It Will Never Be

BAB 50 : TAK AKAN


Olive segera berjalan pulang. Dia sudah letih menjadi penonton setia setiap kali latihan. Kadangkala, dia rasa kecewa kerana kuasanya langsung tidak membenarkannya untuk berlawan. Dia rasa cemburu melihat semua kawan-kawannya menjadi semakin mahir selepas latihan setiap hari.

Tapi, dia juga rasa bersyukur kerana nyawanya tidak berada di hujung tanduk seperti yang lain. Setidak-tidaknya dia tidak terancam. Sheronica menjadi idola kepada mereka yang tidak boleh berlawan. Gadis itu tidak pernah menyertai perang atau perlawanan, tapi dia sentiasa diperlukan malah pernah menjadi salah satu penaung. Ini membuatkan rasa kecewanya hilang serta-merta.

Langkah lelaki berwajah selamba itu terhenti apabila terpandang kelibat seseorang. Cska sedang duduk sendirian di ruang markas itu sambil melakukan sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Tidak semena-mena Olive mengerutkan dahinya. Memikirkan apa yang kawan-kawannya katakan sebelum ini. Bahawa gadis pemalu itu suka padanya. Menyimpan perasaan terhadapnya.

Pada mulanya, dia tidak percaya dan menganggap semua itu hanya gurauan atau kawan-kawannya yang tersilap menilai perkara tersebut. Akan tetapi, dia tidak dapat menahan dirinya daripada memikirkan perkara tersebut. Jika difikirkan semula, Cska hanya ingin bercakap dengan selesa hanya kepadanya. Kepada orang lain, gadis itu akan jadi pemalu dan seolah-olah akan lari menyembunyikan diri pada bila-bila masa sahaja selepas itu. Sepertinya terlalu banyak perkara yang membuatkan dia rasa takut.

Olive menarik nafas panjang kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati gadis itu. Mencuba sedaya-upaya untuk tidak mengeluarkan bunyi derapan kaki. Dia juga menahan nafasnya tanpa dia sedari. Dia ingin melihat apa yang gadis itu lakukan kerana dia tahu Cska tidak akan mahu menunjukkannya.

"Buku warna??"

Cska tersentak serta-merta. Sepantas kilat dia menyembunyikan buku yang dipegangnya sambil membesarkan mata.

"Awak serius??" Olive mengangkat keningnya.

Cska hanya mengalihkan pandangannya dengan wajah yang merah padam menahan malu.

"Saya tak gelak lah." Olive mendengus perlahan kemudian segera duduk berhadapan dengan gadis itu. "Saya cuma tak sangka je."

Cska berkerut sedikit. "Khairul belikan untuk saya masa dia keluar membeli-belah kelmarin."

Olive mengangkat keningnya lagi. "Awak yang pesan pada dia, atau... Dia belikan untuk awak?"

Cska mengangkat bahunya. "Dia belikan. Katanya saya akan suka dengan benda ni. Sebab tu dia beli."

"Awak suka??" Tanya Olive lagi.

Cska mengangguk bersemangat. Matanya yang bulat cantik dikelipkan dengan wajah yang suci. "Saya suka."

Olive tersengih kemudian menggelengkan kepalanya. "Pelik awak ni."

"Bukannya saya tak biasa dengar perkataan tu." Cska menggumam dengan nada perlahan bagaimanapun dapat didengar oleh lelaki itu.

"Awak jangan salah faham." Olive mengukir senyuman manis. "Pelik awak adalah perkara yang baik."

Cska tidak membalas. Dia hanya memeluk erat buku warna itu sambil tunduk memandang ribanya.

"Sejujurnya..." Olive masih memandang gadis itu. "Perkara tu membuatkan awak lebih comel."

Cska berani bersumpah yang jantungnya kini hampir meledak mendengar perkara itu diucapkan tanpa berselindung. Matanya kini tidak berkelip bagaimanapun kepalanya masih tidak diangkat.

"Mana Sheronica?"

Tiada balasan yang diterima. Cska masih lagi diawan pemikirannya sendiri. Dia masih lagi hanyut memikirkan perkara tadi.

"Cska..." Olive memanggil gadis itu.

Tetap tiada balasan. Mata bulat gadis itu langsung tidak berkelip seolah-olah dia sudah mengeras.

