Other Group

P.s::: Be careful reading this chapter. There're will be so much character appears. You will get confuse.


BAB 15 : KUMPULAN LAIN


Hisham membuka mata secara tiba-tiba pada lewat tengah malam itu lalu duduk di katilnya sambil memandang sekeliling cuba untuk membetulkan kepalanya. Terjaga seperti itu bukan satu perkara yang asing. Cuma sebabnya sentiasa berbeza. Dia berfikir seketika. Baru sebentar tadi dia merasakan ada sesuatu yang bergegar dengan bunyi bising yang sayup-sayup dapat didengar tapi entah dari mana. Dia memandang Noorizan yang masih nyenyak tidur di katil sebelah.

Dia tersentak apabila bunyi bising yang aneh itu kedengaran lagi. Walaupun sayup-sayup, ia sepertinya sesuatu yang bising. Dia cuba melihat melalui tingkapnya keluar. Dia merasakan ada sesuatu yang berlaku di luar sana. Perlahan-lahan dia menuju ke katil Noorizan dan mengejutkan lelaki itu.

"Zan... Noorizan..."

Noorizan menggerutu lalu membuka matanya perlahan-lahan. "Apa awak buat katil saya ni?"

"Bangun dulu!" Hisham menggesa.

Noorizan mendengus kuat lalu bangun serta-merta sambil menggosok kedua-dua matanya. "Ada apa?"

"Awak cuba dengar betul-betul."

Noorizan berkerut kemudian cuba mendengar jika ada apa-apa bunyi yang aneh. Agak lama mereka berdiam diri sebelum Noorizan membesarkan matanya apabila perasan akan sesuatu.

"Bunyi apa pula tu?"

"Itu yang saya tak pasti." Hisham bingkas berdiri sambil berkerut memandang ke luar tingkap. "Kita kena pergi tengok apa yang jadi sebenarnya. Benda tu macam dekat je dengan kita."

Noorizan tidak membantah. Dia bingkas bangun dan terus sahaja menyusul Hisham keluar dari bilik itu. Kelihatan Miezza dan Jyra sudah berdiri di ruang markas itu sambil berbincang mengenai sesuatu yang serius.

"Bagus lah kamu bangun." Jyra menarik nafas lega.

"Ini pasal bunyi aneh ni ke?" Hisham mengerutkan dahinya dengan mata yang dikecilkan.

"Dengan gegaran tu sekali!" Miezza menambah. "Saya dapat rasa ada satu hentakan tadi."

"Dari mana datangnya bunyi tu?" Hisham memandang sekeliling cuba memastikan sesuatu.

"Tak tahu." Miezza turut memandang sekeliling.

"Ada apa ni?"

Serentak mereka semua menoleh. Khairul menguap sambil memandang ke arah mereka. Qushairy dan Olive kini menggosok kedua-dua mata mereka. Yuna, Cska dan Lana hanya kebingungan. Bunyi seperti ngauman itu kedengaran lagi menyebabkan mereka semua memandang sekelilinga agak terkejut.

"Apa..." Hisham tidak menghabiskan kata-katanya apabila dia mendengar bunyi pekikan dan lolongan dari segenap arah.

"Saya rasa saya tahu di mana tu."

Serentak semua orang memandang Miezza.

"Ia seperti di pintu masuk bahagian Utara." Miezza memandang mereka semua silih-berganti. "Tempat kami keluar mencari bebola kristal tu."

"Jom pergi!" ujar Noorizan lalu memandang yang lain dengan wajah yang serius. "Olive... Cska..."

Kedua-dua itu hanya tercengang apabila mendengar nama mereka dipanggil tiba-tiba dalam keadaan itu.

"Kamu berdua berjaga di sini!" arah Noorizan ketika dia berjalan mendekati Hisham. "Dan saya maksudkan berjaga! Pastikan tak ada apa-apa yang pelik dan merbahaya berlaku di sini."

Cska dan Olive hanya mengangguk tidak berkelip apabila mendengar arahan yang tegas itu secara tiba-tiba.

"Yuna..."

Yuna yang kini kelihatan berkerut cemas segera memandang Hisham sambil menelan air liurnya.

"Bawa mereka bertiga." Arah Hisham agak tenang berbanding Noorizan. "Miezza akan beritahu arahnya."

