Missing
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Xiao Wei's cast. (Ji Chang Wook)
BAB 21 : HILANG
Hisham, Cska dan Vince berjalan beriringan di kawasan yang agak sunyi itu. Masing-masing memandang sekeliling cuba untuk memerhatikan keadaan. Setakat ini, perjalanan latihan mereka agak memberansangkan. Ia amat sukar dari sebelum ini memandangkan mereka tidak tahu hendak memberi arahan seperti apa. Mereka hanya mampu melatih bagaimana untuk mengawal dan mengeluarkannya dengan baik.
"Cska..."
Gadis pemalu itu segera mengangkat mukanya. Dia kini berjalan dalam keadaan memeluk tubuhnya seperti selalu.
"Awak kesejukan ke?" Tanya Vince sambil mengerutkan dahinya agak bingung dengan kelakuan gadis itu.
"Ah..." Cska segera tunduk malu. "Tak."
Hisham hanya tersengih memandang mereka berdua. Dia sememangnya sudah tahu Cska suka dengan posisi itu sama ada dia duduk, berdiri atau jalan. Tanpa apa-apa sebab yang lain.
"Awak nampak..."
"Saya memang macam ni." pintas Cska tanpa memandang wajah lelaki itu. Berharap tiada soalan yang akan diajukan lagi.
"Oh, okey." Vince hanya mengangkat bahunya tidak bersuara lalu beralih memandang Hisham. "Hisham..."
"Hmm??" Lelaki berkulit putih gebu itu mengangkat keningnya ketika membalas pandangannya.
"Kamu benci Xiao Wei ke?"
Soalan itu membuatkan Hisham mengerutkan dahinya. Cska turut berpaling memandang lelaki itu.
"Apa?" Hisham kelihatan bingung. "Apa maksud awak?"
"Er..." Vince kelihatan teragak-agak. "Kamu kan... Ada masalah dengan orang yang berkuasa air ni."
Hisham menarik nafas panjang lalu berfikir seketika. "Kami tak lah benci dia. Kami cuma perlu berhati-hati. Itu je."
"Tapi saya jamin..." Vince memandang lelaki itu dengan mata yang bersinar-sinar. "Dia tak akan mengkhianat!"
Hisham tersengih. "Saya tak boleh nak cakap saya setuju dengan perkara tu, Vince. Kami buat silap sebelum ni."
"Tapi betul..." Vince kelihatan benar-benar bersemangat. "Saya kenal dia dari kecil lagi. Saya berani bertaruh dengan nyawa saya sendiri!"
Hisham hanya tersenyum lalu menepuk bahu lelaki itu. "Jangan risau. Kami tak benci dia. Kami cuma beri perhatian lebih kat dia."
Vince hanya tunduk sayu tidak berkata apa-apa. Dia hanya mahu membantu kawan baiknya.
"Bertenang, Vince." Hisham cuba menyenangkan hati lelaki itu. "Kami tak akan benci dia."
Vince mendengus perlahan. "Okey."
"Pasal Noorizan tu..." Hisham menelan air liurnya lalu berfikir seketika. "Beri dia ruang."
Vince memandang Hisham agak bingung.
"Dia cuma perlu bertenang." Hisham mengangkat bahunya. "Melihat seseorang yang amat penting mati di depan matanya tak mudah dilupakan. Mungkin sebab tu dia terlalu berkeras dengan Xiao Wei."
Vince kembali berwajah sayu.
"Eh??"
Hisham segera berhenti berjalan apabila perasan akan sesuatu. Dia memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya untuk mencari sesuatu. Vince turut melakukan hal yang sama agak bingung.
"Kenapa?"
"Mana Cska?" Hisham memandang Vince.
Vince membesarkan matanya lalu memandang ke kiri dan kanan. Memang benar. Cska sudah tiada bersama mereka.
"Eh, bukan tadi dia dengan kita ke??"
Hisham mengangkat bahunya.
"Mana dia pergi??" Vince cuba mencari kelibat gadis itu.
"Entah." Hisham turut berkerut dan berfikir seketika. "Saya tak perasan dia dah tak ada pula."
Mereka berdiam diri seketika. Cuba untuk memastikan bahawa kelibat Cska memang tidak kelihatan. Tempat itu kini sunyi dan mustahil untuk seseorang tidak dapat dilihat. Mereka sepatutnya dapat mengesan di mana gadis itu.
"Cska!!!" pekik Hisham sambil matanya liar memandang sekeliling.
"Cska!!" Vince turut menjerit.
"Mana dia pergi??" Gumam Hisham sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati cuba mencari kelibat gadis itu.
"Cska!!"