"Cska!" Olive memetik jarinya betul-betul di hadapan muka gadis itu.

Cska tersentak serta-merta. "Hah... Apa?"

"Apa hal awak ni?" Olive mengerutkan dahinya.

"Tak ada apa-apa." Cska menggeleng laju kemudian segera tunduk memandang ribanya.

Olive mengecilkan matanya sambil tersenyum sinis. "Awak fikirkan pasal saya tadi kan?"

Cska hampir sahaja tercekik air liurnya sendiri mendengar pertanyaan itu. Mukanya merah padam. Matanya dibuka luas untuk memandang Olive. Tidak sangka lelaki itu akan bertanya secara terus.

"Saya nak tanya ni...."

Cska memejamkan matanya. Berharap lelaki itu akan berhenti bercakap. Berharap lelaki itu tidak akan meneruskan pertanyaannya. Berharap semua ini hanya berlaku di dalam mimpinya sahaja.

"Betul ke apa yang mereka semua cakapkan?" Olive mengangkat keningnya memandang gadis itu.

Cska membuka matanya tidak bersuara. Dia tidak bertanya apa yang dia maksudkan dengan 'apa yang mereka cakapkan'. Dia tidak mahu tahu apa disebalik kebenaran pada kenyataan itu.

"Yang awak suka pada saya?"

Cska dapat merasakan rohnya kini sudah melayang keluar dari jasadnya sendiri. Dia tidak faham bagaimana Olive boleh bertanya soalan itu dengan wajah yang selamba. Jantungnya dirasakan seperti sudah tidak berfungsi lagi.

"Cska..."

Tidak semena-mena, gadis comel bermata bulat itu berdiri. Buku warnanya masih dipeluk erat.

"Saya perlu pergi."

Dengan pantas Cska berpaling. Olive tidak mampu menahan walaupun itu yang dia inginkan. Dia tidak pasti sama ada Cska mahu bercakap dengannya ataupun tidak pada saat ini. Gadis itu hanya berjalan terus tanpa menoleh belakang. Fikirannya hanya ingin pergi cepat dari situ. Ini membuatkan dia tidak melihat apa-apa di hadapannya dan dia tersadung batu yang ada di situ. Dia terjatuh di lantai serta-merta.

"Cska!" Olive kelihatan terkejut. Dia kini sudah bangun dari tempat duduknya tanpa dia sedari.

Cska tidak menjawab. Gadis itu hanya mencapai buku warnanya kemudian segera berlalu pergi dari situ sambil menahan malu.

Olive mendengus perlahan lalu kembali duduk. "Betul lah kalau dah macam tu. Cska... Cska..."

***

"Kat sini rupanya awak."

Hisham segera terlepas anak panah keperakan yang dipegangnya apabila suara itu menyapa secara tiba-tiba. Dia segera berpaling ke belakang sambil berharap bahawa orang yang menyapanya itu bukan orang yang dia elak selama ini. Akan tetapi, harapannya punah apabila terlihat Emma berdiri dengan senyuman yang teragak-agak.

Hisham mengelak untuk bersendirian dengan gadis itu sudah agak lama. Malah, sebelum penaung-penaung lama kembali. Bukannya susah untuk dia mengetahi perasaan sebenar gadis itu berbeza dengan Noorizan yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai perasaan Lana.

Dia sudah mengagak gadis comel itu mempunyai perasaan padanya selepas mereka diserang buat pertama kali. Ini membuatkan dia sedikit risau dan berasa kurang selesa. Dia tidak mahu memberi apa-apa harapan pada gadis itu membuatkan dia sentiasa mengelak dan mencari alasan untuk tidak bercakap bersendirian dengan Emma.

"Kenapa, Emma?" Tanya Hisham acuh tak acuh.

Emma berjalan ke hadapan sedikit bagaimanapun berhenti apabila perasan akan Hisham yang mula beundur setapak.

"Awak... Mengelak dari saya ke, Hisham?"

Hisham tersentak sedikit bagaimanapun tidak begitu terkejut. Dia membuka mulutnya untuk membalas bagaimanapun menutup semula kerana tiada apa-apa yang dapat dikeluarkan saat itu.

"Awak memang mengelak."

"Emma, saya..."