Yuna hanya mengangguk. Dia tahu bahawa dia perlu menggunakan kuasanya pada kali ini.

"Qushairy..." Hisham beralih memandang lelaki itu yang sudah mengangguk tanda faham bahawa dia juga perlu melakukan hal yang sama dengan Yuna. Dia sudah mula bersedia.

Miezza, Jyra dan Lana segera memegang Yuna yang kini sudah bersedia. Hisham, Noorizan dan Khairul turut berbuat demikian kepada Qushairy. Dengan sekelip mata sahaja mereka ghaib dari situ. Qushairy bergerak amat laju, manakala Yuna berpindah-pindah secara teliti.

Semakin lama mereka bergerak semakin mereka mendengar bunyi bising itu dengan jelas. Beberapa cahaya dapat dilihat berlegar-legar di suatu kawasan itu. Cahaya yang sememangnya membawa sesuatu yang berguna.

"Apa hal..." gumam Jyra ketika mereka tiba di tempat yang mereka tuju. Miezza turut tercengang. Begitu juga dengan yang lain.

Ada beberapa orang di situ sedang berlari bertaburan sambil melakukan sesuatu. Pekikan dan lolongan jelas kedengaran. Dan kini mereka tahu bunyi ngauman apakah itu. Di tengah-tengah kumpulan itu ada satu makhluk seperti binatang buas yang berdiri tegak seperti manusia dengan wajah yang menakutkan dan badan yang berketul-ketul. Makhluk itu seperti sedang mengamuk dan menyerang orang-orang yang ada di situ entah apa sebab yang sebenarnya.

Mereka semua terhumban serta-merta apabila air yang deras memukul mereka secara tiba-tiba.

"Pergi dari sini kalau awak tak nak mati!!" pekik seorang lelaki ke arah mereka secara tiba-tiba.

"Tak guna!!" Noorizan naik angin kemudian menarik akar berdekatan untuk melibas lelaki itu.

Lelaki itu terhumban kuat menyebabkan kawan-kawannya yang lain memandang mereka dengan pandangan marah.

"Tak guna!"

Tidak semena-mena satu batu yang amat besar dilontar tepat ke arah mereka. Dengan pantas Miezza menghalang menggunakan kuasa anginnya dan mensasarkan semua batu-batu itu.

"Bertindak!!" arah Hisham.

Mereka semua tidak membantah dan terus berpecah untuk menyerang. Khairul dapat merasakan badannya seperti dikunci oleh sesuatu tetapi dia tidak melihat apa-apa berada berdekatannya. Pada ketika itu, seorang lelaki berdiri di hadapannya sambil tersenyum sinis dengan renungan yang tajam. Mata lelaki itu bercahaya lalu terpancar keluar satu tembakan yang kuat.

"Wuoh!!" Khairul memekik lalu menghidupkan kuasa kebalnya untuk melindungi dirinya. Dia segera mengusap-usap dadanya agak lega. Mujur tiada apa-apa berlaku pada dirinya.

"Argh!!" lelaki menembak guna mata itu tadi mengerang apabila merasakan ada sesuatu yang terkena padanya.

Lana tersenyum sinis sambil tangan kanannya dihalakan pada lelaki itu. Mereka berpandangan seketika lalu berlawan sesama sendiri. Khairul melepaskan dirinya dengan pelindungnya masih dihidupkan. Dia memandang sekeliling cuba untuk melihat jika ada apa-apa yang boleh dipastikan di situ.

"Ah!!!" Yuna memekik bila merasakan sesuatu merenjatnya. Dia mengigil seperti terkena renjatan elektrik yang kuat. Otaknya berdenyut-denyut kesakitan dan pandangannya bergegar.

Seorang lelaki kini berdiri berdekatannya sambil kedua-dua tangannya main peranan. Yuna ingin menjerit dan mengeluarkan kuasanya. Tapi dia terlalu lemah untuk berbuat demikian dalam keadaan itu. Tidak semena-mena sahaja lelaki itu jatuh di tanah. Qushairy yang bergerak pantas menumbuk mukanya menyebabkan dia meludah darah merah dari mulutnya.