Hisham mula membuka langkah tanpa dia sedari. Rasa tidak sedap hati mula menyelubunginya. Apa yang terjadi? Adakah Cska pergi ke tempat lain atau sebaliknya? Tapi mustahil untuk gadis itu tidak memberitahu mereka.
"Cska!!"
Hisham semakin tidak sedap hati. Langkahnya semakin pantas cuba untuk mencari gadis itu.
"Cska!!"
Tiada apa-apa balasan. Kelibat gadis itu langsung tidak dapat dilihat di mana-mana. Nada suaranya kini sudah semakin kuat memanggil gadis itu.
"Cska!!!"
Hisham mendengus kuat lalu mencengkam rambutnya. Dia segera berpaling untuk memandang Vince bagaimanapun terkedu di tempat dia berdiri saat ini. Lelaki itu sudah tiada di situ.
"Vince..."
Hisham membesarkan matanya memandang sekeliling. Kawasan itu kini benar-benar kosong. Tiada sesiapa di situ selain dirinya sendiri. Itu membuatkan dia semakin risau tentang apa yang sedang berlaku saat ini.
"Vince!!!"
Tiada sahutan yang diterima. Hisham semakin kalut. Dia tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan.
"Cska!! Vince!!"
Tetap tiada sahutan.
"Apa yang dah berlaku?"
Tidak semena-mena sahaja Hisham tersentak. Badanya seperti terkena satu hentakan kuat apabila dia merasakan ada sesuatu yang terkena pada lehernya. Pandangannya kini semakin berpinar-pinar. Badannya mula lemah menyebabkan dia jatuh terduduk. Matanya kini bergerak-gerak mula tertutup. Dia dapat melihat kelibat seseorang dengan pakaian serba hitam mendekatinya sebelum matanya tertutup rapat dan dia sudah tidak sedarkan diri lagi selepas itu.
***
Noorizan kini berjalan mundar-mandir seperti cacing kepanasan. Dahinya berkerut dan wajahnya benar-benar serius. Sesekali dia akan mendengus sambil memegang dahinya. Miezza pula berdiri berdekatan sambil bersandar pada dinding dan berpeluk tubuh. Jyra hanya duduk sambil memegang ribanya memikirkan sesuatu.
Yuna dan Qushairy duduk di sebuah kerusi sambil berpegangan tangan agak risau merenung Noorizan yang sepertinya akan bertukar menjadi singa pada bila-bila masa sahaja. Olive duduk di meja makan bersama Khairul, Dayah, Baekhair dan Rizal. Zamir hanya duduk diam sambil memandang situasi itu tidak tahu hendak berbuat apa.
Emma kelihatan benar-benar risau. Dia sepertinya ingin bertanya apa yang patut mereka lakukan tapi tiada keberanian untuk berbuat demikian. Lana hanya memerhati setiap gerak-geri Noorizan. Berharap ada sesuatu yang dapat dia lakukan untuk menenangkan lelaki itu. Xiao Wei pula duduk di suatu sudut dengan wajah hampir menangis. Memikirkan perkara itu cukup menakutkan baginya.
"Dah lewat malam ni!!"
Semua orang tersentak apabila mendengar jeritan Noorizan. Lelaki itu sepertinya sudah tidak tahan lagi.
"Mana mereka??!" Noorizan memandang semua orang yang ada di situ. "Kenapa mereka belum balik lagi??!"
"Mungkin mereka singgah kat mana-mana ke..." Olive cuba meneka.
"Seriously, Olive..." Noorizan mengangkat keningnya. "Awak tak boleh bagi alasan yang lebih baik daripada tu??"
Olive menelan air liurnya lalu tunduk.
"Bertenanglah..."
"Macam mana kita boleh bertenang dalam keadaan macam ni??" Noorizan segera memandang Dayah.
Dayah membuka mulutnya untuk membalas bagaimanapun segera membatalkan niatnya.
"Mungkin mereka cadang untuk lanjutkan masa??" Baekhair cuba meneka.
"Dah kami tetapkan, Baek..." Jyra bersuara sambil mendengus perlahan. "Setiap kumpulan yang keluar untuk misi mencari kena balik sebelum senja."
Semua orang hanya mampu mengeluh panjang. Masing-masing sudah buntu untuk memikirkan apa perkara yang boleh membuatkan mereka berfikiran positif mengenai hal itu. Tiada apa yang boleh dilakukan.
"Kenapa mereka tak balik lagi??" Gumam Qushairy. "Ada apa-apa yang dah berlaku ke?"
"Itu yang merisaukan." Noorizan mendengus kuat.
Keadaan sunyi sepi lagi. Masing-masing tidak tahu hendak berkata apa pada saat seperti itu.
"Nak keluar cari mereka ke??" Miezza memandang Noorizan dengan dahi yang berkerut.
