Remind To Him
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> I decide Louis Tomlinson as Qushairy's cast.
BAB 4 : DIA
Miezza dan Jyra berjalan beriringan di kaki lima itu dengan tenang. Kini, giliran mereka untuk keluar setelah penat bertengkar dengan Noorizan dan Hisham mengenai itu. Kedua-dua lelaki itu berkeras ingin keluar lagi bagaimanapun Miezza memberi arahan supaya mereka cuba untuk mengawal Qushairy dan Yuna yang masih mempunyai banyak soalan yang sukar untuk dijawab.
"Nampaknya kita jumpa kuasa baru." Jyra bersuara setelah sekian lama mereka berjalan.
"Ya." Miezza mengangguk diiringi dengan dengusan. "Kuasa yang kita sendiri pun tak tahu."
Perkara itu memang benar. Mereka hanya tahu dua belas kuasa setakat ini. Itu pun seperti yang diterangkan oleh penaung mereka sebelum ini. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menerangkan pada orang yang baru dengan kuasa yang mereka sendiri tidak tahu. Ini yang menyukarkan mereka.
"Awak rasa apa yang Noorizan dan Hisham buat kat markas?" Tanya Jyra gembira kerana mereka dapat keluar.
Miezza mengangkat bahunya sambil tersenyum. "Mesti mereka tengah bingung. Sebab pasangan kekasih tu banyak sangat soalan."
Jyra tergelak kecil. "Saya tak tenang tidur semalam gara-gara Yuna. Dia balik-balik kejutkan saya untuk bertanya soalan."
Miezza turut ketawa. "Tak hairan lah. Kita pun dulu memang banyak kita nak tahu. Cuma tak bertanya je."
"Ya." Jyra mengangguk bersetuju. "Saya masih ingat lagi macam mana Aieyn cuba menahan marah sebab kita banyak tanya. Dan Farra... Dia sentiasa menjawab dengan tenang je."
Keadaan sunyi sepi seketika. Kedua-dua gadis itu tenggelam dengan dunia mereka yang tanpa disedari adalah sama. Mengenai penaung mereka terdahulu. Farra dan Aieyn adalah orang pertama yang mereka jumpa dari puak itu. Boleh dikatakan orang yang menyelamatkan mereka daripada hidup terus diserang dan penuh tanda tanya. Tapi kini mereka sudah tiada.
"Rasa kosong betul sekarang kan..." Miezza menjadi orang pertama yang memecah kesunyian.
"Mmm." Jyra menjawab. "Susah kita nak buka topik ni depan Noorizan dan Hisham. Mereka terlalu sensitif."
"Ya." Miezza menyokong. "Kita pun sama. Tapi kita masih boleh kawal. Saya tak pasti dengan mereka."
Jyra menarik nafas panjang. "Kadang-kadang saya rasa macam dah tak kenal mereka... Terutama Noorizan. Hidup dia kena impak teruk pasal tu. Boleh nampak waktu Aieyn dah kena bunuh."
Miezza mengangguk bersetuju. "Tak hairan lah. Macam mana dia tengok Aieyn kali pertama kat perlawanan tinju tu pun saya dah boleh agak akan terjadi sesuatu yang menarik antara mereka."
Jyra tersenyum mendengar kenyataan itu. "Sama macam Hisham dengan Farra. Tak hairan kuasa mereka bergabung."
Miezza hampir tergelak. "Ya. Betul tu."
"Awak rasa..." Jyra memandang Miezza sambil menelan air liurnya. "Siapa ketua kita nanti??"
"Ketua..."
"Yang sebenar." Jyra memintas. "Yang akan menggantikan tempat Farra. Sebagai ketua."
Miezza menarik nafas panjang kemudian mengangkat bahunya. "Saya pun tak pasti. Saya cuma nak tengok macam mana penerimaan Hisham nanti. Memandangkan mereka akan berkongsi kuasa."
"Awak rasa Hisham akan okey tak?" Tanya Jyra lagi sudah mula membayangkan perkara itu dengan imaginasinya sendiri. "Dengan perkara tu maksud saya? Ada seseorang menggantikan tempat Farra?"
"Kalau lelaki mungkin lain cerita." Miezza menjawab sambil memandang sekeliling seketika masih tahu apa tujuan mereka keluar. "Tapi kalau perempuan... Saya tak tahu apa nak cakap."
"Harap-harap dia tahu di mana dia berdiri."
Miezza ketawa mendengar kata-kata Jyra. "Tapi saya rasa Hisham tak akan beralih sesenang itu. Mungkin suatu hari nanti. Tapi tidak sekarang. Dia masih terikat dengan Farra. Begitu juga dengan Noorizan. Mereka perlukan masa. Sebab tu mereka sensitif sangat pasal hal ni."
"Awak patut dengar saya cakap dulu, Taner!"
Miezza berhenti berjalan secara tiba-tiba kemudian berpaling memandang ke belakang. Orang ramai sedang melakukan kerja masing-masing. Berjalan di kaki lima itu melintasi mereka. Jyra turut berhenti berjalan dan berpaling memandang kebelakang tanpa mengetahui apa tujuannya.