"Berani awak buat macam tu pada teman wanita saya!" Qushairy memekik agak tercungap-cungap sambil memegang Yuna yang hampir pengsan. Dia benar-benar marah dengan kejadian itu.

Pada ketika itu, Jyra datang dan cuba membuat tanah disekeliling mereka itu menimbus lelaki tadi.

"Hei!! Apa ni?!!" Pekik lelaki itu apabila badannya terkubur perlahan-lahan. Dia tidak dapat melakukan apa-apa dengan kuasanya. Jyra hanya ketawa melihat lelaki itu mula panik apabila tinggal kepalanya sahaja yang timbul.

Miezza memandang lelaki dengan tembakan mata itu. Lelaki itu turut memandangnya agak terkejut dengan segala yang berlaku. Dia menembakkan kuasanya ke arah Miezza. Gadis itu menepis dengan selamba menggunakan anginnya menyebabkan lelaki itu tercengang agak panik.

Tidak semena-mena air membanjiri mereka. Mereka hampir lemas dan ada yang terbatuk-batuk. Seorang lelaki sedang bermain dengan air itu untuk menyerang. Belum sempat Miezza menyerangnya, badannya ditahan oleh sesuatu menyebabkan dia terhenti seketika sambil memandang sekeliling. Dia membesarkan matanya apabila melihat batu-batu sebesar tapak tangan terbang ke arahnya. Khairul segera berdiri di hadapannya untuk menghadang.

Jyra menghumban segumpal pasir ke arah Miezza menyebabkan gadis itu merenungnya agak geram. Dia tidak tahu kenapa gadis itu cuba menyerangnya pula pada saat seperti ini.

"Tengok belakang awak."

Dengan pantas Miezza memandang ke belakang. Pasir-pasir Jyra tergantung pada sesuatu sebelum jatuh menyebabkan dia tahu orang yang memegangnya tidak boleh dilihat oleh mereka. Belum sempat dia melakukan apa-apa, lelaki dengan kuasa air tadi menarik orang yang tidak boleh dilihat itu untuk dilindungnya. Kedua-dua gadis itu hanya mampu melihat.

"Argh!!" Lana mengerang apabila dia merasakan ada sesuatu yang jadi pada dirinya. Dia dapat merasakan badannya dikerat-kerat. Qushairy segera melanggar lelaki yang menyentuh gadis itu dengan pantas.

"Tak guna!"

Mereka berdiri secara berhadapan. Hisham dan Noorizan berdiri di tengah. Miezza, Jyra, Qushairy, Yuna, Khairul dan Lana berdiri di sebelah mereka. Kumpulan yang satu lagi turut berdiri seperti mereka dengan makhluk aneh itu berdiri di tengah. Ada enam orang di sekelilingnya. Empat lelaki dan dua perempuan. Masing-masing menunjukkan wajah untuk menyerang pada bila-bila masa sahaja.

"Kita perlu bunuh mereka ke?" Bisik Hisham ketika mengecilkan matanya merenung semua orang itu satu-persatu..

"Tak." Miezza membalas juga dalam keadaan berbisik menyebabkan mereka semua memandang gadis itu. "Mereka adalah Huruf."

Serentak mereka semua membesarkan mata lalu memandang orang-orang itu dalam keadaan terkejut.

"Rawrrr!!!" makhluk aneh itu menjerit lalu berlari ke arah mereka. Dia menumbuk ke tanah sekali membuatkan mereka semua terpelanting jatuh. Dia sepertinya tidak peduli siapa yang terkesan dengan tindakannya.

Hisham menghalakan tangan kanannya pada makhluk itu. Panah petirnya keluar membuatkan makhluk itu terhumban jauh.

"Zamir!!!" kawan-kawannya memekik.

Hisham tidak berhenti melakukan apa yang dia lakukan. Dia tahu dia berhati-hati untuk tidak membunuh makhluk itu. Noorizan bingkas bangun apabila melihat ahli kumpulan makhluk itu ingin menyerang. Perlahan-lahan akarnya menjalar dan memerangkap mereka satu-persatu.

"Apa ni?!! Lepas!!"