"Awak dah tahu pasal perasaan saya lah ni?" Emma cuba mengukir senyuman walaupun gagal.

Hisham memejamkan matanya sebelum menghapuskan panah yang dipegangnya itu sehingga hancur menjadi debu.

"Itu sebabnya awak mengelak?"

"Emma..." Hisham menarik nafas panjang. "Saya pergi berlatih dan meronda. Bukan setiap masa saya nak mengelak dengan..."

"Tapi awak tetap mengelak bila ada kesempatan kan?" Emma segera memintas tanpa mahu mendengar penjelasan Hisham sepenuhnya.

Hisham hanya berdiri kaku tidak menjawab. Dia tidak mahu menipu. Tapi dia juga tidak mahu memberitahu kebenaran yang menyakitkan hati. Sebab itu dia hanya berdiam diri dan tidak menjawab.

"Awak jangan risau, Hisham." Emma menggigit bibirnya. "Saya tak akan mencelah di tengah-tengah antara awak dengan Farra."

"Saya tak maksudkan begitu." Hisham mengeluh lagi.

"Habis tu apa yang awak cuba nak maksudkan?" Emma mengangkat keningnya. Dia akan menipu jika dia mengatakan yang dia tidak sakit hati walaupun dia tahu dia tidak akan berani mencelah.

"Saya cuma nak elakkan supaya awak tak sakit hati." Jawab Hisham jujur dengan nada yang tenang.

Emma mengukir senyuman sayu. "Dah terlambat, Hisham. Hati saya dah pun sakit sangat."

Hisham tunduk sambil memejamkan matanya.

"Saya cuma nak tanya awak satu soalan sebelum saya benar-benar berundur daripada keadaan ni."

Hisham kembali membuka matanya lalu memandang gadis itu.

"Kalau misalnya... Kalau lah..." Emma menelan air liurnya. Masih berdebat dengan dirinya sendiri sama ada dia ingin meneruskan soalan itu ataupun tidak. "Kalau lah Farra memang tak kembali... Dia memang dah mati..."

Hisham hanya mendengar dengan tekun.

"Ada tak peluang..." Emma berfikir seketika lagi. Sepertinya dia sendiri mempunyai kesulitan untuk meneruskannya. "Ada tak peluang untuk saya... Untuk awak... Akan suka pada saya??"

Hisham tergamam seketika mendengar soalan itu bagaimanapun tidak ditunjukkan pada riak wajahnya.

"Tak kisah lah sama ada sekarang ataupun suatu hari nanti." Emma mengangkat bahunya ketika menghabiskan kenyataan itu.

Keadaan sunyi sepi seketika. Hanya angin lembut dan bunyi ombak dari segenap arah sahaja yang kedengaran. Mereka bertentang mata agak lama. Masing-masing tidak mengeluarkan apa-apa perkataan sehingga Hisham mendengus perlahan.

"Tak akan, Emma."

Emma tergelak kecil kemudian tunduk memandang ke tanah. Merasakan betapa bodohnya dia kerana bertanya.

"Saya tak pasti macam mana suatu hari nanti, tapi..." Hisham menarik nafas panjang. "Kalau pun Farra tak kembali... Saya tak rasa saya akan menerima sesiapa."

"Okey." Emma mengangguk sambil cuba mengukir senyuman. "Saya faham. Jangan risau. Saya tak ada apa-apa niat. Cuma nak tahu."

Hisham tidak membalas.

"Teruskan lah apa yang awak buat. Saya nak kembali ke ruang markas. Mungkin Sheron ada masak sesuatu." Emma berundur sedikit.

Hisham hanya mampu mengangguk. Tidak berani berkata apa-apa untuk mengganggu emosi gadis itu.

"Saya pergi dulu."

Emma segera bepaling dan terus berlalu pergi. Dia berharap segala perasaan yang dirasainya dapat ditinggalkan di situ. Hisham hanya memejamkan matanya. Ini adalah perkara yang dia ingin elak selama ini. Terpaksa bercakap dengan gadis itu dan melukainya. Dia boleh nampak bagaimana kesakitan pada wajah gadis itu.

"Awak masih nak bersembunyi atau awak nak keluar, Farra?"