"Mie..."
"Hah??" Miezza tersentak kemudian memandang Jyra.
"Kenapa??" Jyra mengerutkan dahinya.
"Ah..." Miezza memandang ke belakang lagi. "Saya rasa saya macam terdengar suara seseorang yang... Familiar."
"Familiar??" Ulang Jyra.
Miezza hanya mengangguk-angguk.
"Siapa??" Jyra memandang ke arah orang-orang berdekatan. Cuba mencari jika ada yang dia kenali.
Miezza berdiam diri seketika. Cuba berfikir kemudian menggelengkan kepalanya. "Jom."
Jyra masih lagi berkerut bagaimanapun menyusul gadis itu. "Miezza... Suara siapa?? Suara pelik tu lagi ke??"
Miezza menggelengkan kepalanya. "Bukan."
"Habis tu??" Jyra mengangkat keningnya.
Miezza menarik nafas panjang tidak memandang ke arah Jyra. Dia hanya memandang ke hadapan. "Macam suara... Izzudin."
Jyra membesarkan matanya kemudian memandang ke belakang semula untuk mencari jika benar ada kelibat lelaki itu.
"Jyra..."
Jyra kembali memandang Miezza.
"Mungkin saya salah dengar." Miezza mendengus perlahan. "Ataupun orang sama suara macam dia."
"Tapi..."
Miezza menarik nafas panjang. Dia tunduk seketika. Segala memori pahit yang lalu kembali ke dalam ingatannya sekali lagi. "Mustahil kan?? Dia tak akan hidup. Dia mati depan mata kita."
Jyra membuka mulut untuk bercakap lagi bagaimanapun menghentikan niatnya apabila melihat riak wajah gadis itu. Miezza kembali berjalan dan dia menyusul serta-merta. Membuang segala apa yang mengusutkan fikiran.
Keadaan menjadi senyap. Hanya bunyi kereta, orang ramai dan bunyi daripada sekeliling mereka sahaja yang kedengaran. Kedua-dua mereka tidak berkata apa-apa lagi. Jyra kelihatan serba salah melihat wajah Miezza. Dia tahu, ada sesuatu yang disimpan oleh gadis itu tetapi tidak diperlihatkan.
Miezza pula masih dalam dunianya sendiri. Memikirkan bagaimana semuanya berakhir dengan masa yang terlalu cepat. Memikirkan dia juga tidak sempat bertindak semasa dengan Izzudin. Ya. Dia juga mengalami masalah yang sama seperti Hisham dan Noorizan bagaimanapun berjaya dikawal.
"Miezza..."
"Hmm??" Miezza mengangkat keningnya memandang Jyra.
Jyra mendengus perlahan kemudian kembali memandang ke hadapan. "Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke??"
Miezza tidak segera menjawab. Dia tidak tahu sama ada dia perlu berbohong mengenai itu atau bagaimana.
"Ada apa-apa yang berlaku antara awak dengan Izzudin ke dulu??" Tanya Jyra tanpa berselindung.
Miezza mendengus kuat. Dia tahu Jyra tidak akan membiarkan perkara itu berlalu seperti itu sahaja. "Tak ada apa-apa, Jyra."
"Saya tak rasa jawapan tu sesuai kalau kesan kehilangan dia pada awak tak sekuat ini." Jyra mengangkat bahunya selamba.
"Jyra..."
"Jangan cakap kita semua sama terkesan." Jyra segera memintas. "Saya boleh nampak. Awak, Noorizan, Hisham... Semua sama je. Bukan terkesan dari segi kehilangan seorang sahabat atau keluarga. Tapi lebih dari itu."
Miezza memejamkan matanya seketika.
"Saya tahu, Mie..." Jyra bersuara perlahan. "Saya pun tak tahu apa yang saya perlu cakap dengan kamu bertiga pasal ni sebab saya tahu macam mana sakitnya rasa bila perkara ni diutarakan."
"Tiada apa yang boleh dikatakan." Miezza bersuara tenang. "Nak menyesal... Nak ditangiskan... Perkara dah pun jadi. Tak boleh nak patah balik. Nak betulkan apatah lagi. Jadi... Kita biarkan je."
Jyra tidak membalas. Dia berdiam diri seketika. "Sejak bila??"
"Apa??" Miezza mengerutkan dahinya.
"Awak ada perasaan macam tu." Balas Jyra. "Hisham dan Noorizan saya tahu... Dari mula mereka berjumpa lagi. Awak??"
Miezza berfikir seketika. Dia juga tidak tahu di mana titik permulaannya. "Sejak kami keluar mencari bebola kristal tu kot. Saya pun dah tak pasti apa yang dah berlaku. Bila ia datang."
Jyra menarik nafas panjang. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Dia tidak mahu memberi sebarang komen kerana dia bukan berada pada situasi yang sama. Dia tiada pengalaman seperti itu.