Noorizan membalas pandangan gadis itu tidak segera menjawab. Dia kelihatannya tidak mampu membuat keputusan.
"Kalau kita nak cari pun..." Zamir bersuara serius. "Kita tak tahu nak cari di mana. Kita tak tahu ke mana tempat mereka pergi."
Kenyataan itu membuatkan harapan semua orang punah sekali lagi. Ia memang benar. Mustahil untuk mereka jumpa.
"Apa pula yang jadi pada mereka??" Noorizan kini bercekak pinggang sambil memejamkan matanya seketika.
"Kamu rasa..." Emma bersuara teragak-agak dengan nada risau. "Mereka diserang ke?"
Serentak semua orang memandang Emma dengan wajah yang tidak dapat dibaca apa emosi mereka.
"Saya..." Emma menelan air liurnya ketakutan. "Saya cuma tanya je..."
"Mungkin juga." Teka Rizal. "Mungkin mereka diserang atau apa ke... Sebab tiba-tiba pula kan."
"Kenapa ada serangan secara tiba-tiba??" Jyra mengerutkan dahinya. "Selama ni tak ada pula."
"Kan kamu cakap kamu pernah diserang sebelum ni?" Yuna membesarkan matanya memandang gadis itu.
"Ya..." Jyra mengangguk-angguk. "Tapi itu pada peringkat kami... Peringkat kali ni kami tak pernah diserang."
Kenyataan itu mematikan sesi soal jawab dan pemberian cadangan itu. Masing-masing tidak tahu apa yang harus disimpulkan lagi.
"Tapi memang mustahil mereka tak balik atas sebab yang remeh." Miezza menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian.
"Ya." Zamir menyokong sambil memandang sekali imbas ke arah Miezza. "Pasti ada sesuatu yang dah berlaku pada mereka."
Kenyataan itu kembali menimbulkan kerisauan dalam diri mereka.
"Kita perlu cari mereka."
Serentak semua orang memandang Noorizan. Lelaki itu kelihatannya sudah bersedia untuk bergerak.
"Nak cari mereka kat mana.?" Zamir merenung lelaki itu.
"Mana-mana lah... Saya tak kisah!" Noorizan membentak. "Yang penting kita kena cari mereka."
"Kita perlu fikirkan mana tempat yang perlu dituju." Rizal bersuara tenang.
"Awak rasa awak dapat beri cadangan tak??" Noorizan mengangkat keningnya merenung lelaki itu serius.
"Sekurang-kurangnya..."
"Khai!!!"
Serentak semua orang menoleh apabila mendengar jeritan Olive. Lelaki itu kini sedang memandang cemas ke arah Khairul yang sudah berdiri sambil memegang kerongkongnya dengan mata terbeliak.
"Khai..."
Khairul kelihatan semakin dalam kesakitan. Semua orang yang berada berdekatannya sudah berdiri.
"Dia akan muntah!!" pekik Yuna dengan wajah yang amat risau. Dia berani mengatakan itu kerana dia pernah mengalami benda yang sama.
"Khai!!"
Ternyata kata-kata Yuna tepat. Darah merah pekat tersembur keluar dari mulut lelaki itu menyebabkan Khairul mencengkam meja itu dengan kuat. Dia dapat merasakan usus-ususnya akan turut terkeluar dari mulutnya.
"Buat sesuatu!!" pekik Dayah agak panik.
"Apa??" Olive memandang gadis itu meminta pendapat kerana dia rasa tiada apa yang boleh mereka lakukan.
"Apa-apa je!"
"Khai..." Jyra memegang bahu lelaki itu sambil memandangnya simpati. Dia benar-benar berharap ada sesuatu yang dapat dia lakukan.
Khairul hanya memandangnya dengan mata yang berair kesakitan sebelum rebah ke lantai tidak sedarkan diri.
"Bawa dia cepat!!" Arah Miezza dengan kuat.
Olive dan Xiao Wei segera mengangkat lelaki itu masuk ke bilik Jyra dan Miezza turut menyusul.
"Noorizan..."
Noorizan memandang Miezza.
"Kamu keluar." Beritahu gadis itu dengan nada yang lain daripada yang lain. "Kami berjaga di sini."
Noorizan hanya mengangguk lemah sambil memandangnya sayu.
A/n: Masalah bila buat banyak sangat watak ni, ada watak yang tak dapat menyerlah. Maksud saya, tak ada scene sendiri. Terpaksa pilih untuk libatkan. Huhu. Soooo.... They're missing!! What do you think is happening to them? Leave me your feedback. :)
P.s::: Tekaan yang kamu buat majority buat saya tersenyum. Tak sangka kamu akan mainkan dalam minda kamu. Huhu.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top