Farra yang duduk di sebalik batu besar itu terkedu. Buat seketika, dia rasa geram kerana kuasanya dengan kuasa Hisham saling berhubung. Dia mendengus perlahan kemudian berdiri perlahan-lahan sambil mengukir senyuman kambing memandang lelaki itu dengan wajah serba salah.

"Curi dengar??" Hisham mengangkat sebelah keningnya sambil mengukir senyuman sinis.

Farra menggolekkan bebola matanya. "Bukan salah saya."

"Saya tahu." Hisham hanya tersengih. "Awak datang sekali dengan dia. Tapi dia sapa saya dulu."

Farra hanya tersenyum. Dia tahu bahawa Hisham dapat merasai kehadirannya. Dan ia memang benar. Dia juga terkejut kerana Emma berada di situ. Dia ingin menyapa Hisham bagaimanapun suara Emma kedengaran terlebih dahulu menyebabkan dia terpaksa bersembunyi di sebalik batu itu untuk mengelakkan keadaan menjadi kekok.

"Dia betul-betul suka pada awak."

Hisham segera memandang Farra yang kini sudah memandangnya. Mereka bertentang mata seketika. Berharap mereka dapat berhubung hanya melalui perkara itu.

"Saya tak boleh buat apa-apa sebab awak dah menguasai saya sepenuhnya."

Hisham tersentak serta-merta. Ayat yang baru sahaja disebut oleh Farra itu merupakan ayat yang dia katakan dalam mindanya.

"Itu yang awak nak cakap?" Farra mengukir senyuman sinis.

"Farra!!" Hisham membentak. Buat seketika dia lupa bahawa gadis itu mempunyai kuasa untuk membaca minda.

"Awak tak halang saya." Farra mengangkat bahunya selamba.

Hisham hanya menggerutu.

"Tapi dia benar-benar suka dengan awak." Farra bersuara serius. "Dia benar-benar harap yang awak akan cakap dia ada harapan."

Hisham menarik nafas panjang kemudian segera tunduk. Dia kembali memandang Farra. "Semua salah awak. Awak benar-benar berkuasa pada saya."

Farra mengerutkan dahinya. "Jadi maknanya saya ada kuasa untuk beritahu awak apa yang awak perlu buat?"

Hisham berpura-pura berfikir. "Mungkin."

"Kalau saya arahkan awak untuk terima Emma... Awak nak ke?" Farra mengangkat keningnya memandang lelaki itu.

Hisham memandang wajah gadis itu agak lama. Bukan kerana cuba mencari jawapan yang sesuai ataupun kerana tiada jawapan. Tetapi ingin mengambil masa itu untuk merenung wajah gadis yang dicintainya itu.

"Satu-satunya perkara yang saya tak boleh buat adalah melangkah pergi daripada hidup awak ataupun berpaling dari awak."

Farra terdiam mendengar jawapan. Dia tidak menjangka jawapan itu akan diterimanya saat ini.

"Awak boleh suruh saya buat apa sahaja." Hisham bersuara lembut sambil mengukir senyuman manis. "Tapi bukan yang itu."

Farra menggenggam buku limanya tanpa dia sendiri. Dia sendiri tidak dapat memastikan apa emosi yang dia rasakan.

"Jangan risau. Saya tak akan benarkan awak melangkah pergi dari hidup saya sampai bila-bila."


A/n: Finally!!! Setelah berapa lama tak update!! Akhirnya... Kebelakangan ni saya sibuk sangat. Nanti 21hb sampai 25hb saya tak akan pegang laptop langsung. Saya kena hadiri konvokesyen. Huhu~ Itu pun bukan di Sabah. Saya akan ke Sarawak. Hehehe.

Comel tak scene Olive dan Cska? Ini antara scene yang kamu nak tengok sangat kan?? Hehehe. Pasal Hisham tu, bezanya dia dengan Noorizan dia tahu Emma suka dia. Lepas ni dah nak perang. Ini bab yang paling last untuk semua watak ada part. So, harap semua berjalan lancar.

Jangan lupa support Humanoids jugak. Hehehe.

Oh, btw. Group whatsapp dah nak kena buat. Sapa yang nak join group tu boleh komen. Then, Lunialovato boleh contact kamu personal. Saya akan join group tu jugak. Jangan risau. Huhu.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top