"Tapi mungkin..."
NGIIIIIIIITTTTTTTTTTTTT!!!!!!!
Serta-merta Jyra dan Miezza berhenti berjalan kemudian menutup telinga mereka dengan pantas. Bunyi bingit yang menyakitkan bergema entah dari mana. Orang ramai turut melakukan hal yang sama. Cuba mencari apa dan dari mana punca bunyi bingit yang aneh itu. Ia seperti bunyi roket berlepas. Malah, lebih kuat dan bingit dari itu.
Miezza memandang Jyra. Mata mereka kini berair. Bunyi itu benar-benar memberi kesan. Ia seperi akan memecahkan gegendang telinga pada bila-bila masa sahaja. Sakitnya bukan kepalang.
"Sakit... Bunyi ni... Apa... Siapa... Sakit." Jyra sudah tidak mampu bercakap dengan betul.
Miezza segera menyambar lengan gadis itu. "Kita... Kena cari... Siapa."
Jyra berkerut memandang Miezza sebelum kembali memejamkan matanya cuba menahan kebingitan bunyi aneh itu.
"Saya rasa..." Miezza turut kesakitan. "Ini mungkin ada kena.... Mengena dengan kita atau apa."
Jyra tidak membalas sebaliknya hanya melangkah menyusul Miezza. Dia masih lagi menutup telinganya kerana kesakitan. Dia juga tidak mampu memandang sekeliling untuk mencari dari mana datangnya bunyi itu. Miezza pula masih boleh bertahan. Matanya separuh terbuka memandang sekeliling.
Bunyi seperti satu letupan telah berlaku disusuli dengan bunyi kaca jatuh berderai jelas kedengaran dari satu sudut.
"Sini!!!" Miezza segera menyeret Jyra ke suatu tempat. Mereka kini berjalan di tepi bangunan yang sunyi sehingga ke belakang.
Beberapa orang lelaki berbadan sasa dan bermuka bengis kini sedang melutut di lantai jelas kesakitan dengan bunyi yang bingit itu. Seorang gadis kini sedang berdiri ketakutan di bahagian hadapan tempat itu.
"Lari cepat!" salah seorang lelaki berbadan sasa itu menjerit. Serta-merta mereka semua berlari dari situ hampir melanggar Jyra dan Miezza.
"Berhenti... Argh!" Miezza menahan telinganya.
Gadis itu masih berdiri kaku sambil menggenggam buku limanya merenung Miezza dan Jyra.
"Dia yang... Buat benda ni." Jyra bersuara tersekat-sekat. "Dia tak rasa... Sakit... Dengan..."
Belum sempat Jyra menghabiskan kata-katanya, Miezza sudah menghalakan tangannya pada gadis itu. Angin kuat dan laju keluar dari tangannya dan merempuh gadis itu menyebabkan dia jatuh terjelepuk di atas lantai. Serta-merta bunyi bingit itu hilang membuatkan Jyra dan Miezza menarik nafas lega.
"Fuh... Lega." Jyra kini tercungap-cungap seperti baru habis berperang.
"Hah!!" Miezza menghalakan tangannya pada gadis yang kini sudah kembali berdiri itu. "Awak keluarkan bunyi tu sekali lagi awak siap!"
Gadis itu kelihatan semakin takut.
"Telinga saya tak berdarah kan??" Jyra memandang Miezza sambil membesarkan matanya.
Miezza hanya menggelengkan kepalanya kemudian kembali memandang gadis yang kini sedang ketakutan itu. "Tunjukkan lengan kanan awak."
Gadis itu menggenggam erat lengan kanannya sambil menggeleng perlahan.
"Tunjukkan..." Miezza memberi amaran. "Sebelum saya buat awak tunjukkan pada saya."
Gadis itu terkedu kemudian menghulurkan lengannya. Miezza berjalan perlahan-lahan mendekati gadis itu membuatkan dia berundur ketakutan.
"Saya tak akan buat apa-apa." Miezza mendengus perlahan.
Gadis itu masih kelihatan terketar-ketar bagaimanapun tidak melawan ketika Miezza menyambar lengan kanannya. Miezza menyelak lengan jaket gadis itu kemudian ternampak parut yang membuatkan dia tersenyum dan berpaling memandang Jyra sambil mengangguk-angguk.
"Dia Huruf C." Miezza melepaskan lengan tangan gadis itu lalu berundur ke belakang sedikit.
"Apa yang awak fikir??" Jyra memandang gadis yang kini memegang lengannya seperti ingin menangis. "Keluarkan kuasa awak di tempat awam??"
Gadis itu membesarkan matanya sambil mengelengkan kepalanya seperti orang yang mengalami mimpi ngeri atau trauma.
"Awak kena ikut kami."
A/n: Okay. Rasanya dah semakin mengarut kuasa-kuasa baru ni. Hahaha. Susah sangat nak cari lengkapkan kuasa. Kena cari kuasa baru. Btw, leave me your feedback. Your wonderful comments will never vanish my smile. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top