Mereka semua berusaha untuk menembak dan menghentikan akar-akar itu bagaimanapun ditepis satu-persatu oleh Miezza dan Jyra. Lana kini berusaha mengesat darah yang keluar dari calar-calar di badannya. Khairul berdiri sambil memegang Yuna dan Qushairy. Bersedia untuk melindungi mereka jika diserang. Tidak dapat dipastikan bila ia akan terjadi.

Hisham masih lagi cuba mengawal makhluk itu. Dia benar-benar kuat dan pemarah. Hisham tetap berhati-hati untuk tidak mencederakannya. Perlahan-lahan Noorizan mengarahkan akar-akarnya untuk melilit makhluk itu bagaimanapun dia dapat memutuskan semuanya.

Jyra terpaksa membantu. Noorizan melilit makhluk itu sekali lagi yang mana Jyra membalutnya dengan tanah. Akhirnya makhluk itu tidak dapat bergerak algi. Kawan-kawannya yang lain sudah mengeras tidak bergerak kerana dililit oleh akar-akar yang dikawal.

"Lepaskan kami!!" pekik salah seorang lelaki itu.

"Pertama sekali..." Hisham menarik nafas panjang agak kepenatan. "Kita perlu bercakap."

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Apa yang awak nak??" Suara makhluk itu kedengaran garau dan menakutkan jelas menunjukkan itu bukan suaranya yang sebenar.

"Bercakap."

"Mengenai apa??" Makhluk itu membentak. Mata bengisnya marak menyala jelas tidak suka dengan keadaan itu.

Noorizan mendengus perlahan. "Saya tahu... Banyak persoalan dalam kepala kamu tentang bagaimana kami ada kuasa atau kebolehan seperti kamu dan bagaimana kami tahu kamu di sini..."

Tiada sesiapa yang membuka mulut menandakan apa yang dikatakan lelaki itu adalah benar.

"Saya tahu..." Noorizan bersuara lagi. "Kamu mempunyai parut berbentuk huruf sama dengan huruf depan nama kamu... Di lengan kanan."

Kenyataan itu membuatkan mereka semua berpandangan agak terkejut. Seolah-olah mereka dalam bahaya. Makhluk itu pula tidak dapat dibaca reaksinya. Wajahnya kekal bengis setiap masa.

"Jangan risau." Noorizan menarik lengan bajunya untuk menampakkan parut di situ. "Sebab kami pun ada."

Kenyataan ini semakin mengejutkan mereka.

"Saya akan lepaskan kamu perlahan-lahan..." Noorizan memandang mereka satu-persatu. "Dan saya tak nak kamu buat apa-apa yang buatkan kami menyerang kamu semula lagi. Faham??"

Tiada siapa menjawab. Tidak tahu apa yang hendak dijawab pada arahan itu. Noorizan pula menganggap itu sebagai tanda mereka bersetuju untuk syaratnya. Dia membuka lilitan akarnya pada mereka secara perlahan-lahan satu-persatu. Jyra turut menjatuhkan tanah yang membalut Makhluk itu. Perlahan-lahan dia berubah menjadi seorang lelaki kacak yang bertubuh elok.

"Sekarang apa??" Tanya lelaki makhluk itu dengan suara yang berbeza dengan yang sebelumnya.

"Kamu sebenarnya sama dengan kami." Hisham bersuara tenang masih lagi sedikit penat.

"Kami perasan mengenai itu." Lelaki dengan tembakan mata itu menggumam agak jengkel.

"Maksudnya kita berada di puak yang sama." Hisham menarik nafas panjang. "Iaitu puak Huruf."

"Huruf??" Salah seorang gadis itu mengerutkan dahinya. "Apa pula kamu maksudkan dengan itu?"

"Ya." Hisham mengangguk. "Dan sekarang kita perlu berbincang di markas. Bukan di sini."

"Markas??" Salah seorang lelaki itu mengerutkan dahinya agak bingung bagaimanapun tertarik dengan perkataan itu.

Hisham mengangguk-angguk. "Yang mana kita sekarang berada di luarnya sahaja. Kita perlu masuk."


A/n: So, how is it guys?? I need to make this scene. Saya kena munculkan banyak untuk kali ni. Sebab kalau saya munculkan satu-persatu... Cerita akan jadi makin panjang. Banyak lagi nak kena plotkan. Leave me your feedback. :)

P.s::: I'm started writing HUNTERS!

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top