: Sekarang ni saya sibuk sangat. Masa tak terurus. Hahaha. Banyak sangat benda yang saya nak kena buat. Well, biasa lah. Kalau dah ke alam 'nak hidup sendiri' memang macam ni jugak. Nasib baik sempat nak update. Hehehe. Kot2 lepas ni tak sempat nak update. So, saya update la satu.
Part ni saya bagi moment untuk Qushairy dan Yuna. Hehehe. Dorang first couple yang ada kat Huruf. Bagi dorang moment sikit. Yang empat lagi tu tak ada apa-apa. Takkan lah semua Huruf akan berpasangan kan?? Cliche sangat. Jadi yang mana berbual secara berkumpulan tu tak ada apa-apa lah. Boleh jadi dengan orang biasa. Hehehe. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top